ads

Siapa Sebenarnya Azri Johan?

Siapa Sebenarnya Azri Johan?

Untuk membuktikan blog ini hidup dan mempunyai tuan, entri ini ditulis secara spontan. Azri Johan merupakan individu yang bertanggungjawab atas kewujudan dua buah blog iaitu www.azrijohan.com dan juga www.azri.my.

Pada asalnya, Azri Johan cuma menulis di blog azrijohan.blogspot.com sebelum menggunakan domain www.azrijohan.com untuk menambah kredibiliti blog tersebut.

Selang beberapa bulan kemudian, blog baru niche teknologi dilancarkan dengan menggunakan domain www.azri.my. Tetapi blog tersebut kini menjadi blog personal saya dan niche teknologi beralih pula kepada blog www.azrijohan.com ini. Serabut kan?

Perkara paling disukai Azri Johan mengenai dunia blog:

  1. Edit design dan template blog (Wordpress & Blogspot)
  2. Penulisan berkesan untuk meningkatkan kualiti blog.
  3. Bersosial bersama rakan-rakan blogger yang lain.
  4. Aspek teknikal untuk optimasi enjin carian (SEO)
  5. Bereksperimen dengan enjin carian seperti Google, Bing & Yahoo.
  6. Pendapatan sampingan yang sangat lumayan dengan menulis blog.

Bagaimana Cara Untuk Menghubungi Saya?

Anda semua boleh rujuk info di bawah ini ya :)



Kata Penutup

Banyak juga kejayaan yang sudah dicapai dalam dunia blogging ini, tetapi sebenarnya lebih banyak kejayaan yang menjadi sasaran saya pada masa akan datang. Insyallah tiada yang mustahil dalam dunia ini asalkan kita rajin berusaha dan tahu bagaimana cara untuk mencapai matlamat tersebut.

Sepanjang tiga tahun berblogging sejak Februari 2010, pelbagai pengalaman pahit dan manis, jatuh bangun dalam berblogging sudahpun dirasai. Rakan-rakan dalam komuniti blogger yang sangat luas banyak membantu perkembangan blog-blog saya sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Terima kasih kepada semua :)





0 comment... add one now