Karakter Harry Potter Dalam Bentuk Kartun Disney

on Sunday, April 22, 2012


Harry Potter si budak sihir dan semua geng tali barut dia sudah kena spell ngan karakter-karakter cute Disney yang lain. So semua rupa dan pakaian bebudak sihir ni pun dipengaruhi unsur Disney yang comel lote. Dah, sebelum aku merepek banyak, baik korang usha je gambar ni semua okay.. enjoice~




KEEP ON SMILING :3



Tag :

Fahrin Ahmad Akan Berkahwin Tidak Lama Lagi


Sekali lagi, masihkah anda ingat akan gossip manja dalam minggu minggu yang lalu akan hubungan Fahrin Ahmad dengan seorang eksekutif syarikat penyiaran?






Ya. Ini bukan kisah mereka berdua kerana sumber terapat sahkan yang kedua dua mereka sekadar kawan kerja dan tidak lebih dari hubungan professional.

Kalau anda masih ingat juga suatu masa dahulu, Fahrin Ahmad ada berazam untuk tidak lagi berkasih dengan selebriti dan kisah yang kami terima ini ada kaitan.

Menurut sumber kami yang juga salah seorang ahli keluarga Fahrin Ahmad, pelakon kacak ini bakal menamatkan zaman bujang beliau sekitar tahun ini & calon isteri menurut kata kata sumber kami kini sering menemani Fahrin Ahmad. 

Gadis misteri yang bukan dari kalangan selebriti ini di’khabarkan bertindak seakan pembantu peribadi Fahrin Ahmad & mereka berdua di’katakan sedang serius bercinta — juga merancang masa hadapan bersama.

Sejauh mana kami rasa kebenaran gossip ini? Kami berikan 70% kemungkinan.


Post asal Rotikaya.Com

Tag :

Amanda Imani Klon Megan Fox di Malaysia



Siapa yang tak kenal dengan awek seksi lagi mantap Transformers, Megan Fox. Kini kami ingin memperkenalkan Megan Fox versi Malaysia, Amanda Imani!

Amanda Imani muncul dengan gaya persis Megan Fox untuk majalah WW (Wanita & Wawasan) edisi April 2012. Amanda yang mengenakan contact lense biru turqoise serta coletan gincu ros merah tampil klasik dan elegan.

Edisi yang menggunakan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai penghias muka hadapan itu menampilkan Amanda Imani dalam persona cukup menggoda lagi memikat sebagai mana yang pernah ditampilkan Megan Fox dalam salah satu sesi fotografinya tidak lama dulu.

Untuk makluman, Amanda Imani ialah pendatang baru dalam industri seni suara, Amanda Imani bukan saja dikenali sebagai penyanyi berkebolehan, malahan juga citarasa fesyennya sering menjadi perhatian sesiapa memandang.

Tag : ,

Gambar Dato Siti Nurhaliza Semasa Anak Dara Sunti


Nama Siti Nurhaliza dah tak asing lagi di persada Seni Negara,kita sering sekali menerima info mahupun gambar terkini mengenai bintang pujaan nombor satu negara. Post kali ini saya ingin memaparkan beberapa koleksi gambar yang mungkin peminat setianya tak berkesempatan nak tengok;saksikan:











p/s: comel ta? ;D




Tag : , ,

Album Baru Hafiz Dilancar di Indonesia



Siapa tak kenal dengan penyanyi yang meletup dengan lagu Awan Nano yang meraih kemenangan dalam Anugerah Juara Lagu 26 lepas.

Khabarnya, Hafiz akan melebarkan sayapnya dalam industri muzik ke negara jiran, Indonesia dengan melancarkan album single yang akan memuatkan 3 buah lagu milik beliau.

Hafiz akan bekerjasama dengan komposer dari Indonesia, Andi Buyou dan dua komposer tempatan terkenal iaitu LY & Baiduri.

Untuk permulaan, hanya tiga buah lagu yang bakal dimuatkan kerana Hafiz ingin melihat sambutan peminat di Indonesia dan sejauh mana kemampuan lagu beliau di Indonesia.

Untuk pengetahuan you all’s, Hafiz kini hanya fokus untuk rancangan Mania terbitan Astro di mana Hafiz di dalam kumpulan Ahmad Dhani yang memang cukup terkenal dan pengalaman Ahmad Dhani di dalam dunia hiburan ternyata tidak perlu dipertikaikan lagi.

Oh ya, semalam Konsert Mania telah berlangsung dan sungguh menyedihkan apabila rakan Hafiz dari kumpulan Ahmad Dhani yang tersingkir, Akim.

Jangan lupa untuk mengundi Hafiz di dalam Mania dan semoga Hafiz kekal di dalam Mania sehingga penghujung rancangan ini yaa!!!

Tag :

Gambar Prototaip Motosikal tahun 2020



Assalamualaikum semua. Semakin hari tamadun manusia semakin bertambah maju dari segi teknologi dan penciptaan nya. Contoh paling baik ialah kalau sekarang ni la kan iPad2 yang paling latest dan canggih..esok lusa je dah keluar yang baru..maybe iPad3 pulak....

Tahun 2020 diramalkan negara kita menjadi negara maju dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain seperti Amerika, China, Perancis dan lain-lain. Tapi pernah tak korang terfikir bagaimana teknologi pada masa itu yang dikatakan cukup maju dan sangat membantu.

Jadi kali ni aku nak tunjuk kat korang beberapa prototaip motosikal yang di ilhamkan oleh beberapa jurutera terkemuka di dunia. Dunia ye bukan Malaysia...let's check it out !

PROTOTAIP MOTOSIKAL TAHUN 2020





So,apa pendapat korang mengenai prototaip ni semua? Cantik ke buruk....selamat tak kalau guna nanti? Banyak aspek perlu kita fikirkan sebenarnya....lagi satu, macam mana pulak dengan harga nya nanti?




Tag : ,

Keputusan Kemasukan Ke Matrikulasi 2012

KOLEJ MATRIKULASI 2012/2013


Kalau sebelum ini, anda sudah menerima keputusan SPM 2011 dan telah pun menghantar permohonan matrikulasi 2012. Pejam celik pejam celik, cepat rasanya masa berlalu kerana pada minggu hadapan bersamaan 25 April 2012 anda sudah boleh mula membuat semakan keputusan Matrikulasi 2012 (Kemasukan 2012/2013).

Tarikh-tarikh Penting Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2012

  • Semakan Keputusan matrikuasli 2012 : 25 April 2012 (Laman Web KPM : moe.gov.my)
  • Rayuan Matrikulasi 2012 Ditutup : 13 Mei 2012
  • Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru : 21 Mei 2012 (Melibatkan pelajar Kolej Matrikulasi Labuan Sahaja)
  • Pendaftaran Kemauskan Pelajar Baru : Semua Kolej-kolej yang Lain
  • Keputusan Rayuan Matrikulasi 2012 dan Ambilan Kedua : 7 Jun 2012
  • Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan & Ambilan Kedua) : Jun 2012

Cara Semak Keputusan Matrikulasi Kemasukan 2012/2013

Semakan Keputusan permohonan Matrikulasi 2012 boleh dilakukan dengan dua cara;
  • Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
  • Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

Pendaftaran Matrikulasi 2012
  • Jika anda berjaya  mendapat tawaran ke kemasukan Matrikulasi 2012, anda perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
  • Bawa sekali surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian diingatkan perlu dicetak sendiri oleh anda yang berjaya dan dibawa semasa hari pendaftaran kelak
  • Anda yang berjaya, diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.


Rayuan Matrikulasi 2012
  • Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.


Tag :

Cristiano Ronaldo Buat Barcelona Gigit Jari

ronaldo vs messi

REAL MADRID (2) - (1) BARCELONA

El Clasico pada tahun 2012 ini memihak kepada pasukan Real Madrid yang berjaya menafikan kehebatan Barcelona dalam perlawanan yang menarik pagi tadi.

Real Madrid memulakan penguasaan melalui jaringan Khedira pada babak pertama permainan tanpa sebarang jaringan balas daripada pihak lawan sehinggalah tamat separuh masa pertama El Clasico tersebut.

Kemudian, Kelab Catalan berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 sebelum pemain tonggak Real Madrid yang baru sahaja ditambah gajinya, Cristiano Ronaldo menambah koleksi gol Madrid sekaligus membuatkan Barcelona rebah di hadapan lebih 100 ribu penyokong setia mereka.

VIDEO GOL CRISTIANO RONALDO

video


KEEP ON SMILING ;3


Tag : ,

Gambar Neelofa Semasa Kecil

on Saturday, April 21, 2012




Tengok saja wajah Neelofa sewaktu kecil. Erk...tak banyak berubah pun ehh muka si jelita - Neelofa Mohd Noor ni. Hmmm ... patutlah leh menang Dewi Remaja. Dan kini, gadis yang juga selebriti ni dah makin dikenali, malah baru-baru ini dapat dana pula dari kerajaan untuk kembangkan bisnes kasutnya (menerusi blog!).. wahh memang rezeki dia la tu ...

Berasal dari sebuah keluarga yang besar, dari Kelantan, nampaknya semua dalam ahli keluarga memang ada rupa .... :)


Lagi dua gambar, tengok KAT SINI...


Berapa LIKE korang nak bagi untuk gambar Neelofa masa kecik ni? ;D



Tag : ,

Bukti Bob Kuman Masih Hidup

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA HANYA KHABAR ANGIN

Memang sangat kecoh di Facebook dan Twitter apabila Bob Kuman dilaporkan meninggal dunia. Ianya dipercayai disebar oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab. Along Cham selaku sahabat kepada Bob Kuman mendakwa bahawa Bob Kuman masih lagi dalam keadaan stabil dan sihat. Diharap semua pengguna laman sosial tidak menyebarkan lagi fitnah tersebut.


Along Cham telah menulis status di twitternya bahawa Bob Kuman tidak meninggal dunia dan semua ni hanya khabar angin.

BUKTI BOB KUMAN MASIH HIDUP



Tag :

Real Madrid VS Barcelona | El Clasico 2012

EL CLASICO 2012 | REAL MADRID VS BARCELONA

El Clasico antara Real Madrid dan Barcelona sudah lama dinantikan oleh jutaan peminat sukan bola sepak di seluruh dunia. Kedua-dua pasukan gergasi daripada Sepanyol ini begitu berpengaruh dalam sukan bola sepak sejak beberapa abad kebelakangan ini.

El Clasico menjanjikan sebuah pertembungan epik yang hebat apabila menjadi medan pertembungan antara dua bintang ternama iaitu Cristiano Ronaldo dipihak putih manakala Lionel Messi berjuang untuk kelab Catalan.

Kehebatan kedua mereka tidak dapat disangkal apatah lagi dengan rekod 53 Gol Dalam Masa 3 Minit yang telah dirakamkan mereka sepanjang musim yang lalu bersama kelab masing-masing.

REAL MADRID VS BARCELONA 2012 akan berlangsung pada awal pagi esok (waktu Malaysia) dan marilah sama-sama kita nantikan keputusan perlawanan El Clasico ni nanti.

p/s: I'm Madritas ;D Hala Madrid

KEEP ON SMILING:3


Tag : ,

Gempar Sejadah Solat Corak Babi di Seremban


 
SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya yang dipetik dari Harian Metro

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.



“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.
Tag : ,

Malaysia Negara Ke-3 Aktif Homoseksual



MALAYSIA YANG KE 3 DI ASIA AKTIF SEKS SONGSANG

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak agresif membendung gejala homoseksual atau gay di kalangan lelaki Melayu termasuk golongan eksekutif diyakini berjumlah puluhan ribu orang.

Malah, pegawai Jakim turun padang mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa persatuan gay baru-baru ini selain melakukan tugas dakwah di pusat hiburan yang menjadi sarang kumpulan seks songsang ini.


Sumber berkata, melalui perbincangan khas itu, Jakim mendekati golongan gay dan berusaha memujuk mereka menyertai program mukhayyah yang diyakini mampu membawa golongan ini ke arah keinsafan.

“Pada pertemuan membabitkan lebih 20 ketua kumpulan gay Melayu, Jakim memujuk mereka menyertai program khas diatur. Walaupun majoriti tidak bersetuju, namun masih ada segelintir berminat menyertai program.

“Apa yang pasti kegiatan gay di Malaysia seolah-olah disokong gerakan khas yang berusaha menyebarkan ideologi menjadikan ia tidak ubah seperti di negara Barat,” katanya.

Difahamkan gerakan sulit kumpulan gay dikesan melanda bandar raya Kuala Lumpur selain Sarawak dan beberapa negeri lain.

Golongan ini termasuk pekerja profesional turut menjadi antara teramai menghidap HIV dan Aids yang mendapat rawatan di hospital kerajaan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata kakitangan jabatannya serius menangani gejala gay seperti mendekati golongan mak nyah sejak awal tahun ini.

Menurutnya, program pemulihan khusus untuk golongan homoseksual sedang diatur dan pihaknya cuba memujuk mereka menyertai program itu.

“Golongan gay bukan seperti mak nyah atau pondan yang mudah dikenali berdasarkan bentuk fizikal. Mereka mempunyai penampilan lelaki normal, namun kecenderungan seksual songsang.

“Kami cuba mendekati golongan ini dengan memasuki beberapa kelab gay terkemuka di ibu kota dan beberapa bandar raya lain sebagai kerja dakwah,” katanya.

Menurutnya, tambah membimbangkan golongan gay tidak hanya membabitkan mereka yang berusia pertengahan tahun, malah disertai remaja dan berusia lebih 50-an.

“Jika dulu kegiatan gay dilakukan selindung, kini ramai berani mengisytiharkan diri sebagai gay melalui blog dan facebook selain menganjurkan pesta khas,” katanya.

Menurutnya, blog, laman web sosial seperti twitter dan facebook dijadikan pengantara oleh kumpulan gay Melayu ini untuk aktif dan mengumpulkan seramai mungkin ahli.

Malaysia Yang Ke 3 Di Asia Aktif Seks Songsang

Tag : ,

Real Madrid Tambah Gaji Cristiano Ronaldo

GAJI CRISTIANO RONALDO DINAIKKAN


Sebelum ni kecoh pasal Gaji Cristiano Ronaldo Dipotong, tapi kali ni lain pula jadinya apabila Real Madrid tambah Gaji Cristiano Ronaldo tidak lama lagi. Kenaikan gaji untuk Cristiano Ronaldo semata-mata sebagai wujud agar pemain tersebut tidak terhasut oleh godaan daripada kelab-kelab kaya lain seperti Manchester City dan Chelsea.

Gaji Cristiano Ronaldo di Real Madrid sepertinya akan semakin bertambah saja. Ini kerana, Presiden Real Madrid Florentino Perez bersetuju hendak menaikkan gaji pemain bintang tersebut.

Tindakan Real Madrid menambah Gaji Cristiano Ronaldo sangat bertepatan dan tidak sia-sia kerana Ronaldo merupakan seorang pemain yang telah banyak berjasa kepada Real Madrid semenjak berpindah daripada Kelab Manchester United dengan harga €94 juta. Buktinya, lihat sahaja 53 Gol Ronaldo dalam masa 3 minit ini.

Ecodiario mengatakan bahawa, Ronaldo, yang ketika ini masih terikat dengan kontrak bersama Real Madrid sehingga tahun 2015 dengan gaji €12 juta/tahun, akan diberi tambahan gaji oleh Perez yang jauh lebih lumayan, iaitu sebanyak €16 juta per musim.

Meski mendapatkan bayaran selangit, andai terlaksana, catatan gaji Ronaldo itu masih jauh di bawah bayaran yang didapatkan Samuel Eto'o di Anzhi. Bersama raksasa Rusia itu, mantan pemain Inter tersebut mendapatkan gaji €20 juta. Banyak kan? Fuhhhh...


MARI LIHAT VIDEO JARINGAN BERBISA CRISTIANO RONALDO


p/s: cayalah Ronaldo.. you're the best!


Tag : , ,

Sweetnya Gambar Scha Alyahya Bertudung, Awal Ashaari Bersongkok



 p/s: berapa LIKE korang boleh bagi untuk gambar sweet diorang ni?

Tag : ,

3 Beradik Popular Selepas Video Youtube Ditonton Lebih 60juta Kali Sejak November 2011


Sebuah kumpulan pop yang dianggotai oleh tiga beradik di Mexico melonjak popular selepas klip video muzik mereka disiarkan di laman perkongsian video YouTube. Berasal dari bandar Mexicali, utara Mexico, Sounds Vazquez yang dianggotai oleh Abelardo, Gustavo and Angela "Angie" Vazquez yang masing-masing berusia 16, 13 dan 10 tahun mengecapi populariti pada November 2011. 

Ketika itu, satu klip video di YouTube menunjukkan Abelardo menyanyikan lagu Adele, Rolling In The Deep. Ia ditonton sebanyak 60 juta kali. 

Ekoran kejayaan klip video berkenaan bersama empat klip video lain, Sounds Vasquez telah 'dilamar' oleh Sony untuk bernaung di bawah syarikat rakaman berkenaan sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk menerbitkan album. "Kami juga mencipta lagu kami sendiri," kata Abelardo.





Album sulung mereka, Sounds Vazquez, yang memuatkan lagu berbahasa Inggeris, mula dijual pada Selasa lalu dalam bentuk cakera padat dan cakera video digital. Sounds Vazquez bergiat aktif dalam bidang muzik atas dorongan bapa mereka, Abelardo Vazquez yang merupakan seorang penerbit muzik. Vazquez pernah menerbitkan lagu untuk beberapa penyanyi popular seperti Reik dan Nikki Clan. - Agensi



Tag :

Bob Kuman Sudah Meninggal Dunia?

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA?


Kalau benar berita Bob Kuman telah meninggal dunia, sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat beliau. Tetapi jika sebaliknya, diharap semua pihak tidak salah anggap mengenai berita ini. Harap maklum.



Sebenarnya itu semua hanyalah khabar angin dan kini sudah terbukti bahawa Bob Kuman masih sihat, bukan seperti apa yang dinyatakan oleh ramai pihak.

Tag :

Samsung Galaxy S3 Didedahkan

Samsung Galaxy S III

SAMSUNG GALAXY S3 DIDEDAHKAN

Samsung Galaxy S3 Didedahkan melalui beberapa kepingan gambar dan video oleh seorang pengguna di Vietnam yang telah mencuba versi prototaip telefon pintar berkenaan. Manakala untuk versi rasmi pula, Samsung Galaxy S3 Dilancarkan Bulan Mei nanti.

Melalui gambar-gambar dan video yang diperlihatkan oleh beliau, ia ditunjukkan dengan lebih dekat peranti Samsung Galaxy S3 baru tersebut, dimana ia membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, kamera 8-megapixel, memori sebanyak 1GB RAM, dan juga skrin seluas 4.6-inci padanya dengan resolusi 720×1280 dan 320Dpi.

Galaxy S3 juga turut didatangkan bersama sokongan NFC padanya. Dari segi sistem operasi, ia turut didatangkan bersama-sama dengan Android Ice Cream Sandwich, dan juga antaramuka TouchWiz.

GAMBAR SAMSUNG GALAXY S3



p/s: amacam, cool kan?

KEEP ON SMILING :3


Tag : ,

Kesilapan Dalam Filem Battleship


KESILAPAN FILEM BATTLESHIP

Rasanya ramai yang dah tengok sendiri Filem Battleship yang super awesome di kan, betul tak? Filem Battleship ni merupakan sebuah filem yang penuh aksi memukau dan perempuan seksi yang akan membuat korang ternganga selama hampir 2 jam. Tapi tahukah korang mengenai Kesilapan Dalam FIlem Battleship yang ramai orang tak perasan? Hehe..

Kesilapan Filem Battleship ni agak serius jugak, jika nak dibandingkan dengan Kesalahan Filem Titanic yang pernah dibongkarkan sebelum ini. Tapi sebelum aku cerita lebih lanjut mengenai Kesilapan Filem Battleship ni, rasanya lebih elok kalau korang baca Komen Movie Battleship oleh Saudara Freaky dalam blognya.

Battleship Manusia VS Battleship Planet G (alien)

SINOPSIS FILEM BATTLESHIP 2012


Sinopsis Filem Battleship adalah cerita tentang tersalah menghantar transmisi gelombang komunikasi ke angkasa lepas yang menyebabkan pulau Hawaii berdepan masalah besar apabila isyarat yang dipancarkan menarik perhatian makhluk asing ke bumi.

Seterusnya, objek yang terdampar di tengah lautan menjadi persoalan kepada angkatan tentera laut dari 13 negara yang berkumpul di Pearl Harbor sempena latihan marin.

Situasi semakin mendebarkan apabila objek seperti bangunan di tengah- tengah samudera itu berubah menjadi kapal angkasa dan bermulalah babak pertempuran antara Tentera Laut Amerika Syarikat dan Jepun dengan makhluk asing dalam filem arahan Peter Berg ini.

Filem ini turut memaparkan kisah percintaan antara Alex dan Samantha Shane (Decker), pengorbanan seorang abang kepada adiknya, serta persahabatan antara Alex dan Kapten Nagata (Asano).

Filem Battleship membariskan pelakon Taylor Kitsch, Alexander Skarsgard,,Brooklyn Decker, Liam Neeson dan Tadanobu Asano itu turut menampilkan lakonan mantap daripada penyanyi Rihanna yang memegang watak Cora Raikes.

Filem Battleship menggegarkan pawagam mulai 12 April 2012 yang lalu.

TRAILER FILEM BATTLESHIP





KESILAPAN DALAM FILEM BATTLESHIP

Dah bersedia untuk mengetahui Kesilapan Dalam Filem Battleship? Filem aksi-perang-romantik keluaran Universal Studios ni memang cun dan gempak habis. Kalau aku diberi peluang untuk rate filem battleship ni, maybe diorang boleh dapat full mark kot. Cuma Kesilapan Filem Battleship ni agak besar so aku rasa tak boleh kot nak bagi 10 per 10 untuk diorang, sorry to say that.

Kesilapan Dalam Filem Battleship ini adalah diorang tak bagi aku tiket khas untuk menonton filem ni pada hari pertama -____- ciskek betul lahh. Movie awesome macam ni memang patut ditonton sejak hari pertama, kedua dan ketiga lagi. Yup, memang korang patut tengok banyak-banyak kali. Serius tak tipu. Filem Battleship tidak mengecewakan. Terbaekkk~

KEEP ON SMILING:3

Tag : , ,

Perihal Lelaki Yang Perlu Diketahui Oleh Wanita


Perihal Lelaki Yang Perlu Diketahui Oleh Wanita


Perihal Lelaki #1

Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.

Ianya amat memualkan mereka apabila seseorang wanita mula bercerita tentang itu dan ini, berkenaan kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.

Ianya adalah satu kesalahan besar bagi wanita-wanita yang berkelakuan begitu. Lelaki akan menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.

Mungkin si dia tidak mengatakan bahawa dia tidak suka kerana terlalu sayangkan anda wahai wanita. Tetapi ketahuilah bahawa lelaki rasa bagai ditikam dengan pedang jika wanita mula bercerita mengenai bekas kekasih, lebih memeritkan lagi jika dia dibanding-bandingkan.


Perihal Lelaki #2

Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!

Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.

Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.

Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!

Perihal Lelaki #3

Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi

Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!

So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!


Perihal Lelaki #4

Lelaki sanggup merendahkan ego demi wanita yang disayangi mereka


This is so true. Seorang lelaki rela mengabaikan ego jantannya semata-mata untuk melihat kekasihnya gembira. Pernah tak tengok lelaki melakukan perkara bodoh di mata orang lain untuk nampak sweet dihadapan wanita yang dicintai? Lelaki sanggup berubah demi seorang wanita.


Even bila berlaku salah faham, si lelaki akan terlebih dahulu meminta maaf dan tidak marah pada pasangan walaupun dirinya disakiti. Lelaki akan terus setia mengucapkan 'i love you...'


Berhabis masa dan wang ringgit untuk menemani si wanita ke mana sahaja yang diminta. Walaupun begitu, wanita takkan pernah puas dan tahu betapa sayangnya lelaki tersebut kepadanya. Poket kosong, badan penat.. itu semua tak terasa bagi seorang lelaki kerana mereka lebih puas melihat senyuman wanita yang disayangi.



Tag :

Maya Karin Mencari Cinta Baru



PETALING JAYA: Pelakon jelita Maya Karin menjelaskan dia sudah bersedia untuk kembali menjalinkan hubungan cinta selepas bercerai dengan Muhammad Ali Abdullah pada 2010.

Maya berkata, dia berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai keyakinan diri dan tidak takut kepada cabaran.

“Saya sudah bersedia untuk mencari jodoh selepas kegagalan rumah tangga dulu tapi orang mungkin takut untuk mendekati saya kerana status selebriti yang ada pada diri saya.

“Bagaimanapun saya berharap lelaki itu nanti tidak hanya melihat sisi saya sebagai seorang pelakon kerana saya juga adalah wanita biasa,” ujarnya kepada akhbar The Star, Sabtu

Dalam pada itu, Maya berkata, kejayaan Ombak Rindu yang berjaya mengutip hampir RM11 juta bukan sahaja telah mengubah kerjaya lakonannya malah dirinya sendiri.

Kata Maya, watak sebagai Izzah seorang gadis kampung yang polos dijadikan inspirasi kepadanya dalam menjadi seorang yang lebih baik dalam kehidupan seharian.

“Saya cuba mengekalkan sebanyak mungkin kualiti pada watak Izzah seperti kesabaran, tenang, sikap positif apabila timbul masalah dan sebagainya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaru Maya berkata, dia bakal bekerjasama dengan Datin Paduka Shuhaimi Baba dan pengarah filem Ombak Rindu, Osman Ali untuk filem terbarunya.

Bagaimanapun kata Maya, akibat kekangan masa banyak karya yang bagus terpaksa ditolak buat masa ini dan dia menganggap bukan rezeki buatnya “Saya sangat sibuk dengan beberapa projek yang telah diterima sebelum ini malah pada hari cuti pun saya perlu memenuhi undangan sesi penggambaran bersama media.

“Masa lapang saya pun dikorbankan untuk bersama keluarga dan rakan-rakan itu pun masih terkejar-kejar dengan pelbagai perkara,” ujar Maya. – Mstar Online

Tag : ,

Najwa Latif Mahu Berhenti Menyanyi?


Bintang remaja sensasi Najwa Latif, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 pada hujung tahun ini berkata dia kini mula berehat panjang daripada komitmen nyanyian demi menumpukan perhatian pada pelajaran.



“Saya berehat daripada komitmen nyanyian buat masa ini bagi menumpukan perhatian pada pelajaran. Terlalu banyak subjek yang perlu saya tumpukan terutamanya subjek-subjek Tingkatan Empat yang sudah terlupa. Atas nasihat ibu, saya ambil keputusan ini untuk masa depan. Kalau diikutkan, saya patut berehat sejak Mac lagi dan kemunculan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini adalah persembahan pentas yang terakhir pada tahun ini sehingga saya selesai SPM,” katanya.

Najwa Latif juga menjelaskan lagu terbarunya berjudul Kosong bukan dihasilkan sebagai sindiran kepada mana-mana pihak. Sebaliknya, pemilik nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif, 17, ini memberitahu lagu tersebut adalah bertujuan untuk memberikan semangat dan motivasi kepada sesiapa sahaja agar tidak berputus asa apabila diri diperkecilkan.

“Lirik lagu itu dihasilkan bersama kakak saya, Ika. Dia menghasilkan lirik itu ketika melihat saya sedang bersedih dan tertekan dengan pelbagai cabaran dalam bidang nyanyian ini. Saya sering berkongsi dengan kakak apa juga masalah atau kesedihan yang saya hadapi. Mungkin daripada situ, dia mendapat ilham untuk menulis lirik lagu itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Ditanya adakah lagu itu merupakan luahan perasaan dan pandangan mereka kerana sering dipandang rendah dan dikritik pelbagai pihak sebelum ini, Najwa berkata ia hanyalah lagu yang menjadi motivasi bagi menghadapi perjalanan karier yang masih panjang.

“Lagu itu bukan untuk menyindir mana-mana pihak. Mungkin daripada liriknya, orang akan menyangka ia adalah luahan perasaan saya untuk menyindir segelintir pihak yang memperlekeh atau mengkritik selama ini. Hakikatnya, bukan begitu kerana ia adalah sebuah lagu motivasi dan pemangkin semangat kepada sesiapa sahaja yang berasa diperlekehkan agar tidak mudah mengalah,” katanya.


sumber: ammboi.com

Tag : ,

Agnes Monica dan Si Won Super Junior Bercinta



Agnes Monica dan Si Won Bercinta?


Penyanyi Agnes Monica dikatakan sedang bercinta dengan penyanyi Korea, Siwon, dari kumpulan Super Junior atau lebih dikenali dengan nama 'Suju'.

Baru-baru ini KapanLagi telah melaporkan bahawa pelantun "Matahariku" ini telah tampil di salah sebuah rancangan terkenal di Korea dimana ia menguatkan lagi dakwaan terhadap gosip percintaan mereka berdua.

Penjelasan yang di buat oleh penyanyi berusia 25 tahun ini adalah bahawa dia dan Siwon hanya berkawan sahaja.

Agnes yang mengetahui Super Junior akan datang ke Indonesia, menegaskan bahawa hubungannya dengan Siwon hanyalah bersifat profesional.

"Tiada yang istimewa berlaku di antara kami, kami cuma berbual ketika di belakang pentas. Saya tidak berhubung dengannya melalui laman sosial," jelasnya.

Agnes turut menjelaskan tentang isu Siwon atau nama sebenarnya, Choi Si-won menjadi pengikut di Twitter-nya itu hanyalah perkara kecil, dia sendiri tidak mengetahui akan perkara tersebut setelah diberitahu peminatnya.

"Selepas saya sampai di Indonesia, peminat yang memberitahu Siwon menjadi pengikut saya di Twitter. Saya pun mengikutnya kembali, itu sahaja," ujarnya.


Tag : ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog