ads

Harga Tiket di Genting Highland Malaysia


Genting Highlands Malaysia

Taman Tema Genting Highland sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dan juga pelancong asing sebagai sebuah lokasi paling menarik untuk menghabiskan percutian bersama anggota keluarga dan rakan-rakan yang lain.

Harga Tiket di Genting Highland Malaysia juga difahamkan antara yang amat berpatutan dengan fasiliti dan kemudahan yang disediakan buat para pengunjung yang melancong ke sana. Gambar di bawah merupakan kadar harga tiket masuk ke Taman Tema Genting Highlands mengikut beberapa kategori umur:



In case gambar di atas tidak berapa nak clear, boleh juga baca maklumat di bawah; harga tiket di Genting Highlands sepertimana yang tertera di dalam gambar.

HARGA TIKET MASUK GENTING HIGHLANDS MALAYSIA.


Untuk kategori Outdoor Theme Park sahaja:
  • Adult  -  RM54
  • Child  -  RM39
  • Senior Citizen  -  RM39
  • Family Package (2 adults, 2 children)  -  RM167

Untuk kategori First World Indoor Theme Park pula,
  • Adult  -  RM32
  • Child  -  RM30
  • Senior Citizen  -  RM16
  • Family Package (2 adults, 2 children)  -  RM109

Untuk kategori All Park:
  • Adult  -  RM70
  • Child  -  RM49
  • Senior Citizen  -  RM49
  • Family Package (2 adults, 2 children)  -  RM213

Saya sendiri masih belum berkesempatan untuk berkunjung ke Genting Highlands walaupun kini sedang belajar di Perak dan boleh dikatakan sudah hampir dengan lokasi pelancongan terkemuka tersebut. Cemburu juga bila lihat ramai kawan-kawan yang dah pernah pergi ke sana, seronok betul mereka bercerita mengenai pengalaman semasa berada di Tanah Tinggi Genting.

Mungkin satu hari nanti saya akan berkunjung juga ke sini dan bila tiba masanya nanti, dan insyallah entri ini akan menjadi sangat berguna untuk rujukan. Boleh bersedia lebih awal kalau dah tahu berapa jumlah wang yang perlu dibelanjakan sepanjang berada di Genting Highland nanti.

Diharapkan Harga Tiket di Genting Highland Malaysia tidak akan dinaikkan pada masa akan datang, kalau tak agak rugi juga. Tetapi kalau harga tiket nak diturunkan, kami sebagai pengguna dan para pelancong pastinya sangat bersetuju dan menggalakkan perkara tersebut. Hehehe..

Kepada sesiapa yang bercadang untuk menghabiskan waktu cuti dengan melancong ke Genting Highland, diharapkan entri ini dapat memberikan sedikit bantuan kepada anda. Kalau ada perubahan atau kesilapan pada penulisan ini, boleh lah tinggalkan teguran pada ruangan komen di bawah ya.

p/s: geng Blogger Perak tak nak buat trip pergi Genting ke? Hehe

Sekian terima kasih,
AZRIJOHAN.COM





{ 13 comments.. read them below or add one }

Ummi Hanie Ummi Hanie May 31, 2013
lebih kurang harga tiket nk main dlm times square tu...

warna warninya hotel ;)
Izzuddin Fauzi Izzuddin Fauzi June 01, 2013
Duit kene bawak tebal2 kalau nak naik... :)
faa.rosli faa.rosli June 01, 2013
ok best harga dia. thanks sharing.
Azri Johan Azri Johan June 04, 2013
duit nipis pun ok, tapi make sure nilai tinggi lah.. hehehe

takpun, bawak je credit card. lagi mudah :p
Khairul Zamri Khairul Zamri June 05, 2013
dah lame tak pergi sana harga tiket pun dah lain harap nanti nak pergi lagi
selipar putih selipar putih June 05, 2013
syok kot sana..rasanya lagi seronok dari legoland..jom la blogger buat trip gi sana..ihihi
fyna fyna June 07, 2013
dah lama tak pergi sini. terima kasih untuk info ^_^
NURSHAKIRA ABDUL HALIM NURSHAKIRA ABDUL HALIM June 08, 2013
Hi.. Newbie here. I am following you :)

Happy blogging! Jom jadi kawan saya by old follower OR follower G+. Mana2 pun boleh.

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com
Azri Johan Azri Johan June 09, 2013
haha legoland baru lagi, ada banyak lagi benda kena improve untuk lawan genting highland