ads

Sinopsis Novel Setia Hujung Nyawa Online

Berikut adalah sinopsis Novel Setia Hujung Nyawa secara online. Novel yang kini diolah kepada drama telah mendapat sambutan hangat dari penonton sehinggakan buku novel tersebut dinobatkan sebagai buku paling terlaris dijual di pasaran MPH Bookstore. Plot cerita yang mendalam telah menarik minat pembaca dan membuatkan mereka ingin mengetahui apa kisah yang selanjutnya. Kepada anda diluar sana, jangan lepaskan peluang untuk membeli Novel ni sementara ia masih berada dipasaran.

novel setia hujung nyawa

Novel Paling Laris Di MPH Book Store

Novel Setia Hujung Nyawa telah mendapat sambutan dengan jualan tertinggi pada minggu ini sebaik sahaja drama tersebut ditayangkan di TV3.

setia hujung nyawa

Sinopsis Novel Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.


Sumber: Sinopsis Novel Setia Hujung Nyawa Online | melvister.com 




0 comment... add one now