Album Baru Hafiz Dilancar di Indonesia

on Sunday, April 22, 2012



Siapa tak kenal dengan penyanyi yang meletup dengan lagu Awan Nano yang meraih kemenangan dalam Anugerah Juara Lagu 26 lepas.

Khabarnya, Hafiz akan melebarkan sayapnya dalam industri muzik ke negara jiran, Indonesia dengan melancarkan album single yang akan memuatkan 3 buah lagu milik beliau.

Hafiz akan bekerjasama dengan komposer dari Indonesia, Andi Buyou dan dua komposer tempatan terkenal iaitu LY & Baiduri.

Untuk permulaan, hanya tiga buah lagu yang bakal dimuatkan kerana Hafiz ingin melihat sambutan peminat di Indonesia dan sejauh mana kemampuan lagu beliau di Indonesia.

Untuk pengetahuan you all’s, Hafiz kini hanya fokus untuk rancangan Mania terbitan Astro di mana Hafiz di dalam kumpulan Ahmad Dhani yang memang cukup terkenal dan pengalaman Ahmad Dhani di dalam dunia hiburan ternyata tidak perlu dipertikaikan lagi.

Oh ya, semalam Konsert Mania telah berlangsung dan sungguh menyedihkan apabila rakan Hafiz dari kumpulan Ahmad Dhani yang tersingkir, Akim.

Jangan lupa untuk mengundi Hafiz di dalam Mania dan semoga Hafiz kekal di dalam Mania sehingga penghujung rancangan ini yaa!!!

Ranking: 5

1 comment

Post a Comment

 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog