ads

10 Blogger Terbaik Malaysia

top-blogger

10 Blogger Terbaik Malaysia. Topik yang sangat subjektif. Yelah, term "terbaik" tu membawa banyak maksud dan ianya terpulang kepada setiap individu untuk menafsirkannya.

Ada yang cakap Blogger Terbaik perlu memiliki blog yang popular, ataupun blog mestilah mempunyai page rank yang tinggi. Ada juga yang beranggapan blog terbaik mestilah mereka-mereka yang rank tinggi di laman web Alexa.

Walauapapun definisi Blogger Terbaik bagi korang, dalam post ni aku akan nyatakan 10 Blogger Terbaik Malaysia mengikut citarasa aku sendiri dan ya, aku akan berikan sebab musabab aku memilih blog tersebut untuk menjadi 10 Blog Terbaik aku.


Tempat ke 10: Blog Sokernet




Ulasan: Inginkan ulasan bola sepak yang jujur tanpa sebarang rasuah? Blog Sokernet adalah tempatnya. Di sini terdapat ramai penulis yang pakar dalam hal ehwal bola sepak dunia terutamanya EPL yang menulis dengan penuh semangat patriotik. Paling penting sekali, penulis blogserius yang bernama Obefiend juga merupakan salah seorang team penulis Sokernet.




Tempat ke 9: Blog Akma Omar


top-blogger-akmaomar



Ulasan: Blog Akma Omar ni merupakan sebuah blog hebat yang berkongsi pengalaman hidup Akma Omar sendiri. Apa yang menariknya, blog Akma Omar sering menyertai Contest SEO dan kebanyakan contest yang disertai pasti akan dimenangi olehnya. Nampak tak, betapa hebatnya teknik dan skill SEO yang ada pada blog dan blogger ini? Hope dapat lah belajar sedikit sebanyak ilmu SEO blog daripada beliau nanti.



Tempat ke 8: Blog Aku Stress Giler




Ulasan: Blog Aku Stress Giler ni lebih kurang je konsep dengan blog serius. Tapi kenapa aku listkan blog ni instead of Blog Serius sendiri? Sebabnya Blog Serius memang dah ramai yang kenal dan tak terlawan dalam perkongsian informasi secara santai jadi aku perkenalkanlah satu lagi blog dengan niche yang sama yang mungkin korang masih belum tau lagi. Hehehe..


Tempat ke 7: Blog Fazreen



top-blogger-fazreen



Ulasan: Blog Fazreen ni tak macam blog-blog di Malaysia ni. Blog ini banyak berkongsi kisah suka duka Fazreen dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh beliau. Memang best baca entri-entri kat dalam blog ni.


Tempat ke 6: Blog Denaihati

top-blogger-denaihati


Ulasan: Blog denaihati ni merupakan sebuah blog yang terkenal di negara kita kerana program intensif tunai yang memberi peluang kepada blogger lain menjana pendapatan sampingan. Selain itu, blog denaihati juga sama seperti blog lain yang menceritakan pelbagai kisah kehidupan serta ilmu SEO blog.


Tempat ke 5: Blog Fatin Liyana

top-blogger-fatin-liyana

Ulasan: Blog Fatin Liyana (FL) lebih menumpukan kepada perkongsian  pengalaman FL sendiri seperti melancong ke Korea. Sebelum ni FL juga banyak menulis tentang halatuju selepas SPM untuk dijadikan panduan buat pelajar-pelajar lepasan SPM yang masih buntu mengenai perjalanan hidup selepas SPM terutamanya.

Tempat ke 4: Blog Amanz


top-blogger-amanz



Ulasan: Blog Amanz kira blog wajib singgah setiap hari terutamanya bagi mereka-mereka yang dahaga kan informasi dalam dunia teknologi dalam bahasa melayu. Blog amanz memang terbaik dalam bab ni sebab lebih daripada 3 post ilmiah berkaitan komputer dan teknologi dipost disini dalam masa sehari. Perghh...




Tempat ke 3: Blog Rotikaya


top-blogger-rotikaya



Ulasan: Rasanya sudah ramai yang kenal dengan blog hiburan paling awesome ni. Kalau korang ingat, Rotikaya dulu pernah menggemparkan Malaysia selepas disaman RM1juta tetapi perkara tersebut tidak menghalang team rotikaya daripada menjadi blog kesukaan rakyat Malaysia ketika ini.



Tempat Ke 2: Blog Ariff Shah


top-blogger-ariffshah


Ulasan: Sama seperti blog akma omar, blog Ariff Shah juga memuatkan entri yang menceritakan mengenai kehidupan seorang engineer yang bernama Ariff Shah. Mempunyai pengetahuan luas dalam ilmu SEO, blog Ariff Shah sering mendapat ranking yang tinggi di enjin carian seperti Google Search. Setiap entri ditulis secara santai dan diisi dengan perkara yang bermanfaat untuk para pembaca yang mengunjungi blog tersebut.


Tempat Pertama: Blog.Azri Johan

top-blogger-azrijohan


Ulasan: Blog.Azri Johan kalau korang nak tahu adalah blog yang korang tengah baca ni. Blog ini bukanlah blog popular bagi korang tapi bagi aku inilah blog yang akan aku lawat dan baca setiap hari. Seriously siapa yang tak suka dengan blog sendiri kan? Hehehe..


10 Blogger Terbaik Malaysia dah pun aku senaraikan. Korang pulak macam mana? Cuba senaraikan sedikit beberapa blog yang menjadi favourite korang selama ni. Kalau dah ada, boleh letak link kat bahagian komen, nanti aku datang terjah dan baca ya.





{ 34 comments.. read them below or add one }

Mohd Lokman Bin Ramli Mohd Lokman Bin Ramli January 07, 2013
betul2.. blog yg kita paling suka adalah blog kita sendiri.. ^_^
nizarazu nizarazu January 07, 2013
blog no 1 tu memang terbaikk (y)
Ummi Hanie Ummi Hanie January 07, 2013
tihihhi.... blog last sekali plg tak tahan tu :p

takdelah, maksud akk, blog sndiri dicalonkan... betullah juga, of coz le kita suka/syg sgt blog sndiri ;)
titan titan January 07, 2013
setuju. siapalah yang tak suka blog sendiri. hoho..
akubiomed akubiomed January 07, 2013
Akma Omar hebat main SEO tetapi Fatin Liyana SEO pun tidak reti. Namun nama beliau adalah tarikan SEO. :-)

Selamat berjaya kepada bro.
Azri Johan Azri Johan January 07, 2013
@titanhohoho, thanks sebab setuju :)
onlajer onlajer January 07, 2013
aku baru siap der cuma macam mana kita boleh sama pilih blog sendiri ya hehe
Joe Joe January 07, 2013
Goodluck bro. Berbaloi cuti 4 bulan, boleh la join contest.. Hehe
Azri Johan Azri Johan January 07, 2013
@Joecontest? huhu takut tak menang je nanti :p
Nur Misnan Nur Misnan January 09, 2013
sape lagi nak up kan blog kita kalau tidak sendirikan.. hik3
Good luck and all d best.. tak kesempatan lagi nak join..
Nasir Bravo Nasir Bravo January 09, 2013
support semua blogger Malaysia..majulah blogger untk negara...:)
kamil salleh kamil salleh January 09, 2013
bagus..bagus...blog sendiri yg perlu di letak di tempat yang terbaik. Satu pilihan yg memberi daya kekuatan untuk terus dan malahan menjadikan blog mereka sebagai rujukan.

Ini link contest SEO 10 blogger terbaik malaysia.

http://www.sensasi2020.com/2013/01/10-blogger-terbaik-malaysia.html

TQ...
Hafizul Hafizul January 09, 2013
Hehe..yang pertama ekk..bagus2..selamat maju jaya bro..hehe
AkmaOmar AkmaOmar January 13, 2013
Tak sangka ada dalam senarai ni... Rasanya belum layak lagi...

Apa2 pun terima kasih... Good luck..
Azri Johan Azri Johan January 13, 2013
@AkmaOmarkak akma memang layak :D

thanks komen ya :D
kartikel.com kartikel.com January 14, 2013
haha. blog no 1 terkejot aku :P
Azri Johan Azri Johan January 14, 2013
@kartikel.comuit, kartikel pun boleh komen ke? bapak terkejut..
Syaifuddin Alias Syaifuddin Alias January 16, 2013
haha..blog azri johan terbaik ... :)
Denaihati Denaihati January 16, 2013
terima kasih bro, denaihati termasuk dalam top 10 pilihan bro. errr, tak masuk contest ke...
Azri Johan Azri Johan January 16, 2013
@Denaihatiwelcome :D denaihati memang hebat pun
iAwani iAwani January 31, 2013
Blog saya bersaing sengit dengan Amaz dari segi kandungan dan jumlah entri dalam sehari. Kami berdua biasanya keluarkan 7-15 entri sehari. Seiring dengan teknologi yang cepat berubah.
Salmah Solehah Salmah Solehah February 12, 2013
being full of yourself is not a crime :D
go Azri go! haha..
AdminStressGiler AdminStressGiler March 06, 2013
thanks sbb listkan. blog2 lain semua otai. ASG ni budak2 baru nak blaja jer... :)