Penangan Google Adsense, Mahu Juga Aku Merasa

on Tuesday, June 26, 2012

GOOGLE ADSENSE, ALTERNATIF UNTUK BLOGGER MALAYSIA



Selain Nuffnang, Gushcloud dan Innity, terdapat banyak lagi alternatif lain bagi para blogger di negara kita menjana pendapatan sampingan secara online. Dan salah satu daripadanya ialah Google Adsense.

Google Adsense menggunakan konsep yang sama seperti syarikat-syarikat pengiklanan lain. Walaubagaimanapun syarat yang dikenakan oleh pihak Google Adsense agak ketat dan sukar untuk dipenuhi.

Contohnya iklan Google Adsense hanya boleh diletakkan pada blog yang menyokong bahasa yang ditetapkan oleh mereka. Dan sayangnya Bahasa Melayu yang merupakan bahasa ibunda kita masih belum diterima Google Adsense, berbeza dengan jiran kita Indonesia yang sudah diterima untuk program ini.

Tapi ada je blog yang berbahasa melayu meletakkan iklan Google Adsense, macam Forblogger.Net dan juga Denaihati, mungkin blog tersebut masuk dalam kategori special kes kot. Aku pun tak tahu, masih belajar lagi mengenai Google Adsense ni.

Yang menariknya, Google Adsense ni memberikan pendapatan yang agak lumayan dalam bentuk USD dan bukannya Ringgit Malaysia (RM). Kalau blog tersebut mesra SEO, lagi lah bertambah banyak pendapatan bulanan yang mampu dijana melalui program ini.


Aku sudah banyak mendengar kisah dan cerita menarik mengenai penangan Google Adsense ni, mahu juga aku merasa tetapi apakan daya semua blog yang aku ada pada waktu ini tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Google Adsense. So, kenalah bawak bersabar dan bersyukur sahaja dengan apa yang ada. Betul tak?

Korang pulak macam mana? Ada ke dalam kalangan pembaca yang sudahpun menggunakan iklan daripada Google Adsense ni? Kalau ada ceritalah sikit pengalaman dan info-info mengenai Adsense ni.

Tag : , , ,

Eyriqazz VS Denaihati atau Denaihati VS Eyriqazz ni?

Eyriqazz VS Denaihati atau Denaihati VS Eyriqazz ni?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kenal Eyriqazz dengan Denaihati tak? Kalau tak kenal boleh baca info mengenai mereka di entri Siapa Eyriqazz dan Denaihati. Yang dah kenal tu baguslah.. Hehehe..

Eyriqazz VS Denaihati. Contest SEO terbaru selepas contest Lelaki Kacak tempoh hari, dan contest seo kali ini dianjurkan oleh tuan punya blog GTO iaitu bro Eyriqazz sendiri. Aku sendiri turut serta dalam contest ni..

Contest SEO Eyriqazz VS Denaihati menawarkan hadiah yang cukup lumayan. So rugi lah kalau korang semua tak join. Mana lah tahu ada rezeki korang kat situ, boleh menang sekali. Betul tak? Contohnya macam contest SEO lelaki kacak aritu, alhamdulillah blog aku azri.my berjaya mendapat tempat ke-enam walaupun blog tersebut masih baru lagi.

EYRIQAZZ VS DENAIHATI
Kalau tak silap dah seminggu contest Eyriqazz VS Denaihati ni dianjurkan dan ramai blogger yang telahpun join. Dan setakat ni, dah ada beberapa blog yang mendapat ranking dalam enjin carian google malaysia. Nak tahu senarai blog tersebut boleh rujuk KAT SINI ye..

Yang masih lagi belum join tu cepat-cepatlah join, sebab nya semakin cepat korang join semakin banyaklah ilmu-ilmu mengenai SEO yang akan korang pelajari daripada master-master SEO yang lain.

Antara tips SEO yang aku dapat dan masih amalkan sehingga kini ialah setiap hari mesti makan cendol banyak-banyak, minimum 4 cawan cendol dan jangan lupa untuk bersenam menguatkan ketiak kita. Serius berkesan, ni bro Titan yang ajarkan ye.

p/s: antara Eyriqazz dengan Denaihati, siapa lebih kacak? Muehehe..

Tag : ,

Tak Perlu Keluar Duit Untuk Beli Domain

on Monday, June 25, 2012

Nampaknya entri Denaihati yang bertajuk Domain Blog Mahal betul-betul menarik perhatian ramai blogger; sama ada yang menggunakan domain percuma (dot blogspot/dot wordpress) ataupun yang menggunakan domain khas pilihan masing-masing seperti dot com/net/info/my dan banyak lagi.

Tak Perlu Keluar Duit Untuk Beli Domain



Pelbagai komen yang ditinggalkan oleh pembaca yang singgah membaca entri daripada blog Denaihati tersebut. Ada yang positif, dan ada juga yang negatif. Tak kurang juga yang menghasilkan feedback serta pandangan mereka sendiri mengenai topik "Domain Blog" ini...tetapi percaya tak korang kalau aku cakap sebenarnya kita TAK PERLU KELUAR DUIT UNTUK BELI DOMAIN blog.




Sebenarnya entri ni tercipta selepas aku membaca post zulseffort Duit Gushcloud Cukup Untuk Beli Domain, dan aku mahu menegaskan bahawa apa yang ditulis dalam entri tu memang ada benarnya. Itu pun kalau korang semua rajin belajar dan juga berusaha untuk menjadikannya kenyataan.


Contohnya macam aku sendiri lah kan, masa awal-awal nak beli domain blog untuk azrijohan.com, aku tak keluarkan duit poket sendiri sebaliknya menggunakan duit hasil blogging daripada Nuffnang sahaja. Masa tu duit nuffnang baru je cashout RM100 selepas tujuh bulan meletakkan iklan Nuffnang dalam blog ni.


Tu dulu, sekarang ni dah macam-macam alternatif buat duit online yang boleh korang lakukan. Ada banyak, dan mudah-mudah pula tu. Contohnya macam Gushcloud, dengan ReTweet dan Like sahaja sudah membolehkan korang mengumpulkan wang secara online. Buktinya, aku berjaya mendapat RM120 Sebulan Dengan Gushcloud sahaja.


Hendak seribu daya, jadi jangan jadikan alasan domain mahal sebagai penghalang untuk memiliki domain sendiri. Ada pelbagai alternatif lain yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah tersebut.


Sekarang ni pun, harga domain dot com dah semakin murah, beli lah pakej Hosting Denaihati, korang akan dapat domain percuma sekali. Kan best tu...harga dah la murah gila! Serius susah nak jumpa pakej murah camni. Jadi, jangan lepaskan peluang k..


Bagi yang berminat nak membeli domain blog, korang patut tahu beberapa aspek yang perlu dititik beratkan sebelum membeli nama domain untuk blog tu nanti. Baca kat Tips Beli Domain Name untuk penjelasan yang lebih clear lagi.


p/s: banyak tips dalam entri ni, siapa tak grab memang rugi...


Tag : , , ,

Eyriqazz VS Denaihati

on Saturday, June 23, 2012


Eyriqazz vs Denaihati

Hari ini aku join satu lagi Contest SEO selepas berhempas pulas berusaha sehabis baik untuk Contest SEO Lelaki Kacak yang baru sahaja tamat beberapa hari yang lalu. Dan contest kali ini dianjurkan oleh Eyriqazz, dengan menggunakan keyword hot "Eyriqazz VS Denaihati"....Kalau nak join jugak, boleh klik pada gambar kat atas ni haaa, disediakan khas oleh Eyriqazz sempena contest seo Eyriqazz VS Denaihati.

EYRIQAZZ VS DENAIHATI

Eyriqazz dan Denaihati merupakan dua buah blog yang tidak asing lagi dalam blogosphere di negara kita. Kedua-dua mereka mempunyai pembaca setia masing-masing, yang sentiasa menyokong dan memberikan pandangan berguna dalam setiap entri yang dihasilkan. Tidak hairanlah mereka dan blog-blog mereka sangat dikenali oleh ramai blogger di Malaysia ini.

Denaihati mahupun Eyriqazz sendiri mempunyai skill dan teknik berkesan dalam menawan hati pembaca sekaligus membuatkan mereka terus melekat untuk mengikuti perkembangan terkini dalam blog mereka. Dan perkara inilah yang sangat bermakna bagi seorang blogger yang sebenarnya.

Blog Eyriqazz dan Denaihati sendiri, kalau kita lihat secara kasar pasti dapat nampak setiap post yang dihasilkan akan menerima banyak komen dan respon pembaca. Best kan macam tu?


Tak kisah lah pasal trafik, sebab rasanya better ramai komen kat post daripada trafik tinggi tapi tiada connection dengan para pembaca. Serius tak best macam tu, mungkin lama-lama mood blogging pun boleh hilang terus, Pupuss... So, Eyriqazz VS Denaihati ni siapa yang menang?

Juara Eyriqazz VS Denaihati sebenarnya ditentukan oleh anda sendiri. Sebagai seorang pembaca, anda mesti mempunyai banyak pandangan dan pendapat mengenai blog-blog yang dilawati. Pastinya blog yang lebih menarik akan dapat menarik lebih ramai pengunjung baru menjadi pelawat setia hanya dengan ayat-ayat yang digunakan dalam blog mereka. Nak tahu macam mana? Hehehe... kenalah tanya kat bro Eyriqazz ataupun kat bro Denaihati sendiri.


Oh ya, untuk contest SEO kali ni.. aku nak menyeru Cikgu SEO aku untuk join sekali. Baru lah best kan Cabaran SEO Eyriqazz VS Denaihati ni nanti, Hehehe..


p/s: percubaan menggunakan Blogspot untuk contest SEO..

  • Contest Eyriqazz VS Denaihati ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com dan ditaja bersama barisan blogger-blogger pemurah di bawah:
  1. Denaihati.com,
  2. Azri.my,
  3. Blogr.my,
  4. ziefauzi.com,
  5. Shakiddo.com,
  6. ZarulUmbrella.Com,
  7. Hatiputera.com,
  8. Papamifz.com,
  9. Mksyahir.blogspot.com,
  10. Boladaily.com,
  11. BloggerSentral.com,
  12. Mysuperkids.net,
  13. Vitaminsemulajadi.com,
  14. Aslamber.Com,
  15. http://kgbalimbang.blogspot.com,
  16. Ciktom.Com,
  17. Muhasabahtrading.Com,
  18. PanduanServisBlog.Com

Tag :

Aku Diserang Oleh Azie Yahya


Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

azie yahya
Carian keyword ni Nuffnang analytics

AZIE YAHYA menyerang carian keyword dalam blog azrijohan.com ni dengan jumlah carian yang agak tinggi. Seriously rasa terkejut gila kot, sebab tiba-tiba je ramai orang yang search nama azie yahya ni. Nak kata dia ni lelaki kacak, tak mungkin kot..

Yang bestnya, aku sendiri baru first time dengar nama Azie Yahya ni. Siapa dia ni? Benda pertama yang aku fikir mesti dia ni artis dan baru-baru ni mesti ada kontroversi yang berlaku melibatkan nama azie yahya, sebab tu ramai yang nak sangat tahu and terus je google nama dia. Tapi ni cuma andaian je okay, and secara jujurnya sehingga post ni ditulis aku masih belum tau siapa azie yahya ni. Terasa malas pulak nak buat research...

Oh ya, hari ni aku ada aktiviti yang perlu dilakukan. Mungkin blog ni akan ditinggalkan buat seketika. Jangan risau, kalau ada masa terluang nanti aku akan sambung berkongsi ilmu mengenai Gushcloud, medium jana duit online paling best setakat ni. Untuk saat ni, korang boleh baca dulu Tutorial Register dan Guna Gushcloud dengan berkesan. Sekian terima kasih.


KEEP ON SMILING:3

Tag : , ,

Cara Delete Timeline, Kembalikan Profil Facebook Yang Lama


Facebook

Facebook Timeline
Pada penghujung tahun 2011, Facebook telahpun memperkenalkan fungsi Timeline terbaru mereka pada para pengguna di serata dunia. Sehingga kini, sebahagian besar pengguna Facebook telahpun menerima fungsi Timeline tersebut tetapi masih ada lagi yang belum ditukarkan.

Facebook Timeline menerima pelbagai komen dan penerimaan pengguna tidak sama. Ada antara mereka yang menyukainya dan ada juga yang tidak suka dengan pengenalan fungsi Timeline oleh Facebook. Oleh sebab itu, azri.my akan berkongsi tutorial dan cara untuk mendelete Facebook Timeline dan mengembalikanFacebook yang lama dengan anda semua.

Bagaimana Cara Delete Facebook Timeline?


Tutorial ini akan menjelaskan cara mendelete fungsi Timeline pada Facebook anda. Sila ikut langkah-langkah berikut dengan teliti. Terdapat juga gambar untuk membantu pemahaman anda.

Langkah 1: Tekan link Facebook Developers dan klik pada “Edit app”.

Langkah 2: Delete App tersebut adalah satu-satunya cara untuk menghapuskan timeline facebook anda. Cari dan klik pada “Delete App” pada bahagian kiri sidebar seperti dalam gambar.


Selepas klik pada “Confirm”, fungsi Timeline pada profile Facebook anda akan berjaya di delete. Selepas ini, anda boleh melihat profile Facebook anda kembali seperti keadaan asal seperti sebelum bertukar menjadi Timeline.

Peringatan di sini, tutorial dan cara mendelete facebook timeline ini hanya boleh dilakukan oleh pengguna Facebook yang bertukar kepada Timeline secara manual sebelum Facebook mengaplikasikannya kepada ramai orang. Profil akaun Facebook yang menerima Timeline secara automatik tidak boleh menukar timeline kembali kepada Facebook yang lama. Terima saja seadanya.

Tag : ,

Video Tutorial Make Up untuk Kaum Lelaki


Assalamualaikum semua :)


LELAKI. Siapa kata kaum lelaki ni tak perlu menjaga kecantikan? Untuk pengetahuan korang semua, kebanyakan lelaki zaman sekarang ni dah mula sedar betapa pentingnya menjaga personaliti diri sendiri. Oleh sebab tu ramai lelaki yang menjadi golongan metroseksual dan suka make up macam perempuan juga.


Tapi bukan mudah untuk lelaki menghias diri dan mencantikkan muka yang kasar dan berminyak, betul tak? Oleh sebab tu aku nak kongsikan Video Tutorial Make Up untuk Kaum Lelaki. Vlog ni dibuat oleh Aman Wan yang sebelum ni terkenal dengan video Iklan Gengster nya.

VIDEO TUTORIAL MAKE UP KAUM LELAKI


So, lepas nie mesti ramai lelaki di luar sana yang akan mula make up dan menjaga penampilan diri. Kalau korang ada kawan-kawan ataupun saudara mara yang selekeh serabai, jangan ragu-ragu untuk menyuruh mereka menonton Video Tutorial Make Up Kaum Lelaki ni ye. Sharing is caring kan? Hehe..

p/s: kecantikan adalah hak milik setiap insannnn :p


KEEP ON SMILING:)



Tag : ,

Tutorial dan Cara remove ticker update di facebook

Tutorial dan Cara remove ticker update di facebook
ENTRI COPAS DARI LEPAK SANTAI

Assalamualaikum, lepas je facebook memperkenal kan update terbaru mereka iaitu Ticker Update, yang berkonsep ala-ala timeline seperti twitter. Ramai pengguna yang membantah nya..mereka sangat tidak bersetuju kerana ianya tidak lagi melindungi privasi pengguna facebook. Tapi jangan risau, admin Lepak Santai dah berjaya menemui Cara remove ticker update di facebook..Macam mana? follow steps ni..

Untuk pengguna chrome.
 1. Pergi ke halaman ini –> Hide Facebook SideBar Ticker
hide facebook ticker
2. Tekan pada butang biru “Add to Chrome”.
3. Kemudian akan keluar satu popout dan klik saja pada butang “Install”.
4. Siap!
Cuba lah dulu Tutorial dan Cara remove ticker update ni...insyallah berkesan. Lepas ni korang hati-hati lah dengan facebook ni, sebabnya dari hari ke hari...semakin banyak maklumat peribadi kita iaitu para pengguna facebook yang didedahkan tanpa sebarang perlindungan. WTF mark zuckerberg
KEEP ON SMILING:)
Tag : ,

Video Lagu You Came To Me - Sami Yusof ft Dato' Siti Nurhaliza

Video Lagu You Came To Me - Sami Yusof ft Dato' Siti Nurhaliza




YOU CAME TO ME : Sami Yusof feat Dato' Siti Nurhaliza

Sami Yusof, penyanyi popular menerusi lagu-lagu dakwah beliau kini menghasilkan satu lagu yang dinyanyikan bersama-sama Dato' Siti Nurhaliza. Dan kini video lagu tersebut sudahpun dilancarkan di laman YouTube dan boleh ditonton oleh semua orang. Best jugak lagunya :) korang cubalah dengar ye..

Tag : , ,

Ya Allah, Temukanlah Aku Dengan Bulan Ramadan Tahun Ini

on Tuesday, June 19, 2012

Ya Allah, Temukanlah Aku Dengan Bulan Ramadan Tahun Ini

Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka. Itu adalah janji-janji Tuhan Maha Esa kepada semua umat manusia terhadap amalan mereka semasa hidup. Jadi manfaatkan lah sebaiknya Bulan Ramadan sementara kita masih diberikan kesempatan oleh Allah.

Pejam celik pejam celik, hanya tinggal 30 hari ataupun sebulan sahaja lagi Bulan Ramadan akan tiba. Adakah kita masih lagi menjadi pilihan Nya untuk Ramadan kali ini? Sama-samalah kita berdoa agar kita diberikan peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini sekali lagi untuk tahun 2012 ini.

"Ya Allah, temukanlah kami dengan bulan Ramadan Mu..." Aminnnn...

Kelebihan Bulan Ramadan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah:
    (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

    (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
Tag : , ,

Najwa Latif Style

on Sunday, June 17, 2012

Najwa Latif Style

Najwa Latif Stail ataupun Najwa Latif Style? Ahhh abaikan je tajuk post ni.. tak berapa nak penting sangat pun kan. Jom layan aku merepek dalam entri kali ni... Yok yok baca ramai-ramai okay :)

NAJWA LATIF STYLE

Sekarang ni kalau aku cerita pasal artis YouTube Najwa Latif, mesti ramai yang dah kenal kan? Tak macam dulu-dulu... bila aku buat post pasal Najwa Latif je, mesti ramai yang komen "siapa najwa latif ni?"

Ternyata sekarang ni Najwa Latif cukup dikenali di Malaysia atas beberapa pencapaian peribadi yang dilakar olehnya, dan juga menerusi pelbagai gosip-gosip yang berkaitan karieer dan dirinya sendiri.
Tag : , , , , ,

Lelaki Kacak Pilihan

on Friday, June 15, 2012

Lelaki Kacak Pilihan

Fenomena LELAKI KACAK semakin memenuhi ruang alam maya sekarang ini. Ramai blogger yang menghasilkan post dengan tajuk dan keyword 'lelaki kacak' bersempena dengan Contest SEO Lelaki Kacak anjuran blogger kacak yang suka makan cendol, iaitu Titan melalui blog beliau earncent.com. Menarik bukan..

LELAKI KACAK PILIHAN WANITA COMEL

Seorang Lelaki Kacak Bertanggungjawab

Lelaki Kacak Pilihan

Lelaki Kacak selalunya menjadi pilihan golongan perempuan untuk dijadikan pasangan hidup sehinggalah ke akhir hayat kelak. Melalui ranjau kehidupan yang penuh liku ini bersama si dia yang disayangi. Menongkah arus kehidupan dengan kata-kata semangat daripada peneman hidup yang sentiasa berada di sisi di kala susah dan senang. Alangkah manisnya..

Kini, mencari lelaki kacak dan menjadikan mereka sebagai peneman setia hidup bukanlah satu kerja yang mudah kerana pada zaman sekarang ni terlalu banyak kriteria yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu layak dijadikan pasangan hidup kita sehinggalah hembusan nafas yang terakhir hendaknya. Mungkin perkara ini sudahpun aku jelaskan secara terperinci dalam entri Apa Itu Lelaki Kacak dan Kriteria Lelaki Kacak, kalau ada masa bacalah okay..

Lelaki Kacak Pilihan


Entri Lelaki Kacak kali ini lebih memfokuskan kepada seorang lelaki yang terlalu banyak jasanya kepada kita semua. Seorang lelaki yang sanggup meluangkan masa buat kita, menghabiskan harta kekayaan semata-mata untuk kita, dan sentiasa mencurahkan kasih sayang buat kita semua.

Lelaki Kacak yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Bapa Kita... Beliau sememangnya contoh Lelaki Kacak yang paling ideal di dunia ini, dan perlulah dihormati dan dikasihi tanpa had oleh kita, anak-anak yang membesar di bawah jagaannya sendiri.

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui, ataupun sudah terlupa mengenainya iaitu dalam masa beberapa hari sahaja lagi sambutan Hari Bapa pula bakal disambut di seluruh dunia. Tunjukkanlah kasih sayang kita semua pada bapa yang dikasihi agar mereka tahu kita sentiasa mengingati mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Hari Bapa bukan hanya sehari, tetapi hari bapa adalah hari yang sesuai buat sesiapa yang mahu memberikan hadiah buat ayah yang telah banyak berjasa. Kalau nak bagi hadiah hari-hari, rasanya perdana menteri pun boleh bankrup.

So rasanya tidak salah untuk menyambut Hari Bapa dengan niat untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka. Untuk hari-hari yang lain, kita masih lagi menyayangi dan menghormati mereka. Yang penting, jangan pernah lupa untuk mendoakan mereka semua ya. Setiap bapa di dunia ini adalah Lelaki Kacak, setuju tak?




Tag : , , ,

Lelaki Kacak :)

on Thursday, June 14, 2012


LELAKI KACAK

Nak spam post ni dengan keyword Lelaki Kacak boleh tak? bagi tebal tebal sikit density untuk keyword ni. Baru lah kacak kan, betul tak? Hehehehe..


Lelaki Kacak Menyahut Cabaran


Lelaki kacak dikenali sebagai lelaki yang pantang dicabar. Setiap cabaran yang ada pasti disahut dengan bangganya. Dan kini, seorang lagi Lelaki Kacak ingin menjayakan cabaran untuk memekatkan density post kali ni dengan keyword lelaki kacak sahaja. Dan kesudahannya nanti kita lihat ya, apakah impak enjin carian dengan perbuatan ini.

" Lelaki kacak, lelaki kacak, lelaki kacak, lelaki kacak, lelaki kacak, lelaki kacak, lelaki kacak, lelaki kacak, ..... "

Tag : , , ,

Full Movie SAM (Saya Amat Mencintaimu) HD

on Wednesday, June 13, 2012

Download Full Movie SAM (Saya Amat Mencintaimu) HD




FILEM SAM TERBITAN SKOP PRODUCTIONS


Saya Amat Mencintaimu (SAM) merupakan filem terkini terbitan SKOP Productions yang cukup dikenali di negara kita ni. Yang menariknya, filem SAM ini merupakan hasil kerja adik kepada Shamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof yang kini mencipta rekod sebagai pengarah paling muda di Malaysia.

Filem SAM mempertaruhkan pelakon-pelakon ternama di negara kita termasuklah Shaheizy Sam sebagai peneraju utama dan juga Lisa Surihani yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Yusry KRU. Filem ini menyelitkan lagak-lagak ngeri dan jalan cerita yang penuh dengan debaran, pastinya sesuatu yang berbaloi untuk ditonton.


Full Movie SAM (Saya Amat Mencintaimu) HD

Disclaimer: Video Full Movie SAM HD ini diambil daripada YouTube, dan bukannya berasal daripada blog azri.my sendiri
Tag : , , , , , ,

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger

on Tuesday, June 12, 2012

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger

  • Nama blog: Azri Johan & Azri.My
  • Link blog: http://azrijohan.blogspot.com, http://azri.my
  • Bila mula blogging: 2 Feb 2011, dan 1 Jan 2012
  • Kenapa berblogging: Sekadar mengisi masa lapang, dan kini untuk menyebarkan informasi serta pelbagai maklumat untuk perkongsian bersama-sama rakan-rakan alam maya yang lain.
  • Idola dalam dunia blog: Denaihati dan rakan blogger yang lain *terlalu banyak sangat contoh blog yang mantap. Semua boleh jadikan ikutan.

p/s: jangan lupa join segmen ini jugak tau, klik je pada gambar kacak Hasrul Hassan kat atas tu :) sama-sama kita meriahkan segmen ini ya !

KEEP ON SMILING :3

Tag : , ,

Movie Madagascar 3D

Full Movie Madagascar 3D

MADAGASCAR 3 - Cerita kartun paling lawak dan sempoi ! Serius tak membazir duit kot beli tiket tengok movie ni kat TGV Suria KLCC. Next time, kalau ada Madagascar 4 pulak memang wajib tengok awal-awal. Hehehe... 

Korang dah tengok ke belum cite Madagascar 3 ni? Kalau belum, boleh lah muat turun @ download Free Madagascar 3 menggunakan link di bawah ni:

Download Full Movie Madagascar 3D


KEEP ON SMILING :3

Tag : , , ,

Ranking Top 10 Universiti Terbaik Dunia

on Monday, June 11, 2012


Senarai Top 10 Universiti Terbaik Dunia


Senarai Universiti pada Kedudukan Top 10 Terbaik di Dunia sudahpun dikeluarkan dan Ranking Top 10 Universiti Terbaik Dunia itu dicetak dalam akhbar Berita Harian, naskhah akhbar popular di negara kita ini. Dan beberapa perkara menarik dapat dilihat pada ranking dan juga senarai top 10 universiti terbaik di dunia.

Ranking Top 10 Universiti Terbaik Dunia, tanpa membuang masa mari kita sama-sama melihat senarai universiti serta institusi pengajian tinggi yang paling baik di dunia ini. Adakah Malaysia turut tersenarai? Segala persoalan yang berkaitan bakal terjawab dalam gambar ranking di bawah ini:

Senarai Universiti Terbaik Dunia, klik untuk paparan yang lebih jelas

Ranking Top 10 Universiti Terbaik Dunia

Kedudukan universiti paling cemerlang jika dilihat pada jumlah kuota ialah di UK yang mencatat kuota yang paling tinggi (145) dengan kehadiran melebihi jumlah kehadiran pelajar di universiti negara lain. University of York menduduki tempat ke-8, diikuti Lancaster University di tempat ke-9 dan University of East Anglia di tempat ke-10.

Dua universiti dari amerika jugak berjaya mengambil tempat dalam senarai ni iaitu di tempat ke-7 university dan the university of california irvine di tempat ke-4. Korea selatan mendapat kedudukan terbaik iaitu di tempat ke-5 manakala pohang university of science and technology di tempat pertama.

Untuk ranking top 100, australia berjaya tersenarai untuk 14 institusi pengajian tinggi utama di sana iaitu queensland university of technology, macquarie university, charles darwin university dan university of south australia.


Manakala bagi Universiti Kebangsaan Malaysia pula mereka berjaya mengambil tempat dalam senarai Universiti Terbaik Dunia tetapi rekod untuk Nanyang Technological Universiti di singapura jauh lebih bagus kedudukannya iaitu pada tempat ke 16 di seluruh dunia.

Tag : , , ,

Hamba Zaman Moden

on Saturday, June 09, 2012


Hamba Zaman Moden

Artikel Makan Gaji atau Kerja Sendiri membuka mata aku mengenai realiti kehidupan masa kini terutamanya dalam bidang pekerjaan yang berkait rapat dengan status ekonomi seseorang. Ramai yang menganggap kehidupan pada masa sekarang ini sudah tiada lagi sistem perhambaan, tetapi sedarkah korang bahawa sistem ini masih lagi wujud dalam masyarakat kita tetapi dalam bentuk Hamba Zaman Moden pula.

Hamba Zaman Moden hampir sama sahaja dengan sistem perhambaan 500 hingga 1000 tahun yang lalu cuma bezanya hanya pada sistem kewangan yang menggunakan duit kertas dengan nilai tertentu mengikut negara. Jom kita lihat  persamaan hamba dahulu dengan hamba zaman moden di bawah:


1. Pada zaman perhambaan, biasanya terdapat 3 tahap hamba yang dibela oleh seseorang tuan. Tahap yang pertama ialah hamba abdi yang paling hina. Mereka ini akan bekerja sepanjang hari sambil dipantau oleh seorang hamba yang bertindak untuk memastikan semua hamba abdi ini bekerja. Selepas dari itu barulah terdapat hamba-hamba yang menjadi ketua mereka ini semua.

Jika dikaji, ini sama seperti struktur syarikat pada hari ini. Jika dilihat di sebuah syarikat, terdapat pekerja yang bekerja sepanjang masa dan dipantau oleh seorang supervisor dan supervisor ini akan melaporkan kepada boss mereka iaitu pengurus-pengurus dalam syarikat tersebut.

2. Pada zaman dulu, Tuan punya hamba ini akan menyediakan minuman, makanan, tempat tinggal, pakaian dan pelbagai kemudahan lain kepada seseorang hamba. Sebagai timbal balas, hamba ini akan bekerja untuk majikan itu.

Pada zaman kini, boss anda akan menyediakan anda dengan gaji dan segala kemudahan pejabat. Dengan gaji bulanan ini anda memilih makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain untuk diri anda.

3. Tuan punya hamba akan memberikan cuti beberapa hari sebulan kepada hamba supaya hamba ini dapat rehat dan bekerja lebih kuat selepas itu. Sewaktu cuti ini, biasanya hamba ini akan menghabiskan masa berehat di rumah atau bersiar-siar. Dia perlu cukup rehat untuk sambung bekerja selepas itu.

Anda yang bekerja makan gaji, bekerja sepanjang hari minggu dan mendapat cuti sehari atau 2 hari di hujung minggu. Cuti ini biasanya digunakan untuk tidur sehingga tengahari atau meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

4. Pada zaman dahulu, seorang Tuan hamba akan menghukum hamba ini dengan memukul atau membuang hamba ini dari jagaannya. Ini akan mengakibatkan hamba ini terkapai-kapai tanpa tempat bergantung. Hamba ini juga akan berusaha pergi ke pasar hamba untuk mendapatkan tuan yang baru. Tuan yang baru akan melihat apa yang boleh dilakukan oleh hamba ini sebelum bersetuju untuk mengambilnya sebagai hamba. Hamba yang berkualiti tinggi akan dijual dengan harga yang tinggi.

Ini samalah seperti zaman sekarang. Pekerja yang tidak bekerja dengan baik akan dihukum samada dimarahi atau dipotong gaji. Paling teruk, pekerja ini akan dipecat. Jika dipecat, pekerja ini akan pergi ke ‘pasar hamba moden’ seperti JobStreet untuk mencari pekerjaan. Pekerjaan ini akan memberikan anda tuan baru.

5. Pada zaman dahulu, tuan punya hamba akan sentiasa memberi motivasi kepada seseorang hamba supaya hamba itu akan bekerja keras sepanjang hari. Motivasi ini boleh jadi dalam bentuk memberi kata-kata semangat, makanan lebih baik, pakaian lebih baik ataupun hamba itu akan diberi kebenaran untuk berkahwin.

Pada zaman sekarang pun begitu sebenarnya. Majikan anda memberi anda motivasi, cuti tahunan yang lebih panjang, gaji yang lebih tinggi atau kupon bercuti atau makan di tempat yang mahal. Untuk berkahwin pun, anda perlu ada gaji yang cukup.



Tag : ,

Lelaki Kacak


LELAKI KACAK


Lelaki kacak dan hensem, lelaki kacak sekarang ramai yang hensem, lelaki kacak tidak kedekut sebab hensem, lelaki kacak seorang blogger, lelaki kacak macho
Tag : , , , ,

TAZKIRAH JUMAAT:Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau

on Friday, June 08, 2012



Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 


Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

sumber:hazwan


selamat beramal dan teruskan lah tersenyum:)





Tag :

Blog Mesra SEO, Forblogger.Net Dijual

BLOG FORBLOGGER.NET DIJUAL

Bagi para blogger yang sentiasa mengikuti perkembangan blogosphere di Malaysia ni, mesti kenal dengan blog forblogger.net ni. Pada awal pengenalan aku dengan blog ni, admin forblogger iaitu Shah Danial banyak memberikan tips dan ilmu mengenai blogging yang super power termasuklah cara-cara untuk memantapkan SEO sesebuah blog.

Forblogger.Net akan dilepaskan oleh Shah Danial kerana beliau mempunyai urusan lain yang memerlukan komitmennya. Untuk mengelakkan blog forblogger daripada bergantung tidak bertali, ia dibuka untuk jualan bagi sesiapa yang berminat untuk memilikinya. Kaedah jualan adalah secara bid, di forum Carigold. Berikut merupakan thread di forum tersebut:
___________________________________________________


forblogger.net for sale dengan cara bidaan (bid). Kami buka harga RM9k untuk bida sehingga 25hb 10 pagi. Siapa berikan harga paling tinggi dia yg dapat dan kena bayar.

DETAILS:

1. Anda boleh dapatkan detail trafik dan performence blog di link ini (trafik blog)

Selebihnya seperti dibawah :-

1. Dua Juta pgeview dan 1 juta lebih unique visitor sebulan.

2. Blog melepasi syarat untuk mendapat contrac dari pixelmedia asia publishing (saya ada contract dan boleh tukar nama anda kerana saya belum sign kontrak).

3. Adsense drastik. Baru Bulan ini saya baru pasang adsense di blog ini. dalam 2 minggu adsense adalah lebih usd 1k . atau dalam ringgit Malaysia-nya RM3600.00(2 minggu sahaja, anda kira berapa sebulan?)

4. Kualiti blog di jaga dari segi SEO dan adsense (tiada keyword2 haram adsense dan melepasi ciri-ciri). Campign Iklan Adsense sentiasa keluar Di blog menyumbangkan earning yang memberangsangkan tiap hari.

5. dahulu : 2 minggu selepas pakai domain ini sudah dapat Pagerank 4 mantain hingga skeranag.

6. Domain baru lagi tp drastik dari segi SEO dan lainnya.

7. Ada pembaca tetap harian walaupun fan page kami hanya 8k likers dan tidak update dalam kuantiti.

8. Alexa Malaysia 200+ (saya kurang suka indikator ini sebab tak tepat,m tp boleh la haha)

9. Bounce Rate cantik

10. Akaun innity kami bg sekali. tukar detail nama akaun dll nnt. 2 minggu je dapat lebih syarat apply innity ni.

11. KEBANYAKAN ARTIKEL DI MUKA DPN GOOGLE DAN DI TOP.

12. Backlink berkualiti dan kekal untuk blog ini.

14. Blog kami tidak hard update punya style, cuma jaga kualiti. Kami utamakan value bukan kuantiti. Anda tidak perlu hard update. Biasa kami update dari 1 artikel sehari hingga 6 artikel sehari.

15. Kami sertakan sekali fanpage http://facebool.con/BelajarSeo

16. Blog sangat SEO friendly. dalam kiraan saat hingga satu minit selalunya mesti dah index kat google jika publish entri baru. Jika keyword berita bioasa trs page 2 atau page 1 google. nnt naik la 1st page.


17. Reason for sale : Fokus bisnes keluarga dan desakan keluarga. Komitmen mmg disana.


Sekian.. Untuk lebih detal boleh klik link [Trafik dan Detail] ini.
Tag : , ,

5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya

on Thursday, June 07, 2012

5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya



Assalamualaikum dan salam 1Dunia. Kali ni nak share 5 peraturan yang wajib dipatuhi oleh blogger. Lebih-lebih lagi kalau blogger tu blogger yang berjaya...sebab tu laa aku bubuh tajuk entri ni 5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya. So,kalau korang nak menjadi berjaya, kena lah patuh kepada peraturan yang aku listkan ni. Bukan korang je..aku pon kena follow rules basic ni. Mungkin terlepas pandang juga kadang-kadang.

5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya

1. Jangan jadikan plagarism sebagai hobi dalam blogging ni..

Maksud plagarism kat sini ialah korang copy paste 100% entri orang lain ataupun apa-apa info dalam website lain. Kalau sembilan puloh sembilan peratus meniru pon masuk dalam kategori plagiat jugak. Lain lah kalau korang ambil cebisan pendapat untuk menguatkan entri korang dan memberikan kredit kepada pemilik asal,boleh dimaafkan lagi. Aku rasa lah kan aku macam pernah buat entri yang ala-ala copy paste ni...kalau nak baca jemput lah KLIK SINI

2.Pastikan mendapat kebenaran kalau nak mencilok

Mencilok ataupun mencuri takpun merembat..salah,memang salah malah satu perbuatan yang sangat di benci. Terkutuk? boleh jugak laaa...Tapi semua ke-negatif-an sifat ni boleh korang neutral kan dengan memohon kebenaran tuan sebenar kalau korang nak rembat idea dia.Maksudnya kat sini korang minta kebenaran dan tulis entri yang sama selepas dapat kebenaran...kalau dia tak bagi, jangan pulak nak memandai-mandai publish jugak..memang cari penyakit tu nama nye. Lebih-lebih lagi kalau korang ni jenis blogger yang suka tiru bulat-bulat keseluruhan entri..kompem kantoi bodoh le tak lama pastu. so,beware!

3.Hati-hati dengan Copyright

Jangan ingat korang dah copas entri orang, korang boleh larikk bawak diri tu jauh-jauh. Lu silap bro...negara kita ada juga kuatkuasakan undang-undang yang sangat ketat mengenai copyright ni. Kalau korang tersilap copy tak kisah la gambar ke, entri ke, hapee ke,..korang boleh didakwa di bawah akta 'Copyright Act 1987 (Malaysia)' kalau korang dah kena saman jap lagi...sediakan je laa duit Nuffnang tu banyak-banyak ye ;p

4.Mencipta dan menyebarkan FITNAH

Fuhh,ni lagi dahsyat ni...asal dengar je cerita HOT dan gempak, mesti menggigil tangan nak update cerita yang sama. Kononya target untuk SEO...lantak pi laa cite tu betul ke tidak ke...janji trafik yang masuk mengalir macam air terjun,laju jek...Aku tak nafikan dugaan macam ni memang cukup kuat sampaikan aku sendiri pon kadang-kadang terlupa pasal ni...jadi lepas ni aku menyeru kepada diri sendiri dan korang semua...pastikan dahulu kesahihan sesuatu cerita baru lah kita publish...itu lebih baik dan selamat bukan?

5.Jagalah keindahan gaya bahasa dan warisan budaya kita

Muahahaha, macam aku nak paksa korang tulis skema-skema jek kan..ayat mesti berbunga-bunga, ejaan tak boleh silap dan entri mesti lebih 4000 patah perkataan...hehe,bukan macam tu laaa. Maksud aku untuk part ni ialah korang kena lah jaga sensitiviti masyarakat majmuk di negara Malaysia ni. Jangan gunakan ayat-ayat yang selalu sangat menyentap orang lain, sekali sekala tak salah kot...kalau dah selalu tu memang saja nak buat orang hangin satu badan kan...saja nak kasi tekanan darah naik mendadak

Okeh, dah cukup 5 kan? so aku terpaksa lah berhenti setakat ni...lagipun entri ni aku dah lama dah perap dalam draft...baru ni dapat publish. Ni pon guna sheeduled post a.k.a autopublish..kalau betul-betul sekarang ni aku tengah tidur dalam lecture masa lecturer tengah mengajar kat depan. Hahahaha, tolong jangan ikut perangai buruk ni ye...kalau 5 peraturan ni korang nak ikut, sila kan...

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog