Tak Perlu Keluar Duit Untuk Beli Domain

on Monday, June 25, 2012

Nampaknya entri Denaihati yang bertajuk Domain Blog Mahal betul-betul menarik perhatian ramai blogger; sama ada yang menggunakan domain percuma (dot blogspot/dot wordpress) ataupun yang menggunakan domain khas pilihan masing-masing seperti dot com/net/info/my dan banyak lagi.

Tak Perlu Keluar Duit Untuk Beli Domain



Pelbagai komen yang ditinggalkan oleh pembaca yang singgah membaca entri daripada blog Denaihati tersebut. Ada yang positif, dan ada juga yang negatif. Tak kurang juga yang menghasilkan feedback serta pandangan mereka sendiri mengenai topik "Domain Blog" ini...tetapi percaya tak korang kalau aku cakap sebenarnya kita TAK PERLU KELUAR DUIT UNTUK BELI DOMAIN blog.




Sebenarnya entri ni tercipta selepas aku membaca post zulseffort Duit Gushcloud Cukup Untuk Beli Domain, dan aku mahu menegaskan bahawa apa yang ditulis dalam entri tu memang ada benarnya. Itu pun kalau korang semua rajin belajar dan juga berusaha untuk menjadikannya kenyataan.


Contohnya macam aku sendiri lah kan, masa awal-awal nak beli domain blog untuk azrijohan.com, aku tak keluarkan duit poket sendiri sebaliknya menggunakan duit hasil blogging daripada Nuffnang sahaja. Masa tu duit nuffnang baru je cashout RM100 selepas tujuh bulan meletakkan iklan Nuffnang dalam blog ni.


Tu dulu, sekarang ni dah macam-macam alternatif buat duit online yang boleh korang lakukan. Ada banyak, dan mudah-mudah pula tu. Contohnya macam Gushcloud, dengan ReTweet dan Like sahaja sudah membolehkan korang mengumpulkan wang secara online. Buktinya, aku berjaya mendapat RM120 Sebulan Dengan Gushcloud sahaja.


Hendak seribu daya, jadi jangan jadikan alasan domain mahal sebagai penghalang untuk memiliki domain sendiri. Ada pelbagai alternatif lain yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah tersebut.


Sekarang ni pun, harga domain dot com dah semakin murah, beli lah pakej Hosting Denaihati, korang akan dapat domain percuma sekali. Kan best tu...harga dah la murah gila! Serius susah nak jumpa pakej murah camni. Jadi, jangan lepaskan peluang k..


Bagi yang berminat nak membeli domain blog, korang patut tahu beberapa aspek yang perlu dititik beratkan sebelum membeli nama domain untuk blog tu nanti. Baca kat Tips Beli Domain Name untuk penjelasan yang lebih clear lagi.


p/s: banyak tips dalam entri ni, siapa tak grab memang rugi...


Ranking: 5

6 comments

Post a Comment

 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog