Hamba Zaman Moden

on Saturday, June 09, 2012


Hamba Zaman Moden

Artikel Makan Gaji atau Kerja Sendiri membuka mata aku mengenai realiti kehidupan masa kini terutamanya dalam bidang pekerjaan yang berkait rapat dengan status ekonomi seseorang. Ramai yang menganggap kehidupan pada masa sekarang ini sudah tiada lagi sistem perhambaan, tetapi sedarkah korang bahawa sistem ini masih lagi wujud dalam masyarakat kita tetapi dalam bentuk Hamba Zaman Moden pula.

Hamba Zaman Moden hampir sama sahaja dengan sistem perhambaan 500 hingga 1000 tahun yang lalu cuma bezanya hanya pada sistem kewangan yang menggunakan duit kertas dengan nilai tertentu mengikut negara. Jom kita lihat  persamaan hamba dahulu dengan hamba zaman moden di bawah:


1. Pada zaman perhambaan, biasanya terdapat 3 tahap hamba yang dibela oleh seseorang tuan. Tahap yang pertama ialah hamba abdi yang paling hina. Mereka ini akan bekerja sepanjang hari sambil dipantau oleh seorang hamba yang bertindak untuk memastikan semua hamba abdi ini bekerja. Selepas dari itu barulah terdapat hamba-hamba yang menjadi ketua mereka ini semua.

Jika dikaji, ini sama seperti struktur syarikat pada hari ini. Jika dilihat di sebuah syarikat, terdapat pekerja yang bekerja sepanjang masa dan dipantau oleh seorang supervisor dan supervisor ini akan melaporkan kepada boss mereka iaitu pengurus-pengurus dalam syarikat tersebut.

2. Pada zaman dulu, Tuan punya hamba ini akan menyediakan minuman, makanan, tempat tinggal, pakaian dan pelbagai kemudahan lain kepada seseorang hamba. Sebagai timbal balas, hamba ini akan bekerja untuk majikan itu.

Pada zaman kini, boss anda akan menyediakan anda dengan gaji dan segala kemudahan pejabat. Dengan gaji bulanan ini anda memilih makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain untuk diri anda.

3. Tuan punya hamba akan memberikan cuti beberapa hari sebulan kepada hamba supaya hamba ini dapat rehat dan bekerja lebih kuat selepas itu. Sewaktu cuti ini, biasanya hamba ini akan menghabiskan masa berehat di rumah atau bersiar-siar. Dia perlu cukup rehat untuk sambung bekerja selepas itu.

Anda yang bekerja makan gaji, bekerja sepanjang hari minggu dan mendapat cuti sehari atau 2 hari di hujung minggu. Cuti ini biasanya digunakan untuk tidur sehingga tengahari atau meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

4. Pada zaman dahulu, seorang Tuan hamba akan menghukum hamba ini dengan memukul atau membuang hamba ini dari jagaannya. Ini akan mengakibatkan hamba ini terkapai-kapai tanpa tempat bergantung. Hamba ini juga akan berusaha pergi ke pasar hamba untuk mendapatkan tuan yang baru. Tuan yang baru akan melihat apa yang boleh dilakukan oleh hamba ini sebelum bersetuju untuk mengambilnya sebagai hamba. Hamba yang berkualiti tinggi akan dijual dengan harga yang tinggi.

Ini samalah seperti zaman sekarang. Pekerja yang tidak bekerja dengan baik akan dihukum samada dimarahi atau dipotong gaji. Paling teruk, pekerja ini akan dipecat. Jika dipecat, pekerja ini akan pergi ke ‘pasar hamba moden’ seperti JobStreet untuk mencari pekerjaan. Pekerjaan ini akan memberikan anda tuan baru.

5. Pada zaman dahulu, tuan punya hamba akan sentiasa memberi motivasi kepada seseorang hamba supaya hamba itu akan bekerja keras sepanjang hari. Motivasi ini boleh jadi dalam bentuk memberi kata-kata semangat, makanan lebih baik, pakaian lebih baik ataupun hamba itu akan diberi kebenaran untuk berkahwin.

Pada zaman sekarang pun begitu sebenarnya. Majikan anda memberi anda motivasi, cuti tahunan yang lebih panjang, gaji yang lebih tinggi atau kupon bercuti atau makan di tempat yang mahal. Untuk berkahwin pun, anda perlu ada gaji yang cukup.



Tag : ,

Lelaki Kacak


LELAKI KACAK


Lelaki kacak dan hensem, lelaki kacak sekarang ramai yang hensem, lelaki kacak tidak kedekut sebab hensem, lelaki kacak seorang blogger, lelaki kacak macho
Tag : , , , ,

TAZKIRAH JUMAAT:Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau

on Friday, June 08, 2012



Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 


Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

sumber:hazwan


selamat beramal dan teruskan lah tersenyum:)





Tag :

Blog Mesra SEO, Forblogger.Net Dijual

BLOG FORBLOGGER.NET DIJUAL

Bagi para blogger yang sentiasa mengikuti perkembangan blogosphere di Malaysia ni, mesti kenal dengan blog forblogger.net ni. Pada awal pengenalan aku dengan blog ni, admin forblogger iaitu Shah Danial banyak memberikan tips dan ilmu mengenai blogging yang super power termasuklah cara-cara untuk memantapkan SEO sesebuah blog.

Forblogger.Net akan dilepaskan oleh Shah Danial kerana beliau mempunyai urusan lain yang memerlukan komitmennya. Untuk mengelakkan blog forblogger daripada bergantung tidak bertali, ia dibuka untuk jualan bagi sesiapa yang berminat untuk memilikinya. Kaedah jualan adalah secara bid, di forum Carigold. Berikut merupakan thread di forum tersebut:
___________________________________________________


forblogger.net for sale dengan cara bidaan (bid). Kami buka harga RM9k untuk bida sehingga 25hb 10 pagi. Siapa berikan harga paling tinggi dia yg dapat dan kena bayar.

DETAILS:

1. Anda boleh dapatkan detail trafik dan performence blog di link ini (trafik blog)

Selebihnya seperti dibawah :-

1. Dua Juta pgeview dan 1 juta lebih unique visitor sebulan.

2. Blog melepasi syarat untuk mendapat contrac dari pixelmedia asia publishing (saya ada contract dan boleh tukar nama anda kerana saya belum sign kontrak).

3. Adsense drastik. Baru Bulan ini saya baru pasang adsense di blog ini. dalam 2 minggu adsense adalah lebih usd 1k . atau dalam ringgit Malaysia-nya RM3600.00(2 minggu sahaja, anda kira berapa sebulan?)

4. Kualiti blog di jaga dari segi SEO dan adsense (tiada keyword2 haram adsense dan melepasi ciri-ciri). Campign Iklan Adsense sentiasa keluar Di blog menyumbangkan earning yang memberangsangkan tiap hari.

5. dahulu : 2 minggu selepas pakai domain ini sudah dapat Pagerank 4 mantain hingga skeranag.

6. Domain baru lagi tp drastik dari segi SEO dan lainnya.

7. Ada pembaca tetap harian walaupun fan page kami hanya 8k likers dan tidak update dalam kuantiti.

8. Alexa Malaysia 200+ (saya kurang suka indikator ini sebab tak tepat,m tp boleh la haha)

9. Bounce Rate cantik

10. Akaun innity kami bg sekali. tukar detail nama akaun dll nnt. 2 minggu je dapat lebih syarat apply innity ni.

11. KEBANYAKAN ARTIKEL DI MUKA DPN GOOGLE DAN DI TOP.

12. Backlink berkualiti dan kekal untuk blog ini.

14. Blog kami tidak hard update punya style, cuma jaga kualiti. Kami utamakan value bukan kuantiti. Anda tidak perlu hard update. Biasa kami update dari 1 artikel sehari hingga 6 artikel sehari.

15. Kami sertakan sekali fanpage http://facebool.con/BelajarSeo

16. Blog sangat SEO friendly. dalam kiraan saat hingga satu minit selalunya mesti dah index kat google jika publish entri baru. Jika keyword berita bioasa trs page 2 atau page 1 google. nnt naik la 1st page.


17. Reason for sale : Fokus bisnes keluarga dan desakan keluarga. Komitmen mmg disana.


Sekian.. Untuk lebih detal boleh klik link [Trafik dan Detail] ini.
Tag : , ,

5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya

on Thursday, June 07, 2012

5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya



Assalamualaikum dan salam 1Dunia. Kali ni nak share 5 peraturan yang wajib dipatuhi oleh blogger. Lebih-lebih lagi kalau blogger tu blogger yang berjaya...sebab tu laa aku bubuh tajuk entri ni 5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya. So,kalau korang nak menjadi berjaya, kena lah patuh kepada peraturan yang aku listkan ni. Bukan korang je..aku pon kena follow rules basic ni. Mungkin terlepas pandang juga kadang-kadang.

5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya

1. Jangan jadikan plagarism sebagai hobi dalam blogging ni..

Maksud plagarism kat sini ialah korang copy paste 100% entri orang lain ataupun apa-apa info dalam website lain. Kalau sembilan puloh sembilan peratus meniru pon masuk dalam kategori plagiat jugak. Lain lah kalau korang ambil cebisan pendapat untuk menguatkan entri korang dan memberikan kredit kepada pemilik asal,boleh dimaafkan lagi. Aku rasa lah kan aku macam pernah buat entri yang ala-ala copy paste ni...kalau nak baca jemput lah KLIK SINI

2.Pastikan mendapat kebenaran kalau nak mencilok

Mencilok ataupun mencuri takpun merembat..salah,memang salah malah satu perbuatan yang sangat di benci. Terkutuk? boleh jugak laaa...Tapi semua ke-negatif-an sifat ni boleh korang neutral kan dengan memohon kebenaran tuan sebenar kalau korang nak rembat idea dia.Maksudnya kat sini korang minta kebenaran dan tulis entri yang sama selepas dapat kebenaran...kalau dia tak bagi, jangan pulak nak memandai-mandai publish jugak..memang cari penyakit tu nama nye. Lebih-lebih lagi kalau korang ni jenis blogger yang suka tiru bulat-bulat keseluruhan entri..kompem kantoi bodoh le tak lama pastu. so,beware!

3.Hati-hati dengan Copyright

Jangan ingat korang dah copas entri orang, korang boleh larikk bawak diri tu jauh-jauh. Lu silap bro...negara kita ada juga kuatkuasakan undang-undang yang sangat ketat mengenai copyright ni. Kalau korang tersilap copy tak kisah la gambar ke, entri ke, hapee ke,..korang boleh didakwa di bawah akta 'Copyright Act 1987 (Malaysia)' kalau korang dah kena saman jap lagi...sediakan je laa duit Nuffnang tu banyak-banyak ye ;p

4.Mencipta dan menyebarkan FITNAH

Fuhh,ni lagi dahsyat ni...asal dengar je cerita HOT dan gempak, mesti menggigil tangan nak update cerita yang sama. Kononya target untuk SEO...lantak pi laa cite tu betul ke tidak ke...janji trafik yang masuk mengalir macam air terjun,laju jek...Aku tak nafikan dugaan macam ni memang cukup kuat sampaikan aku sendiri pon kadang-kadang terlupa pasal ni...jadi lepas ni aku menyeru kepada diri sendiri dan korang semua...pastikan dahulu kesahihan sesuatu cerita baru lah kita publish...itu lebih baik dan selamat bukan?

5.Jagalah keindahan gaya bahasa dan warisan budaya kita

Muahahaha, macam aku nak paksa korang tulis skema-skema jek kan..ayat mesti berbunga-bunga, ejaan tak boleh silap dan entri mesti lebih 4000 patah perkataan...hehe,bukan macam tu laaa. Maksud aku untuk part ni ialah korang kena lah jaga sensitiviti masyarakat majmuk di negara Malaysia ni. Jangan gunakan ayat-ayat yang selalu sangat menyentap orang lain, sekali sekala tak salah kot...kalau dah selalu tu memang saja nak buat orang hangin satu badan kan...saja nak kasi tekanan darah naik mendadak

Okeh, dah cukup 5 kan? so aku terpaksa lah berhenti setakat ni...lagipun entri ni aku dah lama dah perap dalam draft...baru ni dapat publish. Ni pon guna sheeduled post a.k.a autopublish..kalau betul-betul sekarang ni aku tengah tidur dalam lecture masa lecturer tengah mengajar kat depan. Hahahaha, tolong jangan ikut perangai buruk ni ye...kalau 5 peraturan ni korang nak ikut, sila kan...

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

Alhamdulillah, RM120 Sebulan Dengan Gushcloud

PENDAPATAN ONLINE DENGAN GUSHCLOUD


Sebelum ni aku ada berkongsi cerita mengenai Bro Anarm yang menjana Pendapatan Online $USD20.00 Sebulan Dengan Gushcloud tapi kali ni aku akan berkongsi pengalaman aku sendiri memperoleh RM120++ dalam masa sebulan menggunakan Gushcloud.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Jana RM120 Sebulan Dengan Gushcloud

Gushcloud merupakan medium buat para pengguna internet macam kita semua ni bekerja secara online. Macam mana tu? Hehehe.. Gushcloud ni akan membayar kita untuk setiap gush (kerja) yang kita lakukan.

Antara kerja yang boleh kita buat di Gushcloud termasuklah Follow Twitter, Like Facebook, Tweeting, Post Status dan banyak lagi. Yang penting, semuanya amatlah mudah sebab korang tak kan merasa penat langsung. Hanya klik sahaja dan tunggu duit masuk dalam akaun bank ataupun paypal masing-masing. Mudah kan?

Rasanya belum sampai sebulan aku join Gushcloud ni, alhamdulillah aku berjaya mengumpulkan RM120 dalam akaun aku dengan hanya gush-ing sahaja setiap hari. Untuk pengonline tegar macam aku, memang tak jadi masalah kot. Cuma ambil masa 2 ke 3 minit, seriously tak mengganggu aktiviti aku untuk stalk profile facebook orang lain :p Buktinya tengok ni, gushcloud bayar dalam USD dan aku convertkan ke Ringgit Malaysia:


Bukan niat aku mahu menunjuk-nunjuk tetapi aku up post ni sebagai dorongan dan info buat orang lain yang mahu menjana pendapatan online juga, tapi tidak tahu bagaimana caranya. Kalau aku tak tolong tunjukkan, siapa lagi kan? Bak kata Denaihati, Hidupkan Untuk Memberi... Aku sangat setuju dengan tagline tersebut. Terima kasih Bro Ilham, founder Denaihati Network.

So, kalau korang nak join Gushcloud ni korang boleh baca Tutorial Join Gushcloud yang aku post sebelum ni. Baca tau, penat aku sediakan membazir je kalau takde orang nak follow step by step kat situ. Rasanya sampai sini je dulu perkongsian aku kali ni, insyallah lain kali aku kongsikan lagi benda lain ye. Sekian terima kasih semua. Korang memang awesome!

KEEP ON SMILING :3



Tag :

TUTORIAL: Mengatasi Kejahatan Disable Right Klik

ATASI MASALAH DISABLE RIGHT KLIK




Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pengunjung blog kesayangan aku ni. hari ni aku nak share ilmu sikit dengan korang-korang semua. so,aku rase x ramai yang tahu pasal bende alah ni.

act,ramai yang dok kondem blog-blog yang letak function disable right klik kat dalam blog diorang. contoh paling ketara macam blog smile:) aku ni laaa.haa,kalau tak percaya cuba right klik. mesti ade keluar ayat yang x berapa nak mesra sangat kan.

ade lah reason-reason tertentu yang aku x dapat nak habaq pasai apa aku letak function disable right klik ni. aku tau,blog aku ni x top mana.tapi kan,mane la tawu ade mane-mane die hard fans aku yang obses sangat and nak copy sume pic aku dlm ni wat bahan. then die wat tepek kat profile pic fb mereka lak(oke,ni sekadar gurauan seorang budak yang terlebih perasan)

back to topic,aku akan share kan cara-cara nak bukak new tab tanpa perlu right klik kat mouse. tapi wajib gak klik mouse tu guna left klik. kira kat mana-mana pon bole guna la skill ni sbb aq x pernah jumpa lagi mana-mana blog yang disable left klik.

1.firstly make sure korang nye pc / laptop / ipad / blackbery dan sebagainya mempunyai sebuah "keyboard"


BUKAN KEYBOARD NI.......


...TAPI YANG INI



keyboard pc aku...amacam?canggih x
2.then, cuba korang tengok satu persatu button kat keyboard korang...try carik button "CTRL". kalau x jumpa meh sini aku tunjukkan.

 bagi keyboard pelik sikit:

ni lak keyboard pelik banyak:


keyboard normal mcm ni.ada dua button CTRL

3.dah kenal CTRL..
berkenalan lak ngn left klik kat mouse


okay,kita proceed.cara2 nya seperti berikut:
  1. -firstly,korang tekan salah satubutton "ctrl"
  2. -left klik pada mana-mana yang nak di new tab 
  3. -make sure serentak dua-dua ditekan k


so,tu jea. selamat mencuba dan semoga berjaya! kalau nak share ngn org lain lagi bagus,but make sure backlink kat kat sini k.

KEEP ON SMILING:)





Tag : ,

Lelaki Kacak Hebat

Lelaki Kacak Hebat


Lelaki Kacak semakin hebat sejak kebelakangan ini. Dan pelbagai cara dilakukan oleh golongan lelaki untuk membuktikan bahawa mereka merupakan Lelaki Kacak Hebat pujaan wanita seluruh dunia seperti yang dirasakan oleh Justin Bieber ketika ini. Pftttt~ Tak percaya? Cuba baca Pengorbanan Seorang Lelaki Kacak ni..

Video Lelaki Kacak Hebat

Entri Lelaki Kacak Hebat ni sebenarnya aku buat untuk promote video yang baru sahaja aku upload kat laman YouTube. Aku bagi tajuk yang unik dan penerangan ringkas yang agak samar-samar kat situ. Kenapa? Sebab aku nak korang tengok video tu sampai habis. Barulah korang dapat point utama yang aku nak share dengan korang semua.



Anda juga Lelaki Kacak Hebat

Siapa yang tengok video ni sampai habis, tahniah aku ucapkan. Korang hari ni berjaya mencapai satu peringkat untuk menjadi Lelaki Kacak Hebat sepertimana yang ditunjukkan dalam video menarik di atas ni. Oh ya, kalau nak lebih kacak lagi boleh lah klik Like dan Share video tu dengan kawan-kawan yang lain ye. Nak buat post kat blog korang pun takde masalah, aku tak marah. Hehehe, sekian terima kasih lelaki kacak semua.









Tag : ,

Tutorial Letak Widget Google Translate Dalam Blog

on Wednesday, June 06, 2012


Tutorial Letak Widget Google Translate Dalam Blog




Bagaimana cara membuat blog anda menjadi blog multi-language ataupun boleh di translate kepada semua bahasa di dunia ini dengan menggunakan widget Google Translate macam yang aku buat untuk blog ni?



Dengan menjadikan blog korang multi-language,ramai pembaca daripada negara luar boleh mendapatkan maklumat penting daripada entri korang. Dengan ini, perbezaan bahasa yang sering menjadi halangan untuk sesebuah blog menjadi lebih maju akan dapat diatasi.Follow je step-step mudah di bawah ini untuk menukar blogspot korang kepada web yang mesra pembaca di seluruh dunia ini.

TUTORIAL DAN CARA MUDAH JADIKAN BLOG MULTI-LANGUAGE


1. login akaun blogspot korang macam biasa,dan klik pada DESIGN
2. klik pada ADD A GADJET > HTML/Javascript
3. Copy code di bawah ini dan pastekan di ruangan tersebut...







4. klik PREVIEW, jika tiada masalah...klik SAVE TEMPLATES


Sekarang,lihat lah kat blog korang tu...akan ada satu widget Google Translate. Lepas ni kalau ade visitors luar yang masuk dalam blog korang, mereka boleh tukar bahasa mengikut bahasa yang mereka faham dengan widget translator ni. Bagus bukan? pasni mesti blog korang ramai pembaca dari luar negara.Hehe..




KEEP ON SMILING:)


Tag : ,

Kongsi Link Dan Dapat Duit Sehingga USD$30.00 Seminggu




 Apa itu adf.ly?


Adf.ly ialah  adalah satu website yang menggunakan konsep url shortener (pemendekan url) untuk program pengiklanan mereka dan adf.ly ni sama konsep dia dengan bit.ly, tinyurl.com, goo.gl dan sebagainya. Biasanya mereka tak akan nampak link mereka terlalu panjang dan dengan itu menggunakan url shortener.




Sekiranya korang ada link atau apa sahaja link yang ingin korang kongsikan, korang boleh menggunakan adf.ly untuk memendekkan url korang.


Yang membezakan adf.ly ni dengan website url shortener yang lain ialah kita akan dapat jana pendapatan daripada setiap click melalui link url id adf.ly korang tadi. Maknanya link yang korang share di blog tu dapat menjana income pada korang. Korang tak nak ker?.....So apa lagi?....jomlah join adf.ly ni sambil2 share link dapat income.

Pendaftaran adalah percuma dan biarkan aje link tadi di blog korang. Untuk pendaftaran bolehlah klik adf.ly.


Bagaimana nak gunakan adf.ly?


1. Daftar secara percuma di sini.
2. Login seperti biasa dan mulakan proses memendekkan URL. 
3. Masukkan URL yang korang nak pendekkan tadi dan klik pada more option dan letakkan keyword korang tadi di ruangan custom name.




4. Klik Shrink dan tunggu sehingga URL dipendekkan.


5. URL dah siap dan copy dan boleh share di dalam blog atau FB, Twitter dan sebagainya.



Untuk makluman, bila ada visitor yang klik link shortener dari adf.ly korang,  mereka terlebih dahulu akan dibawa ke page pengiklanan advertiser adf.ly selama 5 saat. Kemudian mereka perlu klik pada butang ‘Skip’ untuk pergi ke url anda yang sebenar.



DAFTAR ADF.LY SECARA PERCUMA SEKARANG JUGA !!


;D

Tag : ,

Automatik Buka Link Baru Apabila Klik Pada Link

maria ozawa

Assalamualaikum semua. selepas kawan aku, si Awin ni bertanya macam mana nak buka link baru apabila klik words. aku pon bertungkus lumus membuat tutorial simple ni. siape-siape yang belum tau dan nak belajar pon bole la try ikut step-step ni:



  • tulis la ape-ape word dalam entri korang
maria ozawa


  • highlight kan word yang nak di masuk kan link


maria ozawa


  • klik button " LINK " macam dalam picture ni


maria ozawa


  • copy address web yang korang nak letak dalam link tersebut. contoh macam ni

maria ozawa



  • paste kan kat ruangan ni

maria ozawa

  • pastu klik "ok" dan boleh la publish entri korang tu. try klik link tu. kalau tak jadi,cuba try balik step ni satu per satu
selamat mencuba semua













Tag :

Macam mana cara letak like facebook button di post dalam blog?

Assalamualaikum...

Macam mana cara letak like facebook button di post dalam blog? Haa...tu la soalan kawan aku, Maryam Jameelah kat wall fb aku



Okeh,jom kita mula kan kelas pada hari ni...cakap banyak banyak pon tak guna kan. Lebih-lebih lagi time puase ni...so,kalau berminat nak letak like facebook button di post dalam blog korang...ikut je step-step mudah ni...

1.Mula-mula korang login akaun blogger korang. Pastu klik Design > Edit HTML > expand widget templates

2.Then,korang tekan CTRL + F ...untuk cari kod data:post.body

3.Copy code ni....dan pastekan kat bawah kod yang korang dah cari kat step 2 tadi..


4.Klik PREVIEW....then kalau takde pape masalah, klik SAVE TEMPLATE

Dah,tu je...4 step yang sangat senang dan simple. Cuba lah letak like facebook button di post dalam blog korang jugak..

Thanks kepada Maryam sebab bertanya kat aku Macam mana cara letak like facebook button di post dalam blog. Dapat la jugak aku share ilmu ni dengan orang lain kan? hehehe...kalau korang nak buat amal dalam bulan ramadan ni...boleh la share tutorial ni dengan kawan-kawan blogger yang lain.

Sekian terima kasih..kalau nak aku buat apa-apa tutorial lagi,just order je oke..macam yang Maryam ni mintak aku buat kan tutorial cara letak like facebook button di post dalam blog. hehehe...

KEEP ON SMILING:)
Tag : , , ,

Cara Letak Meta Tag Mesra SEO di Blogspot

Blog aku ni mendapat trafik yang luar biasa banyaknya sejak aku mengaplikasikan pelbagai Teknik SEO dalam design blog serta SEO penulisan dalam blog ini sendiri.



Dan hari ini aku akan kongsikan perkara basic untuk menjadikan blog korang mesra SEO, atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami untuk menjadikan blog korang tu mesra enjin carian. Bila sudah jadi macam tu, nanti banyaklah post yang korang tulis akan berada dalam result carian kat google tu.

LETAK META TAG MESRA SEO


Meta Tag ni sangat penting untuk setiap blog, dan untuk blogspot selalunya meta tag ni kita kena ubah sikit untuk menjadikannya lebih mudah dibaca oleh google robot. Dan untuk itu, korang kena ikut Cara Letak Meta Tag Mesra SEO di Blogspot ni:

Cara Letak Meta Tag Mesra SEO di Blogspot

  • Pergi ke DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML
  • Cari code dibawah nie dan untuk memudahkan pencarian, korang boleh tekan Ctrl + F dan paste coding ini untuk search ye.
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

    <title><data:blog.pageTitle/></title>
  •  Bila dah jumpe code diatas, tukarkan code tersebut dengan code dibawah nie.
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>


<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>


<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>


<b:else/>


    <title><data:blog.pageTitle/></title>


</b:if>
  • Bila dah siap, korang tekan button preview dulu tengok ada error ke tak ye. Kalau nampak semua ok, baru save. Dan dah siap.

KEGUNAAN META TAG MESRA SEO DI BLOGSPOT


Sebenarnya terlalu banyak kegunaan dan juga kelebihan yang akan korang dapat selepas mengubah meta tag blog menjadi seperti ini - mesra SEO. Nak tahu betul atau tidak, korang kenalah tunggu dalam masa dua atau tiga bulan akan datang.

Make sure dalam tempoh masa tu korang sentiasa update blog korang, jangan biarkan sepi macam rumah kosong pulak ye. Insyallah akan berlaku perubahan positif pada trafik blog korang selepas itu.

Tag : ,

Gunakan Fibox Di Blog | Chatbox Percuma

Gunakan Fibox Di Blog | Chatbox Percuma


Selepas Shoutmix Box tidak lagi menyediakan perkhidmatan chatbox secara percuma, ramai blogger di Malaysia ni yang garu kepala. Pening tak tahu nak buat macam mana sebab satu-satunya chatbox yang percuma ketika itu telahpun mengenakan bayaran untuk menggunakan aplikasi mereka. Biasalah, rakyat Malaysia kan suka barang Free, yang tu memang aku sendiri pun tak dapat nak nafikan lagi.

Tapi jangan risau, kini para blogger yang pening kepala tadi sudah boleh rilex sikit. Sebabnya terdapat beberapa alternatif lain yang boleh digunakan sebagai ganti kepada shoutmix box yang kebanyakkan kita guna sebelum nil. Antaranya dengan menggunakan widget shout busuk ataupun dengan menggunakan Fibox, sebuah Chatbox Percuma yang cool dan comel.

Tutorial dan Cara Gunakan Fibox Di Blog

Jom proceed dengan Tutorial dan Cara Gunakan Fibox di Blog korang semua. Follow step yang akan aku tunjuk kat bawah ni slow-slow ye, takut tak jadi pulak nanti.

Oh ya, lupa nak bagitau.. Fibox sekarang ni masih lagi dalam fasa beta dimana lebih banyak penambahbaikan yang akan dilakukan oleh pihak Fibox pada aplikasi diorang nih.

Sambil-sambil daftar, admin ambil kesempatan untuk letakkan sekali tutorial untuk daftar Fibox seperti di bawah.

1. Buka www.fibox.ws, kemudian klik pada Sign Up 



2. Masukkan email address dan password. Tick pada term of service kemudian klik continue 



3. Notification mengatakan activation email dihantar kepada emial yang anda daftar. 



4. Buka email dan klik pada link yang diberi.



5. Pengesahan bahawa akaun anda telah diaktifkan.



6. Login akaun anda, dan untuk kali pertama anda login anda akan diminta untuk create nama untuk shoutbox anda.



7. Daripada dashboard, anda boleh tetapkan setting yang anda kehendaki




8. Copy code yang diberi dan paste ke dalam ruangan HTML/javascript blog anda.

9. Save dan lihat hasilnya.:)



Tambahan:
Selepas pendaftaran, anda juga boleh login menggunakan akaun facebook anda.




Amacam? Tak nak cuba ke letak Fibox ni dalam blog korang tu? Hehehe.. selamat mencuba ye kawan-kawan. Kalau suka boleh Klik button LIKE dan +1 kat bawah ni ye, terima kasih daun keladi.

KEEP ON SMILING :3


Tag : ,

Aset Kekayaan Sultan Johor

on Tuesday, June 05, 2012

Aset Kekayaan Sultan Johor

Sultan Johor kedua, Sultan Sir Ibrahim adalah seorang Sultan yang mempunyai kekayaan peribadi yang terlalu banyak. Walaupun menjadi antara manusia terkaya di dunia pada zaman itu, baginda juga terkenal kerana kemurahan hatinya dengan menghulurkan bantuan dengan tangan terbuka. 


Di Tanah Melayu tahun 1927, baginda mendermakan $25,000 setiap satu kepada Perak, Pahang, Kelantan, dan Terengganu untuk usaha-usaha bantuan banjir yang keseluruhan berjumlah $100,000.Baginda dan kerajaan Johor pernah menderma 16 pesawat kepada pihak British semasa Perang Dunia I dan menderma AS $12 juta kepada usaha perang British semasa Perang Dunia II.

Dengan bantuan kewangan daripada baginda, Britain menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk memasang tiga senjata api (The Monster Guns) berukuran 15-inci yang terbesar di luar Britain yang dikenali sebagai Johor Battery di Changi untuk pertahanan Singapura pada masa itu.Fasa pemerintahan baginda adalah satu kebanggaan bagi Johor.

Tag : ,

Lirik Lagu AdaMu - Najwa Latif

on Monday, June 04, 2012

Lirik Lagu AdaMu - Najwa Latif

Lagu AdaMu nyanyian Najwa Latif yang terkenal menerusi lagu-lagu covernya di YouTube seperti Cinta Muka Buku dan Kosong, adalah sebuah lagu berkonsepkan ketuhanan. Lagu AdaMu akan menemui para peminat Najwa Latif pada bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, insyallah.

Video Teaser Lagu AdaMu Najwa Latif yang dimuat naik oleh Seventeen Eleven mengubat rindu para peminat Najwa Latif (Najwa Latif Awesome Friends) yang menanti-nanti penyanyi cilik ini untuk menghiburkan mereka semula seperti dahulu.

Untuk pengetahuan semua, Najwa Latif kini sudah mengehadkan aktiviti nya untuk memberikan fokus penuh pada peperiksaan SPM yang akan diduduki olehnya pada tahun ini. Jadi semua rangkaian sosial yang menghubungkan Najwa Latif dengan para peminat di seluruh negara dikendalikan oleh admin yang dilantik. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan Najwa Latif dalam peperiksaan SPM beliau. Goodluck Wawa :)

Video Lagu AdaMu - Najwa Latif




Lirik Lagu AdaMu - Najwa Latif


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia


Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu tuhan..


###


Kerna kau yang satu
Yang setia bersamamu
Dikala ku jatuh
Ku bangkit kernaMu


Ku tahu ku adaMu disisiku selalu
Bantulah hambamu mencari keredhaanMu


Ooo.. ku tahu ku adaMu
Ooo.. ku adaMu selalu


(ulang dari ### )


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan…



UPDATED 21/7/2012 (1 Ramadan)
Official Music Video AdaMu dilancarkan, boleh tengok KAT SINI (klik)


KEEP ON SMILING :3
Tag : , , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog