ads

Blog Denaihati Semakin Hensem & Maskulin

Blog Denaihati Hensem & Maskulin



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terkejut beruk harini bila saya akses masuk ke blog Denaihati yang terkenal dengan Program Insentif Tunai Untuk Blogger sebabnya pelbagai ubahsuai sudah dibuat terhadap blog tersebut.

Yang paling best sekali ubahsuai reka bentuk blog Denaihati pada kali ini menjadikan blog No 1 di Malaysia tersebut semakin hensem & lebih maskulin berbanding sebelumnya. Mungkin lepas ni status blogger paling kacak yang dimiliki oleh Abang Ensem akan dirampas oleh tuan punya blog Denaihati pula, siapa tahu kan. Hehe..

Reka bentuk terbaru blog Denaihati pada kali ini merupakan pengubahsuaian kali ke-4 yang pernah dilakukan oleh team Denaihati sendiri sejak blog ini berblogging menggunakan platform wordpress. Dan kumpulan yang bertanggungjawab penuh terhadap penampilan baru ini tidak lain tidak bukan ialah Eizil Network.

Jom tengok beberapa ciri terbaik yang saya suka pada blog Denaihati dengan muka baru ini.

Review: Blog Denaihati Semakin Hensem & Maskulin


Paparan Utama Blog

Bahagian Footer Blog

Pertama sekali mestilah pergi dahulu ke laman utama www.denaihati.com yang memikat hari pengunjung sejak pertama kali berkenalan di alam maya.

Muka hadapan terkini Denaihati lebih kemas, dengan susunan gambar dan widget yang teratur. (6 post terkini & widget serta footer dibahagian bawah)

Di bahagian utama ini juga terletak butang penting bagi sesebuah blog termasuklah butang perkongsian media sosial (facebook, twitter, instagram) dan juga kotak carian di bahagian atas blog ini. Memudahkan pengunjung untuk search sahaja keyword yang ingin dicari di blog Denaihati.

Bahagian footer blog Denaihati memuatkan senarai syarikat besar yang pernah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan perjalanan blog Denaihati sejak dahulu lagi sehingga kini. Boleh dilihat juga beberapa widget khas untuk rakan blogger di Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei seperti Seminar Wordpress, Sembang Hartanah, Seminar Buat Duit dengan Blog, dan Sepetang Bersama Blogger.

Bagi rakan blogger dan pengunjung luar yang pertama kali singgah di blog Denaihati boleh Like Fanpage dan Follow di Google+ untuk mendapatkan info-info terkini daripada Denaihati.


Di bahagian entry post pula, blog Denaihati semakin mudah untuk dibaca kerana font yang digunakan amat jelas dan besar. Sesuai dengan pelbagai lapisan umur yang membaca blog ini. Warna yang digunakan pun tidak menyakitkan mata macam blog-blog lain yang suka mewarna blog dengan color yang pelik-pelik.

Saya paling suka dengan widget "Mari baca artikel menarik di bawah" yang diletakkan selepas entry post di blog Denaihati. Dengan adanya widget 'related article' ni, saya dan juga pengunjung lain boleh membaca lebih banyak entri lain yang berkaitan dengan topik yang sedang diceritakan.

Widget ini juga membantu blog Denaihati mengurangkan kadar Bounce Rate yang sememangnya penting dalam menentukan Alexa Rank dan juga Page Rank sesebuah blog. Tapi, ada sesetengah blogger menafikan perkara ini. Terpulanglah, masing-masing ada pendapat dan cara sendiri. Betul tak?


Bahagian komen di blog Denaihati dilengkapi dengan CommentLuv yang membantu rakan blogger lain meninggalkan jejak bermakna di blog premium tersebut.

Apa pentingnya CommentLuv ni?

CommentLuv penting bagi blogger kerana ianya mewujudkan win-win situation bagi kedua-dua belah pihak (blog yang dikomen & blogger yang memberi komen). Blog yang dikomen akan menerima lebih banyak komen dari rakan blogger kerana dengan setiap komen yang diberikan rakan blogger itu tadi akan menerima "backlink" berkualiti daripada laman web tersebut.

Dan seperti yang korang semua sedia maklum, backlink berkualiti juga sangat membantu dalam meningkatkan kualiti blog sama ada dari segi Alexa Rank ataupun Google Page Rank sendiri.

DENAIHATI.COM VS AZRI.MY

Perkara paling utama yang perlu dititik beratkan oleh kita semasa mengubahsuai blog ialah kelajuan blog tersebut apabila menggunakan rekabentuk yang baru. Adakah ianya pantas dan mesra pengguna?

Kalau Ya, nampaknya memang sesuai reka bentuk tersebut dan Google juga akan menyukai blog kita tetapi jika tidak, pembaca lain juga tidak mahu mengunjungi blog kita kerana terpaksa menunggu lama untuk loading. Memang menyusahkan.

Disini saya membandingkan kelajuan blog Denaihati dengan rekaan terkini dengan blog saya sendiri iaitu blog www.azri.my untuk melihat blog yang mana lebih laju dan mudah diakses.

Dan dibawah adalah keputusan penuh perbandingan tersebut menggunakan laman web GT Metrix


Blog Denaihati dengan rekabentuk terbaru hasil tangan Eizil ternyata mendahului melalui beberapa perkara. Dan ini membuktikan betapa muka baru Denaihati ini sememangnya lebih hensem & maskulin.

Semoga dengan perubahan yang dilakukan ini akan mendatangkan lebih banyak kejayaan besar buat blog Denaihati serta rakan blogger lain yang berada dalam kumpulan Denaihati Network! :)




5 comments.. read them below or add one

zuan zuan July 19, 2013
hehe AE pun dah cuba lawan balik level maskulin ni, dia pun baru tuka theme..
Mustaffa Yasin Mustaffa Yasin July 19, 2013
memang blog denaihati semakin kemas
azrijohanazrijohan July 21, 2013
lebih pro gitu :D
azrijohanazrijohan July 21, 2013
pink color :)
zuan zuan July 21, 2013
hehe sekarang memang tengah musim kan, ak pun ingat nak tukar la macam tu, lawa pulok