Pengorbanan Lelaki Kacak
Pengorbanan Seorang Lelaki Kacak tidak terhad seperti apa yang korang-korang semua, para wanita fikirkan dalam kepala otak korang sekarang ni. Nak tahu kenapa? Kenalah baca entri ni dulu sampai habis ye. Aku akan cuba jelaskan makna pengorbanan bagi seorang lelaki sama ada lelaki kacak ataupun tak berapa nak kacak.
Siapa tak suka tajuk Pengorbanan Lelaki Kacak ni, aku cadangkan korang baca post bertajuk Lelaki Tak Suka Mandi yang aku buat beberapa hari lepas. Hehehe, selamat membaca ya. Kalau baik dan rajin, bolehlah tinggalkan komen sikit ye dak? Barulah rasa ada orang yang singgah membaca... Kalau tak sunyi je...
Pengorbanan Lelaki Kacak bergantung kepada setiap individu. Ada lelaki yang berkorban kerana ibu bapa, ada juga yang berkorban untuk kawan-kawan, ada lelaki yang suka berkorban untuk kekasih hati, dan ada juga lelaki yang selalu berkorban untuk sebab-sebab yang lain.
Sebab Pengorbanan Seorang Lelaki
Pengorbanan yang dilakukan oleh seorang lelaki ada sebabnya. Pengorbanan Seorang Lelaki selalunya berlaku apabila lelaki tersebut terlalu sayangkan seseorang itu dan sanggup berkorban apa sahaja untuk melihat orang kesayangannya itu tadi hidup bahagia.
Contohnya Pengorbanan Lelaki Kacak terhadap ibu bapanya yang sudah tua. Dia sanggup menangguhkan tarikh perkahwinan dan aktiviti seharian seperti berkerja untuk menjaga ibu bapa kesayangan yang sudah tua dan uzur di rumah.
Pengorbanan Lelaki Kacak terhadap kekasih juga sudah sering kedengaran dan juga selalu saja menjadi topik utama sesebuah filem Melayu. Hero dalam filem tersebut mesti melakukan sesuatu untuk melihat kekasih hatinya gembira walaupun dirinya merasakan yang sebaliknya.
Bagi anda, Pengorbanan Seorang Lelaki pula bagaimana? Ce cite sikit..


Post a Comment