ads

Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia

Berita baik tiket percuma Airasia 2013 sempena program Integrasi 1Malaysia. Program ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Tujuan adalah untuk merapatkan lagi jurang antara semenanjung, sabah dan sarawak selaras dengan konsep 1Malaysia. Syarikat tambang murah Air Asia akan bekerja sama untuk memberi tiket penerbangan percuma dalam tempoh yang tertentu.

tiket percuma airasia

Cara Dapatkan Tiket Percuma Airasia 2013

Perdana Menteri sebentar tadi telah mengumumkan bahawa semua pengguna boleh akses tiket percuma Airasia mulai 9 Januari 2013. Tiket percuma itu akan dibuka mulai 12 Tengah Malam 9 Januari 2013.

Permohonan tiket percuma ini boleh didapatkan di laman web http://www.airasia.comDianggarkan kira-kira 10 ribu tiket akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut.

Booking Period :

Dari 9 Januari 2013 dan keatas

Travel period:

14 Januari – 4 Februari 2013

Update Terkini Dari Airasia: Tawaran Akan Dibuka Mulai 9 Januari 2013 (Rabu). Harap Maklum

Destinasi Penerbangan Percuma

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tempoh Penerbangan Percuma

Tiket percuma bagi penerbangan antara 14 Januari sehingga 4 Februari 2013

Cara Pembayaran Penerbangan

Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.


Sumber: Tiket Percuma Airasia 2013 Program Integrasi 1Malaysia | melvister.com 



0 comment... add one now