ads

Destinasi Honeymoon Impian Saya

Destinasi Honeymoon Pasangan ini dimana ya?
Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga pasti mempunyai impian serta harapan untuk menghabiskan diri bersama pasangan dalam suasana indah berbulan madu ataupun dalam bahasa modennya sekarang ni 'honeymoon'.

Destinasi untuk honeymoon tersebut pula mestilah yang cantik, selesa, aman, dan mengikut citarasa yang telah ditetapkan oleh si suami dan isteri. Paling penting, mereka pasti mahukan destinasi dengan persekitaran yang romantik dan bahagia.

Bagi saya, selepas berkahwin nanti Destinasi Honeymoon Impian yang saya mahukan ialah di Pulau Bali, yang terletak di negara jiran Indonesia.


KENAPA PULAU BALI MENJADI IMPIAN SAYA?

Pulau Bali menjadi destinasi impian saya kerana pulau tersebut terkenal sebagai lokasi pelancongan terkemuka di dunia.

Pulau tersebut juga mendapat ranking tertinggi sebagai pulau tercantik di Planet Bumi yang memiliki persisiran pantai yang tersangat cantik dan memukau.

Kalau tak percaya boleh rujuk website GoAsia, yang meletakkan Pulau ini sebagai lokasi pertama yang patut diambil kira sebagai Honeymoon Destinations in Asia.

Selain itu, lokasi Pulau Bali tidaklah terlalu jauh daripada negara kita. Berbanding dengan lokasi bulan madu di tempat lain seperti di benua Eropah, Pulau Bali merupakan destinasi yang paling dekat dengan Malaysia memandangkan ianya terletak di Indonesia sahaja.

Pastinya Honeymoon Impian akan menjadi kenyataan dengan keunikan dan betapa baiknya kedudukan Geografi, dan budaya yang dimiliki oleh penduduk yang tinggal di kepulauan tersebut.

Terasing daripada hutan batu yang menyesakkan, persekitaran di Pulau Bali pasti membuatkan semua orang yang pernah berkunjung ke situ datang kembali pada masa akan datang semata-mata untuk menikmati keindahan yang ada di sana.

Impian saya untuk pergi kesana bersama isteri sebagai lokasi bulan madu pasti menjadi kenyataan satu hari nanti. Mungkin dalam masa 6 hingga 7 tahun daripada sekarang. Bergantung kepada jodoh dan takdir yang ditentukan oleh-Nya kerana kita hanya mampu merancang tetapi Dia lah yang menentukan segala-galanya.

Jadi bagaimana pula dengan destinasi perancangan untuk percutian bulan madu yang menjadi angan-angan korang semua? Kongsilah sedikit dengan kami di sini ya :D


Kepada sesiapa yang mempunyai blog, saya amat mengalu-alukan anda semua untuk menyertai Contest Destinasi Honeymoon Impian ini. Pertandingan ini dianjurkan oleh iLuvTour dengan tajaan penuh daripada pihak Tareeq Al Jannah.

--------------------------------------------------------------
Oh ya, kalau anda suka dengan entri ini saya minta jasa baik untuk klik butang G+, LIKE, dan TWEET dibawah ini ya. Terima Kasih banyak :)




5 comments.. read them below or add one

FakarepainFakarepain August 16, 2013
xyah pergi Bali la..xde apa pon..pantai pon x cantik..
azrijohanazrijohan August 17, 2013
siapa cakap? aritu aku pergi cantik gila kot :)
FakarepainFakarepain August 17, 2013
Pantai dia kalau nk main surfing boleh la..kalau nk buat aktiviti pantai hampeh..phuket lagi lawa..Maldives terbaik..hehe
onlajer onlajer August 21, 2013
good luck bro untuk contest ini
drInspirasidrInspirasi August 22, 2013
Hehe, untuk kes saya saya teringin untuk ke France. Lawa