Wajib Tonton: The Dark Night Rises

on Tuesday, May 01, 2012

THE DARK NIGHT RISES

Masih ingat lagi Joker yang gila saiko dalam movie The Dark Night sebelum ni? Rasanya muka mamat badut tu masih lagi menghantui kepala otak korang setiap kali terfikir pasal Batman kan, ye dak?

The Dark Night Rises merupakan movie terakhir dalam francais gemilang superhero kelawar ni. Kali ni, Batman dan seluruh bandaraya Gotham bakal dihantui oleh penjahat yang lebih fresh dan kejam, Bane. Nak tau macam mana jahatnya mamat ni, korang kenalah tengok sendiri movie ni pada 20 Julai 2012 nanti ye.



KEEP ON SMILING :3


Tag :

Berhati-hati! Ulat dalam Coklat Jenama Terkenal






ALOR SETAR - Rasa geli dan loya!, ­begitulah yang dihadapi tiga beranak ­apabila hasrat menikmati coklat yang baru dibeli dari sebuah pasar raya terbantut ketika melihat beberapa ekor ulat keluar dari kepingannya.


Ahmad Pouzai, 55, bersama isteri dan anaknya mula menyedari keadaan luar biasa coklat itu apabila membuka ­lapisan pembungkus coklat ketika ­berada dalam kereta selepas selesai membeli ­barangan keperluan kira-kira jam 10.50 pagi semalam.


“Entah kenapa tiba-tiba timbul perasaan ingin mencuba coklat ini, mungkin kerana keluaran tempatan dan ­diedarkan ke luar negara seperti United Kingdom, Hong Kong serta Singapura sedangkan saya sendiri tidak pernah membelinya ­sebelum ini.


“Sebagai langkah berwaspada ­setiap kali membeli, saya membaca dulu label kandungan coklat, tarikh halal dan yang pastinya tarikh luput coklat itu pada 16 Januari tahun depan,” katanya kepada Sinar Harian.


Ahmad berkata, isterinya sempat ­makan sedikit coklat berkenaan kerana belum menyedari kewujudan ulat yang ada pada bahagian bawahnya sebelum ­berkongsi bersama.


“Namun, sewaktu saya ingin mematahkan kepingan coklat seterusnya, saya perasan seekor ulat jatuh ke ­tempat ­duduk sebelum membuat ­keputusan memeriksa keseluruhan coklat dan menemui tiga ekor ulat.


“Walaupun sebelum ini pernah ­mendengar kejadian serupa berlaku pada orang lain, namun tak sangka kali ini kami pula terkena,” katanya.


Sehubungan itu, Ahmad berharap pihak pengurusan syarikat pengeluar coklat itu lebih prihatin terhadap produknya termasuk mengutamakan ­aspek kebersihan serta memeriksa kembali tarikh luput sebenar coklat.


“Saya sendiri sudah tidak berminat untuk membeli coklat jenama ­berkenaan selepas ini. Jika ingin membelinya saya akan mencari jenama lain atau yang biasa dibeli,” katanya.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, syarikat pengeluar coklat perlu lebih berhati-hati dalam memastikan kualiti bahan serta produk dihasilkan sentiasa terjaga.


“Kita tidak mahu kejadian ­seperti ini turut berlaku di tempat lain ­kerana coklat yang sama diedarkan ke ­negara luar. Imej baik produk tempatan akan terjejas jika ada pembeli di negara berkenaan terbeli coklat sudah berulat.


“Sepanjang tahun ini, kita sudah ­menerima empat hingga lima kes yang melibatkan produk makanan tercemar serta berulat. Kita akan menghantar notis kepada syarikat terbabit untuk ­memastikan mereka mengambil langkah ­sepatutnya bagi mengatasi masalah berkenaan,” katanya.

Tag : , ,

Kereta Mewah Datuk Lee Chong Wei


Mungkin sejak kebelakangan ni Datuk Lee Chong Wei takde luck untuk menang apa-apa game. Dah dua kali beliau kecundang semasa final. Tetapi tu semua tak penting sangat, sebabnya Datuk Lee Chong Wei masih lagi pemain badminton no 1 dunia. Buktinya? Ni diaaaaa... Koleksi Kereta Mewah Datuk Lee Chong Wei yang super cool dan super mahal.





Tag : , ,

Selena Gomez Malu Cium Justin Bieber


Bagi orang ramai yang dilihat sedang mencium teman lelaki mereka di tempat awam, adalah perkara biasa.(di luar negara) Tetapi bagi Selena Gomez ia adalah 'perkara yang paling memalukan yang pernah berlaku' kepadanya.




Penyanyi berusia 19 tahun itu berkata demikian apabila dia telah terperangkap dalam ciuman romantis dengan Justin Bieber oleh Kiss Cam minggu ini. Pelakon dan teman lelakinya telah menonton Los Angeles Lakers bermain bola keranjang pada malam Isnin apabila mereka muncul di Kiss Cam - yang telah menangkap gambar pasangan itu sedang bercium - dan Selena malu besar.

Katanya kepada Ryan Seacrest : "Ia adalah perkara yang paling memalukan yang pernah berlaku kepada saya. Mereka menunjukkan pasangan warga tua sebelum itu, sedang bercium, dan ia begitu comel. Lalu tiba-tiba apabila kami melihat ke arah skrin, rupa-rupanya ah.. ia adalah muka kami... Ia adalah begitu janggal.'



Tag : , ,

Gambar Tiz Zaqyah dan Izara Aishah Pose Duckface


Komen sikit please...



Tag :

HOT!! Zizan Raja Lawak Masuk Hospital




Gambar, foto Zizan Raja Lawak masuk wad. Pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak dikhabarkan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar kira-kira jam 2.30 pagi semalam akibat kesihatannya yang tidak mengizinkan. 

Menurut sumber, Zizan dikatakan mengalami sakit Acute Myositis(Fatigue) atau keradangan otot di seluruh badannya. Keadaan itu menyebabkan Zizan terpaksa ditahan di wad untuk menerima rawatan selanjutnya. 

Akibat daripada sakitnya itu, Zizan terpaksa membatalkan semua sesi penggambaran termasuklah penglibatannya untuk rancangan Melodi dan Super Spontan.Sama-sama kita mendoakan kesihatan yang baik buat Zizan.

Tag :

Rahsia Gadis Jepun Kelihatan Comel dan Cantik

on Monday, April 30, 2012




Rahsia Kecantikan Gadis Jepun


Vitamin C
Gadis jepun percaya vitamin c baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. oleh sebab itu, mereka mengamalkan makan buahbuahan yang kaya dengan vitamin c bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih.

Kacang merah
Gadis jepun memanfaatkan azuki, sejenis kacang merah yang digunakan sebagai bahan untuk menggosok wajah sejak dulu lagi. hasilnya, wajah menjadi lebih halus dan bebas daripada sebarang masalah jerawat Beras Merah bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Beras Merah
Bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Pengelupasan
Gadis jepun rajin melakukan pengelupasan kulit (exfoliation) untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dari wajah hingga membuatkan wajah mereka tampak berseri dan tidak nampak kusam.

Alga
Wakame, sejenis alga laut yang ditemukan di perairan jepun merupakan salah satu bahan perawatan kulit semula jadi terbaik. Wakame melindungi kulit daripada sinar ultra violet serta kerosakan kulit. bahan semula jadi ini juga mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata.


Sumber: Majalah Remaja (hasrulhassan.com)

Tag : ,

Manchester Derby : EPL El-Clasico


Pertemuan derby antara Manchester City vs Manchester United merupakan penentu siapakah yang bakal layak bergelar juara bagi 2011-2012 ini. Dan pasti siapa yang akan memenanginya kemungkinan adalah peneraju kejuaran Premier League kali ini...

Namun pengurus Manchester City, Roberto Mancini masih menegaskan pasukannya masih mempunyai sisa perlawanan sukar dan bagi Sir Alex Ferguson pulak kemenangan Manchester City adalah penentu bagi juara Premier League.

Bagi Manchester City, selepas pertemuan menentang Manchester United, mereka masih mempunyai dua lagi perlawanan iaitu menentang Newcastle United dan Queen Park Rangers...sedikit sukar untuk mereka bertemu Newcastle United di St James Park.

Pasukan dibawah bimbingan Alan Pardew merupakan pasukan terbaik di Premier League ketika ini dan masih mempunyai peluang untuk beraksi di Champions League musim depan.

Bagi Manchester United , hasil pertemuan derby ini merupakan hala tuju untuk pasukan Red Devil yang mana Sir Alex Ferguson kini mengakui sekiranya Manchester City memenangi perlawanan ini, peluang untuk kejuaraan adalah milik The Citizen yang mana tiada lagi keraguan yang akan mereka hadapi selepas ini. Ia adalah peluang yang akan dimiliki oleh Manchester City bagi kejuaraan Premier League.

Ia diakui selepas Manchester City ditinggalkan dengan lapan mata mereka mampu untuk terus memberi tekanan kepada Manchester United bagi membuktikan ‘derby’ adalah penentu juara.Roberto Mancini menegaskan tekanan kini adalah kepada Manchester United yang mana mahu menjadikan pertemuan ini berakhir dengan seri dan ianya ingin membuktikan bahwa Manchester City merupakan pasukan yang dahagakan kemenangan.

Pun demikian, Sir Alex Ferguson, perlawanan ini pasti penuh dengan tekanan pada kedua-dua pasukan dan ia menanti aksi kedua pasukan ini dengan penuh debar. Baginya Manchester City mempunyai rekod baik bermain di tempat sendiri dan mempunyai barisan pemain yang boleh dibanggakan.

Rekod pertemuan bagi kedua-dua pasukan pada musim ini, Manchester City menang besar di Old Trafford pada aksi Premier League manakala Manchester United menang pada pertemuan piala FA di Etihad Stadium.


Tag :

Blog Farah Lee Yang Memikat Hati Ally Iskandar



Farah Lee, tetiba je nama blogger dan pelajar ini disebut-sebut ramai. Tak mustahil blog Farah Lee yang juga pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan ini akan meletup seperti mana yang berlaku pada blog Jejari Runcing.

Mari singgah ke blog Farah Lee, ada sesuatu yang menarik di sana. Dan pasti ramai akan terpikat dengan cara penyampaian dan isi yang ada di dalam blog tersebut.



KEEP ON SMILING:)
Tag : ,

Restoran MC Donald Pertama Di Dunia


This is soo cool..

Restoran MC Donald Pertama di Dunia pada masa tu belum ada lagi badut pakai baju kuning berbelang merah putih.. And masa tu jugak takde drive-thru. So old-school, and berjiwa retro.. it could be nice if i can be there even for a second.. nak try Mc Flurry Orea secawan..







p/s: macam pekan koboi pun hadoo ni..

KEEP ON SMILING :3


Tag : ,

Pondan Tercantik di Dunia

on Sunday, April 29, 2012


PONDAN TERCANTIK DI DUNIA

Pondan Tercantik Di Dunia ini sebenarnya merupakan seorang Supermodel terkenal di Thailand yang bernama Nong Poy atau nama sebenarnya Treechada “Nong Poy” Marnyaporn yang mula menjadi terkenal setelah menyertai pertandingan Ratu Cantik “Miss Tiffany’s” pada tahun 2004.


Paras rupanya yang cantik dan menawan melayakkan dirinya untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi pertandingan tersebut sekaligus  menjadi detik itu sebagai titik mula bagi dirinya untuk  melonjakkan diri dipentas kejayaan.


Sejarah dirinya pula sangat unik, ini kerana pada asalnya Nong Poy lahir di Phang Ngai,Thailand pada 5 Oktober 1986 sebagai seorang lelaki bersama keluarga bahagia.

Akan tetapi, keadaan keluarga tersebut tidak dapat membendung dirinya daripada berkeinginan untuk menjadi seorang wanita kerana beliau merasakan yang tuhan menciptakan dirinya dibadan yang salah.

Walaupun kecewa dengan kenyataan yang harus diterima,ini tidak menghalang diri Nong Poy untuk meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun terpaksa berpura-pura menjadi seorang lelaki didepan kedua ibubapanya.Walaupun hanya untuk sementara waktu sahaja.


Setelah mencapai usia 17 tahun, Nong Poy memberanikan diri untuk melakukan pembedahan pengubahan jantina bagi memenuhi impian yang diimpikan sejak kecil lagi iaitu menjadi seorang perempuan.


Walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat dan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak,namun semua itu terpaksa dilupakan demi mengejar impian tersebut.


Akhirnya,pembedahan itu berjaya mengubah dirinya daripada seorang lelaki menjadi seorang perempuan yang jelita. Berikut merupakan hasil daripada pembedahan tersebut yang bertahan sehinggalah ke hari ini:


GAMBAR PONDAN TERCANTIK DUNIA










p/s: mohon yang lelaki jangan lari ke toilet ye :p



Tag :

Giveaway Lelaki Kacak RM100

GIVEAWAY LELAKI KACAK | HADIAH RM100

Hello semua, jom ramai-ramai join GA Lelaki Kacak RM100 ni. Tarikh last nak join ialah pada 30 April 2012. Tak rugi join, ada rezeki dapat RM100 free. Hehe.. best lah siot..





Tag : ,

Gambar Comel Wawa Zainal | Duta Baru Lipice

on Saturday, April 28, 2012


Wawa Zainal dipilih menjadi duta baru produk Lipice selepas pelakon Lisa Surihani. Jom usha beberapa gambar comel pelakon baru yang memiliki bibir seksi ni... enjoice~



Lebih banyak gambar di Galeri Rotikaya


Tag :

Menyayat Hati: Tragedi Kapal Terbang Terhempas



Sebanyak 110 mayat mangsa nahas sebuah pesawat Boeing 737, yang terhempas sebelum sempat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, petang semalam sudah ditemui lewat malam tadi.

Sebanyak 127 penumpang dan anak kapal dipercayai terbunuh dalam nahas itu yang berlaku dalam keadaan cuaca buruk di kawasan perkampungan Hussain Abad, di sini. Brigadier Sarfraz Ali yang mengepalai siasatan nahas itu berkata, kebanyakan mayat sukar dikenal pasti berikutan pesawat yang hangus terbakar.

"Sisa pesawat bertaburan dalam radius dua kilometer dan pasukan penyelamat terpaksa bekerja sepanjang malam tadi mencari mangsa yang selamat," katanya.

Menurutnya, berdasarkan keadaan pesawat yang musnah, tiada peluang mangsa terselamat ditemui.


Keadaan Mayat Mangsa Nahas Udara Tersebut

Keadaan Kapal Terbang Selepas Nahas

Suasana Pilu Disekitar Majlis Pengebumian



Pesawat milik Bhoja Air itu dalam penerbangan dari Karachi membawa 127 penumpang, termasuk enam anak kapal.

Sumber berkata, pesawat tersebut dijangka tiba di lapangan terbang itu pada pukul 6.50 petang (waktu tempatan), namun terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 6.40 petang dan dipercayai terhempas di kawasan perkampungan Hussain Abad, di sini, selepas itu.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan, Nargis Sethi berkata, satu pasukan siasatan ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam Pakistan, Nadeem Khan Yusufzai pula berkata, siasatan awal mendapati cuaca buruk dengan ribut petir merupakan punca juruterbang gagal mengemudi pesawat itu. - AFP

Tag :

Laporan Terkini Bersih 3.0



Live Bersih 3.0 Dari Dataran Merdeka



Laporan langsung ini dibawakan oleh Malaysiakini:


12.32pm Pasar Seni – Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ


Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.


12.30pm: Pasar Seni – Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran.


Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, “Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. ”


Apabila Malaysiakini bertanya kepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya.


Tag : ,

Foundation of Petroleum Engineering, UTP

Foundation of Petroleum Engineering,
University of Technology Petronas

KEEP ON SMILING :3


Tag :

Gambar Artis Malaysia Tukar Jantina Kepada Wanita


Betul cakap Zed Zaidi, Artis Malaysia ni ramai yang berbakat besar dalam bidang lakonan dan kebanyakkan lakonan mereka mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan yang sukakan hiburan.

Buktinya, artis Malaysia pun pandai berlakon menjadi Mak Nyah oke.. walaupun badan berketul-ketul tapi bila part berlakon, diorang memang terbaik. Rasanya korang sendiri pun tak boleh tahan bila tengok Gambar Artis Malaysia Tukar Jantina Kepada Wanita kat bawah ni. Hehehe, jangan masuk toilet sudah...
















p/s: siapa paling cun? ce komen sikit...


Tag : , , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog