Masalah Blog Tak Boleh Akses


Sudah hampir sebulan lamanya aku tak update blog walaupun sekarang ni tengah bercuti.

Tulah, kalau sebelum ni memang rancang nak update blog setiap hari ketika waktu cuti tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang dan selebihnya terletak bawah kuasa Nya untuk menentukan.

Walaupun tidak dikemaskini, aku masih lagi melawat blog www.azri.my ini terutamanya kalau ada komen-komen terbaru daripada para pembaca.

Tak sangka, entri terakhir mengenai Rahsia Cantik Selebriti Ternama mendapat sambutan meriah rakan blogger dan pembaca semua. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca dan tinggalkan komen.

Tapi pagi ni, ada sedikit masalah timbul. Macam biasa, aku akan buka blog aku untuk melihat-lihat keadaan di sini, malangnya blog ini tidak dapat diakses seperti biasa.

Apa yang ada hanyalah robot Google yang menyatakan URL blog ini bermasalah pada DNS lah apa lah, lepas tu suruh setting macam-macam pulak pada browser.. Haishh memang pening kepala.

Sebab takde mood nak ikut semua yang diarahkan, aku pun cuba lah refresh page www.azri.my banyak-banyak kali.. mana tahu ada rezeki boleh akses balik kan.

Alhamdulillah dapat jugak aku akses selepas berpuluh-puluh kali refresh page ni. Rasanya ini alamat yang diberi untuk aku update blog kot, hehehe..



Scroll to top