ads

Samsung Kantoi Menipu Pelanggan Mereka


Samsung Kantoi Menipu Pelanggan Mereka

Semenjak pelbagai peranti Android mula memenuhi pasaran smartphones, ramai yang menggunakan markah benchmark untuk menentukan kuasa relatif dan kelajuan peranti Android mereka.

Tapi sekarang timbul pula isu kononnya Samsung telah menipu dalam markah benchmark mereka tidak seperti yang diiklankan.

Baru-baru ini, seorang pengguna di forum Beyond3D menyedari satu perkara pelik berlaku ketika ujian benchmark ini dilakukan di mana GPU bagi prosesor Exynos Octa 5 menghasilkan frekuensi yang amat tinggi berbanding yang sepatutnya.


Tuduhan ini telah disiasat oleh AnandTech dan terbukti ianya benar. Selepas mereka membuka file applikasi TwDVFSApp.apk di dalam rom, didapati terdapat beberapa baris kod yang digunakan untuk memberitahu processor Samsung agar dapat memaparkan keputusan yang tinggi berbanding yang sepatutnya. Lebih kurang macam boost result asal kepada lebih tinggi


Selepas berita ini tersebar dan mendapat penghinaan teruk dari pengguna, Samsung mengeluarkan satu kenyataan rasmi melalui sebuah website berbahasa Korea, www.samsungtomorrow.com menafikan segala tuduhan ini.

“Kami tidak mengggunakan sebarang alatan lain dengan tujuan untuk mendapatkan benchmark yang tinggi. Semua dilakukan dalam keadaan normal di mana Galaxy S4 beroperasi beroperasi sebaik mungkin pada 533Mhz dan itu adalah tahapnya”, jelas Samsung.

Samsung turut memberitahu ada beberapa applikasi yang memerlukan GPU yang lebih tinggi ketika digunakan dan kemungkinan ujian yang dilakukan oleh orang awam itu adalah ketika ada antara apps tersebut sedang dibuka. Apapun Samsung tidak memberikan sebarang komen untuk beberapa baris kod yang ditemui.

Perkara ini dilihat sebagai perkara yang amat memalukan di mana mengundang kemarahan orang ramai kerana penipuan di dalam pemasaran mereka sebelum ini. Apapun pada kami, ianya tidak memberikan sebarang masalah asalkan smartphones tersebut masih boleh perform dengan baik dalam urusan harian kita semua. Cuma mungkinlah, ianya agak tidak bertamadun bila difikirkan.

Anda boleh ke Anandtech untuk mengetahui keputusan ujian yang lebih jelas.

Sumber artikel: OhGeekz
Sumber gambar: PhoneArena




3 comments.. read them below or add one

azrijohanazrijohan August 01, 2013
kau rasa?
FakarepainFakarepain August 01, 2013
tak tahu sapa yang menipu sekarang..
penjual ke pengguna??
hehe
FakarepainFakarepain August 02, 2013
penjual..heheh