ads

Mudahnya Menilai Perbezaan Kad Kredit Dengan iMoney.my


Mudahnya Menilai Perbezaan Kad Kredit Dengan iMoney.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ni ada seorang kawan saya bertanya mengenai Kad Kredit melalui Message di Facebook. Dia mahu meminta pendapat saya mengenai kad kredit terbaik dan berbaloi digunakan untuknya.

Jujur cakap, saya sendiri pun tidak berapa arif mengenai kad kredit ni. Jadi untuk mengelakkan daripada memberi maklumat yang salah kepada kawan saya ni, saya pun melakukan sedikit carian mengenainya di Google.

Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak dengan beberapa laman web yang menceritakan mengenai kad kredit ni tapi yang paling menarik perhatian saya ialah laman web iMoney.my. Saya juga mencadangkan kepada kawan saya untuk merujuk laman web ini untuk maklumat yang lebih detail.


Laman web iMoney.my ni merupakan sebuah laman web yang disediakan khas buat para pengguna di Malaysia untuk mendapatkan kad kredit terbaik bagi mereka dengan ciri-ciri yang dikehendaki.

Contohlah anda mahu mendapatkan kad kredit untuk mendapatkan bonus hebat setiap kali mengisi minyak kenderaan anda, laman web imoney akan membantu anda menyenaraikan beberapa pilihan kad kredit yang menawarkan ciri seperti itu.

Selain daripada itu, terdapat juga banyak pilihan lain berbanding "Petrol Benefits", termasuklah kad kredit yang menawarkan 'Low Interest Rate', 'Cash Back' dan sebagainya. Semuanya ada dan hampir lengkap di laman web tersebut.

Apa yang paling best sekali pada laman web iMoney ini ialah, laman web ini direka khas dengan ciri yang ringkas dan mesra pengguna. Jika anda kurang menguasai bahasa Inggeris, anda juga boleh mendapatkan maklumat dengan pilihan bahasa Melayu.

Untuk menukar bahasa, klik sahaja pada pilihan bahasa pada bahagian kanan atas laman web ini. Amat mudah dan menyenangkan.

Contoh paparan untuk pilihan Bahasa Melayu:


Senang je kan, betul tak? Mudahnya menilai perbezaan kad kredit dengan imoney.my ni. Hehehe :D

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada sesiapa yang tercari-cari maklumat mengenai kad kredit macam kawan saya tu. 

Pesanan daripada saya, jadikan kad kredit sebagai salah satu cara untuk mengukuhkan kewangan kita dan bukannya salah satu penyebab untuk kita menambah hutang yang sudahpun tersedia banyak tu. Kelak kita juga yang susah.

Siapa yang kat sini gunakan kad kredit? Cuba kongsikan kad kredit apa yang korang gunakan dan apa ciri kelebihan yang ada pada kad tersebut di ruangan komen di bawah. 




4 comments.. read them below or add one

Mummy AkmarMummy Akmar June 12, 2013
Senangnya dengan imoney
azrijohanazrijohan June 12, 2013
sangat senang :D hehe
Amir Amir June 13, 2013
bagus gak imoney nih..bleh survey2 dulu sebelum nak apply :)
azrijohanazrijohan June 13, 2013
yup, memang bagus :D