Komisyen Daripada Insentif Denaihati

Komisyen Daripada Insentif Denaihati


Ni cerita lama, awal bulan Feb punya cerita tak sempat nak kongsi dengan korang.

Mesti ramai tahu mengenai Insentif Tunai Denaihati yang mana akan memberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai kepada setiap blog yang menyumbangkan trafik kepada blog Denaihati.

Setiap satu trafik yang disumbangkan bernilai RM0.02.

Alhamdulillah, hanya dengan meletakkan banner blog Denaihati dalam blog aku ni, aku berjaya mendapat RM200 lebih daripada program ni.

Memang berbaloi, pasang banner blog Denaihati hanya sekadar untuk hiasan blog dan alhamdulillah dibalas dengan baik oleh pihak Denaihati Network.

Apa yang paling best ialah Denaihati satu-satunya blog yang menawarkan insentif seperti ini dengan JUJUR dan AMANAH. Blog lain ada juga nak cuba-cuba buat seperti ini tapi memang mengecewakan.

Oh biarkan, kalau korang pernah cuba join sekali mungkin korang kenal blog mana yang aku maksudkan. Kehkeh..

Ternyata, dunia blog ni sangat luas. So memang kena lebih berhati-hati dan berwaspada. Tak semua orang dalam dunia maya ni boleh dipercayai. Ramai yang suka mengambil kesempatan yang buruk.

Konklusinya, kalau korang berminat nak menjana pendapatan melalui blogging.. korang kena pandai memilih. Tak semestinya blogger saja, ada juga company besar-besar yang menipu.

Selidik dulu sebelum bertindak, kalau ada keraguan boleh tanya kepada yang lebih tahu dan kalau masih tak jelas lagi lebih baik tinggalkan je terus, itu yang terbaik.

Sekian terima kasih.

Scroll to top