Cara Pemakanan Herbalife Yang Betul

Assalamualaikum semua. Korang percaya tak, kat dunia ni ramai orang yang nak menjadi lebih kurus. Dan mereka suka mencuba apa-apa sahaja produk yang boleh membantu mereka untuk menjadi kurus. Kurus nampak cantik, kata mereka. Dan kini produk paling popular dalam industri membuang lemak ialah Herbalife. Korang pernah dengar tak? Kalau tak boleh kenal dengan baca entri Apa Itu Herbalife?

Cara Pemakanan Herbalife Yang Betul


Ramai yang bagi respon dan komen kat aku selepas aku publish sebuah tulisan pengguna produk Herbalife yang telah berjaya. Walaupun dia hanya menceritakan yang Herbalife Berjaya Mengembalikan Keyakinan Diri, tetapi input yang diberikan sangatlah besar buat mereka yang tahu mengambil peluang.

Ada juga orang yang bising-bising cakap Herbalife ni tipu, dan tak betul semuanya. Apa yang digembar-gemburkan hanyalah palsu dan iklan yang dibuat sekadar mahu melariskan jualan, dan bukannya hendak membantu orang lain mendapatkan bentuk ideal macam model.

Bagi aku lah kan, yang tidak menggunakan langsung produk menguruskan badan termasuklah Herbalife ni, aku rasa sebenarnya kalau korang tak berjaya dengan produk itu janganlah salahkan ia seratus peratus. Sebabnya mungkin anda juga yang salah, mungkin ada beberapa kesilapan berat yang terlepas pandang.

Contohnya macam Cara Pemakanan Herbalife, bukan semua orang makan mengikut panduan yang diberikan. Ada pulak tu terlebih makan dalam sehari, kononnya boleh cepat bagi kesan lah. Tu semua useless je, lebih baik ikut cara yang telahpun diberikan. Sama jugak macam ubat kan, ada cara kita nak ambil ubat tu, kalau salah boleh memudaratkan diri sendiri. Kalau terlebih jadi dadah pulak.

Dan kalau korang cakap korang dah follow semua yang disarankan, but still takde effect positif kat tubuh badan korang, aku rasa boleh kot nak salahkan Herbalife tu, hehehe. Takpun badan korang memang tak sesuai dengan produk2 camni kot. Cuba gunakan alternatif lain pulak, ada banyak kan? Pilih jelah..

Macam mana? Setuju ke tidak? Kalau korang ada bantahan terhadap apa yang aku tulis ni, jangan segan silu nak tinggalkan komen ye tapi make sure korang letakkan nama dan juga email yang wujud, senang nak reply balik nanti. Kalau ada perkongsian lain pun apa salahnya kan, sharing is caring. Betul tak?

p/s: aku bukan pengguna ataupun agen Herbalife


p/s/s: jom lah join Contest SEO Eyriqazz VS Denaihati ni, hehe..


SILA KONGSIKAN

Azri Johan

Follow saya di sosial media berikut:
.
1 Feedback:

Post a Comment