ads

Ananda Krishnan dapat RM764.25 jutainf


INILAH Mahkamah Tinggi Singapura yang membuat keputusan Ananda menang dalam kes samannya semalam.

SINGAPURA – Mahkamah Tinggi Singapura di sini menganugerahkan AS$250 juta (RM764.25 juta) kepada pemilik Astro All Asia Networks Plc. (Astro), Tan Sri T. Ananda Krishnan sebagai ganti rugi berikutan kegagalan usaha sama beliau dengan bekas rakan niaganya dari Indonesia, James Riady.

Mahkamah Tinggi berkenaan dalam keputusannya kelmarin mengekalkan perintah sebuah pusat timbang tara di sini yang sebelum ini memihak kepada Ananda.

Ganti rugi itu diberikan kepada Ananda pada tahun 2010 oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura selepas kerjasama mewujudkan televisyen berbayar oleh kedua-dua pihak menemui kegagalan.

Pusat tersebut bertindak sebagai sebuah mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian perniagaan yang rumit.

Ananda merupakan orang nombor satu empayar komunikasi Astro di Malaysia manakala Riady pula menerajui Kumpulan Lippo di Indonesia.

http://penpatah.blogspot.com/2012/10/ananda-krishnan-dapat-rm76425-juta.html



0 comment... add one now