PENDAPATAN ONLINE DENGAN GUSHCLOUD
Sebelum ni aku ada berkongsi cerita mengenai Bro Anarm yang menjana Pendapatan Online $USD20.00 Sebulan Dengan Gushcloud tapi kali ni aku akan berkongsi pengalaman aku sendiri memperoleh RM120++ dalam masa sebulan menggunakan Gushcloud.
![]() |
| Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas |
Jana RM120 Sebulan Dengan Gushcloud
Gushcloud merupakan medium buat para pengguna internet macam kita semua ni bekerja secara online. Macam mana tu? Hehehe.. Gushcloud ni akan membayar kita untuk setiap gush (kerja) yang kita lakukan.
Antara kerja yang boleh kita buat di Gushcloud termasuklah Follow Twitter, Like Facebook, Tweeting, Post Status dan banyak lagi. Yang penting, semuanya amatlah mudah sebab korang tak kan merasa penat langsung. Hanya klik sahaja dan tunggu duit masuk dalam akaun bank ataupun paypal masing-masing. Mudah kan?
Rasanya belum sampai sebulan aku join Gushcloud ni, alhamdulillah aku berjaya mengumpulkan RM120 dalam akaun aku dengan hanya gush-ing sahaja setiap hari. Untuk pengonline tegar macam aku, memang tak jadi masalah kot. Cuma ambil masa 2 ke 3 minit, seriously tak mengganggu aktiviti aku untuk stalk profile facebook orang lain :p Buktinya tengok ni, gushcloud bayar dalam USD dan aku convertkan ke Ringgit Malaysia:
Bukan niat aku mahu menunjuk-nunjuk tetapi aku up post ni sebagai dorongan dan info buat orang lain yang mahu menjana pendapatan online juga, tapi tidak tahu bagaimana caranya. Kalau aku tak tolong tunjukkan, siapa lagi kan? Bak kata Denaihati, Hidupkan Untuk Memberi... Aku sangat setuju dengan tagline tersebut. Terima kasih Bro Ilham, founder Denaihati Network.
So, kalau korang nak join Gushcloud ni korang boleh baca Tutorial Join Gushcloud yang aku post sebelum ni. Baca tau, penat aku sediakan membazir je kalau takde orang nak follow step by step kat situ. Rasanya sampai sini je dulu perkongsian aku kali ni, insyallah lain kali aku kongsikan lagi benda lain ye. Sekian terima kasih semua. Korang memang awesome!
KEEP ON SMILING :3



3 comments
Post a Comment