Assalamualaikum semua..

Perasan tak, widget gushcloud sudah berada dalam blog aku ni sejak beberapa hari yang lepas. Sebenarnya sudah agak lama aku nak buat post pasal widget gushcloud ni, tetapi takde masa pula untuk aku menulis disini. Dan alhamdulillah pada hari ini, dapat juga aku laksanakan.
Widget Gushcloud ni merupakan salah satu inisiatif pihak gushcloud buat publisher mereka yang mempunyai blog untuk menjana lebih pendapatan setiap hari. Bagi sesiapa yang kenal dengan churp-churp, widget gushcloud ini juga boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan Program Grapevine yang pernah dibuat churp-churp sebelum ini.
GAMBAR WIDGET GUSHCLOUD
Kedudukan widget gushcloud dalam blog aku ni deletakkan kat bahagian sidebar bawah, betul-betul atas koleksi post www.azrijohan.com. Sebenarnya sebelum ini aku menggunakan widget gushcloud bersaiz leaderboard di bawah iklan nuffnang, tetapi mula rasa tidak selesa kerana gushcloud masih belum menapis kandungan iklan mereka.
Haritu aku sendiri sudah email pihak gushcloud mengenai perkara tersebut, dan mereka menyuruh aku terlebih dahulu membuang widget tersebut sehinggalah mereka memperbaikinya tidak lama lagi.
Secara jujur, widget gushcloud ini memang mempunyai banyak kelebihan terutamanya dalam memaksimumkan pendapatan kita para blogger secara online. Buktinya, earning aku semakin bertambah baik dan mungkin sekali untuk bulan ini aku mampu mengatasi rekod RM120 Sebulan Dengan Gushcloud bulan lepas? Doakan lah ye.. Amin.
Oh ya, sesiapa yang berminat mahu menjana duit secara sampingan di internet ini boleh lah membaca post Tutorial Register dan Guna Gushcloud ini dan insyallah kalau korang konsisten membuat semua kerja yang disediakan, tidak mustahil earnings korang mampu mencecah sehingga ratusan $USD. Dan bila diconvert dalam ringgit Malaysia, boleh cecah ribuan ringgit kot. Selamat mencuba ya semua, sekian terima kasih.
p/s: mujur status Gliterrati Nuffnang masih ada..
KEEP ON SMILING :3


2 comments
Post a Comment