Kasut Bola Termahal di Dunia


But Bola Sepak Paling Mahal

Kasut bola termahal di dunia direka di England. Bertakhtakan intan dan berlian, direka dalam 3 pasang dan bernilai $628,000.

Direka oleh pereka Luisa Di Marco, kasut bola termahal di dunia dibuat sebagai tanda menghargai tiga pemain bola sepak terkenal England, John Terry, Wayne Rooney dan Rio Ferdinand.

Ketiga-tiga pasang kasut ini dilelong sebagai jualan amal dalam majlis pelancaran Yayasan amal Rio Ferdinand “Live The DreamFoundation”.

Gambar Kasut Bola Termahal di Dunia




Kasut di atas ditandatangani oleh pemain Chelsea dan England, John Terry. Kasut tersebut dipakai oleh Terry semasa England menang ke atas Belarus 3-0. Dihiasi dengan dengan 2374 permata dan 27 karat berlian putih. Bernilai $219,905.



Kasut berwarna biru dan putih berjenama Nike milik pemain Manchester United, Wayne Rooney. Dipakai oleh Rooney ketika bermain dalam liga inggeris. Dihiasi dengan 2576 permata mengandungi 10 karat berlian putih dan 31 karat berlian hitam. 



Kasut Nike berwarna hitam dan putih di atas milik pemain Manchester United, Rio Ferdinand. Dihiasi dengan 2494 permata mengandungi 18 karat berlian putih, 15 karat berlian hitam dan 11 karat batu delima. Sama seperti kasut Wayne Rooney, ia bernilai $203,616.


SILA KONGSIKAN

Azri Johan

Artikel di blog ini merangkumi perkongsian daripada saya secara rawak. Diharap para pembaca berfikiran positif dan terbuka. Sila rujuk Penafian/Disclaimer untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.
0 Feedback:

Post a Comment

Copyright by Blog Azri| Thanks Forblogger and Templateism | Azri Network (IP0397606-A)