Gambar Nora Danish Berhijab

on Monday, May 07, 2012


Gambar Nora Danish Tunaikan Umrah

Nora Danish berhijab semasa menunaikan umrah dan di bawah ada beberapa keping gambar pelakon kesayangan ramai ini melakukan ibadah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Rasanya Nora Danish lebih comel dan cantik bila mengenakan hijab, hope lepas ni Nora Danish memakai tudung dan tak seksi lagi macam dulu. Sama-samalah kita doakan ye, amin...



Tag : , ,

Majlis Resepsi Awal Ashaari dan Scha Alyahya






Tag : , ,

Comel: Reka Bentuk Balai Polis di Negara Jepun

Jepun merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kemajuan teknologi dan kebijaksanaan penduduknya. Tahukah anda, balai polis di negara tersebut juga sangat comel dan unik. Jom usha gambar cute balai polis kat Jepun:




KEEP ON SMILING :3


Tag : ,

Cara Mengatasi Rasa Malas Kerja Hari Isnin

on Sunday, May 06, 2012

Cara Mengatasi Rasa Malas Kerja Hari Isnin

Betul tak mitos bahawa kalau hari isnin je, secara automatiknya situasi semua orang akan jadi malas gila babi nak buat kerja. So, kalau nak tahu cara terbaik mengatasi rasa malas untuk bekerja ataupun pergi ke kelas pada hari Isnin, korang memang patut baca post aku mengenai Fakta Menarik Hari Isnin ni.. Kat situ ada kongsi tips dan cara mengatasi rasa malas kerja hari isnin.



Tag : , ,

Gaji Perdana Menteri Dunia



Adakah Gaji Perdana Menteri Malaysia paling tinggi di dunia? Mari kita lihat Senarai Gaji Perdana Menteri Dunia di bawah ini, yang telah disusun mengikut susunan gaji yang paling tinggi sekali.

SENARAI GAJI PERDANA MENTERI DUNIA

1.Lee Hsien Loong


Prime Minister Of Singapore

Annual Salary- US$2,856,930 (S$3,870,000)

2.Donald Tsang


Chief Executive of Hong Kong

Annual Salary- US$513,245
Tag : ,

Panorama Bulan 'Supermoon' Yang Cantik

Panorama Bulan 'Supermoon' Yang Cantik

5 Mei 2012, bulan mengalami fenomena SUPERMOON iaitu keadaan bulan yang dapat dilihat dalam bentuk paling sempurna. Maha Suci Allah yang berkuasa menciptakan segalanya, berikut merupakan beberapa kepingan gambar Panorama Bulan 'Supermoon' Yang Cantik di seluruh dunia. Enjoy ;D


NEW YORK – Imej bulan penuh yang paling besar dan cerah pada tahun ini dapat dilihat kelmarin selepas ia berada dekat dengan Bumi.

Pakar-pakar berkata, bulan itu kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding pada hari biasa.Jarak bulan dengan Bumi ketika itu ialah 357,000 kilometer.

Beberapa jurugambar agensi berita antarabangsa berjaya merakamkan gambar bulan itu di beberapa buah bandar raya utama.

Seorang penulis buku 50 Great Myths of Popular Psychology, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory di Atlanta, Amerika Syarikat menyatakan terdapat kepercayaan tinggi bahawa kelakuan ganjil akan berlaku ketika bulan penuh. – Agensi




Tag :

Foto Perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari

Foto Perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari

Foto Perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari

Foto Perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari

Foto Perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari

Foto Perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari

Foto Perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari


Tag : , ,

Fakta Unik Mengenai Otak Manusia


Setelah ribuan tahun dipelajari dari berbagai sudut dan tempat, beberapa fakta misteri otak manusia mulai terungkap. Terdapat beberapa fakta yang sebelum ini mungkin tidak pernah terpikir oleh manusia. Entri kali ni saya bawakan fakta misteri tentang otak manusia.

Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.

Otak adalah salah satu organ yang paling menakjubkan di dalam tubuh manusia, kerana ia dapat mengendalikan sistem saraf pusat agar boleh bekerja secara normal.

Otak manusia sangatlah kompleks dan terdiri sekitar 100 milion saraf (neuron) dan banyak aktiviti berbeza terjadi di dalam otak dalam satu masa. Oleh itu, otak termasuk salah satu organ vital dalam kehidupan manusia.

Seperti dikutip dari Howstuffworks, ini dia beberapa fakta tentang otak manusia yang belum banyak diketahui:

1. Otak tetap aktif meskipun kepala sudah dipenggal.

Berdasarkan pengamatan beberapa kisah diketahui bahawa otak manusia tetap aktif selama beberapa detik setelah kepala dipenggal. Namun para doktor percaya bahawa hal tersebut merupakan refleksi otot.

Dr Harold Hillman, mantan direktor Unity Laboratory of Applied Neural Biology di University of Surrey mengatakan bahawa kematian terjadi kerana adanya pemisahan antara otak dengan sumsum tulang belakang, tetapi hal ini bersifat menyakitkan sehingga banyak negara yang tidak mengakui metod ini.

2. Otak boleh menerima maklumat dibawah sedar

Otak dapat menerima maklumat dibawah kesedaran seseorang sehingga nantinya akan mempengaruhi perilaku orang tersebut. Banyak syarikat  menggunakan hal ini sebagai tunjang promosi untuk mempengaruhi seseorang agar mahu membeli produknya.

3. Ubat-ubatan boleh menyebabkan lubang di otak.

Salah satu penelitian menunjukkan penggunaan ubat seperti marijuana boleh menghilangkan sedikit memori, sedangkan untuk ubat seperti kokain atau ekstasi dapat menimbulkan lubang di otak. Sebenarnya perkara yang dapat menimbulkan lubang di otak adalah akibat adanya trauma atau kecederaan fizikal.

Selain itu sebuah kajian dari New Scientist menyatakan penggunaan ubat-ubatan jangka panjang dapat menyebabkan pertumbuhan tidak normal pada otak yang bersifat permanent, oleh itu sulit untuk mengubah perilaku  seorang penagih ubat tersebut.

4. Otak manusia berwarna kelabu.

Beberapa bahagian dari tubuh memiliki warna tersendiri untuk darah, otot, tulang atau cairan lain. Tapi jika otak manusia diawetkan dalam stoples meskipun masih berdenyut kebanyakannya berwarna kelabu, kerana itu seluruh otak kadang kala disebut sebaagi jasad kelabu. Namun otak juga tetap mengandung jasad putih yang terdiri dari serat saraf untuk menghubungkan jasad kelabu.

Sedangkan komponen yang berwarna hitam disebut dengan substantia nigra yang merupakan neuromelanin hitam, iaitu pigmen khusus yang sama dengan warna kulit dan rambut dan merupakan sebahagian daripada ganglia.

5. Otak manusia merupakan otak yang paling besar.

Beberapa binatang boleh menggunakan otaknya untuk melakukan berbagai hal seperti  yang dilakukan oleh manusia. Tapi sebenarnya otak manusia adalah paling besar dibandingkan dengan otak binatang manapun. Rata-rata berat otak manusia dewasa sebesar 1. 361 kilogram, berat ini hampir sama dengan ikan lumba-lumba yang dianggap sebagai haiwan yang cerdas.

p/s : Setiap makhluk Allah seperti haiwan dan manusia mempunyai otak, tetapi manusia diberi akal untuk berfikir..jadi gunakanlah akal fikiran kita untuk ke jalan yang betul dan bermanfaat.



Tag :

Saya Mahu Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.Com

on Saturday, May 05, 2012


Hope bertuah la untuk menang buku ni :D


Tag :

100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia Sepanjang Zaman



100 Tokoh Paling Berpengaruh Di Dunia



Buku ini dikarang oleh Michael H. Hart yang merupakan seorang berbangsa yahudi dan juga ahli astronomi.

Apa yang menarik Michael H. Hart meletakkan Nabi Muhammad S.A.W di ranking yang pertama yang menyebabkan buku ini menimbulkan kontroversi di kalangan yahudi sendiri. Antara alasannya ialah Nabi Muhammad S.A.W mampu mencari pengaruh berbilion manusia di seluruh dunia melalui peranan Agama dan Pemerintahan..

Yang menghairankan orang yahudi boleh mengiktiraf Nabi S.A.W sedemikian tetapi yang wujud di zaman sekarang adalah (ada segelintir) orang islam sendiri yang tidak ‘respect’ pada Rasulullah S.A.W..

Mari kita perhatikan 100 ranking manusia berpengaruh dalam sejarah.


1 Muhammad S.A.W
2 Isaac Newton
3 Jesus Christ
4 Buddha
5 Confucius
6 St. Paul
7 Ts’ai Lun
8 Johann Gutenberg
9 Christopher Columbus
10 Albert Einstein
11 Louis Pasteur
12 Galileo Galilei
13 Aristotle
14 Euclid
15 Moses
16 Charles Darwin
17 Shih Huang Ti
18 Augustus Caesar
19 Nicolaus Copernicus
20 Antoine Laurent Lavoisier
21 Constantine the Great
22 James Watt
23 Michael Faraday
24 James Clerk Maxwell
25 Martin Luther
26 George Washington
27 Karl Marx
28 Orville and Wilbur Wright
29 Genghis Khan
30 Adam Smith
31 Edward de Vere a.k.a. William Shakespeare
32 John Dalton
33 Alexander the Great
34 Napoleon Bonaparte
35 Thomas Edison
36 Antony van Leeuwenhoek
37 William T.G. Morton
38 Guglielmo Marconi
39 Adolf Hitler
40 Plato
41 Oliver Cromwell
42 Alexander Graham Bell
43 Alexander Fleming
44 John Locke
45 Ludwig van Beethoven
46 Werner Heisenberg
47 Louis Daguerre
48 Simon Bolivar
49 Rene Descartes
50 Michelangelo
51 Pope Urban II
52 ‘Umar ibn al-Khattab
53 Asoka
54 St. Augustine
55 William Harvey
56 Ernest Rutherford
57 John Calvin
58 Gregor Mendel
59 Max Planck
60 Joseph Lister
61 Nikolaus August Otto
62 Francisco Pizarro
63 Hernando Cortes
64 Thomas Jefferson
65 Queen Isabella I
66 Joseph Stalin
67 Julius Caesar
68 William the Conqueror
69 Sigmund Freud
70 Edward Jenner
71 Wilhelm Conrad Roentgen
72 Johann Sebastian Bach
73 Lao Tzu
74 Voltaire
75 Johannes Kepler Lutheran
76 Enrico Fermi
77 Leonhard Euler
78 Jean-Jacques Rousseau
79 Nicoli Machiavelli
80 Thomas Malthus
81 John F. Kennedy
82 Gregory Pincus
83 Mani
84 Lenin
85 Sui Wen Ti
86 Vasco da Gama
87 Cyrus the Great
88 Peter the Great
89 Mao Zedong
90 Francis Bacon
91 Henry Ford
92 Mencius
93 Zoroaster
94 Queen Elizabeth I
95 Mikhail Gorbachev
96 Menes
97 Charlemagne
98 Homer
99 Justinian I
100 Mahavira
Tag :

Agnes Monica feat Beyonce dan Britney Spears?




Peminat muzik Indonesia pasti teruja dengan berita mengenai Agnes Monica bakal berduet bersama Beyonce dan Britney Spears di dalam album barunya nanti.

KapanLagi melaporkan gambar yang memperlihatkan album baru Agnes yang berjudul A.G.N.E.Z akan diriliskan pada 10 Oktober 2012. Apa yang lebih mengejutkan adalah berita dimana Agnes Monica bahawa di dalam album barunya nanti akan menjemput penyanyi antarabangsa.

Antara penyanyi antarabangsa yang akan berduet dengan pelantun “Matahariku” ini adalah Justin Timberlake, Missy Elliot, Britney Spears dan Beyonce.

Gambar tersebut telah dimuat naik di laman Twitter bernama @Anasismyname Khamis. Namun sehingga kini Agnes Monica belum lagi membuat sebarang kenyataan tentang perkara ini.



Tag :

Pengalaman Berblogging Aku


Assalamualaikum, salam sejahtera semua..

Post kali ni nak berkongsi cerita mengenai Pengalaman Berblogging Aku yang masih lagi dalam kalangan newbie di blogosphere dalam Malaysia ni. Rasa macam tak layak pulak nak cerita 'pengalaman' sebab belum sampai 2 tahun lagi kot aku berblogging ni. Tapi apa salahnya kalau aku share sikit pengalaman aku dalam arena blog ni ye dak? Hehehe..

Pengalaman Berblogging Aku



Tahun 2011 merupakan tahun pertama aku mula melibatkan diri dalam blogosphere ni, macam-macam ilmu yang aku dapat. Ada yang positif, tak kurang juga yang negatif.

Yang bestnya, ramai rakan blogger lain yang support aku dalam berblogging ni. Rasanya dalam blog aku ni penuh dengan cerita pasal Najwa Latif kot, hehehe. Sampaikan dia sendiri dah kenal dengan aku, tapi kitorang belum pernah jumpa lagi. 2012 insyallah, kalau ada rezeki.


Untuk tahun 2012 ini, aku dah merancang mahu blogging dengan fokus tech kat blog baru aku azri.my. Dan aku perlukan seorang penulis lagi untuk bersama-sama mengendalikan laman blog azri.my tu nanti. Boleh contact aku kalau berminat ye ;D

Blog www.azrijohan.com ni pula aku takkan delete, sayang la dah ada domain sendiri then nak delete pulak kan. Lagipun blog ni menyimpan banyak kenangan aku dalam dunia blog ni. Dan juga sebagai tanda terima kasih aku terhadap sokongan rakan-rakan blogger yang lain. Dan sekarang blog ni aku dah tak uruskan, bagi kat orang lain untuk update pulak.

Semoga tahun 2012 ni akan menjadi tahun yang lebih baik bagi kita semua. Jadikan pengalaman dalam tahun-tahun yang sudah sebagai panduan untuk mengharungi tahun baru ni. Be yourself, and you'll be allright.

p/s: post ni khas dibuat untuk Giveaway Papan Kekunci Dot Com 2012.

KEEP ON SMILING:)


Tag : , ,

Gambar Terkini Samsung Galaxy S3

on Friday, May 04, 2012

Gambar Terkini Samsung Galaxy S3

Samsung Galaxy S3 telahpun dilancarkan secara rasmi di London pagi semalam. Dan mengikut beberapa survey yang telahpun dilakukan, Galaxy S III merupakan telefon pintar paling canggih dan mesra pengguna ketika ini. Lihat Spesifikasi Lengkap Samsung Galaxy S3.

Gambar Terkini Samsung Galaxy S3

Gambar Terkini Samsung Galaxy S3

Gambar Terkini Samsung Galaxy S3

Gambar Terkini Samsung Galaxy S3



Tag :

Romantis! Rozita Che Wan Bersama Teman Lelaki Baru Di India


Love Delhi! Kota penuh dramatis dengan kisah-kisah romantik ini sememangnya satu lokasi yang sesuai untuk Rozita Che Wan membicarakan teman barunya dalam siri eksklusif bersama majalah GLAM edisi Mei 2012.

Majalah GLAM membawa aktres, Rozita Che Wan terbang lebih 5000 KM ke negara penuh budaya, India bagi mewarnai muka depan majalah tersebut untuk edisi terbaru. Istimewanya, 42 halaman eksklusif menerima sentuhan daripada jurufoto terkenal, Bustamam Mokhtar menonjolkan sisi indah Rozita Che Wan dalam pelbagai busana berjenama seperti Marc Jacobs.

Kami kagum dengan persalinan ala kolonial musim panas yang dikenakan oleh Rozita Che Wan, sekaligus mewujudkan mood vintaj dalam setiap helaian foto-foto ini.

Mahu tahu kisah lanjut mengenai Rozita Che Wan, dapatkan naskhah GLAM di pasaran sekarang!






Tag : ,

Kosong Official Music Video | Najwa Latif



Video Klip Lagu Kosong nyanyian Najwa Latif telahpun dikeluarkan dilaman youtube rasmi milik Najwa sendiri. So, kepada semua NLAF (Najwa Latif Awesome Friends) sekalian, korang memang patut layan Kosong official music video ni. Enjoice~

Kosong Official Music Video | Najwa Latif




Najwa Latif yang sekarang nya popular dengan lagu Kosong akhirnya melancarkan music video Kosong. Video ini di keluarkan oleh NAR Records.

Lagu kosong yang menjadi sememangnya mendapat sambutan dari penggemar music, banyak kali di putarkan di corong radio. Najwa Latif kini berehat seketika dalam industri nyanyian kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajaran

p/s: ape komen korang? 


KEEP ON SMILING :3

Tag : , ,

Scha dan Awal Mahu Honeymoon di New York dan Eropah

daripada rotikaya.com melaporkan :

Sedar tidak sedar, kontroversi demi kontroversi, kisah cinta Scha al-Yahya & Awal Ashaari bakal bersambung dalam episod baru selepas mereka mengikat tali pernikahan esok hari yang bakal berlangsung di Putrajaya.

Bercakap kepada wartawan ketika di’temui di’sessi mencuba baju untuk program realiti perkahwinan mereka yang bakal di’siarkan di Astro Ria, pasangan ini sudah menetapkan lokasi percutian bulan madu mereka nanti.

Scha al-Yahya & Awal Ashaari telah memilih dua lokasi utama untuk berbulan madu. New York akan menjadi destinasi pertama percutian mereka sebagai pemanas badan sebelum ke beberapa buah negara Eropah pada Disember ini.

Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside pada 4 Mei 2012 dan bakal bermula sekitar jam 7.45 malam. Resepsi perkahwinan pula akan diadakan pada 6 Mei ini bertempat di Dewan Perdana PICC, Putrajaya.

Sebelum kita semua di’sajikan dengan gambar gambar indah majlis pernikahan mereka yang akan kami bawakan secepat mungkin kepada anda dari lokasi majlis berlangsung — pastikan anda tidak ke’mana mana esok — ini koleksi foto pra perkahwinan Scha al-Yahya dan Awal Ashaari hasil tangan jurugambar terkenal, Saiful Nang. KLIK SINI UNTUK MELIHATNYA




Tag : ,

Bob Kuman Meninggal Dunia

on Thursday, May 03, 2012


Bob Kuman meninggal dunia?? Khabar angin mengatakan Bob Kuman meninggal dunia pernah disebarkan di internet beberapa hari yang lepas. Kini khabar angin itu telah menjadi kenyataan.

Berita mengenai pemergian pelawak terkenal ini, kami perolehi di facebook milik Mazidul Akmal yang menyampaikan berita sedih ini. Berikut perkongsian tersebut :



   
Bob kuman telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.38 Petang Tadi. Kini, khabar angin Bob Kuman meninggal dunia sudah menjadi kenyataan. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, Al-Fatihah.

Tag :

12 Perkara Rahsia Mengenai Aaron Aziz Yang Anda Semua Tidak Tahu

Aaron Aziz dicium Isterinya

12 Perkara Rahsia Mengenai Aaron Aziz

Aaron Aziz kini merupakan satu nama besar dan popular di industri hiburan tempatan. Pelakon yang berasal dari Singapura ini membintangi beberapa buah filem yang telah mendapat tempat dihati peminat tempatan seperti contoh KL Gangster dan Ombak Rindu. Jika anda peminat Aaron Aziz, 12 perkara mengenai pelakon ini perlu anda tahu.

 1. Stage fright. Aaron seorang yang takut bila berada di atas pentas.

2. Sebelum makan, Aaron akan suapkan dulu kucing peliharaannya dengan sudu.

3. Suka tengok binatang sehingga dipanggil Animal Planet oleh rakan-rakannya.

4. Pelakon Ombak Rindu ini mengakui seorang yang sangat pemalu dan berat mulut.

5. Orang selalu ingat Aaron seorang yang moden kerana berasal dari Singapura, namun sebenarnya beliau seorang yang konservatif. Aaron mengakui dia ‘old fashion’ dan masih mengikut adat.

6. Tidak gemar makan sayur bunga seperti brokoli dan kobis. Beliau mengakui hanya makan sayuran hijau sahaja.

7. Aaron gemar muzik yang universal dan tidak hanya pada satu genre sahaja.

8. Pelakon Nora Elena ini benci membeli-belah. Semua kelengkapan Aaron akan dibeli oleh isterinya, Diana.

9. Seorang yang protektif. Pantang jika ada orang marah anaknya walaupun isterinya sendiri. Jika berlaku, Aaron akan memarahi balik isterinya. Difahamkan, hanya Aaron seorang sahaja yang boleh marah anak-anaknya.

10. Pelakon KL Gangster ini susah nak mempercayai orang lain.

11. Ketika di Singapura, Aaron selalu bertukar-tukar kerja. Aaron pernah menjadi aircond technician, bowling specialist, agen insurans, agen rumah, penjual kereta dan pelayan restoran.

12. Tidak suka makan sushi.



p/s: pasangan bahagia :)


KEEP ON SMILING ;3



Tag :

Misteri Kapal Titanic Yang Karam di Lautan Atlantik


Misteri Kapal Titanic Yang Karam di Lautan Atlantik Lebih 100 Tahun Dahulu


WALAUPUN sudah 100 tahun berlaku, tragedi kapal mewah RMS Titanic yang tenggelam di Lautan Atlantik masih lagi menjadi tanda tanya para pengkaji.

Bagaimana sebuah kapal yang dilengkapi teknologi paling canggih ketika itu dan didakwa tidak mungkin tenggelam akhirnya 'tersungkur' ke dasar laut disebabkan berlanggar dengan bongkah ais, pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912).

Sehingga kini aura misteri itu masih kekal bersama 'bangkai' kapal itu di dasar Lautan Pasifik, namun saluran History (Saluran Astro 555) buat pertama kalinya akan mendedahkan penemuan-penemuan terbaharu mengenai tragedi Titanic kepada umum.

Bersempena ulang tahun ke-100 tragedi Titanic, saluran History akan mempersembahkan sebuah dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April ini.

Dokumentari itu akan merakamkan detik-detik misi paling mutakhir, mendedahkan cebisan-cebisan bangkai kapal Titanic yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Usaha yang turut melibatkan pakar-pakar kajian laut termasuk pihak dari RMS Titanic Inc. itu akan mendedahkan penemuan baharu dan peta pertama komprehensif bagi tempat persemandian Titanic. Ia meliputi sebuah kawasan lantai laut seluas 13 kilometer persegi dan kewujudannya dapat membantu merungkai teka-teki sekurun usia tentang kesilapan apakah yang telah berlaku dan menentukan siapa atau apa yang bertanggungjawab ke atas tragedi tersebut.

Salah seorang yang turut terlibat dalam ekspedisi penemuan baharu kapal Titanic itu adalah Penerbit Eksekutif dokumentari Titanic Mystery Solved saluran History, Carl Lindahl.

Menurutnya, terdapat banyak misteri yang berputar tentang kapal Titanic iaitu bagaimana kapal yang sepatutnya tidak boleh tenggelam boleh tenggelam dalam pelayaran pertama secara ironiknya.

"Apa yang menyebabkan kapal Titanic tenggelam? Bagaimana kapal yang begitu bagus boleh tenggelam dan bagaimana begitu ramai orang mati. Soalan-soalan ini tidak pernah terdedah dan dijawab sepenuhnya. Disebabkan itu, mengapa kami dan para pengkaji lain masih melakukan pencarian dan setelah 100 tahun kejadian itu berlalu kami sudah menemui jawapannya," ujarnya.

Ia turut dipersetujui oleh pengarah, penerbit dan penulis dokumentari yang sama iaitu Rushmore Denooyer.

Menurutnya: "Kapal yang mempunyai teknologi terbaik sepatutnya tidak dapat tenggelam tetapi ia tenggelam pada perjalanan pertama dan dua pertiga orang di dalam kapal itu mati".

Merungkai bagaimana penemuan kali ini akan mengubah sejarah Titanic, Ungkap Carl, ia adalah jawapan kepada beberapa misteri yang masih belum dapat diselesaikan sejak kapal itu tenggelam.

Menyambung bicara Carl, ujar Rushmore pula, Titanic merupakan kapal pertama yang tenggelam dikaji dengan teliti dan didokumentasikan.

"Ekspedisi ini akan menceritakan semuanya. Tiada ekspedisi dan pemetaan dilakukan secara menyeluruh dan teliti seperti mana kali ini.

"Ia merupakan satu anjakan paradigma untuk semua pihak yang mengkaji kapal karam. Saya fikir dengan penemuan baharu yang akan disiarkan di saluran History nanti akan mengubah sejarah Titanic," ujarnya.

Mengenai sama ada pihak saluran History turun ke dasar laut untuk melihat sendiri bangkai kapal Titanic, kata Rushmore, tiada seorang manusia pun yang turun ke dasar laut melihat kapal tersebut.

"Semua kerja siasatan dilakukan dengan menggunakan beberapa robot untuk mengambil beribu-ribu gambar serta membuat rakaman video tentang keadaan bangkai kapal yang tenggelam sedalam empat kilometer di dasar laut itu.

TRAGEDI KAPAL TITANIC


TITANIC mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air. Sekiranya lebih daripada itu, ia akan tenggelam.

"Gambar yang diambil menggunakan kamera berteknologi tinggi itu dengan jelas menunjukkan keadaan landasan dan sauh kapal tersebut. Robot tersebut membawa turun lima hingga tujuh buah kamera dan ia dikawal oleh operator di atas kapal," ulasnya.

Berkongsi pengalaman ekspedisinya, kata Rushmore, mereka ada menemui beberapa objek yang agak kecil seperti saiz pintu.

"Ada juga objek seperti pinggan, pakaian, kasut serta botol wain yang masih kelihatan," ulasnya lagi.

Menurut Rushmore, gambar yang diambil memberi pemahaman yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku ke atas kapal itu pada 15 April 1912.

Gambar-gambar itu juga adalah hasil pelaburan bernilai puluhan juta ringgit serta ekspedisi selama dua bulan yang menggunakan beberapa pendekatan berbeza untuk mendapatkan imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

"Imbasan tepi dan multi sinaran sonar digunakan untuk menyimpan setiap butiran kapal itu dan menilai perubahan yang berlaku sejak ekspedisi sebelum ini," katanya.

Jelas Rushmore lagi, ekspedisi tersebut diketuai oleh RMS Titanic Inc. yang telah pergi ke lokasi Titanic tenggelam pada masa lalu dan mengumpul lebih 5,000 artifak.

"Di samping itu, pakar pengimejan dalaman air yang terbaik pula menyediakan kami alat sonar ekspedisi untuk bekerja dan mewujudkan peta ini ke atas keseluruhan tapak tragedi. Terdapat banyak kontraktor lain serta saintis. Ia merupakan satu kumpulan yang sangat majmuk," jelasnya.

"Terdapat banyak kumpulan dan individu yang berbeza bekerja dalam ekspedisi ini. Sebagai contoh, mereka yang menghasilkan sonar pengimbasan tapak yang telah digunakan dalam ekspedisi ini," balas Carl pula.

Carl dan Rushmore turut menjawab persoalan mengenai kejadian Titanic karam yang dikaitkan dengan mitos kononnya berlaku sumpahan ke atas kapal tersebut.

Tambah Carl, tragedi Titanic tenggelam sangat ironik dan dramatik. Manusia membuat ramalan bahawa kapal tersebut tidak akan tenggelam. Namun perkara yang sebaliknya berlaku apabila ia tenggelam dalam pelayaran sulungnya. Ia seolah-olah satu sumpahan.

"Saya belum dengar apa-apa legenda atau sumpahan mengenai Titanic jadi saya tidak boleh mengulas tentang itu," ujarnya.

Ia turut dipersetujui Rushmore yang memberitahu, manusia kadang-kadang alpa dengan teknologi yang canggih tanpa menyedari ada kuasa lain yang mampu memusnahkan teknologi tersebut.

"Kita kadang-kadang menjadi terlalu kagum dengan teknologi ciptaan sendiri dan kita sering melupakan kuasa alam semula jadi. Dengan kemajuan teknologi kita tidak dapat mengawal alam semula jadi. Walau bagaimanapun, alam semula jadi masih lebih kuat daripada teknologi yang kita ada," ujar Rushmoore.

Sementara itu, Pengurus Besar, AETN All Asia Networks, Louis Boswell pula berkata, selain daripada membuat pemetaan ke atas keseluruhan tapak tragedi, siaran istimewa itu juga akan mendedahkan buat julung-julung kalinya gambaran sebenar bagaimana kapal itu boleh terbahagi lalu karam melalui penggunaan hangar virtual.

"Teknik siasatan nahas kapal angkasa ulang-alik dan pesawat (membuat pemetaan ke atas tapak bangkai kapal dan menyusun semula di hangar) digunapakai dan para pakar akan menghasilkan satu binaan holografik bagi tapak bangkai kapal di hangar.

"Belum pernah ada sebarang rancangan sempena ulang tahun lain yang memaparkan kisah eksklusif tentang ekspedisi unik dan pendedahan cukup luar biasa ini. Dalam tempoh 25 tahun semenjak bangkai kapal Titanic ditemui, tiada siapa pernah meneroka mahupun memetakan kawasan tapak bangkai kapal.

"Tiada siapa yang memiliki sebarang petunjuk akan apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam nahas itu. Hampir separuh daripada kawasan tapak tidak dapat dijelajahi dan diperlihat. Malah, bahagian penting kapal yang mampu mendedahkan bagaimana ia boleh terbahagi juga tidak kelihatan," ujarnya.

Kini selepas 100 tahun, ulas Louis, setiap inci tapak karamnya kapal ini akhirnya telah pun diketahui. Dokumentasi dilakukan bagi merakamkan tempat sebenar ia tunduk karam di lantai laut sedekad yang lalu.

Katanya, di penghujung kisah Titanic Mystery Solved, penonton akhirnya akan mengetahui keseluruhan kisah yang membawa kepada bersemadinya Titanic di dasar laut.

Penemuan sulung bangkai kapal Titanic pada tahun 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal sehingga kini.

"Kisah kapal Titanic yang tenggelam telah menarik minat jutaan manusia di segenap pelosok dunia sehingga ia menjadi inspirasi kepada sebuah filem yang berjaya sepanjang zaman.

"Semuanya itu telah memperhalusi sejarah kejadian buat ramai orang. Kami mahu melihat semula tragedi ini dari sudut saintifik dan mencari kebenaran di sebalik apa yang telah terjadi pada malam 15 April 1912.

"Oleh itu Titanic Mystery Solved merupakan bingkisan terhebat yang menjelaskan bagaimana Titanic telah karam dan ia turut mengungguli program-program lain yang pernah dibuat bersempena dengan ulang tahun sesuatu," ujarnya lagi.

Sejak ahli oseanografi, Robert Ballard dan kumpulannya menemui bangkai kapal Titanic itu pada 1985, beberapa ekspedisi telah dilakukan untuk mengumpul maklumat tentangnya sehingga kini.

Pengarah filem Titanic, James Cameron turut mengadakan ekspedisi ke lokasi itu bagi mendapatkan gambaran jelas tentang keadaan rupa bentuk kapal tersebut.


Tag : , , ,

Gambar Kemenangan Real Madrid dalam Liga Sepanyol Musim 2011/2012


Gambar Kemenangan Real Madrid dalam Liga Sepanyol Musim 2011/2012







Gambar Kemenangan Real Madrid dalam Liga Sepanyol Musim 2011/2012




Tag : , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog