ads

Jemputan Untuk Join Google Adsense?


Dah lama tak dapat akses internet di UTP ni sebab ada masalah teknikal sedikit sejak akhir-akhir ni. Tak pasti kenapa yang penting ramai pelajar stress dengan situasi ni memandangkan final exam tak sampai seminggu lagi so internet memang sangat-sangat diperlukan untuk banyak tujuan pembelajaran pada waktu kritikal macam ni.

Baru tadi talian internet kembali pulih tapi selalunya tak tahan lama, esok pagi lepas bangun tidur mesti problem sama jadi lagi tapi tak salah bersangka baik kan? Hope bertahan lama la connection internet ni kalau tak memang susah lah.

Saya buka email dan banyak inbox yang masuk. Baca satu persatu dan asingkan yang tak penting ke spam box ataupun terus delete daripada email, buat semak je. Tiba-tiba terbaca satu email yang dihantar oleh Google melalui Google Analytics. Details email tu tulis macam dalam gambar kat bawah ni:


Tak dapat dipastikan sama ada email ni memang dihantar khas sebagai jemputan untuk join Google Adsense atau sekadar pengiklanan daripada pihak Google sendiri untuk membesarkan lagi komuniti mereka.

Saya memang dah lama teringin nak cuba Google Adsense tetapi tak pasti boleh tak digunakan dalam blog ni memandangkan blog ni menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

Insyallah nanti satu hari akan cuba juga, cumanya saya masih perlu membuat beberapa persiapan sebelum apply Google Adsense. Lepas dah betul-betul ready nanti baru apply, insyallah berjaya.

Doakan ya, terima kasih :)





0 comment... add one now