ads

Blogger Paling Muda di Majlis #SBB2013


Majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 sudah hampir seminggu berlalu, tetapi kenangan ketika bersama dalam majlis tersebut masih segar bermain dalam kepala.

Ramai Top Blogger Malaysia yang hadir dalam majlis yang penuh kemeriahan ni, termasuklah aku sendiri yang boleh dikatakan blogger paling muda yang turut serta di Hotel Singgahsana pada petang tersebut.

Memang aku tak pernah bersua muka dengan mana-mana blogger lain pun sebelum ini jadi pada awalnya memang blur sikit tapi bila dah lama dah dapat biasakan diri dan mula bertegur sapa dengan blogger hebat yang lain.

Untuk makluman, ProfHariz merupakan blogger yang pertama tegur aku dahulu sebelum majlis bermula, walaupun aku tak kenal dia . Kemudian Boni Kacak pun tegur aku macam dah biasa jumpa. Diikuti dengan rakan blogger lain seperti Akubiomed, Melastik Bintang dan banyak lagi.

Kemudian aku pilih tempat duduk yang kosong, bersebelahan dengan Ladfe Amir dan Ezad Skyetech. Duduk bersama di meja yang sama termasuklah Katak Comel, Kak Sha, Puanbee, Santai Leeza, Boni Kacak, Hazwan Hairy, Budak Nakal, dan...? Hmm cukup 10 orang dah kot. Hehe..



Alhamdulillah, #SBB2013 ni bukanlah satu majlis yang sia-sia buat aku sebabnya banyak perkara positif yang aku dapat melalui penganjuran majlis seperti ini. Antaranya kelebihan majlis ini termasuklah,
  • dapat berkenalan dan beramah mesra dengan blogger lain
  • memperkenalkan blog kita kepada blogger lain untuk kukuhkan network
  • perkongsian ilmiah daripada Top Blogger Malaysia dan Indonesia
  • melibatkan diri dan blog dalam projek memperkasakan ummah
  • dapat makan makanan yang enak semasa majlis tersebut :p
Ada banyak lagi sebenarnya tapi cukup lah dulu setakat ni, kalau list panjang-panjang tapi takde huraian pun tak guna juga. Insyallah aku akan cuba explain satu per satu point kat atas ni dalam entri yang akan datang kalau ada kesempatan masa.

Walaupun aku sekarang sedang Bercuti Semester Selama 4 Bulan dan bebas daripada tugas sebagai seorang pelajar, tapi tak dapat juga fokus 100 peratus pada blog ini.

Insyallah akan cuba cari waktu terbaik untuk kemaskini entri baru dan membalas kunjungan rakan blogger yang singgah dan meninggalkan komen di blog aku ni.

Nantikan juga entri susulan mengenai #SBB2013 selepas ini ya.. Hehehe..




{ 50 comments.. read them below or add one }

selipar putih selipar putih February 02, 2013
terbaik la bro..femes kot muka kau..hheehe..kat entry sbb2013 blogger lain mesti ade..
Khairul Asrol Khairul Asrol February 02, 2013
untunglah dapat pergi. kalau tak aku dah jumpe ko dah azri. :)
Budak Nakal Budak Nakal February 02, 2013
Ahak, seronok dapat jumpo hang di SBB, mmg terkejut juga bila melihat bro...:P, kecik je orgnya^^
Muaz Faris Muaz Faris February 02, 2013
boni tu mmg peramah, senang je dpt sembang dgn dia.
Kujie Kujie February 02, 2013
mana paling mudanya?
Melastik Bintang Melastik Bintang February 02, 2013
muka avatar dan muka kat majlis memang sama lah..hehehe
Ladfe Amir Ladfe Amir February 02, 2013
Boni kacak memang peramah. dia antara blogger pertama yg saya jumpa dan tegur
Khairul Asrol Khairul Asrol February 02, 2013
@Azri Johan kat u aku ni ade event la. aku kena handle sikit so tak dapat pergi petang tu sbb event tu malamnya.
Kak Mahh Kak Mahh February 02, 2013
Walau pun muda anda hebat!
hazwan hairy hazwan hairy February 02, 2013
yeahhh! seronok time ni..haha
Azri Johan Azri Johan February 02, 2013
@Khairul Asroloo macam tu ke.. takpelah, next time ye
Azri Johan Azri Johan February 02, 2013
@Muaz Fariskau pernah jumpa ke? memang peramah gila
Azri Johan Azri Johan February 02, 2013
@Faizal Pejaytu laa, saya nampak bro naik pentas ambik hadiah je
Azri Johan Azri Johan February 02, 2013
@Kak Mahhalhamdulillah rezeki Allah, ramai lagi yang lebih hebat :)
sohoque sohoque February 02, 2013
aku blogger sizen.. heheheh
azman azman February 02, 2013
Ramai orang kata baju sepasang merah yg ko pakai tu memang kena dengan ko.Dapat juga kita jumpa yer.
Amirez Amirez February 02, 2013
wah best dapat jumpa ramai blogger hebat
Khairul Zamri Khairul Zamri February 03, 2013
tahniah berjya tempatkan diri dalam kalangan top blogger
cik laili cik laili February 03, 2013
kalau tak silap blogger paling muda yang join SBB - anak kak Jie, Intan ..
Azri Johan Azri Johan February 03, 2013
@cik lailitulah, baru tau... tu pun lepas kak jie bagitau yang anak dia pun blogger jugak. hehehe
cik laili cik laili February 03, 2013
saya tau sebab follow blog kak Jie sejak dulu..
amirul hakim amirul hakim February 03, 2013
busy hari tu x dapat datang.kalau x aku paling muda kat situ............
Man Man February 03, 2013
Boni kacak bawak awek jiran sebelah rumah dia tak?.. =)
akubiomed akubiomed February 03, 2013
Muka cute tentu ramai yang berkenan dan bakal jurutera minyak. Apa pun jika berpeluang jumpa lagi pada masa hadapan boleh berbual panjang. :-)
zool zool February 03, 2013
wah.. baguslah muda-muda dah join. insyallah peluang berjaya tu tinggi
Izzuddin Fauzi Izzuddin Fauzi February 03, 2013
Eehhh... X aci... Aku lagi muda.... :)
Azri Johan Azri Johan February 04, 2013
@Izzuddin Fauzimuka kau dah berjerawat teruk, jgn nak perasan k.. haha
Azri Johan Azri Johan February 04, 2013
@Manentah, takde rasanya.. taknampak pun
Azri Johan Azri Johan February 04, 2013
@cik lailiape ye link blog si intan tu? ciklaili tau tak
boni kacak boni kacak February 04, 2013
hahahaha.. siot je.. kenapa bukan aku yang paling muda??? mencik mencik!! hahahahaha :P

salam kenal bro.. semoga ukhwah kita selepas ni akan bertambah utuh.. :)
tyka tyka February 04, 2013
mana satu yang muda? confuse ni. he he
iAwani iAwani February 05, 2013
saya tak pergi sebab bajet tak cukup nak bayar tambang kapal dan kos penginapan di hotel. Jauh tu di Kuala Lumpur. Saya pula di Kota Kinabalu.
Azri Johan Azri Johan February 05, 2013
@azmanbest dapat jumpa dan kenal dengan bro :)
reezluv reezluv February 08, 2013
bestnya dapat pegi ye...:D
Zac Rega Zac Rega February 21, 2013
Bestnyaaaa!! Tk pernah pergi mana-mana majlis blogger :'(