ads

Aku Blogger Gila


Entri ni merupakan pengenalan kepada penjenamaan semula domain blog www.azrijohan.com yang sudah mula lapuk sebab saya lebih fokus pada blog www.azri.my sebelum ni.

Setakat ni saya masih belum menetapkan niche khas buat blog ini sebabnya masih belum mendapat idea terbaik untuk tujuan tersebut. Mungkin sekarang blog ini akan digunakan untuk menyertai aktiviti bersama komuniti blogger yang lain terutamanya rakan-rakan blogger di Denaihati Network.

Antara idea-idea yang berlegar dalam benak fikiran termasuklah:

  • fokuskan blog ini untuk contest-contest blogger
  • menulis niche mengenai blogging dan yang berkaitan dengannya
  • jadikan blog ini sebagai portal berita seperti Berita Harian. LOL

Hmm, nampaknya kena brainstorm lagi lah lepas ni. Ataupun ada dalam kalangan rakan-rakan blogger yang arif lagi bijaksana, mahu mencadangkan beberapa idea untuk halatuju blog saya ini?

Kalau ada, jangan segan silu untuk berkongsi idea ya. Insyallah saya akan cuba fikirkan dan pertimbangkan setiap idea serta cadangan yang diutarakan di bahagian komen di bawah.

Terima kasih, rasanya cukup lah dulu entri pengenalan di blog ni. Tak perlu nak panjang-panjang sangat, kena simpan sikit untuk update di blog yang satu lagi pulak. Hehehe..

Inilah rutin hidup kalau sudah beristeri dua (baca: punyai dua buah blog berbeza)





5 comments.. read them below or add one

Asyrof Asri Asyrof Asri May 24, 2013
Okay, saya sudah faham.

Sebenarnya ada dua blog, tapi lebih tumpu pada www.Azri.my sahaja.

www.AzriJohan.com terabai seketika.

InsyaAllah, blog yang terkubur ini boleh pergi jauh sebab dah ada backup blog Azri.my .

Moga terus sukses ya Blogger Comel Malaysia. hehe ..
Joe Joe May 26, 2013
Tak pun buat survey untuk tentukan niche. Or buat macam poll.
Azri Johan Azri Johan May 30, 2013
yup macam tu lah ceritanya. hehehe

amin, terima kasih atas doa tersebut :)
Azri Johan Azri Johan May 30, 2013
hmm idea yang baik. terima kasih banyak :D
fyna fyna June 19, 2013
fyna punya blog pun masih lagi tak tahu nak guna niche mana.. bercampur2 je sekarang nih.