ads

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2013 Eduloan

Permohonan pinjaman pelajaran MARA sesi 2013 melalui sistem Eduloan. Tajaan akan dibuka mulai bulan februari ini. Objektif tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.


Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.

Syarat Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA
  • Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  • Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  • Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  • Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  • Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  • Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
Syarat Umur Permohonan MARA

mara

Permohonan Online Pinjaman MARA 2013

Permohonan boleh dibuat secara talian dilaman http://www.mara.gov.my/web/guest/e-eduloan
Tarikh talian dibuka bulan Februari 2013. Harap Maklum

Contoh Surat Tawaran MARA

Anda akan perolehi surat tawaran setelah permohonan anda berjaya secara online.

tawaran Mara


Sumber: Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2013 Eduloan | melvister.com 



{ 10 comments.. read them below or add one }

farysa farysa February 01, 2013
dah 1hb ni MARA taknak buka lg ke? =)
aisyah sakaria aisyah sakaria February 01, 2013
ini termasuk permohonan pelajaran untuk peringkat profesional tak?
$ue $ue $hahahbudin $ue $ue $hahahbudin February 04, 2013
saya x boleh nak pilih kursus. kenapa? sapa yg dah isi. tolong habaq mai sat lagumana cara.
Norlin Sabuti Norlin Sabuti February 05, 2013
Betul2.. Same la masalah kita
$ue $ue $hahahbudin $ue $ue $hahahbudin February 06, 2013
lepas tu macam mana? do u hv any solution. saya cuba telefon ofis mara, tp tak diangkat. huhu. sedih.
Muhammad Hafeez Jeofry Muhammad Hafeez Jeofry February 25, 2013
dah lewat sgt ni.... alahai, kenapa la dgn mara ni... sape yg da solve problem ni?
Siti Nur Azah Abd Jalil Siti Nur Azah Abd Jalil February 27, 2013
This comment has been removed by the author.
Norlin Sabuti Norlin Sabuti March 03, 2013
Sy pon hari2 search kt internet n try call tuk dptkan solution tp semue mengecewakan :(
natasha fazminatasha fazmi March 04, 2013
nak tnya.. yg application ni utk dalam negara ke luar negara? boleh sesiapa inform saya..
Bebo Bebo March 09, 2013
Saya asyk display sistem dlm selenggaraan. Cmne nk apply nii?