ads

'Quran Pen Digital Reader' Memudahkan Pembelajaran Al Quran Anda

AL QURAN merupakan kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui Malaikat Jibrail secara berperingkat sehingga sempurna 30 juzu' kesemuanya. Ia merupakan mukjizat terbesar yang kekal terpelihara buat semua umat manusia.

Berpegang teguh dengan isi yang terkandung di dalam Al Quran akan menjamin kita kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. In Sha Allah.

Sungguhpun begitu, masih ramai lagi umat islam terutamanya yang tidak menyedari akan hakikat ini. Bahkan ada diantara kita yang tidak reti langsung membaca Al Quran.

QURAN Pen Digital Reader merupakan set alatan bantuan membaca Al Quran yang sangat berkesan dalam membantu anda mempelajari cara bacaan Al Quran dengan tajuwid yang betul.

Dengan meletakkan pen digital pada ayat Al Quran, anda akan mendengar bacaan ayat Al Quran tersebut pada earphone yang disambungkan dengan pen tersebut. Dengan cara ini, anda boleh belajar memperbaiki bacaan Al Quran dengan lebih cepat dan berkesan.

Nasihat aku, sebelum menggunakan Quran Pen Digital Reader ni lebih baik kalau anda berguru dengan cikgu agama atau orang yang pandai tentang cara membaca Al Quran dengan betul, dan kemudian boleh menggunakan alat ini sebagai latihan di rumah sewaktu ketiadaaan guru.

Konsep yang sama seperti belajar di sekolah, pertama sekali kita perlu ke sekolah dan menuntut ilmu dengan guru matematik dan kemudiannya apabila pulang ke rumah kita perlu membuat sendiri latihan matematik dengan bantuan Buku Latihan, ataupun Astro Tutor TV (style budak sekarang lah katakan, hehehe)

Oh ya, mari kita dengar apa kata Ustaz Azhar Idrus dalam video ni:



Kat mana ada jual Quran Pen Digital Reader ni?



Sebenarnya sudah ada banyak produk dengan konsep seperti Quran Pen Digital Reader ini dijual dimerata tempat sekarang ni, masalahnya ada diantara produk yang dijual tidak mendapat pengesahan daripada pihak kementerian. Baca petikan ini:

Umat Islam dinasihatkan hanya membeli Al-Quran yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu yang berpelekat hologram bagi memastikan tiada sebarang kesilapan. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Abd Aziz Md Nor berkata konsep hologram pada al-Quran itu diperkenalkan sejak 1 Ogos lepas yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan berteknologi tinggi termasuk nombor siri untuk rujukan.

Ya, Al Quran Digital yang dijual sememang nya betul dan bukannya dipalsukan.. cuma nya dengan pengesahan daripada pihak kementerian ini akan memastikan tidak timbul masalah serius di kemudian hari. Itu yang kita nak elakkan. Tambah Abd Aziz lagi,..

“Semasa memilih al-Quran, bungkusannya cantik. Tetapi kita tidak tahu betul ke tidak betul. Jadi apabila dilulus KDN dan ada hologram, sah ia dilulus KDN. Jika ada masalah berbangkit, kita akan tengok nombor siri pada hologram,” katanya dipetik Bernama Online.

Dikesempatan ini, aku ingin berkongsi sebuah laman web yang menjual Quran Pen Digital Reader dengan pengesahan daripada KDN secara online. Penjualan online ini dijamin betul dan bukannya scam yang menipu duit ramai orang.

Memperkenalkan... jeng jeng jengg 


Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Quran Pen Digital Reader ini dan memperbaiki bacaan Al Quran korang, boleh klik pada gambar di atas ni ya. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat kita semua.

Dan minta tolong jasa baik semua untuk berkongsi artikel ini dengan orang lain yang mungkin mencari-cari produk ini untuk membantu mereka. Insyallah.




{ 15 comments.. read them below or add one }

Kak Mahh Kak Mahh February 05, 2013
Mahal juga guna pen ni.
iAwani iAwani February 05, 2013
aik.. saya ada review produk serupa di iAwani. Bukan iklan berbayar. Sekadar berkongsi info.
Ummi Hanie Ummi Hanie February 05, 2013
membaca al quran dgn tajwid yg betul merupakan tuntutan fardhu ain, semua org kena belajar, betul tak ;)
Azri Johan Azri Johan February 05, 2013
@Kak Mahhagaklaa tapi rasanya sesuai dengan produk ni kot
Syaifuddin Alias Syaifuddin Alias February 05, 2013
kadang2 payah jugak ..ada yg tipu bagai..susah laa gini
Budak Nakal Budak Nakal February 05, 2013
Menarik juga ya..thx sbb kasi info...
Khairul Asrol Khairul Asrol February 06, 2013
bagus jugak untuk orang yang tak berapa lancar membaca. sekurang2nya pendengar mendapat pahala. :)
Arrazi Arrazi February 06, 2013
Sangat membantu untuk yang baru hendak membaca al-quran. Semoga lebih ramai yang celik al-quran.
munir ardi munir ardi February 06, 2013
sangat membantu sebab banyak yang tak paham lagi ilmu tajwid, salam kenal
Lizz Lizz February 06, 2013
ramai yg akan kata mahal tapi rasanya harga baju yg kita pakai. kereta lagi mahal berganda. ingat pesan ustaz, jangan berkira untuk agama. kami mmg dah ada set ni. banyak membantu ;)