ads

Blogger Contest Tanah Arab 2013


Blogger Contest Tanah Arab 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin terdapat ramai blogger yang berminat untuk menyertai contest anjuran blogger Malaysia tetapi tidak tahu ataupun kurang pendedahan mengenai contest blogger yang sedang berlangsung ketika ini.

Kalau ada, saya dengan berbesar hati mencadangkan korang semua untuk join Blogger Contest Tanah Arab 2013 yang dianjurkan oleh saudara Asyrof Asri, blogger kacak Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah & undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Tujuan saudara Asyrof Asri menganjurkan Blogger Contest ini adalah untuk memperkenalkan blog beliau kepada komuniti blogger lain terutamanya komuniti blogger Malaysia yang sangat besar. Salah satu komuniti besar tersebut termasuklah Denaihati Network (jemput sertai kalau masih belum join).

Kelebihan Menyertai Blogger Contest Tanah Arab 2013.

Antara kelebihan menyertai contest ini termasuklah;

1. Berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan unik.
2. Berkenalan dengan rakan blogger lain yang menyertai contest ini.
3. Menjenamakan blog dengan komuniti yang lebih besar.
4. Tidak memerlukan modal kewangan langsung.
5. Sangat-sangat bagus untuk blogger baru.

Blogger Contest Tanah Arab 2013 (klik gambar ini untuk join)

Blogger Contest Tanah Arab 2013 ini dianjurkan dalam dua kategori utama iaitu Kategori Promot/ Promosi Kontes dan juga Kategori Join Kontes. Kedua-dua kategori ini terbuka buat semua blogger Malaysia untuk sertai. Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai kedua-dua kategori yang disebutkan:

1. Kategori Promot/Promosi Kontes

  • Bermula pada 28 April 2013 dan berakhir pada 1 Jun 2013.


2. Kategori Join Kontes

  • Kontes bermula pada 1 Mei 2013 dan tamat pada 1 Julai 2013.
  • Tajuk entri adalah bebas mengikut pilihan dan acuan anda sendiri.
  • Bukan kontes SEO, jadi penulisan anda akan dinilai oleh penganjur.
  • Penilaian berdasarkan penulisan terbaik dengan penggunaan Bahasa Malaysia Penuh (BMP).
  • Hadiah-hadiah yang beliau sediakan juga menarik, istimewa dari Tanah Arab Mesir.

Maklumat lanjut mengenai Blogger Contest Tanah Arab 2013 boleh dibaca di blog Asyrof Asri sendiri di pautan ini --> KLIK SINI.

Sebagai seorang penaja contest ini, saya menjemput semua blogger untuk menyertai contest ini dan rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik daripada tanah arab yang disediakan khas oleh pihak penganjur di sana.

Selamat mencuba dan semoga berjaya saya ucapkan. Insyallah ada rezeki anda di dalam contest ini :)



3 comments.. read them below or add one

Izzuddin Fauzi Izzuddin Fauzi May 24, 2013
Nak join jugaklah kontes... Baru nak aktif balik dgn blog :)
Asyrof Asri Asyrof Asri May 24, 2013
Izzuddin, joinlah kontes koy ni ya. :)

Nanti menang boleh koy antar hadiah dengan jumpa awok je, tak payoh koy nok guna pos. :)

join-join ya .. :)