Kesilapan Dalam Filem The Avengers

on Monday, May 14, 2012

Kesilapan Dalam Filem The Avengers

Filem Adiwira The Avengers yang masyhur dan terkenal ni kompem ramai yang tahu kan? Tak salah jugak kalau aku cakap ramai yang dah tengok sendiri filem Blockbuster ni kat wayang-wayang berdekatan dengan member-member sekolah korang, ye dak?

The Avengers memang sebuah filem yang gempak dan masyuk gilaa.. memang ramai yang puji best gila tahap cipan. Tapi, tahukah korang bahawa filem adiwira kelahiran bumi Amerika ini juga mempunyai kesilapan dan kesalahan mereka yang tersendiri. Yup, i talk about Kesilapan Dalam Filem The Avengers..


Kesilapan Dalam Filem The Avengers hampir sama juga dengan Kesilapan Filem Battleship yang pernah aku bongkarkan dulu... Kalau korang masih belum baca, baik usha cepat.. takut kena banned dengan Mark Zuckerberg pulak kalau baca lambat-lambat nanti.

Cerita di dalam The Avengers bermula dengan kemunculan Loki (Adik Angkat Thor dalam filem Thor, 2012, dilakonkan oleh Tom Hiddleston). Loki telah datang ke bumi dengan niat untuk menakluk planet bumi. Loki yang sangat jahat ini mempunyai kuasa luar biasa yang mampu mengawal minda seseorang dengan menggunakan sejenis tongkat yang sentiasa berada di tangannya.

Loki juga telah merampas sejenis sumber tenaga tidak terhad iaitu Tesseract dan menggunakannya untuk membuka laluan angkasa lepas bagi membolehkannya memanggil bala tentera dari angkasa lepas untuk memerangi bumi.

Demi menyelamatkan bumi daripada ancaman kejahatan musuh, pengarah S.H.I.E.L.D, Nick Fury (Samuel L Jackson) terpaksa melancarkan satu gerakan yang dinamakan The Avengers Initiative. Inisiatif the Avengers merupakan satu projek pengumpulan orang-orang yang berkeupayaan luar biasa (Superhero) untuk bersatu menentang musuh dunia.

Watak wira yang terlibat dalam filem The Avengers ialah Natasha Romanoff / Black Widow (Scarlett Johansson),  Dr. Bruce Banner / Hulk (Mark Ruffalo),  Tony Stark/Iron Man (Robert Downey Jr.),  Steve Rogers/ Captain America (Chris Evans), Thor (Chris Hemsworth) dan Clint Barton / Hawkeye (Jeremy Renner). Sebahagian daripada cerita ini mengisahkan pelbagai kejadian menarik sebelum kesemua Supehero ini berjaya disatukan untuk membentuk pasukan terhandal dunia, The Avengers.

Kesilapan Dalam Filem The Avengers

Filem The Avengers yang berjaya mengutip ratusan juta dalam masa seminggu penanyangannya di serata dunia kecuali Amerika Syarikat ini telah melakukan satu kesilapan besar dan tidak boleh dimaafkan... Kesilapan dalam Filem The Avengers ini ialah tarikh keluar filem yang jatuh pada tarikh studyweek untuk final exam aku... Serius kempunan nak tengok cite ni, lagi-lagi bila ramai yang cakap Filem ni gempak gila.. Damn it !! Lepas je final memang aku terus tengok laaa The Avengers ni, tunggu je ok...

p/s: korang dah tengok cite ni ke belum?

KEEP ON SMILING:3

Ranking: 5

6 comments

Post a Comment

 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog