ads

Asap Jerebu Dah Sampai di UTP

Awal-awal lagi dah beli topeng ni, bersedia untuk sebarang kemungkinan. Hehe

Jerebu, topik paling meletup sekali di Malaysia sekarang ni. Semalam di UTP ni cuaca biasa je macam hari-hari biasa tapi pandangan mata agak kabur sedikit.

Nampak semacam ada lapisan halus seperti kabus di udara, asap jerebu mungkin. Suhu pun rasa semakin panas walaupun cahaya matahari kurang sedikit teriknya akibat lapisan asap yang menghalang.

Tak sure sama ada asap jerebu yang datangnya daripada kepulauan di Indonesia dah sampai ke bumi UTP atau belum, tapi untuk langkah berjaga-jaga semua pelajar dinasihatkan supaya mengambil inisiatif seperti berikut:

1. Minum air mineral banyak-banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
2. Kurangkan aktiviti luar jika cuaca semakin buruk.
3. Kurangkan merokok, lebih elok kalau stop terus! Semak!!
4. Pakai topeng muka setiap kali keluar daripada bilik.

Bacaan kualiti udara di negeri selatan tanah air seperti Johor dan Melaka sehingga ke hari ini menunjukkan sedikit penurunan manakala di bahagian atas sedikit seperti Kuala Lumpur sudah mula dilitupi asap tebal.

Mungkin ianya disebabkan oleh tiupan angin yang membawa asap jerebu daripada selatan naik ke arah utara pula.

Dan tidak mustahil juga dalam masa beberapa hari ianya akan tiba di negeri Perak. Diharapkan Jerebu ni akan hilang segera lah sebab banyak kesulitan  kalau UTP kena tutup dengan asap jerebu.

Minggu ni merupakan minggu penting yang dipenuhi dengan kuiz dan test jadi kalau ditunda mesti menyusahkan di kemudian hari pula.

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya baik-baik belaka. Amin.

Oh ya, kat tempat korang pulak macam mana? Jerebu dah singgah ke belum ye? Hehehe..



{ 10 comments.. read them below or add one }

zulfanzulfan June 25, 2013
melarikan diri ye
fynafyna June 26, 2013
semoga cepat2lah jerebu ni ok kan ^_^
DenaihatiDenaihati June 26, 2013
Alhamdulillah dah semakin baik sekarang. juga dah hujan kat banyak tempat. moga seperti biasa kembailah....
Andre JoeAndre Joe July 01, 2013
Dah semakin baik. Minggu lepas memang teruk sangat.
azrijohanazrijohan July 21, 2013
alhamdulillah :)
Carlos Santiago Carlos Santiago August 02, 2013
now jerebu dah okey.


admin
bankami.net
azrijohanazrijohan August 02, 2013
tahniah? :O
Bukhari Malek Bukhari Malek August 02, 2013
sama sama hati hati.. tapi tu la faedahnya berbloging.. contoh sekarang kecoh pasal jerebu... disitu mesti kita nak tahu apa punca.. tu dah 1 pengetahuan tu. hahah.. mesti nak update di blog kan? nanti sama sama orang dapat tau... wew!

tahniah bro... untung la ada blog ..~ wew
azrijohanazrijohan August 02, 2013
betul tu, kena belajar terima ujian dengan hati yang redha.

hati hati ya semasa jerebu, kalau boleh kurangkan aktiviti luar sehinggalah keadaan kembali pulih seperti biasa :)
Bukhari Malek Bukhari Malek August 02, 2013
jerebu kat kuantan sekarang ni.. huhu.. teruk jugak.. tapi kadang kadang kene belajar terima dengan redha juga.. hahahah ^_^