Eyriqazz VS Denaihati 1

on Wednesday, July 11, 2012

Eyriqazz VS Denaihati

Contest Eyriqazz VS Denaihati sekarang ni semakin sengit, semakin mendebarkan, dan semakin memeningkan kepala. Sebelum ni aku ada cerita mengenai entri aku yang dinodai oleh Haiwan-haiwan ganas Google, dan akibatnya blog aku tidak lagi berada pada kedudukan teratas SERP Google untuk keyword Eyriqazz VS Denaihati ni.

Eyriqazz VS Denaihati nampaknya satu cabaran yang jauh lebih ganas daripada contest SEO Lelaki Kacak yang dianjurkan sebelum ni. Mungkin Tokey Cendol, Titan juga menyedari akan perkara ni.

Eyriqazz VS Denaihati

Kedudukan Eyriqazz VS Denaihati mengikut ranking semasa di Google Malaysia setakat ini menyaksikan kedua-dua blog milik profhariz mendahului takhta SERP. Blog blogspot beliau berada pada kedudukan pertama, diikuti dengan blog wordpress nya. Memang hebat betul ProfHariz ni, sesuai dengan nama nya dan juga sijil-sijil kedoktoran yang berjaya dikumpulkan semasa di Universiti dahulu.

Eyriqazz VS Denaihati akan menjadi keyword yang memenuhi ruang enjin carian sehinggalah 31 Ogos ini, iaitu tarikh tamat contest ini dianjurkan. Dan selepas itu tiada lagi Eyriqazz VS Denaihati sebab pihak penganjur iaitu Bro Eyriqazz akan mengumumkan pemenangnya.

p/s: nak join Contest Denaihati


Tag :

FITNAH: Abby Abadi VS Finaz Yunus

FITNAH: Abby Abadi VS Finaz Yunus



Kecoh dan kepoh apabila pembaca berita TV alHijrah, Finaz Yunus dikatakan menuduh dan memfitnah Abby Abadi atas dasar politik.

Dan akibat daripada tuduhan dan fitnahan itu, maka ramai orang tidak berpuas hati dan menghantam pengacara ini dilaman sosial, sehinggakan dia sendiri menutup/deactive account facebook. Mereka memprotes tuduhan Finaz itu sebagai tuduhan tanpa bukti.

Dan fan page untuk Finaz meminta maaf terhadap Abby juga ditubuhkan. Haish macam-macam hal dunia zaman sekarang ni.



Tag : ,

Tonton Full Movie Mael Lambung

Filem Mael Lambung 2012

Sinopsis: Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.

Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.

Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.

Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya?

DOWNLOAD LINK

Mediafire: PART 1 | PART 2


Tag : ,

Najwa Latif Pelajar Bermasalah?

on Sunday, July 08, 2012

Najwa Latif Pelajar Bermasalah? Betul ke? Sebabnya baru-baru ni ada cerita yang mengatakan Najwa Latif dipanggil oleh guru disiplin di sekolah. Kenapa ya? Hmmmm, kat bawah ni ada cerita penuh yang dikongsikan oleh rakan-rakan yang sama sekolah dengan Najwa sendiri.

Najwa Latif Pelajar Bermasalah?

Pada suatu hari, di sebuah sekolah di selatan tanah air, bermula la sebuah cerita..


Cikgu : selamat berkenalan… .
Najwa : kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku…


Cikgu : sat gi cikgu hantar kau dekat pengetua baru tau…
Najwa : Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo


Cikgu : cikgu sakit hati dah ni ==”
Najwa : hati ku rasa sesuatu


Cikgu : sebelum kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku


Cikgu : atau kamu nak saya hantar kamu dekat pengetua?
Najwa : Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu


Cikgu : cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa : Oh oh benarkah rasa itu…


Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua… ku rasa gementar tapi bahagia


Cikgu : memang kalau dah ada peluang nak rotan je kamu ni..
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..


Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..ooohh uwouwouwo


Cikgu : otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat..
Najwa : Banyak persoalan yang berada di minda =P


Pelajar lain menyampuk : cikgu ni banyak tanya la…


Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu : Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)


cikgu : tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta…


Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya


Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..


Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni..
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja..


Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku


Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa baik dipanggil je
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu


Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku..


Cikgu : cinta? Dengar baik-baik kata-kata cikgu ni…
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku… ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju…


Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu. =DD


p/s: hehe, sekadar untuk hiburan saja..



Tag : ,

Najwa Latif feat Black Mentor

Najwa Latif feat Black Mentor

Okay fine, aku update entri baru pasal Najwa Latif ni pun sebab ada member suruh aku buat. Dia cakap dah lama dia tak dengar cerita pasal artis kesayangan dia yang comel ni, so dia suruh aku update dalam blog. Kalau free nanti dia baca. Member punya hal, jadilah entri ni...

Kat bawah ni ada video live Najwa Latif nyanyi bersama-sama Black Mentor, diorang nyanyi lagu klasik, Seiring Sejalan. Untuk program apa ntah aku pun tak sure, so apa kata korang layan je... hehe, nak komen pun boleh ;)





p/s: sedang berusaha untuk Eyriqazz VS Denaihati
Tag :

Cara & Tips Atasi Rasa Malas

Cara & Tips Atasi Rasa Malas ni aku tulis dalam blog ni sebagai peringatan kepada diri aku juga selain untuk perkongsian dengan para pembaca semua. Kan best kalau sikap malas ni dapat dikikis daripada dalam diri kita semua, betul tak? Tapi kena lah ada cara nya.. So mari kita lihat apa abang Google syorkan, hehe..

Cara & Tips Atasi Rasa Malas

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.

“Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai…ekekekke…

5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

p/s: selamat menikmati cuti hari minggu ya :D

Tag : ,

Lisa Surihani Mengandung

on Saturday, July 07, 2012


Lisa Surihani Mengandung

Betul ke Lisa Surihani sudah mengandung? Kalau betul lah berita Lisa Surihani Mengandung, tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tersebut, iaitu Lisa Surihani dan juga Yusry KRU.

Diharapkan mereka berdua kekal bahagia bersama-sama buat selamanya. Amin... dan diharapkan juga berita gembira ini memberikan tempias yang baik untuk entri Eyriqazz VS Denaihati aku ni, hehehe...

p/s: dengar cite, ada yang tak suka Lisa dah mengandung. betul ke?


Tag : ,

Eyriqazz VS Denaihati Kembali Mengganas

Eyriqazz VS Denaihati Mengganas

Eyriqazz VS Denaihati Kembali Mengganas

Eyriqazz VS Denaihati Mengganas !! Amacam tajuk aku kali ni, mesti korang cuak kan? Hahaha.. tapi kalau korang still tak takut jugak, mesti ada yang tak kena ni. There must be something wrong somewhere.. Better korang pergi klinik buat check-up okay, hehe.. Fine, tak lawak =,=

Okay, kali ni aku nak sambung kembali dan mengamuk untuk contest Eyriqazz VS Denaihati ni. Dah lama rasanya tak bekerja keras untuk contest SEO ni. Ni semua salah binatang-binatang tu. Memang buat aku sakit hati. Grrrr....marah ni ;(

Eyriqazz VS Denaihati Mengganas malam ni sebab ada orang main kacau. Eh, orang ke? Sebenarnya beberapa hari yang lalu, aku dan skuad-skuad elit daripada FBI mengesan aktiviti tidak sihat dalam SERP Google, iaitu kemunculan gerakan yang sangat aktif oleh Google Animals. Mereka merancang untuk melakukan sesuatu....yang jahat. Sangat jahat.

Google Animals termasuklah google panda, google penguin, google gorila, google siamang, google tiger dan bermacam-macam jenis nama google lagi telah pun membuat kacau pada halaman carian google lalu mengakibatkan post "Eyriqazz VS Denaihati" aku yang bertakhta di SERP Google jatuh dengan teruk sekali, lalu berganjak ke tangga ke-dua Google Malaysia.

Seriously memang cuak gila weh masa tu. Gila betul lah kan, aku ni dah laa newbie je, tak pro sangat mengenai SEO ni jadi bila berlaku kejadian buruk macam ni memang hilang semangat untuk meneruskan contest ni. Adakah ini masa yang sesuai untuk aku angkat bendera putih sepertimana yang dilakukan oleh blogger super hebat dan kaya Abang Ensem?

Atas desakan, sokongan dan nasihat rakan-rakan blogger yang lain. Aku teruskan juga perjuangan untuk memenangi Contest SEO ini. Kali ni aku menggunakan gambar yang super ganas untuk melawan haiwan-haiwan Google yang sangat tidak comel tu semua. Semoga post Eyriqazz VS Denaihati Kembali Mengganas ini mendapat perhatian mereka semua dan kembalikan semula kedudukan aku ke tempat asal, iaitu di tangga pertama.

p/s: tolong doakan kejayaan aku ya, terima kasih semua

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

Mahu Menggunakan Adsense Sebagai Alternatif

Mahu Menggunakan Adsense Sebagai Alternatif

Pagi semalam aku baru je pergi ke bank untuk mengambil wang hasil peniklanan Nuffnang. Alhamdulillah, ada 3 cheque yang dah pun aku deposit kat bank, tunggu dalam dua tiga hari nanti masuklah duit tu.

Terima kasih Nuffnang atas pemberian ini. Bagi blogger-blogger yang menggunakan Nuffnang mesti dah tau kan 5 Keistimewaan Nuffnang yang takde pada pengiklanan lain, so tak payah la aku nak ceritakan semula.

Kali ni aku nak sambung cerita pasal Penangan Google Adsense. Siapa tak kenal lagi dengan Google Adsense ni? Mungkin kat Malaysia ni belum ramai blogger yang menggunakan adsense, kecuali blog-blog yang sudah lama dan boleh dikategorikan sebagai otai. Sebagai contoh termasuklah blog Hasrul Hassan dan juga blog Denaihati.

Dengar cerita banyak juga pendapatan yang Google Adsense bagi tiap-tiap bulan. Betul ke? Hehehe.. aku pun sekarang ni tengah belajar macam mana cara menggunakan Google Adsense dalam blog. Bukan apa, adsense ni macam cerewet sikit dengan blog melayu. So kalau dapat guna tanpa sebarang masalah memang best gila lah!

Jadi sekarang ni, aku selalu melawat ke blog Hasrul Hassan untuk belajar mengenai Google Adsense dengan lebih mendalam lagi. Kalau korang berminat menjana pendapatan dengan Google Adsense ni juga, jomlah sama-sama kita belajar pelbagai tips mengenai Adsense kat SINI, memang berbaloi.

p/s: syukur Adsense bukan musuh Nuffnang, hehehe :p



Tag :

http://denaihati.com

on Friday, July 06, 2012


http://denaihati.com

Rasanya lebih daripada 80 peratus follower dan pembaca kat blog aku ni tahu dan kenal dengan blog denaihati ni, yang juga best of the best blog of the year 2012. Mungkin korang juga merupakan salah seorang pembaca tegar blog denaihati setiap hari, sama seperti aku.

Siapa-siapa yang baru first time dengar, boleh la cuba lawat blog denaihati sekarang. Banyak info dan artikel yang penuh informasi boleh diperoleh dalam blog tersebut. Tak lupa jugak, korang boleh dapat banyak hadiah yang gempak. Serius tak tipu.




p/s: ni luahan ikhlas, tidak di sponsor okay :D

Tag : ,

Gambar Neelofa Mohd Noor Bercium

Gambar Neelofa Mohd Noor Bercium

Siapa yang dicium oleh Neelofa dalam gambar diatas ni? Agak keberatan juga bila kita melihatnya, apatah lagi Neelofa mencium seorang gadis. Pastinya ramai peminat Neelofa bertanya-tanya siapa kah gadis bertuah yang dicium oleh Neelofa ni.

Sebenarnya gadis ni, nama dia Athisha, adik kandung kepada Neelofa. Neelofa memberikan ciuman pada pipinya sempena harijadi Athisha yang ke berapa ntah admin pon tak berapa nak pasti. Yang pasti korang semua pasti berasa lega kan. Haha.



p/s: test power, boleh tak Neelofa lawan Najwa Latif :p


Tag : , ,

Contest Eyriqazz VS Denaihati

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Contest Eyriqazz VS Denaihati

Hari ni nak sambung buat entri Contest SEO Eyriqazz VS Denaihati ni, rasanya dah lama tak cerita pasal contest ni kot. So hari ni nak cerita pasal ape ek, takde idea lah pulak. Hehehe, siapa boleh tolong kongsikan idea dengan aku?

Contest Eyriqazz VS Denaihati | Perjalanan Masih Jauh

Eyriqazz VS Denaihati ni contest seo yang agak lama tempohnya, kalau tak silap dibuat selama 3 bulan sama seperti contest Lelaki Kacak anjuran bro Titan yang comel sebelum ni.

Dan dalam tempoh 3 bulan ni sebenarnya macam-macam boleh berlaku. Seriously tempoh masa tiga bulan memang menyeksakan bagi para peserta lebih-lebih lagi kalau blog mereka masih mentah lagi macam blog aku ni.

Mungkin pada masa sekarang ni kalau korang google keyword "eyriqazz vs denaihati", entri yang berada pada kedudukan pertama adalah entri blog aku, tetapi mungkin juga dalam beberapa hari ataupun beberapa minggu akan datang blog orang lain pula yang akan menggantikan tempat aku tu.

Contoh paling mudah dan jelas ialah entri blog zulseffort.com. Jika sebelum ni entri Eyriqazz VS Denaihati VS Zulseffort hanya diindeks pada page kedua google, tapi sekarang ni dah jadi top 10 kat first page Google pula. Nampak tak perbezaannya?

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini ialah, selagi contest ini masih berjalan selagi itu lah peluang kita semua (para peserta) untuk memenangi contest ni masih terbuka luas. Bagaimana permulaan tidak berapa penting sangat kalau nak dibandingkan dengan pengakhiran yang akan menentukan siapakah pemenang untuk contest seo kali ini.

Teruskan usaha, tingkatkan perancangan SEO korang untuk menaikkan entri korang pada kedudukan pertama di Google. Insyallah ada rezeki, boleh menang punyalah. Tak percaya, kita tengok nanti ya. Kalau cakap aku ni betul, korang kena belanja aku makan cendol okay? Setuju tak?


Tag :

Ambil Kesempatan

Ambil Kesempatan

Ah, abaikan gambar kat atas ni sebab memang tak berkait langsung. Hehe.. Aku sebenarnya just nak bagitau yang aku sedang mencuri ataupun ambil kesempatan untuk online dan update blog.

Yelah, kan dah bagitau aritu yang aku dalam mood Cuti-cuti Malaysia dan mungkin tidak update selama dua ataupun tiga hari, so memang contest Eyriqazz VS Denaihati tu terabai lah nampaknya tanpa post baru untuk menyokong. Takpelah, kalau ada rezeki tak kemana, betul tak? Hehehe..

Jadi korang kena ambil kesempatan untuk boost up blog korang dalam contest ni, insyallah jikalau ada ruang dan masa seperti sebelum ni aku akan kembali dan tulis entri baru pasal entri ni yang aku dah lama fikir nak buat, tapi tak kesampaian. Hope lepas ni dapatlah.. doakan lah ye, terima kasih semua.

p/s: sambung tido balik, z Z z ~



Tag : ,

Gambar Budak Sekolah

on Wednesday, July 04, 2012


Siapa ingat lagi post aku mengenai Bank Soalan SPM tempoh hari? Sebenarnya ada satu peristiwa yang berlaku semasa aku ingin menyiapkan post tersebut. Mungkin takde siapa yang tahu, so kali ni aku akan cerita apa sebenarnya yang berlaku.. Jeng jeng jeng *bubuh unsur suspennnn sikit..hehehe


Gambar Budak Sekolah

Masa nak buat entri tu, aku cari la gambar yang sesuai untuk diletakkan sebagai penghias post dan juga nanti sebagai pencuci mata korang. Aku masa tu agak buntu nak cari gambar apa, then aku terus je taipkan keyword "Gambar Budak Sekolah" kat kotak carian Google tu, sekali result yang keluar macam ni lah pulak, aisehmennn cuba korang tengok sendiri... (klik untuk Zoom In)


Hasil carian "Gambar Budak Sekolah" penuh dengan perkara-perkara yang tidak elok. Malahan turut diiringi dengan ratusan ribu gambar-gambar tak senonoh, yang tidak menggambarkan gambar budak skolah langsung. Maksud aku tang perangai, takde... kalau part baju tu nampak la baju sekolah sebab pakai tudung dengan berkain biru bagi yang perempuan lah kan...

Macam mana nak clearkan carian google untuk keyword-keyword panas ni dengan perkara yang lebih positif, yang tidak melibatkan aksi 18 tahun dan ke atas sahaja ni? Pernah kah korang, sebagai blogger dan rakyat Malaysia terdikir?

Kini baru aku sedar contest SEO macam yang Titan buat memang bagus, sebab ianya merupakan salah satu usaha untuk merosakkan keyword hodoh kepada yang lebih elok. Contohnya aritu Titan menganjurkan contest SEO Lelaki Kacak. So mesti lepas ni gay-gay yang mencari benda tak elok tu tersesat masuk dalam post yang jauh lebih baik dan berfaedah. Bukan lagi jenis tak cukup duit nak kahwin punya. Haha.. tak percaya, cuba lah google "Lelaki Kacak"

Nampak tak betapa pentingnya contest SEO ni. So kalau korang tak berani nak masuk untung menang, korang join lah sekali untuk menyumbang ke arah kebaikan macam yang aku ceritakan sebelum ni. Menang atau kalah tu belakang cerita, lagipun adatlah pertandingan ada yang menang, ada yang kalah. Betul tak?

Sekarang ni Bro Eyriqazz pulak tengah buat Contest SEO dengan keyword Eyriqazz VS Denaihati. Walaupun keyword biasa dan bersifat peribadi yang digunakan, tak salah untuk kita semua join. Boleh la juga belajar sedikit sebanyak mengenai SEO.

So nanti boleh juga bersihkan keyword-keyword panas tu sendiri. Tak payah tunggu orang nak tunggu Titan buat contest, sebab dia sekarang ni pun tengah busy. Biasalah kalau dah ketagih cendol, takde sape dapat tolong dah...

Ini pandangan peribadi aku sendirilah, korang punya aku tak tahu. Sama ada korang setuju atau tidak, itu terpulang. Kalau setuju baguslah, kalau kurang bersetuju jangan kutuk belakang okay. Sila tinggalkan komen kat bawah ni dengan nama sebenar. Takpe, aku tak makan orang, hehe.. Kita semua kat sini open-minded, bersedia untuk sebarang perbincangan. Hehehehe :D

p/s: komen lah, komen laaa...


Tag : ,

Cuti Cuti Malaysia

Cuti Cuti Malaysia

Post Cuti Cuti Malaysia ni bukan entri promote melancong kat Malaysia ye, awal-awal cakap ni. Hehehe, tapi kalau ada yang mencari lokasi menarik untuk pergi bercuti dalam negara, mungkin korang boleh baca entri sahabat blogger mengenai JOM MELAWAT PERAK 2012 untuk mengetahui beberapa tempat menarik dan sesuai untuk melancong ketika musim cuti.

Sebenarnya entri Cuti Cuti Malaysia ni just nak bagitau yang sekarang ni aku sedang bercuti. Ya, semua pelajar Universiti Teknologi Petronas yang terletak di Perak nun sedang menikmati cuti midsem yang agak lama iaitu selama empat hari. Best kan cuti lama? Ok, tak lawak =,=

So, apa nak buat masa cuti ni? Macam banyak benda je nak buat dengan family.. rasa-rasa nak update untuk contest SEO Eyriqazz VS Denaihati pun dah tak sempat kot. Takpelah, cuba carik masa dan ruang untuk contest ni. Bila dah join, kenalah usaha sampai berjaya ye dak? Kalau sekerat jalan, lebih baik tak payah masuk dari awal lagi. Siapa setuju boleh angkat mouse, kalau tak guna mouse tu angkat je apa-apa yang korang nak angkat ye. Ok fine, tak lawak juga.. dah la bosan buat lawak asyik tak jadi ye. Byebyeee...


Tag : , ,

Bank Soalan SPM Sebenar

on Tuesday, July 03, 2012


Bank Soalan SPM Sebenar

Zaman sekarang ni ramai pelajar yang bijak-bijak belaka, tak macam dulu-dulu time negara kita masih lagi baru bertatih untuk bangkit daripada kesan peperangan yang panjang. Kini, pelajar dengan keputusan cemerlang dalam pelajaran dengan skor 7A dan ke atas belum tentu lagi menjadi pelajar harapan sekolah dan guru-guru. Masyarakat kini hanya memandang pada 'kesempurnaan' dan sudah tentu keputusan semua A yang diharapkan.

Oleh sebab itu, ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tusyen berdekatan. Dan guru disekolah pula akan membekalkan timbunan kertas latihan yang perlu disiapkan oleh para pelajar sebagai latih tubi untuk menghadapi peperiksaan. Biasanya, pelajar yang terpaksa berhadapan dengan kesemua perkara ini adalah mereka-mereka yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM dan juga STPM.

Bila semua orang menaruh harapan yang tersangat tinggi terhadap pelajar-pelajar tersebut, mereka akan mula menyedari betapa pentingnya bagi mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik dalam peperiksaan tersebut bagi mengelakkan daripada mengecewakan hati sesiapa, terutamanya kedua ibu dan ayah, serta guru-guru di sekolah.

Mereka akan mula bertindak ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan. Ada sesetengah yang belajar secara berkumpulan dan melakukan perbincangan ilmiah. Ada juga yang mencari seberapa banyak Kertas Percubaan SPM sebagai latihan dan persiapan menjelang hari peperiksaan, dan macam-macam lagi.

Tetapi tahukah anda bahawa dalam banyak-banyak usaha yang dilakukan, sebenarnya kebanyakan pelajar lupa mengenai satu lagi point yang terpaling penting yang dapat membantu mereka cemerlang dalam peperiksaan iaitu membuat latihan melalui Bank Soalan SPM Sebenar. Dengan ini, ia akan dapat memberikan gambaran awal yang jelas mengenai format sebenar peperiksaan yang bakal diduduki. Jujur cakap, teknik ni memang berkesan tanpa ragu-ragu.


Kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan tu, semoga berjaya aku ucapkan. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, dan kedua ibu bapa yang telah banyak berjasa untuk melihat anak mereka berjaya. Oh ya, dalam contest SEO Eyriqazz VS Denaihati pun kena usaha lebih jugak kalau nak berjaya. Hehehe..

p/s: Izara Aishah ni comel jugak lah kan :p

Tag : ,

Review Filem The Amazing Spiderman

on Monday, July 02, 2012

Review Filem The Amazing Spiderman

5 Julai 2012 tarikh Filem The Amazing Spiderman dilancarkan kat negara kita. Filem Spiderman kali ni bukan lah sambungan kepada filem-filem Spiderman yang sebelum ini tetapi merupakan sebuah filem dengan jalan cerita yang baru, sangat berbeza dengan Spiderman lakonan Tobey McGuire dulu tu.

Untung blogger-blogger yang dapat invitation Nuffnang untuk premiere screening filem ni. Aku tak dapat sebab aku tak hantar penyertaan langsung. Damn camne boleh terlepas pandang pun tak tahu lah. Selalunya kalau ada movie baru yang Nuffnang bagi tengok free, mesti aku antara yang terawal join. Best kot, sebab nanti boleh buat review filem tu padahal masa tu orang lain belum tengok lagi, hehehe... #likeaboss



Mana-mana blogger yang dapat invitation untuk tonton filem The Amazing Spiderman malam ni, lepas tengok tu nanti kongsi lah review sikit ye. Nak jugak tahu best ke tidak movie baru Spiderman ni. Jangan lupa ye, paste je link review korang kat ruangan komen.

Jujur aku rindu nak review filem filem gempak camni. Kalau tak silap lah kan, entri review filem terakhir yang aku buat ialah Kesilapan Dalam Filem Battleship, dan macam biasa post ni memang HOT dan penuh kontroversi. Bacalah! Hehe :D


p/s: korang dah join Contest Eyriqazz VS Denaihati ke belum?



Tag : ,

[GAMBAR] Anzalna Nasir VS Neelofa

Anzalna Nasir. Siapa dia ni? Serius aku sendiri pun tak tau, tapi entah kenapa nama dia ni banyak pulak tersesat masuk kat blog ni. Pelik tapi benar, mungkin juga disebabkan minah ni sekarang ni tengah HOT bergaduh dengan Neelofa. Oh ya, dengar cerita dah baik dah. Betul ke? Siap tengok game Final EURO 2012 sama-sama semalam. Betul ke?

[GAMBAR] Anzalna Nasir VS Neelofa








p/s: Eyriqazz VS Denaihati tak masuk paper ke ek? Hehehe..


Tag : , ,

SEO Eyriqazz VS Denaihati

Eyriqazz VS Denaihati | Statistic by Nuffnang

SEO Eyriqazz VS Denaihati

Eyriqazz VS Denaihati merupakan keyword paling banyak masuk blog ni semalam, tapi sayang itu semua sementara sahaja, lepas tu terus jadi top keyword no 2 yang masuk ke blog aku ni. Sebab tu lah boleh jadi Top 5 Entri Popular Bulan Jun kot. Memang best, rasa macam baru lepas makan cendol :p

Eyriqazz VS Denaihati merupakan Contest SEO yang terbaru oleh Eyriqazz, selepas contest SEO yang mencetuskan fenomena iaitu Lelaki Kacak oleh Titan tamat beberapa minggu yang lalu.

For sure Eyriqazz VS Denaihati akan muncul di kebanyakkan blog yang join, sebab diorang nak pekatkan lagi keyword ni dalam blog masing-masing. Bagi sesiapa yang masih belum join tu, carilah masa yang sesuai untuk join okay sebab hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. Serius ni...

Yang dah join contest Eyriqazz VS Denaihati tu ape cerita? Okay ke tidak ye... Share lah sini, sharing is caring :)

Tag :

Cara Pemakanan Herbalife Yang Betul

Assalamualaikum semua. Korang percaya tak, kat dunia ni ramai orang yang nak menjadi lebih kurus. Dan mereka suka mencuba apa-apa sahaja produk yang boleh membantu mereka untuk menjadi kurus. Kurus nampak cantik, kata mereka. Dan kini produk paling popular dalam industri membuang lemak ialah Herbalife. Korang pernah dengar tak? Kalau tak boleh kenal dengan baca entri Apa Itu Herbalife?

Cara Pemakanan Herbalife Yang Betul


Ramai yang bagi respon dan komen kat aku selepas aku publish sebuah tulisan pengguna produk Herbalife yang telah berjaya. Walaupun dia hanya menceritakan yang Herbalife Berjaya Mengembalikan Keyakinan Diri, tetapi input yang diberikan sangatlah besar buat mereka yang tahu mengambil peluang.

Ada juga orang yang bising-bising cakap Herbalife ni tipu, dan tak betul semuanya. Apa yang digembar-gemburkan hanyalah palsu dan iklan yang dibuat sekadar mahu melariskan jualan, dan bukannya hendak membantu orang lain mendapatkan bentuk ideal macam model.

Bagi aku lah kan, yang tidak menggunakan langsung produk menguruskan badan termasuklah Herbalife ni, aku rasa sebenarnya kalau korang tak berjaya dengan produk itu janganlah salahkan ia seratus peratus. Sebabnya mungkin anda juga yang salah, mungkin ada beberapa kesilapan berat yang terlepas pandang.

Contohnya macam Cara Pemakanan Herbalife, bukan semua orang makan mengikut panduan yang diberikan. Ada pulak tu terlebih makan dalam sehari, kononnya boleh cepat bagi kesan lah. Tu semua useless je, lebih baik ikut cara yang telahpun diberikan. Sama jugak macam ubat kan, ada cara kita nak ambil ubat tu, kalau salah boleh memudaratkan diri sendiri. Kalau terlebih jadi dadah pulak.

Dan kalau korang cakap korang dah follow semua yang disarankan, but still takde effect positif kat tubuh badan korang, aku rasa boleh kot nak salahkan Herbalife tu, hehehe. Takpun badan korang memang tak sesuai dengan produk2 camni kot. Cuba gunakan alternatif lain pulak, ada banyak kan? Pilih jelah..

Macam mana? Setuju ke tidak? Kalau korang ada bantahan terhadap apa yang aku tulis ni, jangan segan silu nak tinggalkan komen ye tapi make sure korang letakkan nama dan juga email yang wujud, senang nak reply balik nanti. Kalau ada perkongsian lain pun apa salahnya kan, sharing is caring. Betul tak?

p/s: aku bukan pengguna ataupun agen Herbalife


p/s/s: jom lah join Contest SEO Eyriqazz VS Denaihati ni, hehe..

Tag : , ,

Spain Juara EURO 2012

Spain Juara EURO 2012. Ah tak best lah, menyampah gila.. Ni team Spain ataupun Barcelona ye? Hmmmm... Aku bukan tak suka dengan team sepanyol ni cuma diorang ni asyik menang je, tak best langsung kot. Sebab tu aku sokong Italy untuk jadi juara EURO walaupun aku bukan peminat Italy.

Spain Juara EURO 2012

Apa pun, tahniah buat Spain yang muncul Juara pada edisi EURO 2012 ini, mengulangi rekod kejuaraan EURO mereka empat tahun yang lalu dan juara Juara FIFA 2010. Yang best, diorang dah berubah lepas terima Notis Amaran Ni. Bagus lah camtu, kalau tak memang kena bagi notis lagi kot, hehehe..

Ok lah, musim EURO dah habis kan? Rasanya dah takde lagi dah entri mengenai EURO 2012 yang akan aku buat lepas ni. Cukuplah setakat dua je, #ehyeke? So lepas ni mungkin tumpuan aku akan lebih pada Contest SEO Eyriqazz VS Denaihati pula.


p/s: peminat Italy jangan sedih ye, makan cendol banyak-banyak tau..

Tag : ,

5 Entri Popular Bulan Jun Blog Azri Johan

on Sunday, July 01, 2012

Assalamualaikum semua, perasan atau tak hari ni kita sudah pun berada dalam bulan ke 7 dalam kalendar Masihi iaitu bulan Julai. Jadi untuk post pertama dalam bulan Julai ini, aku mahu menyenaraikan Top 5 Entri Popular Bulan Jun Blog Azri Johan. Kebanyakan entri yang tersenarai kat bawah ni mendapat hits yang baik daripada enjin carian a.k.a Pak Cik Google yang baik hati. Hehehe..

5 Entri Popular Bulan Jun Blog Azri Johan

Senarai 5 Entri Popular Bulan Jun Blog Azri Johan bermula pada tarikh 1 Jun 2012 sehingga 30 Jun 2012. Jom kita tengok entri mana yang Hot sangat tu.



  • Entri Najwa Latif Seksi ni ditulis pada tahun 2012 lagi, but still menjadi top entri pada setiap bulan sekaligus merupakan entri paling banyak dibaca dalam blog aku ni. Jujur cakap, entri ni memang top kat Google. Adakah benar mentaliti masyarakat kita sejak dahulu lagi suka melihat selebriti bogel dan berpakaian seksi? Nak tahu jawapan, sila baca entri beserta komen2 kat entri ni ye. 



  • Selepas menjadi isteri kepada pengacara popular Ally Iskandar, carian untuk blog Farah Lee juga menjadi satu fenomena. Entri ini ditulis secara simple sahaja, dan diberikan backlink kepada sumber asal iaitu blog Hasrul Hassan. Dan alhamdulillah blog ini menjadi penyumbang trafik tertinggi untuk blog HH sepanjang zaman. Korang dah tau ke pasal Blog Farah Lee ni? Kalau belum boleh lah baca blog islamik Farah Lee ni ye.


  • Ramai ke yang tahu bagaimana pembahagian gaji dilakukan terhadap pemimpin tertinggi negara kita? Entri ini menjelaskan secara panjang lebar mengenai gaji Yang Di-Pertuan Agong dan juga barisan Menteri-menteri di negara kita. Sangat ilmiah dan boleh dijadikan rujukan.



  • Entri Eyriqazz VS Denaihati ini merupakan penyertaan bagi Contest SEO yang dibuat oleh Eyriqazz dengan tajaan beberapa blogger hebat termasuklah top blog Malaysia, Denaihati. Walaupun baru berusia seminggu di blog ini, tetapi entri ini berjaya menjadi Top 5 Entri Popular Bulan Jun Blog Azri Johan. Alhamdulillah, harap berterusan sampai bila-bila.


  • Lagi sekali cerita mengenai Najwa Latif menjadi pilihan pembaca blog ini. Sebenarnya dalam blog ini ada banyak cerita mengenai Najwa Latif, cerita daripada sebelum dia menjadi popular lagi. Sampaikan ada yang cakap blog ni blog Najwa Latif dan aku ni pula boyfriend dia. Haha, mana adaaa.. tu semua tak betul. Aku just peminat najwa latif, sama macam korang ye. Oh ya, entri ni merupakan perkongsian lirik lagu terbaru najwa latif yang akan dilancarkan pada bulan Ramadan nanti, bertajuk AdaMu.

Top 5 Entri Popular Bulan Jun

Cukup lah 5 Entri Popular Bulan Jun Blog Azri Johan. Kalau korang rajin, jemputlah baca semua entri yang aku telah listkan kat atas ni. Dan kalau dah baca tolong lah komen ye. Sebab aku lebih sukakan komen pembaca daripada hits yang tinggi. Sebab kalau ramai yang baca tapi blah macam tu je, tak best lah kot. Rasa cam kosong je. Ye dak?

So, blog korang macam mana? Apa 5 entri popular korang? Listkan lah kat ruangan komen nanti, boleh jugak aku blogwalking sementara hari cuti ni kan. Masa terluang yang ada nak guna untuk berkenalan dengan blog-blog awesome yang lain. Hehehe...


Tag : , , ,

Jangan Peduli Kata Mereka

Jangan Peduli Kata Mereka

Blogger Malaysia, ramai yang mahu blog mereka dikenali dan digilai oleh orang lain. Kalau boleh, mereka mahu menjadi sebuah icon ataupun selebriti terkenal hanya melalui blog yang dihasilkan. Contoh terbaik termasuklah Abang Nara, Ben Ashaari, Lyssa Secret, dan juga Denaihati.

Adakah ianya satu perkara yang mustahil? Adakah kita semua, terutamanya blogger yang masih lagi newbie ni mampu berdiri sama tinggi ataupun lebih tinggi lagi daripada mereka-mereka yang sudah sedia dikenali ini? Tepuk dada tanya diri sendiri, adakah kita berusaha untuk ke arah itu? Dan sekuat mana kita sudah berusaha untuk mencapai target serta impian tersebut..

Jangan peduli kata mereka yang iri hati dan cemburu melihat kejayaan kita dengan blog yang gah. Sebenarnya ini adalah antara kunci yang penting buat para blogger terus kekal dalam blogosphere ini dan juga membina nama menerusi cara mereka sendiri.

Blog denaihati dikenali kerana tagline "hidupkan untuk memberi" yang memberikan fokus rewards kepada para pembaca tetap blog tersebut, dan inilah yang menjadi trademark utama blog denaihati sehingga ke hari ini. Beliau pernah dikutuk dan dicaci, tetapi Bro Denaihati tidak melatah tetapi terus kuat sehinggalah kini Blog Denaihati merupakan Top Blog di Malaysia ketika ini.

Sama seperti apa yang dilakukan oleh Bro Eyriqazz sekarang ini. Beliau dilihat cuba mempromosikan blog serta cara blogging dengan blogger-blogger lain di negara ini menerusi contest SEO Eyriqazz VS Denaihati yang dianjurkan bersama-sama dengan penganjur yang lain.

Duduk dan fikirkan cara anda dan blog anda mahu dikenali oleh orang lain. Usahakan yang terbaik sehingga impian serta matlamat tersebut berjalan seperti yang dirancangkan dan yang paling penting seklai, jangan peduli kata mereka yang tidak bijak itu semua. Jika tidak, anda sendiri yang akan rugi. Percayalah..

Tag : ,

Pasukan Spain Terima Notis Amaran

on Saturday, June 30, 2012


Pasukan Spain Terima Notis Amaran menjelang pertembungan Final EURO 2012 menentang Italy nanti. Notis ini adalah amat keras, keras macam batu!

Pasukan Spain Terima Notis Amaran

Kehadapan pasukan Spain yang sentiasa bernasib baik, ini merupakan notis amaran buat pasukan kamu yang layak ke final EURO 2012 meskipun tidak berapa nak power main bola seperti team-team yang lain.

Untuk beberapa perlawanan Spain sebelum ini, ramai pencinta bola sepak global melahirkan kekecewaan terhadap corak permainan pasukan Spain yang amat lembab dan membosankan. Sepertimana yang diulas oleh Denaihati

Pasukan Spain hanya tahu passing, passing, passing, passing, passing,....., dan passing lagi sehinggalah semua orang dah malas nak layan, barulah Spain melakukan serangan sekaligus menjaringkan gol. Gol tu pun kadang-kadang ihsan pengadil yang bagi penalti. Bosan bosannn..

Seperkara lagi mengenai pasukan Spain yang dibenci oleh kami semua ialah bakat lakonan yang sangat hebat pada setiap pemain Spain. Walaupun dengan sentuhan yang nyata tidak mampu membunuh seekor semut, sudah boleh menjatuhkan seorang pemain Spain yang cukup sopan santun di atas padang. Kesian mereka, tolong jangan kasari pemain Spain ini time Final nanti ye Itali..

Ah sudah, malas nak cerita pasal Spain banyak-banyak. Apa yang penting sekarang aku tak sokong mana-mana team sama ada Italy ataupun Spain untuk menjadi juara tetapi yang pastinya aku sangatlah tidak mahu melihat Spain menjadi Juara...lagi. Bosannnn bosann..baik layan Contest SEO Eyriqazz VS Denaihati, lagi best. Huh


p/s: ada ke penyokong Spain kat sini ye?



Tag : , ,

Kalau Berani, Copy Paste lah Entri Aku Ni !! Dasar Pencuri Sialan!!

Asslamualaikum semua

korang pernah rasa tak entri dalam blog kesayangan korang kena copy dengan blogger lain? Mesti rasa bengang gila kan! kalau laa blogger tu ade kat depan mate, confirm dapat penerajang jepun ye tak? Ape die ingat senang ke kita nak menaip entri macam tu...tak kisah la panjang ke pendek,susah jugak pe nak buat...dia pulak, sesuka hati makcik die je rembat entri tu...puihh la,macam sial !! geram aku geram !

ngek
geram versi comel
tips
warghhh !! Makan Budakkkk !!



rileks laaa...

Korang tau tak sebenarnya korang jugak yang untung kalau ade blogger lain copy paste entri korang tu...tak percaya? meh sini aku tunjuk kan bukti dia..bangku kosonghasrul hassan said:

18sx


haaa,dah baca? nampak kan betapa untung nya kita jika ada orang lain yang copy paste penulisan kita dalam blog ataupun laman web mereka. entri ni pon aku buat sebab aku terbaca banyak blogger yang meluah kan rasa tak puas hati terhadap si copycat yang suka meniru entri entri mereka...jangan la macam tu,take it positively okay

Buang jauh jauh perasaan kedekut tu. Sharing is caring. jadi tak salah la kalau diorang nak copy entri kita dan paste dalam blog diorang pula. tak paham lagi? takpe takpe,meh sini aku list kan sudut positif aktiviti copy paste ni dalam kehidupan seorang blogger dan blognya..cewah

1.Entri korang menarik dan sesuai dikongsi untuk tatapan ramai
faktor utama diorang copy entri tu mesti lah sebab entri korang tu menarik dan ada something tersirat. senang cite, entri korang tu best la...gempak gitu. tapi kalau entri best tapi setakat 2,3 orang je bace tak guna jugak kan...so,jangan la marah kalau diorang tiru ye.

2.Tingkatkan trafik yang masuk dan baca entri korang tu
bila depa copy dan paste entri korang yang best gila tu dalam blog diorang,mesti la pembaca dan visitors daripada blog diorang akan datang ke blog korang jugak. mereka mungkin nak tahu siapa penulis asal yang buat entri macam tu. untung nya nanti korang juga kan,yelaa bila tiba tiba je trafik mencanak naik padahal tak promote @ ping kat mane-mane pon. best kan gitu..

3.increase your Page Rank
stylo tak aku taip dalam omputih? hahaha....point ke 3 ni paling susah nak dapat. ape tu page rank? entah laa, aku pon tak berapa nak tahu..tapi ikut apa yang aku faham la kan,page rank ni ialah ranking blog kita dalam google search. kalau nak check,bole check kat SINI. selalu nya blogger yang otai-otai ni PR diorang memang tinggi..takat blog cikai macam aku ni,PR kosong jekk...ya,ZERO (sekarang dah 2)

4.meningkatkan populariti korang secara automatik
yang ni pulak amatlah sesuai bagi blogger-blogger yang berblog sebab nak fofular dan feymes macam #retis (artis) cuba bayangkan,kalau dah ramai datang nak baca entri korang...mesti la diorang nak follow blog korang dan bace profile korang kan kan...bila dah gitu,tak mustahil korang dapat kalahkan top top blogger kat Malaysia ni dengan sekelip mata jek <---hiperbola sikit ni,jangan marah aku ye kawan kawan

dah,tu je serba sedikit dari aku..sikit ke? hahaha..ade 4 point je kan,sikit la tu.hehehe...ala,bukan nye selalu pon aku buat entri panjang berjela macam ni. ni kali ke 3 kot lepas cerita pasal facebook ngan myspace dulu tu.eh kejap,lupa pulak...ade sedikit penambahan

kepada copycat ataupun sape-sape je yang rasa nak copy entri korang dan paste dalam blog korang, tolongggg la bagi backlink kat tuan punya entri tu ye. jangan la pulak korang nak buat entri tu jadik hak milik sepenuhnya oke..kalau tak,memang patut pon korang kena maki hamun dengan tuan punya entri tu

sekian saja perkongsian aku kali ni, korang amatlah dialu-alukan untuk copy paste entri aku ni dalam blog korang dan backlink kan balik kat sini oke.. sharing is caring. kalau suka,klik 'like'...kalau rasa nak komen,boleh jugak...kalau tak suka,mintak maaf. ok,bye

p/s: ni entri lama yang aku edit semula untuk perkongsian dengan semua

KEEP ON SMILING:)
Tag : , ,

Eyriqazz VS Denaihati 2


EYRIQAZZ VS DENAIHATI

Contest Eyriqazz VS Denaihati nampaknya semakin sengit dan mencabar. Semakin hari semakin ramai blogger yang merajinkan diri untuk join contest SEO Eyriqazz VS Denaihati ni. Dan aku percaya, setiap blogger yang menyertai Contest SEO Eyriqazz VS Denaihati ini telahpun menghasilkan lebih daripada satu entri berkaitan dengan keyword ni. Betul tak? Hehehe..

eyriqazz vs denaihati


EYRIQAZZ VS DENAIHATI mempertaruhkan banyak hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta termasuklah hadiah wang tunai yang kini sudahpun menjangkau angka RM500 dan hadiah berbentuk pengiklanan dan trafik ke blog pemenang daripada Top Blog Malaysia, iaitu blog Denaihati.

Cabaran Eyriqazz VS Denaihati juga membuatkan aku pening kepala sedikit, sebabnya nak cuba lakukan yang terbaik dalam contest SEO kali ini. Alang-alang trick seo aku mengena pada kali ini, aku mahu ianya kekal berada pada muka hadapan Google untuk jangka masa yang lebih panjang lagi, sekurang-kurang nya selepas contest "Eyriqazz VS Denaihati" berakhir pada awal bulan September 2012 nanti.

Esok, bersempena Contest Eyriqazz VS Denaihati yang sedang rancak berjalan ketika ini aku akan berkongsi sedikit ilmu SEO terutamanya mengenai cara aku meletakkan blog aku pada tempat ke-enam Google Search untuk Contest SEO Lelaki Kacak. Mungkin ada yang mahu menggunakan teknik yang telah aku gunakan untuk contest Eyriqazz VS Denaihati ini pula. Apa salahnya kan?


p/s: mohon korang share entri ni ye, klik button +1 kat bawah ni ok :3

Tag :
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog