Kembalikan identiti blog seperti dahulu..
Cukup, dah terlalu lama rasanya aku tak update blog menggunakan ayat aku sendiri secara konsisten untuk setiap post. Rasanya blog ni semakin hilang identiti, ke arah blog berita gamaknya. So lebih baik aku ambil tindakan awal sebelum semuanya terlambat.
Blog berita tak bagus ke?
Aku tidak bermaksud blog berita tidak bagus tetapi untuk menjayakan sebuah blog berita, banyak faktor perlu diambil kira. Dan sebahagian besar faktor-faktor tersebut adalah sangat penting, kalau tersilap pada satu bahagian agak sukar untuk berjaya. Lagipun blog berita memerlukan komitmen yang tinggi. Yang jelas sekali aku tidak mampu untuk memenuhinya.
Okay, cukuplah cerita pasal blog berita. Apa yang penting sekarang ni, aku nak bermula semula daripada bawah. Aku mahu berblog seperti pertama kali aku menulis di blog azrijohan.blogspot.com ini (kini dot com sahaja). Sebabnya setiap post yang aku tulis pasti ada manusia yang membacanya dan memberikan komen mereka. Kadang-kadang ada juga yang berborak panjang2, hehe memang seronok.
Hope keputusan aku untuk berblog dengan 'jiwa' ni akan diterima oleh followers blog ni yang sudahpun mencecah angka 2000. Terima kasih korang. Korang memang best, tanpa korang aku memang tak bersemangat kot nak update blog ni.
Aku nak sangat berkenalan dengan blogger2 lain, tak kisah lah baru ke lama. Dulu aku boleh tahan rapat jugak dengan komuniti blogosphere. Lebih-lebih lagi dengan budak-budak senget macam Freaky dan Sergeant Keroro. Diorang memang best. Tak tipu mehhh... So, siapa2 yang mahu aku berkenalan dengan mereka, dijemput datang komen ataupun tinggalkan link blog korang dalam kotak komen blog ni selalu ye. Insyallah nanti aku balas balik. Aku baca setiap komen tau..hehe
KEEP ON SMILING :3



















































