ads

Samsung Galaxy S4 Active Mula Dijual di Malaysia Ogos Ini

Samsung Galaxy S4 Active Mula Dijual di Malaysia Ogos Ini

Selain daripada Galaxy S4 Zoom, ia kelihatan pengedar tempatan juga akan mula menjual Samsung Galaxy S4 Active bermula bulan Ogos ini, pada harga saranan RM1899.

Galaxy S4 Active memfokuskan kepada mereka dengan gaya hidup aktif, dan memerlukan peranti yang tahan lasak berbanding Galaxy S4 biasa. Ia didatangkan dengan binaan kalis air, berbeza dengan beberapa peranti Samsung yang lain.

Ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel serta dilengkapi bateri berkapasiti 2600mAh.


Memandangkan ia kalis air, maka pelbagai port pada peranti ini ditutup, serta Samsung mengatakan ia dilindungi didalam air sehingga 1 meter selama 30 minit.






0 comment... add one now