Ini Semua Salah Event #SBB2013 Anjuran Denaihati !


Aarghhh habis lag laptop aku! Ini semua gara-gara nak baca semua entri blogger berkaitan Majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 yang dianjurkan oleh Top Blogger Denaihati beberapa hari je lagi.

Semangat nak blogwalking berpandukan link yang diberi di Group FB Denaihati Network mengundang padah bila aku klik semua link tak ingat dunia. Bila dah banyak tab bukak, loading time semakin bertambah dan laptop aku pun pening lalat nak proses semua ni serentak. Hahaha..

Oh ya, bagi sesiapa yang tak tahu dan baru nak tahu Denaihati menganjurkan sebuah Majlis Gathering yang diberi nama SEPETANG BERSAMA BLOGGER, yang mana pada tahun ini merupakan tahun kedua ianya dianjurkan.


Apa Yang Menarik Pada Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 Ni Nanti?

Sebenarnya dalam majlis macam ni lah para blogger yang ada berkenalan, dan beramah mesra. Tak terhad kepada blogger di Malaysia sahaja, sebab event SBB2013 ini turut dihadiri oleh barisan blogger nusantara daripada Indonesia dan juga Brunei.

Pada majlis PERCUMA ini juga nanti akan diumumkan pemenang bagi Contest Gadjet Impian yang dianjurkan Denaihati beberapa bulan yang lalu. Selain tu ada juga perkongsian mini forum daripada Top Blogger Malaysia seperti Beautifulnara, Ben Ashaari, dan juga Fatin Liyana. Dan banyak lagi aktiviti menarik termasuklah cabutan bertuah dan lain-lain.

Bagi aku yang tak pernah bersua muka dengan mana-mana blogger pun sebelum ni, majlis ni nanti akan menjadi tempat untuk aku cuba bertegur sapa dengan mereka. Mungkin akan ada awkward moment, tapi biasalah tu first time jumpa kan.. Hehehee..

So, siapa lagi yang join Event Sepetang Bersama Blogger ni nanti? Kita jumpa di sana nanti ya, Insyallah. Rasa excited ada, nervous pun ada ni.. Hehee..



Scroll to top