ads

Kemaskini: Facebook Bakal Masukkan Iklan Video di News Feed


Memandangkan jutaan pengguna Facebook didapati melog masuk ke akaun FB mereka pada waktu siaran perdana TV, syarikat itu dikatakan mengambil langkah pertama dalam mengambil alih waktu siaran perdana dengan memperkenalkan iklan video pada News Feed.

Facebook dikatakan sedang merancang untuk meletakkan iklan berunsurkan TV ke dalam News Feed. Menurut sumber yang dipetik Bloomberg, iklan ini dikatakan akan mempunyai durasi sehingga 15 saat.

Jika perancangan ini benar-benar dilaksanakan, ia akan membawa masuk perolehan sebanyak USD 2.5 juta sehari kepada syarikat media sosial tersebut hasil daripada 1.15 billion penggunanya. Iklan-iklan ini akan dihadkan kepada 3 buah iklan disiarkan sehari dan dihadkan kepada 15 saat, iaitu sama dengan durasi maksimum video pada Instagram.

Menurut CEO Facebook Mark Zuckerberg, walaupun dengan pengenalan iklan video, bilangan iklan yang dipaparkan pada News Feed tidak semestinya meningkat. Buat masa ini bilangan iklan pada News Feed hanyalah 5% iaitu 1 iklan dalam 20 pos pada News Feed. Syarikat media sosial itu sebaliknya ingin memfokuskan kepada kualiti iklan dan bukan kuantiti.

Setiap hari sebanyak 88 juta hingga 100 juta otang menggunakan Facebook secara aktif pada waktu siaran perdana TV di Amerika. Satu kempen iklan untuk Lysol telah mendapat pulangan perbelanjaan ke atas iklan sebanyak dua kali ganda manakala sebuah iklan untuk Air Wick telah memberi pulangan 4 kali ganda ke atas perbelanjaan periklanannya.

Dengan memperkenalkan iklan video 15 saat ini, Facebook akan menggembirakan lagi para pelanggan pengiklanannya, lebih-lebih lagi dengan kebolehannya untuk menyasarkan kumpulan yang sememangnya sukakan produk tersebut atau produk seumpamanya.

Facebook sememangnya sudah mempunyai iklan video, namun bukan jenis yang dimainkan secara automatik. Para pengiklan boleh memasukkan video ke dalam post yang mereka hendak iklankan. Ternyata permintaan untuk iklan video telah ada, namun Facebook enggan mengulas samada ia benar-benar akan melaksanakan perancangan ini dan jika benar, bila ia akan mula menyiarkan iklan video.

Jadi, jangan terkejut jika anda menyemak akaun Facbook anda dan mendapati terdapat iklan video disiarkan.



3 comments.. read them below or add one

FakarepainFakarepain August 03, 2013
jangan jadi macam youtube sudah..
azrijohanazrijohan August 03, 2013
kehkehkeh, nasib laaa.. kita kena ikut ja :p
Azri Johan Azri Johan August 04, 2013
testing reply komen :D