Home > Archives for March 2012
Amir Raja Lawak Sudah 5 Kali Putus Cinta
at 5:24 AM
KUALA LUMPUR: Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.
"Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,” katanya.
Amir berkata walaupun hatinya sering dipermainkan, dia menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berguna buat dirinya.
Justeru itu, pengacara yang mengendalikan program Super Spontan bersama Adibah Noor ini enggan melukakan hatinya sendiri selepas bertekad untuk tidak mudah jatuh cinta lagi.
"Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai.
"Lagipun saya pegang dengan kata-kata “tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup”. Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya.
Tambah Amir dia juga ingin membuktikan kepada kebanyakan orang yang memandang rendah terhadap bakatnya selama ini yang dia sebenarnya mampu untuk membina kerjaya sendiri.
"Dari zaman sekolah lagi, saya sering ditindas dan ditertawakan. Apabila mendapat peluang dalam lakonan atau menjadi pengacara, saya tidak akan mensia-siakannya.
"Pada masa sama, saya juga mahu membuktikan yang saya mampu berjaya lebih daripada apa yang disangka selama ini," tegasnya.
p/s: siapa cakap Amir ni takde peminat :p
KEEP ON SMILING:)
Dapatkan Samsung Galaxy W | hanya RM349
on Thursday, April 05, 2012 at 11:26 PM
Assalamualaikum semua, ni Samsung Galaxy W
Samsung Galaxy W ni korang boleh beli dengan harga yang tersangatlah murah dengan harga bermula RM349 melalui U Mobile. Segala details mengenai pakej yang ada, boleh dirujuk dalam jadual kat bawah ni.
Kalau korang berminat nak order Samsung Galaxy W dengan U Mobile, korang boleh terus ke laman web rasmi U Mobile dan buat tempahan sekarang. Ni link dia:http://www.u.com.my/postpaid-packages/phone-deals
Keterlaluan! Blogger Kutuk Nazmi Faiz
at 12:16 PM
Assalamualaikum dan selamat petang semua,
Nazmi Faiz dicaci maki selepas namanya makin popular dan dikenali ramai. Pemain Bola Sepak skuad Harimau Muda berusia 17 tahun ini mula mencuri tumpuan apabila membarisi pasukan yang menjuarai Sukan SEA 2011 beberapa minggu yang lalu dan terus menjadi bualan rakyat Malaysia kerana Gol terbaik dunia nya ketika menentang pasukan Bahrain.
Nazmi Faiz dicaci dan dimaki oleh seorang blogger di laman blog nya. Identiti blogger dan blognya dirahsiakan supaya tidak menimbulkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Apa yang aku nak tunjuk ialah printscreen artikel penulis blog tersebut mencaci dan memaki Nazmi Faiz dengan bahasa yang kasar dan tidak sopan.
Klik/Download untuk paparan yang lebih jelas
Nazmi Faiz dicaci maki, nampak sangat jelas disitu penulis memang ingin mengutuk Nazmi Faiz kaw-kaw punye. Jikalau ingin memberikan teguran dan pendapat, ianya perlulah diberikan secara lebih berhemah dan sopan. Berikan kritikan membina yang mampu memantapkan lagi prestasi pemain kita, dan bukannya melemahkan semangat mereka dengan kata-kata kesat.
sumber: fan page Nazmi Faiz
Apa pula pendapat korang?
Terima Kasih Herbalife | Kembalikan semula keyakinan diri Izma Mohammed
at 12:21 AM
Assalamualaikum semua, hari ni aku nak berkongsi cerita menarik yang disampaikan oleh Saudari Izma Mohammed, mengenai pengalaman beliau mengurangkan berat badan menggunakan produk keluaran Herbalife. Jom sama-sama baca
___________________________________________
![]() |
| IZMA MOHAMMED |
Assalamualaikum & hi semua
Tolong menolong amalan mulia. Gituh ayat starting. Hehe..Tapi serius tak salah kan tolong orang dalam kesusahan. Tapi tak semua susah saya boleh tolong..Kalau korang susah nak turun berat atau nak tambah berat, YES tu saya boleh tolong. Sebab...SAYA PUN PERNAH GEMUK!
Tragis sangat rasa bila gemuk dulu. tapi alhamdulillah sekarang ni dengan sistem pemakanan dan coaching yang bagus saya berjaya turun 9kg dalam 2 bulan! Hehe..ayat iklan sangat =p Tapi betullah. Tak tipu Tak susah rupanya nak turun berat cuma kena tau cara yang betul je.
Fakta Menarik & Unik Tentang Filem Titanic
on Wednesday, April 04, 2012 at 11:59 PM
Fakta Menarik & Unik Tentang Filem Titanic
Sudah 14 tahun telah berlalu sejak filem romantik epik arahan James Cameron, "Titanic" menyentuh hati ramai penonton dan membolot begitu banyak anugerah dan jumlah kutipan tertinggi dunia.
Bakal ditayangkan semula di pawagam pada 5 April akan datang dalam bentuk tiga dimensi (3D), kami mengingatkan anda beberapa fakta menarik tentang filem lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet ini yang mungkin anda tidak pernah ketahui.
1. Pengarah "Titanic", James Cameron telah pergi melihat bangkai kapal Titanic yang sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam sekali.
2. Kebanyakan syot kapal Titanic di lautan tidak benar tetapi penggambarannya dibuat di Baja, Mexico dan kebanyakan pelakon ekstra adalah orang Mexico.
3. Ketika babak Jack (DiCaprio) dan Rose (Winslet) 'terbang' di depan kapal dan bercium, matahari yang terbenam di belakang mereka memang benar. Mereka terpaksa melakonkan babak itu dalam beberapa minit sebelum matahari terbenam.
4. Leonardo DiCaprio bersetuju untuk membintangi filem ini kerana ia mengisahkan cinta dua darjat.
5. Sekalipun air yang naik di koridor tampak sejuk, sebenarnya suhu air ketika Rose terapung di atas papan untuk menyelamatkan diri adalah pada suhu 80 darjah.
6. Semua lakaran Rose dan lukisan Jack telah dilukis oleh James Cameron sendiri.
7. Setiap wanita di set memakai korset sekalipun mereka pelakon ekstra yang tidak kelihatan di kamera. Semua pelakon sokongan diwajibkan menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak. Semua pelayan juga perlu belajar cara untuk melakukan tugas mereka.
8. Ketika Jack menyebut "Sit over there on the bed. I mean, couch!", ia tidak ada dalam skrip dan DiCaprio telah tersalah menyebutnya. Namun semua orang menyukainya dan mereka memutuskan untuk mengekalkan kesilapan itu.
9. Babak di mana Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah diilhamkan sendiri oleh aktres tersebut.
10. Babak di mana ibu Rose, Ruth (Frances Fisher) mengikat korset Rose pada awalnya terbalik kerana Rose yang sepatutnya mengikat korset Ruth. Namun para pelakon dan pengarahnya sendiri merasakan mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya korset Rose yang diikat, untuk menunjukkan betapa si ibu mempunyai kuasa untuk 'mengikat' kebebasan anaknya.
11. Winslet bersungguh-sungguh 'melobi' peranan Rose kerana pada awalnya Cameron agak skeptikal dengan keupayaan yang ada padanya.
12. Cameron telah menyelam lebih dalam untuk melihat bangkai Titanic asal dengan menggunakan kamera khasnya. Sesetengah rakaman yang diambilnya tidak pernah dilihat sesiapa sejak tahun 1912.
13. Babak lakaran Jack dan Rose merupakan babak pertama yang dirakamkan antara DiCaprio dan Winslet. Aktres ini telah berbogel di hadapan DiCaprio pada hari pertama untuk membiasakan diri.
14. DiCaprio sensitif pada air, jadi dia tidak boleh masuk ke dalam air sejuk.
15. Replika Titanic dalam filem itu berukuran 775 kaki panjang dan terapung di dalam tangki 17 juta gelen. Sut paling mahal dalam Titanic bernilai AS$4,350 (RM13,336), sama dengan nilai hari ini sebanyak AS$75,000 (RM231,463). Hanya separuh daripada kapal tersebut adalah benar dan selebihnya dibuat menggunakan imej komputer.
16. Ikan lumba-lumba yang berenang di tepi kapal adalah benar.
17. Semua kostum tahun 1912 yang dihasilkan untuk filem ini bernilai AS$8.4 juta (RM25.7 juta). Filem ini sahaja memakan kos AS$200 juta (RM613 juta) – lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan.
18. Kesilapan dalam filem – watak Jack mengatakan dia pernah pergi memancing di tasik ais di Tasik Wissota, berhampiran Air Terjun Chippewa, Wisconsin. Tasik Wissota merupakan tasik buatan manusia yang hanya diwujudkan pada tahun 1917, lima tahun selepas tenggelamnya Titanic.
19. DiCaprio dan Winslet mengakui mereka membuang air dalam tangki untuk terus kekal hangat dan kerana mereka terlalu malas hendak keluar dan menggunakan tandas.
20. Banyak jakuzi dibina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan.
sumber yahoo.
sumber yahoo.
Mudah! Jana Pendapatan Melalui Internet
at 7:46 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mudah! Jana Pendapatan Melalui Internet
Churp churp ni merupakan syarikat iklan yang sama seperti nuffnang jugak tapi berskala lebih kecil dan perlukan kerajinan kita untuk mengeping iklan-iklan tersebut kat twitter ataupun facebook.
Kelebihan berdaftar dengan churp churp ialah dapat menjana pendapatan. kalau korang rajin,makin banyak la earning korang. Aku sendiri sudah berjaya mendapat lebih daripada RM500 melalui Churp churp dalam masa tidak sampai dua bulan.
Macam mana nak register? Ohhh, sangat la senang dan simple. tak payah nak pening-pening kan kepale sangat k. ikut jea step-step yang aku tunjuk ni..
Gambar Suria KLCC Terbakar
at 6:40 PM
GEMPAR!! SURIA KLCC TERBAKAR
Suria KLCC Terbakar, kecoh blogosphere dan Facebook mengenai berita kebakaran yang menggemparkan ni. Sahih atau tidak berita ni belum dapat disahkan lagi tetapi beberapa gambar Suria KLCC Terbakar sudah tersebar secara meluas dalam kalangan pengguna laman sosial di Malaysia hari ini.
Ini merupakan entri daripada Blog Jejai:
Dari apa yang dibaca (tak sahih lagi tau..tunggu berita selanjutnya) Kebakaran bermula dari sebuah restoran kat area KLCC iaitu Chinoz. Diberitakan juga terdapat letupan kecil yang kedengaran di ruang dapur Chinoz. Ada yang mengatakan telah berlaku kebocoran gas kat bahagian dapur. Fuhhh..jangan worrr..ingat lagi kes kat subang? Sekali meletup habis hancur bangunan dikerjakan.
Gambar Suria KLCC dipenuhi asap tebal
p/s: dah lama tak jejak kaki kat Twin Tower tu..
KEEP ON SMILING:)
Planet Matahari Kini Mempunyai Pemilik
at 6:26 PM
MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.
Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.
Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.
Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.
Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika
Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.
Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.
Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya.
Safee Sali Bercerai Talak Satu
at 3:15 PM
SHAH ALAM – Pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali menceraikan isterinya Sabrina Yusof talak satu, pada 2 April lalu.
Selasa lalu, Safee membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan perintah kembali taat ke atas Sabrina di luar mahkamah.
Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali, 28 memfailkan permohonan terhadap isterinya agar kembali taat pada November lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, 1. – SinarHarian
Ariff Zulkifly Disambar Kelab New Zealand
at 12:11 PM
Kejayaan pemain muda negara, Muhd. Ariff Zulkifly memikat kelab New Zealand, Island Bay United adalah sesuatu yang amat membanggakan. Sekurang-kurannya beliau kini sudah ada kelab untuk meningkatkan lagi tahap pemainannya selepas ini.
Ariff yang sebelum ini dipanggil menjalani ujian percubaan bersama Akademi Bola Sepak Ole telah ditawarkan kontrak mewakili kelab Island Bay United (IBU). Ternyata langkah berani Ariff yang juga bekas kapten skuad bawah 17 tahun negara berkelana ke New Zealand menjalani ujian percubaan bersama Ole membuahkan hasil apabila ditawar kontrak mewakili Island Bay untuk beraksi dalam Liga Perdana New Zealand Central.
Selain itu, Ariff juga mendapat perkhabaran gembira apabila ditawarkan peluang menjalani ujian selama dua hari bersama Liga Conference England, Luton Town FC pada 31 Mei depan. Namun beliau belum pasti lagi sama ada akan menerima tawaran Luton itu kerana beliau juga perlu memikirkan kos yang tinggi untuk ke sana.
Koleksi Cerita Hantu | Kisah Seram UTP
at 10:43 AM
Assalamualaikum, saje nak post pasal cerita hantu pulak. And sebab aku tau ramai yang takut bila sebut 'hantu' so aku post la time waktu siang.. kalau post time malam nanti tak pasal-pasal ada yang tak boleh tidur. Ye, aku tau aku memang baik... hehehehe... so enjoy cerita hantu yang aku copy dari brader hafis, menurutnya :
Pontianak di village 5.
Ini kisah aku dgr dari rakan. Antara paling popular di UTP by latest. Ada dua versi. Hampir serupa tapi tak sama.
- Pontianak di village 5: versi satu.
Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Kos dan year tidak dapat info. Dia kapel dengan seorang girl B dari UiTM. Nak diceritakan diorang ni pernah macam macam (terlanjurlah sengal!.buat2 tak faham.haha). Nak dikatakan the guy A ni akhirnya jumpa seorang girl C belajar kat UTP gak n terus jatoh hati. (audio: jatuh cinta lagi -MATTA).
A pun putus dengan B, tinggalkan B yang terpinga2 ni. Kerana frust B nak datang UTP, tapi accident tengah jalan. Meninggal. B dikatakan kemudian jadi pontianak dan menganggu hidup A dan C kat UTP. Kes ini dikatekan sgt teruk smpai Ustaz Harun Din pernah datang tapi tak berjaya buat apa2. Dengar cerita si A smpai pernah dapat msg dari nombor hp B walaupn selepas B meninggal.
Okeh. itu versi satu. ini versi kedua pula. Lebey kurang sama, tapi more details dan perencah2 cerita yang lebih hebat. haha.
- Pontianak di village 5: versi dua.
Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Bercinta dengan si gadis B, juga pelajar UTP. Gadis C pula bercinta dengan jejaka D. Dua2 taktau pelajar mana. Tapi jejaka A dan awek B adalah kawan kepada gadis C. Ceritanya gadis C pernah macam2 dengan jejaka D (terlanjur lah! kena explain lagi sekali ke!) sampai mengandung. Namun kisah chenta C & D tak kemana ble clash tengah jalan. Kemudian si jejaka A dan aweknya B simpati kepada gadis C yg mengandung dan decide utk membantu dan take care si gadis C seberapa yang mampu. Sebab jejaka A begitu caring, akhirnya gadis C jatoh hati kepada A.
Awek B dapat taw n marah dengan gadis C. Sejak tu jejaka A dan awek B menjarakkan diri dari gadis C, meninggalkan si gadis C tpinga2. Dah la mengandung. Satu hari keluar newspaper mayat seorang gadis mengandung djumpai. Yes, mayat gadis C. Taktau punca kematian. Dijadikan story mory gadis C ni jadi pontianak dan merasuk awek B. Jejaka A ni tinggal kat village 5. Mula2 jejaka A ni tak perasan awek B ni dah dirasuk C sampai la satu kejadian. Lebey kurang camni.
Jejaka A call awek B seperti biasa:
“Hello sayang. blablabla”
B membalas ” Yes sayang bla bla bla”
selepas cakap dua tiga minit talian terputus.
Jejaka A menyalahkan line handphone dekat v5 yang sememangnya smpah.
Jejaka A call lagi B. Komunikasi semula. Tapi suara B macam lain sikit.
Dua tiga minit talian terputus lagi.
Jejaka A call lagi dan perkara sama berulang2. Suara B asek tukar kejap lain dan talian kejap2 terputus.
Sampai la las sekali tiba2 selepas angkat phone B jawab:
“Eh sori la. tadi tertido la..”
Jejaka A terkejut dan pelik. Dah tu sape yang angkat lime nam kali n jawab dia call tadi??!
Pastu bila jadi macam tu lagi, Jejaka A rasa lain macam. Dia beranikan diri.
” Sape yang cakap ni. Baek cakap betul2.”
“Oh.. dah kantoi ya..(lebey krg cani ah!) Ni saya.. C.”
“Ha? la.. gadis C. lama tak dengar berita. Katne ni? camana bleh jawab handphone B ni?”
(Jejaka A masih tatau berita kematian C)
“Oh.Saya ada sini. saya dalam badan B..”
Jejaka A terkejut. Cuak mula menguasai diri.
“Ye la. Aku tau kita ada byk benda utk disetelkan. Meh la jumpa face to face”kata Jejaka A.
“Oh nak jumpa? mari la. tengok la luar tingkap.” (utk pngetahuan jejaka A duduk v5 third floor)
Jejaka A tak berani menoleh tepi tingkap nya. Bulu roma naek. Rumet jejaka A time tu cam terdengar then cakap
“Oihh. Aku nak jumpa dia gak. Mana2?? Luar tingkap je?haha” Rumet Jejaka A cakap gaya gurau.
Tetiba serentak dgn tu handphone rumet jejaka A berbunyi. Bukak ada sms bunyi lebey camni.’Nak jumpa aku? pndang luar’
Bila dorang pandang luar tingkap dorang ade pontianak terbang ngilai.
Rumet A demam truk sejak tu.
Cite ni dikatakan jadi awal sem ni. Time tu satu aras jejaka A tu tutup tingkap n langsir bila malam. Jejaka A n Awek B pn dikacau dengan teruk. Dalam version ni Ustaz Harun Din antar anak murid dia datang tolong tapi dengar tak dapat buat apa2 sebab pontianak tu seblum mati dah tak islam. Tatau a apsal kan. Tu je a kesah pontianak di village 5 ni. Diingatkan lagi, ni kisah yang aku dengar dari rakan. Aku renung sendiri cam banyak perencah2 cerita yang sebabkan cerita ni bleh wat filem so aku pn tak caye sgt. Maybe betul ada n maybe cuma ditokok tambah, Wallahualam.Kenape block akademik UTP tak complete?
Ni diceritakan rakan aku jugak. Kata rakan aku ni lec UTP Dr Naufal dah bagi segala jawapan. Kan UTP cuma ada Poket C and D, mana pergi poket A & B? Semua orang tau dalam plan UTP bentuk blok akademik cam bintang tapi yang siap cuma separuh bintang.
Tak mungkin Petronas tak cukup budget or malas nak sambung benti sparuh je buat building kan? dah seploh tahun lebey UTP tapi Petronas tak sambung pn buat. Dr Naufal pun cerita kat bdak2 ni. Nak dijadikan cerita tym diorang kosongkan tanah utk wat poket A n B ada pekerja2 mati. Macam2 la jadi. Tu sebab kosong je tanah luas utk poket A n B tu.
Dr Naufal kate gak, lepas pukul 6 petang dia akan blah dari situ utk mengelakkan nmpak benda2 plik. Sebab kata dia memang lepas pukul 6 petang macam2 ada kat situ. cam astro. haha. Kalau korang berani gi ah lepak memalam dekat tepi blok 5 blok chemi tu.And nasihat ikhlas, jangan lepak, drive sorang2, or naek moto sorang kat jalan belakang utp tu. huhu~
Lembaga Putih Kellie’s Castle.
Ni cerita dikatakan jadi sem lepas. Member cite gak ni. Haha. Kisah beberapa rakan pulang nak balik UTP lepas berpoya2 katne ntah lalu Kellie’s Castle. Bila lalu dorang nmpak lembaga putih elok je tunggu tepi jalan. Dorang cam tersentak and sorang mamat dalam kereta cam point ape benda tu? Dak2 laen diam je. Smpai UTP tibe2 blackout. Malam tu salah sorang kawan dorang histeria.
Kisah Aku, Rentap, Quek, Vince, dan Madi.
Ni cerita diri sendiri. Tapi feeling seram kaw kaw utk kami. Kitorang baru pulang dari ipoh. Vince drive. Pagi buta. Time lalu jalan kosong gelap panjang nak pulang ke UTP dari Ipoh tu, Madi dapat idea bengong. Aku duk blakang Vince yang tengah drive. Madi ngan aku ntah apsal wat plan nak terkejutkan Vince yang ngah drive. Aku bkak tingkap, kuarkan kpala smpai bagi leklok luar tingkap driver,than ketok tingkap.
Bajet ala2 kepala sergah dari luar tingkap tbe2 ar. Pastu Vince cam tkejut tak tkejut je. pastu kitorang gelak2 jap.tapi bila masuk je kepala, tutup tingkap tbe2 sume diam. Bulu roma masing2 naek. Tp msg2 tak ckp ape2 pun time tu. tak lame pastu tibe2 ade lori besar dari depan bagi lampu tinggi kat ktorang, cam nak bagitau something.
Lepas lori tu ade lagi satu kereta bagi lampu tinggi jugak. Masing2 mula rasa seram gila sebab pnah dgr cerita Madi pasal orang depan bagi lampu tinggi nak bgtau ade makhluk terbang atas kereta pakcik dia. Pastu masing2 dalam hati tak cite pape pn kat org laen tapi baca doa mcm2 dalam keta tu.
Sampai Utp, kat pondok pak gad, pak gad yang jaga depan tu plak wat benda plik. Dia greet kete kitorang tak pandang kitorang pun, tapi pandang atas kereta kitorang. Pastu trus cakap boleh jalan. Matrik kad pn tak tgk. plik kaw2. Tetibe kitorang lepas je pondok pak gad tu, terus blackout. Satu utp gelap. Sampai bilik kot baru terang. Masing2 dekat bilik baru bkak cite perasaan seram masing2. Huish.
Kalau anda duduk di v2 blok laki, jaga2.
Perasan tak, tepi blok b, dekat parking atas, tepi ampaian, ada satu pokok. sila jaga2 dengan tempat itu. Muaz member aku, bapak dia En. Azhari antara architect2 petronas yang turut terlibat untuk build UTP ni jugak. Dia ada cerita gak sebenarnya sebelum buat UTP ni area perkampungan Bunian.
Anda ada event di Undercroft?
Ni alkisah nya, aku sem lepas jadi head CnP utk v3 dinner di undercroft. Dinner kitorang adalah event student first yang dapat kebenaran buat kat hall undercroft. Lepas tu cam banyak gak wat. Tapi time kitorang buat, fellow aku, En Kayrool, org kuat ITMS dept ade la cerita kat aku. Cakap tak payah set up tempat dinner tu awal2, sebab kitorang patutnya cam kena buat hiasan ape suma awal2 kat undercroft hall tu. Sebabnya, pernah jadi, malam ni pintu kunci pn barang gerak sana sini esoknya. Mule2 aku blur dgr ayat tu las2 baru faham.haha. Management tau sgt hal ni. Undercroft pn dgr ada bahana2 gak time pembinaan dia. So lepak di undercroft malam2 adalah tindakan yang kurang bijak.haha.~
Sorang budak Utp yang ada kemahiran melihat sesuatu yang laen.
Aku pernah masuk peerhelper UTP. Pernah pergi training bersame Quek. Faci UTP, Pn Maznah antara yang train. Dia cerita macam2 experience die kat UTP, dari budak2 laki nak bunoh diri smpai la cerita ni. Pn Maznah cerita, ada seorang dak UTP (x sure da grad ke blum), ada kebolehan tgk makhluk2 laen.
Dak ni dah ada kebolehan ni lama, tapi still pressure bila tengok benda2 tu. Burok amat katanya. Dak ni cerita, takyah cakap la kat tmpat2 sunyi blakang UTP, dekat jalan nak gi poket D dan depan poket D pun macam2 makhluk gayut2 sana sini. Dia cakap UTP mmg banyak sgt makhluk tuh smpai dia sesak nafas tgk kiri kanan. Aku sendiri tym balik dari poket D malam2 pun pernah tengok depan mata anak kucing tengah melompat2 maen sumthing yang macam kalo kita hulur tali tu dia nak tangkap2 tu, padahal tade ape2 pun kat situ. Ni jadi dekat nak naik bukit tepi poket D tu tym orang nak balik tu.
Banyak jeh cerita2 laen lagi. Tapi ni la yang antara patut diconcern. huhu~Yang penting, jangan percaya sangat. Cerita2 ni pun ada yang ye ye betul ada yang ye ye je betul nye.Wallahualam. yang penting Allah itu maha berkuasa dan manusia adalah makhluk Allah paling sempurna di muka bumi ni.
__________________________________________________________
Banyak lagi cerita hantu UTP kat blog HAFISM nie, kalau rajin bacalah kat sana okay.. semoga korang berhati-hati semasa berada didalam kawasan kampus UTP.. Muehehehe, seram tak seram tak?
KEEP ON SMILING:)
Nikmati Internet Percuma melalui DiGi
at 9:30 AM
Nikmati Internet Percuma melalui DiGi
Cara mudah nak surf internet FREE
Cara mudah nak surf internet FREE
Assalamualaikum..
Apa khabar anda semua? pastikan korang minum air mineral banyak banyak ye sebab sekarang ni kan musim panas. sekurang kurang nya 7 gelas sehari okay. kalau tak cukup jugak minum la bape banyak air pon, takde orang nak marah..
Post ni aku buat untuk korang semua terutamanya kepada mereka mereka yang suka online tapi tak suka kuarkan duit poket depa untuk bayar bil konon nya diorang pengguna internet terhebat. jangan ingat takde ye orang macam tu...
sebab ape liat nak bayar bil internet? alasan standard ialah internet mahal, duit gaji belum masuk dan macam macam lagi lahh...tapi ada betul juga reason yang diorang bagi tu.
so,aku terpanggil untuk berkongsi maklumat ni dengan korang semua. mungkin ramai dah tau tapi takpe,kongsi benda yang orang dah tau..tak salah kan. mungkin ada sedikit penambahan dalam entri ni yang takde kat entri lain..siapa tahu kan?
kini aku nak memperkenal kan......
------>DiGi Opera Mini <------
berbaloi ke guna Opera Mini ni? wooo,semestinya menguntungkan !! sebab nya...
- boleh surf ke mana sahaja laman web feveret korang
- kadar internet dengan 6x lebih pantas !
- sesuai untuk semua telefon bimbit yang support internet
Peringatan penting sikit, sebarang aktiviti download Opera Mini ni hanya sah FREE kalau korang download SEBELUM 30 JUN 2011 !! tinggal berapa hari je lagi ni? cepat laa download sementara ada lagi masa ni
Jom usha kejap,..
Ikut je step ni untuk download free
untuk maklumat lanjut,hubungi DiGi di SINI
pehhh,best beb kalau dapat surf internet free kat mane-mane jekk.. nak blogging 25jam sehari pon tenang je rase kan. tak payah nak pikir pasal bil broadband yang kadang kadang lembab macam siput babi tu.
peluang dah ade ni, aku dah sampai kan...terserah la kat korang nak buat keputusan. sama ada nak guna OPERA MINI ni atau tak. aku tak boleh paksa. oke,chow dulu...BYE :D
KEEP ON SMILING:)
Kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Mengikut Keputusan SPM 2011
at 8:25 AM
Kedudukan SBP Mengikut Keputusan SPM 2011
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2011 sudah pun diumumkan. Dan selalunya, bagi orang yang dah lepas SPM, dorang akan tunggu ranking keputusan SPM ikut sekolah. Ada ranking untuk sesama SBP dan MRSM.
Sebelum ni dah post entri Laporan Penuh Keputusan SPM 2011 dan post pada kali ni pasal ranking SPM 2011 antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Ranking SBP SPM 2011
- KOLEJ TUNKU KURSHIAH (0.93)
- SEKOLAH TUN FATIMAH 152 -(0.939)
- SEKOLAH SERI PUTERI (0.98 )
- SEKOLAH ALAM SHAH 1.12
- SM SAINS TUANKU MUNAWIR (SASER) 1.18
- SM SAINS REMBAU 211 -1.3288
- KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 305 – 1.3553
- SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 142 – 1.374
- SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 142 – 1.3793
- SM SAINS ALAM SHAH 255 – 1.44
- SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU – 144 1.4508
- SEKOLAH SERI PUTERI 176 -1.4508
- SM SAINS SULTAN MAHMUD 119 – 1.4724
- SM SAINS MUZAFFAR SYAH 136- 1.5109
- SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 164 – 1.5287
- SM SAINS SELANGOR 140 – 1.5927
- SM SAINS BAGAN DATOH 156 – 1.6082
- SM SULTAN ABDUL HALIM 140 – 1.6345
- SM SAINS MACHANG 109- 1.6565
- SBP INTEGRASI BATU RAKIT 132 -1.7148
- SM SAINS HULU SELANGOR 160- 1.7336
- SM SAINS KUCHING 119 -1.759
- SBP INTEGRASI SELANDAR 164- 1.7763
- SM SAINS KUBANG PASU 156 -1.792
- SM SAINS TUANKU JA`AFAR 147 -1.8128
- SM SAINS LAHAD DATU 108- 1.8227
- SM SAINS KUALA TERENGGANU 136- 1.8529
- SM SAINS MIRI 83 -1.8874
- SM SAINS SULTAN ISKANDAR 115 -1.9024
- SM SAINS KOTA TINGGI 135 -1.915
- SM SAINS TENGKU ABDULLAH 138- 1.9327
- SBP INTEGRASI TEMERLOH 119- 1.9355
- SM SAINS PASIR PUTEH -141 2
- SM SAINS LABUAN 86 -2.0397
- SBP INTEGRASI KUANTAN 128 -2.095
- SM SAINS SABAH 130 -2.137
- SBP INTEGRASI GOPENG 169- 2.1467
- SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 139- 2.1994
- SM SAINS POKOK SENA 151 -2.2297
- SM SAINS TELUK INTAN 143- 2.4285
- SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 183- 2.4899
KEEP ON SMILING:)
Najwa Latif - Lirik Lagu Terbaru "SATU"
at 2:03 AM

Video | Lirik Lagu Satu by Najwa Latif
Seperti yang aku nyatakan dalam ENTRI INI tempoh hari, akhirnya video lagu SATU daripada Najwa Latif telah pun di muat naik di laman YouTube. Tetapi ini cuma lah rakaman daripada shownya beberapa minggu yang lalu.
Lirik lagu Satu Najwa Latif ini masih belum ada di perpustakaan besar Google tetapi ada la part chorus yang melekat kat kepala otak ni dan ni dia liriknya...
"berikan aku satu peluang,
peluang untuk mencintaimu.
berikan aku satu peluang,
peluang untuk merinduimu.
sekali lagi..hoo woo
sekali lagi..hoo wooo...
sekali lagi..hoo woo~"
sekali lagi..hoo wooo...
sekali lagi..hoo woo~"
Korang dengar dulu lagu SATU Najwa Latif ni kat video lagu yang aku letakkan sekali bawah nie, then korang komen sikit ye pasal lagu ni kat ruangan komen. Hehehehe...kalau telinga korang power, cuba lah dapatkan lirik lagu SATU ni.
Jom sama-sama nantikan Official Video dan Lirik Lagu Satu ni daripada Imratul Najwa Abdul Latif sendiri. Jangan lupa komen ye kawan-kawan.SUMBER
LIRIK LAGU SATU - NAJWALATIF (UPDATE)
Dulu kita tiada beza,
Hanya seperti manusia biasa,
Yang ditakdir jatuh cinta,
Jatuh cinta pandang pertama.
Waktu senang tak mengapa,
Kita semakin jauh berbeza,
Kau tinggal ku begitu saja,
Dengan badai depan mata.
Berikan aku satu peluang,
Peluang untuk mencintaimu,
Berikan aku satu peluang,
Peluang utk merindui mu,
Sekali lagi...
Adakah engkau terlupa,
Saat pertama kita jatuh cinta,
Sering tawa sering duka,
Kita lalui bersama.
http://azrijohan.blogspot.com
http://azrijohan.blogspot.com
Berikan aku satu peluang,
Peluang untuk mencintai mu,
Berikan aku satu peluang,
Peluang untuk merindui mu,
Sekali lagi..ho woooo..
Adakah engkau lupa saat pertama
kita jatuh cinta
KEEP ON SMILING:)
lagu satu najwalatif, lirik lagu satu najwalatif, official video satu najwalatif, lagu terkini dan baru najwalatif satu, lirik penuh lagu satu najwa
Harga Minyak Naik Lagi Bermula Esok 4 April 2012
on Tuesday, April 03, 2012 at 10:57 PM
Harga Minyak RON97 Naik Esok iaitu 4/4/2012, kira tengah malam ni dah mula ikut harga baru kut. Kenaikan Sebanyak 10 sen dari RM2.80 menjadi RM2.90. Nasib baik Minyak RON95 tak naik lagi. Kemungkinan Harga RON95 naik memang ada namun belum diketahui bila akan naik. Rasanya memang kena naik gak sebab harga minyak global menunjukkan peningkatan. Pastinya impak ini lebih terasa buat pengguna RON97.
Aku rasa peningkatan harga ini perlu memandangkan kebanyakan Negara lain dah menaikkan Harga Minyak mereka.Kalau nak Subsidi aku rasa cukuplah buat pengguna RON95 dan Diesel buat masa ni. Harap harga Minyak RON95 dapat bertahan pada harga sekarang. Tapi pada jangkaan aku kalau Harga Minyak dunia naik lagi, tak mustahil RON95 juga akan terkena tempias. Nasib baik aku pengguna RON95..huhu
Punca Sebenar Penceraian Safee Sali
at 10:16 PM
KUALA LUMPUR – Peminat-peminat bola sepak negara dikejutkan dengan berita perceraian penyerang kebangsaan, Safee Sali, 28, dengan isterinya Sabarina Yusof apabila Safee dengan sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah semalam.
Berita perceraian itu seterusnya menamatkan spekulasi berhubung dengan cerita-cerita gosip yang didengar mengenai masalah rumah tangga penyerang bola sepak kelab Pelita Jaya itu.
Namun, terdengar desas-desus cerita yang kurang enak mengenai punca perceraian Safee dan isterinya apabila ada pihak mendakwa kemusnahan rumah tangga jejaka tersebut berpunca dari munculnya pihak ketiga yang cuba merampas Safee dari Sabarina.
Menurut sumber tersebut, pihak ketiga itu adalah gadis Indonesia yang Safee kenali sepanjang dia berkhidmat di Pelita Jaya di Indonesia.
Gadis tersebut masih lagi berstatus bujang dan begitu mengagumi diri Safee yang sentiasa komited dalam khidmatnya sebagai pemain bola sepak dan setia memberikan sokongan kepada Safee yang berjauhan dari isterinya.
Selain itu, sumber tersebut juga memberitahu, gadis Indonesia itu mempunyai rupa paras yang menarik dan mirip-mirip seperti penyanyi wanita Indonesia popular, Kris Dayanti.
Dek kerana Safee berjauhan dengan isterinya, dikatakan perkenalan dengan gadis tersebut memberikan peluang kepada gadis Indonesia itu menjaga dan mengambil berat tentang diri Safee.
Sering kali dilihat di padang sewaktu Safee menjalani sesi latihan, gadis tersebut akan hadir memberikan sokongan padu kepada Safee.
Namun, walaupun perasaan sayang dan sikap mengambil berat yang ditunjukkan oleh gadis tersebut terhadap dirinya, Safee sedikit pun tidak menaruh hati dan perasaan untuk membalas cinta yang dihulurkan oleh gadis itu.
Dikatakan juga Safee tidak mahu memberikan cintanya yang setia terhadap isterinya kepada gadis atau wanita lain.
Dalam perkembangan lain, Safee enggan mengulas lanjut berhubung isu perceraiannya manakala, bekas isterinya sahaja yang memberikan komen dan mengesahkan perceraian antara mereka berdua.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Kisah Presiden Yang Plagiat Tesis di Kolej
at 8:30 PM
Presiden Hungary, Pal Schmitt hari ini meletak jawatan selepas mendapati tesis sarjana kedoktoran miliknya adalah hasil plagiat dan tersebar luas.
Tesis sarjana kedoktoran miliknya pada tahun 1992 didapati adalah hasil terjemahan daripada penyelidik Bulgaria, Nikolai Georgiev yang dibuat ada tahun 1987.
Manakala sebahagian lagi diambil daripada kajian kes seorang penyelidik, Klaus Heineman.
Bagaimanapun, beliau berjanji untuk menentang keputusan di mahkamah kelak tetapi bersetuju untuk meletak jawatan. - AGENSI


























