Siapakah Budak Misteri? | Watak Baru Dalam Animasi BoboiBoy

on Friday, May 18, 2012

Budak Misteri....

Siapakah Budak Misteri?

Boboiboy musim lalu berjaya mengetengahkan beberapa karakter comel dan kelakar termasuklah Gopal, Tok Aba, Ochobot, Yaya, Ying, Adudu dan Boboiboy sendiri. Dan untuk musim baru Boboiboy yang akan datang, watak baru akan diperkenalkan iaitu Budak Misteri...

Budak Misteri akan muncul buat kali pertamanya dalam animasi Boboiboy musim kedua yang akan bermula 27 Mei 2012 nanti dan ianya pasti menjadi satu lagi fenomena hebat seperti yang berlaku sebelum ini. Menurut Animonsta, musim baru Boboiboy juga akan memperkenalkan rakan-rakan sekolah Boboiboy yang lain.

FENOMENA BUDAK MISTERI | KARAKTER BARU ANIMASI BOBOIBOY

Selepas ditayangkan di beberapa buah negara di sekitar Malaysia seperti Indonesia dan Singapura, Boboiboy musim kedua dengan watak baru Budak Misteri berjaya mencipta rekod apabila mencatatkan 1,740,000 penonton pada hari pertama tayangan. Fenomena Budak Misteri dipercayai akan lebih hebat lagi apabila menemui peminat tegar di Malaysia pada 27 Mei di kaca TV tempatan.


p/s: aku minat cite boboiboy ni.. korang?

KEEP ON SMILING :3

Ranking: 5

Post a Comment

 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog