Blog aku ni mendapat trafik yang luar biasa banyaknya sejak aku mengaplikasikan pelbagai Teknik SEO dalam design blog serta SEO penulisan dalam blog ini sendiri.

Dan hari ini aku akan kongsikan perkara basic untuk menjadikan blog korang mesra SEO, atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami untuk menjadikan blog korang tu mesra enjin carian. Bila sudah jadi macam tu, nanti banyaklah post yang korang tulis akan berada dalam result carian kat google tu.
LETAK META TAG MESRA SEO
Meta Tag ni sangat penting untuk setiap blog, dan untuk blogspot selalunya meta tag ni kita kena ubah sikit untuk menjadikannya lebih mudah dibaca oleh google robot. Dan untuk itu, korang kena ikut Cara Letak Meta Tag Mesra SEO di Blogspot ni:
Cara Letak Meta Tag Mesra SEO di Blogspot
- Pergi ke DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML
- Cari code dibawah nie dan untuk memudahkan pencarian, korang boleh tekan Ctrl + F dan paste coding ini untuk search ye.
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
- Bila dah jumpe code diatas, tukarkan code tersebut dengan code dibawah nie.
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>
- Bila dah siap, korang tekan button preview dulu tengok ada error ke tak ye. Kalau nampak semua ok, baru save. Dan dah siap.
KEGUNAAN META TAG MESRA SEO DI BLOGSPOT
Sebenarnya terlalu banyak kegunaan dan juga kelebihan yang akan korang dapat selepas mengubah meta tag blog menjadi seperti ini - mesra SEO. Nak tahu betul atau tidak, korang kenalah tunggu dalam masa dua atau tiga bulan akan datang.
Make sure dalam tempoh masa tu korang sentiasa update blog korang, jangan biarkan sepi macam rumah kosong pulak ye. Insyallah akan berlaku perubahan positif pada trafik blog korang selepas itu.

2 comments
Post a Comment