ads

Blogspot VS Wordpress


IDEA: BLOGSPOT VS WORDPRESS


Assalamualaikum dan Salam Ramadan, harini aku ada sedikit kelapangan untuk menulis blog yang kian terabai. Jadi dalam entri kali ni aku mahu kupas satu isu yang sangat kontroversi dalam dunia blog ini iaitu perbandingan antara Blogspot VS Wordpress, mana satu yang lebih baik?

Tajuk ni sebenarnya sudah banyak kali dibincangkan oleh ramai blogger dan usahawan internet sama ada di blog-blog peribadi, website berprofil tinggi, forum terkemuka tanah air, facebook, yahoo answer, dan banyak lagi. Memang dah terlalu banyak topik perbincangan mengenai perbandingan antara Blogspot dan Wordpress sudahpun dibentang dan dibahaskan sebelum ini.

Pelbagai jawapan mahupun pandangan serta idea daripada kebanyakan individu yang terlibat telahpun direkodkan tetapi perkara ini masih lagi menjadi satu tanda tanya kerana jawapan yang sudah sedia ada kadang kala tidak tepat, dan ada kalanya langsung tidak tepat.

Bagi aku sendiri, perbandingan antara kedua-duanya (blogspot vs wordpress) sememangnya tidak mempunyai satu point yang kekal selagi mana trend alam maya berubah dan terus berubah setiap hari. 

Google, enjin carian terbesar dunia sehingga kini masih tidak berhenti mengemaskini dan memperbaharui teknologi Search Crawl mereka. Dan Facebook, rangkaian sosial paling terkenal di dunia juga turut memperkenalkan lebih banyak perubahan setiap hari.

Begitu jugalah yang berlaku pada platform blogging paling berpengaruh iaitu Blogger dan juga Wordpress. Kedua-dua nya terus berkembang maju seiring dengan kemajuan teknologi masa kini dan meninggalkan mitos lapuk di belakang.

Mungkin sebelum ini, platform blogging dengan menggunakan Blogspot terlalu besar kekurangannya jika hendak dibandingkan dengan platform Wordpress tapi sekarang Google berjaya menjadikan Blogspot mampu bersaing bersama-sama Wordpress.


Point 1:
Jika diukur dari aspek SEO (search engine optimization), boleh dikatakan Wordpress lebih mudah mendominasi enjin carian kerana mereka dilengkapi pelbagai plugin yang membantu melonjakkan sesebuah laman web berserta keyword yang ditarget dalam enjin carian.

Antara blog wordpress yang terkenal dengan Seni SEO yang super power termasuklah blog Denaihati, Ariff Shah, Titan & Akma Omar.

Tapi Blogspot juga tidak kalah dalam perkara ini. Semua sedia maklum bahawa platform blogging percuma blogspot disediakan oleh Google, jadi sudah tentu terdapat sedikit kelebihan pada Blogspot yang diberikan oleh mereka berbanding wordpress yang mungkin tidak ramai orang tahu mengenainya.

Contoh blog dengan SEO meletup walaupun menggunkan blogspot sahaja: MyBloggerTricks, Fatin Liyana & Blog Cik Epal.


Point 2:

Mari lihat pula kepada rekabentuk blog dengan menggunakan kedua-dua platform Blogspot & Wordpress.

Wordpress mempunyai sangat banyak tema blog yang kemas, menarik dan premium yang boleh didapati secara percuma ataupun berbayar. Dan kebanyakkan daripada tema blog wordpress lebih professional & matang.

Dengan perubahan terkini Blogspot, kini ia juga boleh di design menjadi professional dan kemas seperti tema blog wordpress. Ramai blogger blogspot daripada luar yang hebat hanya menggunakan blogspot sahaja.


Kesimpulannya, sama ada korang berblogging dengan menggunakan blogspot ataupun wordpress janganlah merasa rendah diri dan kurang keyakinan. Setiap blog mempunyai kelebihan masing-masing.

Blogspot ataupun Wordpress bukanlah kayu pengukur utama yang menjadi penanda aras seseorang itu blogger yang bagus ataupun tidak. Apa yang penitng dalam blogging ialah penulisan kita dan cara kita membawa diri dengan blog yang kita kendalikan.

Ada orang rezeki mereka untuk berjaya dengan menulis di platform blogspot, dan ada orang juga yang ditakdirkan untuk berjaya dengan menulis di wordpress. Dan ada juga yang boleh berjaya dengan kedua-duanya sekali dan sebaliknya.

Pilih yang mana mudah dan menyenangkan korang. Kalau korang rasa korang mampu untuk membayar kos untuk blogging menggunakan wordpress dan self hosting korang boleh cuba. Tetapi kalau tidak, jangan paksa diri pula ya kelak diri sendiri juga yang merana.

Banyak blog yang mati kerana masalah tidak mampu membayar kos untuk kemaskini nama domain dan juga hosting blog wordpress mereka.

Terpulang kepada diri masing-masing. Tepuk dada, tanya diri sendiri ok. Selamat berjaya aku ucapkan kepada semua dan juga kepada diri aku sendiri.

Peace :D




{ 15 comments.. read them below or add one }

FakarepainFakarepain July 30, 2013
hari tu dah pakai wordpress..tapi x berapa pandai..terus balik ke blogspot semula..
azrijohanazrijohan July 30, 2013
wah sama lah, ada geng! :D

aku bukan tak pandai, tapi lebih prefer blogspot utk blog personal camni
FakarepainFakarepain July 31, 2013
Hehe..aku punya,personal ke x personal..semua sumbat dalam satu blog je..hehe
AkmaomarAkmaomar August 01, 2013
Assalam...

WP atau Blogspot ada kelebihan. Akak lama guna blogspot tapi bila tukar WP lebih selesa dan rasa lagi mudah. Seeloknya begitu lah Ikut keselesaan masing2, jika tak mampu jgn paksa diri :)
AkmaomarAkmaomar August 01, 2013
Mak aiii giler mahal... Bau stokin diaorang pun tak hilang lagi agaknya..haha
azrijohanazrijohan August 01, 2013
yup betul tu kak, saya setakat ni ada 2 blog wordpress dan 2 blog blogspot. haha tamak betul :p
azrijohanazrijohan August 01, 2013
ni diorang pakai sekali je kot rasanya... mahal sangat sayang lah nak rosakkan :p
titan titan August 05, 2013
wordpress lebih senang. blogspot, kena ambil masa nak monetize dan perlukan banyak faktor nak monetize.
reezluv reezluv August 05, 2013
terpulang kepada hala tuju blog tu sendiri..kalau takat local je..takde hal.international pun takde hal.dulu ada je buat pakai blogspot..income adsense beribu sehari..selepas kena flag..habis gitu je..:D
azrijohanazrijohan August 05, 2013
yup, tapi aku guna dua-dua pun still lebih suka monetize sendiri. Memang minat sgt dengan coding ni compare menaip post blog yang panjang-panjang. Haha pelik
azrijohanazrijohan August 05, 2013
perghh, hang punya ka?
azrijohanazrijohan August 05, 2013
yelah, aritu kan sistem diorang rosak sikit susah nak buat transaksi online. buat sakit hati je, hehe..

maybe sekarang dah ok kot :)
azrijohanazrijohan August 05, 2013
ok, rojak ;)
bhrainbhrain August 14, 2013
Terpulang untuk mereka memilih. aku ada blogspot dan wordpress boleh tahu perbezaan.
MuazMuaz August 20, 2013
hihi.. pengalaman mengajar tuuu