Biasiswa Yayasan Sarawak Lepasan SPM


BIASISWA YAYASAN SARAWAK


Mencari Biasiswa Yayasan Sarawak 2012 khas untuk Lepasan SPM 2011? Anda warganegara Malaysia dan anak jati Sarawak? Jika YA, anda sememangnya layak untuk memohon Skim Pinjaman Pelajaran dan Biasiswa dari Yayasan Sarawak ini.

Yayasan Sarawak 2012 mempelawa Skim Pinjaman Pelajaran dan Biasiswa untuk rakyat Sarawak bagi mengurangkan bebanan kewangan rakyat Sarawak. Berikut merupakan Biasiswa Yayasan Sarawak yang ditawarkan:


1. GERAN BANTUAN MATRIKULASI / ASASI


Tujuan:

Bantuan awal kewangan kepada pelajar matirkulasi sebelum menerima wang Biasiswa daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat

1. Mendapat tawaran daripada Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Asasi daripada Intitusi Pengajian Tinggi Awam.
2. Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/17/2000 dan tertakluk kepada peruntukan.

Bantuan

Geran antara RM500.00 – RM1,000.00 tertakluk kepada kelulusan berdasarkan pendapatan perkapita keluarga untuk sekali sepanjang pengajian sahaja.

2. GERAN BANTUAN MATRIKULASI / ASASI


Tujuan

Bantuan awal kewangan kepada pelajar matirkulasi sebelum menerima wang Biasiswa daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat

1. Mendapat tawaran daripada Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Asasi daripada Intitusi Pengajian Tinggi Awam.
2. Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/17/2000 dan tertakluk kepada peruntukan.

Bantuan

Geran antara RM500.00 – RM1,000.00 tertakluk kepada kelulusan berdasarkan pendapatan perkapita keluarga untuk sekali sepanjang pengajian sahaja.


3. SKIM YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN


Tujuan

Pemberian biasiswa kepada para pelajar yang cemerlang dan mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara dan Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara.

Syarat

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada anak Negeri Sarawak.
2. Pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik serta aktif dalam kegiatan ko-korikulum.
3. Pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran dan Kepakaran.
4. Mengikuti kursus yang disyorkan oleh Lembaga Amanah dan lulus temuduga.
5. Tawaran permohonan akan diiklankan di dalam akhbar tempatan.
6. Mengisi dengan lengkap borang permohonan YBSTAR/1/2010.

Bantuan

1. Ijazah Sarjana Muda: Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.
2. Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran):  Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & Tiket Penerbangan.
3. Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).

Cara Memohon Skim Pinjaman Pelajaran


1. Pemohon Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu, Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon SKIM PELAJARAN PELAJARAN YAYASAN SARAWAK.



Tarikh Tutup :

Permohonan untuk Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak dibuka untuk sepanjang tahun.

Maklumat lanjut atau pertanyaan :

Ibu Pejabat
Pusat Pembangunan, Pendidikan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA
Tel : 6082-441686
Fax : 6082-440023
Email : ys@yayasansarawak.org.my


SILA KONGSIKAN

Azri Johan

Jom Follow : Facebook | Twitter | Instagram | Google+
Artikel di blog ini adalah tentang pengalaman hidup penulis dan juga beberapa perkongsian rawak. Diharap para pembaca berfikiran positif dan terbuka. Sila rujuk Penafian/Disclaimer untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.
0 Feedback:

Post a Comment

Copyright by Blog Azri| Thanks Forblogger and Templateism | Azri Network (IP0397606-A)