Top 5 Google Search Malaysia


TOP 5 GOOGLE SEARCH MALAYSIA. Satu post yang dipublish untuk dijadikan panduan buat traffic hunter yang berpandukan keyword panas setiap hari. So di sini ada senarai top search keyword di Google Malaysia.

Top 5 Google Search Malaysia


1. Khairul Fahmi & Leuniey

Apek yang baru-baru ini melangsungkan perkahwinan dengan Leuniey berjaya mencuri tumpuan kebanyakan rakyat Malaysia. Penjaga gol nombor 1 negara tersebut mendapat perhatian yang meluas, mengalahkan artis tempatan yang tak laku. Hehehe..

2. Dato Siti Nurhaliza Bertudung

Dato Siti Nurhaliza kini telahpun memulakan langkah baru dalam hidupnya apabila beliau bertekad untuk berhijab selepas meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke 34. Semoga ianya berkekalan sehingga ke liang lahad.

3. Jozan Maharaja Lawak Mega

Jozan merupakan sebuah kumpulan pelawak yang diminati ramai dan boleh dikatakan merupakan pelawak nombor 1 di Malaysia pada hari ini. Dianggotai oleh Johan dan Zizan, Jozan baru-baru ini berjaya menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012.

4. Patrick Teoh

Isu mengenai pelakon berbangsa cina iaitu Patrick Teoh yang pernah berlakon dalam filem Buli, Baik Punya Cilok dan Sumolah telah 'mengupdate' status dengan menghina agama Islam kerana ketidakpuashatian terhadap garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Hmmm no komen.

5. Bantuan Lesen 1 Malaysia

Seperti yang sedia maklum, kerajaan baru sahaja mengumumkan Bantuan Lesen 1 Malaysia untuk membantu belia yang belum pernah mempunyai apa-apa lesen kenderaan bermotor. Bantuan lesen ini adalah untuk lesen B2 sahaja.
_______________________________________________________

Diharapkan post Top 5 Google Search Malaysia ni dapatlah tolong korang untuk mencuba pelbagai teknik SEO yang luas ni ye. Manalah tahu satu hari nanti selepas berjaya menguasai teknik SEO dengan berkesan, blog korang bakal menjadi 10 Top Blogger di Malaysia pulak kan? Insyallah..

Apa-apa pun gunakan ilmu SEO untuk tujuan yang baik ya.. jangan pula disalah gunakan untuk tujuan yang tidak elok. Semoga kita sama-sama menajdi insan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Yeehaaaa ;)


Scroll to top