Kenapa NUFFNANG kedekut sangat?

on Wednesday, October 19, 2011


Assalamualaikum Nuffnang lovers sekalian,

nuffnang

Pernah tak korang mempersoalkan, KENAPA NUFFNANG KEDEKUT SANGAT? Mustahil la tak pernah kan.. Lebih-lebih lagi bagi blogger yang blognya mempunyai trafik tinggi/konsisten setiap hari. Korang still tak diberikan BE(buffered earnings) macam luahan salah seorang blogger kat ENTRI INI, trafik dia 2000uv sehari tapi BE sekali pun tak pernah dapat.
Tag :

18#Wordless Wednesday


kelakar

Tag :

Lirik Mistletoe - Justin Bieber

on Tuesday, October 18, 2011

justin bieber
Justin Bieber akan muncul dengan lagu terbarunya bertajuk Mistleloe yang dijangka akan dilancarkan pada 1 November ini. So, kepada para belieber luar sana mesti korang dah tak sabar nak dengar kan? Kat sini aku ada sediakan lirik lagu Mistletoe khas untuk korang. Hehe, aku tak nak sebab aku bukan belieber
Tag : ,

Blogger Perak: Lu Typo, Lu Mati


Assalamualaikum semua rakan taulan dan sahabat handai

blogger perak

BLOGGER PERAK
"Lu Typo, Lu Mati"
Tag :

Soalan Percubaan SPM 2011

on Monday, October 17, 2011

 
 KOLEKSI SOALAN TRIAL SPM 2011
soalan trial SPM 2011 mengikut negeri

Banyak contoh kertas soalan trial SPM 2011 yang boleh korang dapat dalam internet ni. Zaman sekarang dah maju, tak macam dulu. Susah gila kot nak mencari koleksi kertas soalan trial SPM 2011. Good luck ye semua. Buat yang terbaik okeh, SPM ni sekali je seumur hidup kita.


KEEP ON SMILING:)
Tag :

Alahai Justin Bieber

on Sunday, October 16, 2011


Alahai Justin Bieber
kesian pulak aku nengok die ni..

justin bieber kelakar

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

CONVOFair Fest 2011 UTP

on Friday, October 14, 2011


Assalamualaikum semua manusia yang membaca,

convofair UTP

CONVOFair Fest 2011 Universiti Teknologi Petronas akan bermula tidak lama lagi. sebabnya hari ini, Jumaat 14 Oktober merupakan hari pertama event ini berlangsung dan akan menutup tirainya pada 16 Oktober 2011 iaitu pada hari Ahad nanti. So maknanya kat sini ConvoFair ni akan berlangsung selama tiga hari dua malam. Betul tak aku kira ni? Hehehe..
Tag : ,

Cara permainan Catur Bistari

on Thursday, October 13, 2011


Assalamualaikum si kacak dan si cantik semua,

cara permainan catur bistari

Dalam entri Apa itu Catur Bistari aku dah ceritakan serba sedikit mengenai permainan ini dan untuk entri kali ni, aku nak share lah sikit ilmu aku mengenai Cara dan Skill main Catur Bistari gaya Pro. Aicehh,pro konon ;p
Tag :

Details #OctTwtFest by DiGi

on Sunday, October 09, 2011

tweet fest

OctTwtFest will be held at:

DiGi Telecommunications Sdn Bhd, 
Lot 10, Jalan Delima 1/1
Subang Hi-Tech Industrial Park
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
GPS: 3.0689098253134692, 101.56967639923096 

22nd October 2011
3 pm to 12 am
Tag :

Top 10 Blogger Melayu Malaysia Bulan Oktober

on Friday, October 07, 2011


top blog melayu malaysia oktober

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Senarai TOP 10 Blogger Melayu Malaysia bulan Oktober sudah pun keluar. Dan nampaknya ranking pada kali ini tidak banyak berubah atau boleh juga aku katakan macam tiada perubahan langsung daripada bulan September yang lalu.

TOP 10 Blogger Melayu Malaysia Edisi Oktober ni di buat melalui ranking blog-blog melayu yang ada di negara kita ni melalui Alexa mereka-SUMBER

Aku malas nak bebel banyak sebab frust Malaysia kalah teruk tadi so berikut merupakan Senarai TOP 10 Blogger Melayu di Malaysia pada Bulan Oktober tahun ini mengikut ranking alexa:
Tag :

Keputusan Perlawanan Australia VS Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

keputusan perlawanan persahabatan australia vs malaysia 7 oktober 2011

Perlawanan Australia VS Malaysia pada hari jumaat ini, 7 Oktober 2011 telah menarik perhatian ramai pemerhati dan juga peminat setia sukan bola sepak negara kita kerana perlawanan bola sepak persahabatan antara Australia dengan skuad Harimau Malaya akan menentukan kualiti dan mutu permainan yang dicorakkan pemain kebangsaan.

Keputusan Perlawanan Australia VS Malaysia akan mewujudkan satu penanda aras yang akan dijadikan ukuran keberhasilan usaha ramai pihak dalam memartabatkan sukan bola sepak di Malaysia ini. Aku sendiri tidak nafikan bahawa aku juga ternanti-nanti keputusan perlawanan persahabatan Australia VS Malaysia ini pada tiupan wisel penamat nanti.

Apa yang pasti, keputusan perlawanan Australia VS Malaysia ini akan mewujudkan dua keadaan yang ketara. Sama ada skuad negara akan terus dijulang ataupun mereka akan disisih dan dipinggirkan oleh orang ramai. Oh ya, dengarnya barisan pemain kita cukup mantap dengan kehadiran penyerang kebanggaan negara iaitu Safee Sali dan skuad Australia bersiap dengan pemain hebat seperti TIM CAHIL.
Tag : ,

Woww! NUFFNANG bagi aku tiket wayang Premiere Screening filem Real Steel percuma!


Assalamualaikum dan salam jumaat para pencinta Steve Jobs sekalian,

real steel nuffnang

Alhamdulillah, akhirnya NUFFNANG menyedari kehadiran aku sebagai anggota setianya dengan memberi aku tiket wayang Premiere Screening filem Real Steel pada 12 Oktober minggu depan. korang rasa aku tipu korang? aishhh, perlu ke aku tunjuk bukti kat sini..ni dia email lamaran dari Nuffy (nama manja Nuffnang)
Tag :

Kematian Otai Apple | Steve Jobs Meninggal Dunia

on Thursday, October 06, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

rest

Sebelum ni dunia IT dan siber dikejutkan dengan berita perletakan jawatan sebagai pengerusi syarikat Apple oleh Steve Jobs dan kali ini kita dikejutkan lagi dengan berita mengenai kematian otai APPLE ini. 

Steve Jobs meninggal dunia semalam dan telah disahkan oleh web rasmi apple.com sendiri. Berikut adalah petikan artikel yang aku copy paste daripada SUMBER berita ini:

     "Jobs had been struggling with his health for the last several years. In 2004 he underwent surgery to treat a rare form of pancreatic cancer. He returned to work soon after, but in early 2009 took six months off to treat what he called a "hormone imbalance" that made him appear gaunt and pale. During that leave he underwent a liver transplant.
Tag :

17#Wordless Wednesday

on Wednesday, October 05, 2011

noob soccer icon coming soon

KEEP ON SMILING:)
Tag : ,

Founder Ohmedia Network, Justkhai di hack


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Berita terkini: Founder Ohmedia Network, JustKhai di hack

blog justkhai kena hack


Founder Ohmedia Network atau lebih dikenali sebagai justkhai.com tidak boleh di hack kerana dia sudah pakar IT dan Internet. Haishhh, siapa cakap macam tu? That is sooo not true okay.

Walaupun Justkhai merupakan weblog yang famous dan popular di negara kita ni tapi tak bermakna segala-galanya yang ada pada blog itu dalah yang terbaik lebih-lebih lagi daripada aspek sekuriti nya. Sebabnya baru je sebentar tadi Geng KenaHack memaklumkan mengenai blog justkhai.com yang di hack. Kalau tak percaya, korang boleh baca sendiri kat SINI.

Dalam artikel kat blog tu juga ada beritahu bahawa salah satu email peribadi milik justkhai juga turut berjaya di godam. Betul atau tidak berita ni, aku pun tak berapa pasti. Just nak bagitau pengajaran kat sini ialah kita semua sebagai pengguna Internet WAJIBLAH sentiasa berwaspada dan mempertingkatkan sekuriti blog kita pada tahap maksima.

Sekian, terima kasih sebab sudi baca ye kawan-kawan

KEEP ON SMILING:)


Tag : ,

Permohonan Online Kemasukan Ke UiTM Sesi 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


PERSOALAN ONLINE KEMASUKAN KE UiTM SESI 2012 sudah boleh dibuat bermula 15 Oktober nanti. So, kepada sesiapa yang mahu membuat permohonan untuk memasuki UiTM (Universiti Teknologi Mara) bagi Program Ijazah Sarjana Muda dan Professional untuk kemasukan Februari 2012 yang akan datang.

Permohonan online kemasukan ke UiTM sesi 2012 akan tamat pada 16 November 2011. Maknanya permohonan secara Online ini hanya dibuka selama sebulan sahaja. Jadi, make sure korang alert dengan dateline ni supaya korang tak ter-miss peluang untuk memohon memasuki UiTM pada tahun depan.

Menurut SUMBER, para pemohon hendaklah membeli NO.PIN UiTM di BSN sebelum membuat permohonan online kemasukan ke UiTM sesi 2012. Dan juga di ingatkan kepada semua pemohon agar terlebih dahulu menyemak syarat kelayakan untuk memasuki UiTM sebelum membuat permohonan untuk mengelakkan sebarang kesulitan & kesesakan pada laman web rasmi permohonan kemasukan UiTM.

Permohonan Online Kemasukan Ke UiTM Sesi 2012 ini boleh di buat pada Laman Web Ini dan untuk melihat dan menyemak syarat kelayakan untuk memasuki UiTM boleh disemak melalui pautan yang disediakan DI SINI. Sekian terima kasih.

KEEP ON SMILING:)



Tag :

Noobie.com.my kembar Nuffnang

on Tuesday, October 04, 2011

iklan noobie my

Assalamualaikum semua. NOOBIE si comel. Korang pernah dengar tak perkataan ni? Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga ada yang tak pernah dengar langsung kan. Takpe, korang tak payah nak takut sebabnya Noobie.com.my ni belum lagi dilancarkan secara rasmi, dan mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat ni.

Noobie.com.my sekarang ni dalam proses menaik taraf fungsi dan penampilan mereka. Tidak lama lagi mereka akan mula membuka keahlian kepada orang ramai dalam fasa beta. Menurut SUMBER lagi, noobie kini telah mengubah sistem point mereka kepada sistem pembayaran wang.

APA ITU NOOBIE.COM.MY?



Tag : ,

Earnings Sebulan RM30,000 dengan NUFFNANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

earnings sejuta redmummy nuffnang
Credit to Redmummy

Entri Earnings Sebulan RM30k dengan Nuffnang kali ni akan membuktikan entri aku pasal Keistimewaan NUFFNANG beberapa hari yang lalu adalah betul.Kalau tak percaya jugak, korang boleh la baca balik ye. Hehehe..

Earnings RM30,000 dengan Nuffnang ni sebenarnya bukan aku punya pun tapi Redmummy yang punya. Kenal tak? Mustahil la korang tak kenal kan sebabnya redmummy ni merupakan blogger yang popular kot, siap keluar surat khabar lagi.

Nuffnang bagi RM30,000 sebulan? Peh,memang banyak gila seh. Rasanya tak ramai blogger kat Malaysia ni yang mampu dapat earnings sebanyak tu dalam masa sebulan je tapi tak bermakna mustahil kan. Redmummy dah berjaya buktikan dia berjaya mendapat earnings RM30,000 sebulan dengan Nuffnang.

Nuffnang boleh je nak bagi korang semua duit sebanyak tu tapi dengan syarat korang kenalah setia dengan Nuffnang sahaja. Jangan sesekali cuba menduakan dia ye, kalau tak memang kempunan lah nak dapat earnings RM30,000 sebulan.

So, aku akan cuba untuk setia pada NUFFNANG je lepas ni. Hehehe, hope Nuffnang yang baik hati dapat la bagi aku BE (buffered earnings) ngan Advertorial pulak lepas ni. And then baru la aku boleh dapat earnings sebulan RM30,000 dengan Nuffnang macam yang redmummy dapat ni. Korang lak macam mane?

KEEP ON SMILING:)


Tag : ,

5 Keistimewaan NUFFNANG

on Sunday, October 02, 2011

dipukau Nuffnang
Tag :

Pengguna Internet Paling Hebat!

Assalamualaikum bloggers

tajuk post aku untuk kali ini.....

Pengguna Internet Paling Hebat!

siapa dia? cuba teka sama-sama

adakah penggodam a.k.a anonymous?

yeke,macam bukan jek..atau pun...

blogger-blogger otai macam azrijohan

lagi la ke laut kan..emmm,Mark Zuckerberg?

bole jadik jugak la kan...korang nak tahu siapa?
Tag :

Najwa Latif | Lirik Sahabat

Lagu Sahabat merupakan lagu terbaru Najwa Latif yang diciptanya sendiri dan pertama kali di perdengarkan ketika persembahan LIVE Najwa Latif di Senyap Hub pada bulan September yang lalu. Pada masa itu juga, Najwa Latif menyanyikan lagu baru lain yang berjudul SATU.

lirik sahabat najwa latif
Tag :

Sejarah asal-usul NUFFNANG

on Saturday, October 01, 2011

sejarah Nuffnang dan asal usul iklan

Entri Sejarah Kewujudan NUFFNANG ni aku terfikir selepas entri aku mengenai trafik 2000UV sehari tetapi tidak dapat BE Nuffnang tempoh hari. Aku rasa tiada gunanya kalau aku terus menunggu BE daripada Nuffnang tanpa melakukan sebarang usaha sampingan, jadi sebab itulah aku tergerak untuk menyelongkar sejarah asal-usul Nuffnang, company iklan yang disayangi ramai.

Bayangkan, kalau ada orang asing yang korang tak kenal minta tolong dengan korang dalam bab kewangan..adakah korang akan menolong nya? Sudah pasti jawapan nya tidak kan. Tapi kalau orang yang meminta tolong tu adalah rakan anda sendiri, mesti korang tolong semampu yang boleh. Betul tak?

Sama la juga dalam kes ni, aku rasa aku perlu mengenali dan mengetahui Sejarah kewujudan NUFFNANG terlebih dahulu sebelum aku mengharapkan sesuatu yang lebih besar daripada Nuffnang. Harap nya berhasil la idea cikai aku ni

SEJARAH KEWUJUDAN | ASAL-USUL NUFFNANG

Nuffnang wujud hasil gabungan dua perkataan dalam bahasa jafaikan yang membawa maksud 'cukup bagus'. Jafaikan pula adalah dialek pelbagai budaya yang sedang pantas tersebar dalam kalangan belia di London. Nuffnang juga ialah komuniti pengiklanan blog yang sangat berjaya di negara kita, Malaysia. Di antara para pengiklan di Nuffnang.com ialah CIMB Bank, Samsung, Celcom dan banyak lagi syarikat ternama di Malaysia ini.
Tag :

Gandingan Justin Bieber dan Cheryl Cole

justin bieber

Gandingan Justin Bieber dan Cheryl Cole akan menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila kini mereka berdua sedang merancang suatu projek 'mega' untuk dipasarkan buat tatapan peminat-peminat setia Justin Bieber dan Cheryl Cole.

Impian Bieber untuk berganding bersama bekas isteri Ashley Cole ini telah mendapat respon yang baik daripada Cheryl Cole sendiri. Menurut superstar yang memiliki raut wajah seperti Selena Gomez versi dewasa itu, dia sangat teruja dengan album terbaru nya dan kini dalam perbincangan untuk hits terbaru bersama team Justin Bieber yang dianggap sebagai ahli keluarganya sendiri itu.
Tag : ,

Penangan Mas Ahmad Safwan untuk Cerita Mamat

on Thursday, September 29, 2011

Terkesima kejap.....fulawehhhhh

mamat

Amacam, cantik tak?
KEEP ON SMILING:)
Tag :

Keluang Man dan...

Assalamualaikum semua. korang tengah buat ape tu? xpe-xpe,tak payah bagi tau pon aku dah tau...mesti korang tengah bace entri ni kan.. hahaha,maap ye kalau lawak ni macam lawak Amir. nak jugak merasa ke-Amerika-an die tuhhh. ceh,gila !


Dah dah,cukup le cite pasal Amir Maharaja tak Lawak.. sebenarnya pada kali ni, aku nak cerita pasal hero tempatan feveret aku mase aku kecik-kecik dulu.. haaa,kene le sebut 'tempatan' sebab kalau nak ikutkan hero feveret aku mesti lahhh kartun-kartun yang gempak-gempak macam Spiderman,Superman ngan Trio Batman.

Kalau dulu-dulu la kan, maksud nye masa aku kecik... Kartun "Keluang Man" ni lahhh yang selalu ditayang kan kat kaca televisyen. walaupun tak sehebat hero daripada Eropah dan grafik yang tak semantap Upin Ipin, seyes cakap Batman versi Malaysia ni lahhh yang membuat kan aku suka melukis. hehehe...bakat terpendam beb
Tag :

Permohonan Online Kemasukan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2012



Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan MARA(IPMa) Sesi Januari 2012.Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2012. Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Sila rujuk iklan permohonan untuk menyemak tawaran kursus dan program pengajian yang disediakan.
 Kriteria Pemilihan
Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑
  • Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
  • Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
  • Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
  • Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.
Tag :

This is what women and men should know

on Wednesday, September 28, 2011


KEEP ON SMILING:)

Tag : ,

Video Penjelasan Hukum Hudud Ustaz Zaharuddin

HUKUM HUDUD
hudud


Video Penjelasan Hukum Hudud Ustaz Zaharuddin



Sudah jelas mengenai hukum hudud nie? Kalau korang masih blur lagi, korang boleh tengok penjelasan Hukum Hudud daripada Ustaz Azhar Idrus pulak, KLIK SINI.

KEEP ON SMILING:)


Tag :

16#Wordless Wednesday

Photobucket

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

No one is on MySpace,Facebook or Twitter.Why?

on Tuesday, September 27, 2011

twittwr facebook tmblr myspace

KEEP ON SMILING:)



Tag : ,

Bermulanya Semester 2 aku di UTP

on Sunday, September 25, 2011

utp teknologi petronas

Cuti dah habis bro! So, esok bermula lah semester kedua aku di UTP (baca:universiti teknologi petronas) Pejam celik pejam celik tak sangka pulak dah nak masuk bulan kelima aku berada di UTP kat tronoh (perak) tu.

So, start new semester with big smile on my face. Harapan aku agar semester baru ini jauh lebih berkualiti daripada permulaan buruk aku semasa semester pertama yang lalu. Amin..korang pon jangan lupa doakan kejayaan aku di sini ye.tengkiu awek-awek comel dan abang kacak sekalian;p

KEEP ON SMILING:)

Tag : ,

Ingat,doktor bukan tuhan


doktor house


Sering kali apabila kita sakit doktor akan meminta kita untuk makan ubat. Tiada pula doktor suruh untuk melakukan perkara lain.
Doktor : Encik makan ubat ini ya. Nanti cepat sikit sembuh.

Pesakit : Ubat yang doktor Klinik ABC bagi itu tidak elok lah doktor. Dah 3 hari saya makan tapi tidak elok jugak sakit saya ini. Makin parah ada lah saya rasa.
Doktor : Tidak apa encik. Saya bagi ubat lain ya. Nanti encik makan. Jangan tidak makan pula.
Pesakit : Baiklah doktor. Saya akan makan ubat ni sampai sembuh. Terima kasih doktor
Doktor : Sama-sama encik.


Apa niat kita masa makan ubat tu?
Adakah kita berkeyakinan bahawa dengan makan ubat itu sakit yang kita deritai akan sembuh?
Adakah kita menaruh harapan bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita?
Adakah kita beranggapan bahawa ubat itu punya kuasa magis untuk menyembuhkan penyakit?
Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu punya kuasa untuk sembuhkan kita?
Sebenarnya kita tidak sedar bahawa dengan beranggapan sedemikian kita telah terjatuh dalam syirik kecil. Astaghfirullahal ‘Azim. Perlu diingatkan bahawa ubat itu hanya menjadi perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Bahkan hanya Allah sahaja yang punya kuasa yang Maha Penyembuh.


Ikuti senario berikut (di klinik pesakit luar) :
Pesakit : Assalamualaikum tuan doktor. Selamat pagi.
Doktor : Selamat pagi makcik.
Pesakit : Tuan doktor, makcik sakit kepala sudah 3 hari. Dah pergi jumpa doktor dekat klinik sebelah itu. Dia bagi ubat tapi tidak hilang jugak sakit kepala makcik ini. Makcik rasa doktor itu tidak rasi la dengan makcik.
Doktor : Ye ke makcik? Rasi macam mana tu?
Pesakit : Ye la. Bulan lepas makcik sakit gigi pergi juga dekat situ. Ubat yang dia bagi tidak elok juga. Makcik rasa bukan ubat yang tidak elok. Tapi doktor itu yang tidak reti bagi ubat agaknya, atau pun doktor itu tidak ada power nak ubat pesakit.
Doktor : Oooo… gitu. Jadi makcik rasa saya ini ada power untuk ubatkan makcik?
Pesakit : Ye la kot.
Doktor : Mana makcik tahu? (sambil mengambil tekanan darah dan meletakkan stetoskop di dada pesakit tersebut)
Pesakit : Ye la. Sebab doktor ini nampak ada gaya doktor. Bak kata orang tu…ade “nokoh” jadi doktor.
Doktor : makcik ni kelakar la.
Pesakit : Apa yang kelakarnya doktor?
Doktor : Makcik…. sebelum keluar rumah nak datang sini tadi makcik ada tak sembahyang hajat?
Pesakit : Tidak ada pula doktor. Kenapa doktor tanya macam itu?
Doktor : Makcik, saya tidak ada apa-apa kuasa nak sembuhkan makcik. Ubat yang saya bagi jugak tiada  kuasa nak sembuhkan sakit kepala makcik.
Pesakit : ????? (dengan gaya mulut terlopong)
Doktor : Betul makcik.
Pesakit : Jadi apa guna makcik datang sini. Baik makcik pergi cari doktor lain yang ada power
Doktor : Nanti dulu makcik. Saya tidak habis cakap lagi.
Pesakit : Ok doktor… teruskan…
Doktor : Setiap penyakit itu datangnya dari Allah dan setiap ubat itu jugak dari Allah. Saya dengan ilmu perubatan yang ada telah diberi kelebihan oleh Allah untuk menjadi orang yang boleh memberikan perantara (ubat) untuk menyembuhkan penyakit.
Dengan sebab perantara itulah maka penyakit akan insya’allah sembuh. Allah beri kita penyakit supaya kita ingat akan Dia. Supaya kita berikhtiar untuk mencari ubat itu. Dalam masa yang sama tidak melupakan Dia. Penyakit jugak sebagai kafarah untuk menghilangkan dosa kalau kita sabar. Kalau tak sabar, bertambah lah dosa.
Pesakit : Oooo… macam tu rupanya.
Doktor : Iye makcik. Jadi, makcik betulkanlah niat makcik itu dan betulkanlah juga anggapan makcik itu ya. Lain kali kalau nak datang jumpa mana-mana doktor, makcik sembahyang hajat dulu, ingat akan Allah. Niatkan tujuan makcik nak berjumpa doktor adalah untuk berikhtiar mencari ubat dan dengan asbab ubat itu dan dengan izinNya penyakit makcik mudah-mudahan akan sembuh ya. Ingat makcik. Ubat atau pun doktor tak punya apa-apa kuasa untuk sembuhkan penyakit.
Pesakit : Baiklah doktor. Terima kasih banyak kerana mengingatkan makcik. Ini ada ubat tidak doktor?
Doktor : Ada makcik. Jangan risau. Makcik tau tidak baca doa makan ubat?
Pesakit : Makcik biasa baca bismillah je…. tak tau pula ada doa khusus untuk makan ubat.
Doktor : Ada makcik. Ni saya dah tuliskan dalam kertas ni. Nanti masa nak makan ubat tu makcik baca dulu doa ini ya. Kalau makcik tidak boleh baca, mintak tolong sesiapa yang boleh bacakan. Ini doa Bismillah Enam.


Bunyiknya dalam bahasa Melayu:
Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahi Layadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi, walaa fissamaa’i wahuassami’ul ‘aliim



Kita berusaha, ALLAH yang menyihatkan
-Artikel iluvislam.com
Tag :

UV 2000, BE Nuffnang -2000

on Saturday, September 24, 2011


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


UV 2000 tapi BE Nuffnang -2000. Tajuk memang pelik,sepelik kayu ukur yang diletakkan pihak Nuffnang kepada blogger macam kita ni. Dan entri ni juga boleh la juga sebagai penafian kepada tips-tips untuk mendapatkan BE (buffered earnings) oleh blogger-blogger lain di luar sana. Nak emo sikit,boleh kan?

Photobucket

Korang tengok statistik blog aku dalam minggu ini sahaja, paling rendah yang direkod kat situ ialah 1454 uv...dan bukannya 1454 views. Oh,tak tahu apa beza UV dan views? Jangan segan silu nak merujuk uncle google yang baik hati ye. Insyallah korang akan tahu beza antara keduanya.

Kalau korang perasan lah kan, 99.999% tips mendapatkan BE yang ada dalam dunia ni ada point TINGKATKAN TRAFIK ANDA. Dan ini terbukti amat tidak betul. Meh aku show sikit hasil yang aku dapat daripada Nuffnang apabila memaintainkan trafik tinggi setiap hari.
Tag : ,

Upload gambar di twitter menggunakan SMS


Photobucket

Pernahkah korang terasa nak sangat berkongsi gambar yang ada di dalam telefon bimbit korang dengan follower Twitter korang, tetapi telefon berfungsi sebegitu belum korang miliki lagi? Hanya pakai telefon biasa yang tiada fungsi 3G lagi. Usah khuatir, Twitter yang baik hati kini telah pun melancarkan satu ciri baru yang membolehkan fungsi SMS digunakan untuk mengendalikan akaun Twitter penggunanya. 

Mungkin ianya hanya direka untuk orang-orang yang belum memiliki telefon pintar lagi, Twitter melancarkan sokongan untuk menghantar gambar melalui penghantaran teks mesej (SMS) yang mudah.

Walaupun ciri mengemas kini akaun Twitter melalui teks mesej telah lama dibuat, pengguna masih belum mampu untuk menghantar gambar dari telefon bimbit  tanpa bantuan Twitter App. Sejak mula-mula Twitter melancarkan sokongan teks mesej untuk pengguna, kira-kira empat bilion SMS yang dihantar dan diterima melalui Twitter setiap bulan.
Tag : ,

Video | Lirik Lagu Satu by Najwa Latif

najwa latif,satu

Video | Lirik Lagu Satu by Najwa Latif 

Seperti yang aku nyatakan dalam ENTRI INI tempoh hari, akhirnya video lagu SATU daripada Najwa Latif telah pun di muat naik di laman YouTube. Tetapi ini cuma lah rakaman daripada shownya beberapa minggu yang lalu.

Lirik lagu Satu Najwa Latif ini masih belum ada di perpustakaan besar Google tetapi ada la part chorus yang melekat kat kepala otak ni dan ni dia liriknya...

"berikan aku satu peluang,
Tag : ,

Jom bertukar kepada Facebook Timeline

on Friday, September 23, 2011

facebook
Assalamualaikum,ni ialah paparan baru profile facebook aku lepas update kepada Facebook ticker Timeline.

Photobucket

Aku belum mencuba apa-apa lagi timeline Facebook yang baru nie, apa kata kita cuba sama-sama..nak tak? Korang boleh belajar cara mendapatkan Facebook Timeline yang cool ni di SINI(tutorial) . Sebarkan kat kawan-kawan info ini ye


KEEP ON SMILING:)
Tag : ,

Safee Sali mengamuk isu permit

on Thursday, September 22, 2011


safee sali


Safee Sali mengamuk kerana isu permit kerja nya? Aku rasa kalau la Safee tak professional, mesti dah lama dia buat macam tu. Mengamuk dan mengamuk lagi. Yelah, dia kan pemain berbakat dan serba boleh. Tetapi disebabkan beberapa perkara yang jelas sekali di luar bidang kuasanya membuatkan dia tidak mampu mencipta kegemilangan yang di idam-idamkannya dan juga seluruh peminat bola sepak Malaysia.

Antara perkara yang menjadi halangan besar buat pemain tunggal negara di benua Eropah ini ialah mengenai ranking Fifa Malaysia tidak melepasi had kelayakan untuk nya bermain di England bersama pasukan Cardiff City.


“Safee mendapat perhatian MacKay, namun masalah permit kerja menjejaskan sedikit minat pengurus ini. Menurut laporan akhbar di Wales, Selasa lalu, MacKay mengaku puas hati dengan Safee dan berminat dengannya tapi beliau tidak mahu bersusah payah dengan masalah luaran seperti urusan permit kerja memandangkan beliau mempunyai pilihan pemain lain.

“Safee berasa jika pasukan kebangsaan menduduki ranking lebih baik sudah pasti laluannya lebih mudah untuk mendapat tawaran bermain di sana. “Bagaimanapun Safee tetap mahu terus mencuba dan gembira menjalani latihan bersama Cardiff City,” katanya yang hanya berhubung dengan Safee menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). - SUMBER


Tidak mengapalah Safee, mungkin bukan rezeki kamu dan kita semua rakyat Malaysia untuk melihatnya beraksi garang di pentas tertinggi sukan bola sepak. Jangan putus asa, teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik. Lakukan lah demi masa depan sukan bola sepak negara kita.

Sebelum ini,ramai (termasuk aku) yang tidak suka malah membenci mutu permainan pemain bola sepak negara tetapi sejak akhir-akhir ini, apabila skuad kebangsaan dibarisi pemain seperti Safee Sali, Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha..segalanya telah berubah. Kini,peminat skuad kebangsaan semakin bertambah dan berkeyakinan terhadap muka baru pemain bola sepak Malaysia.


p/s: aku bangga dengan semangat juang Safee Sali nie

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

Selamat Pagi Semua

Assalamualaikum dan selamat pagi semua
Semoga hari ini lebih indah dan lebih bermakna daripada semalam ya

KEEP ON SMILING:)

Tag : ,

Tayangan Bini-Biniku Gangster ditangguhkan

on Wednesday, September 21, 2011

biniku gangster

Assalamualaikum

Sekarang ni mesti dah ramai peminat filem Melayu yang dah tak sabar-sabar nak menonton Filem bini biniku Gangster lakonan Shaheizy Sam yang dijadualkan tayangannya pada 28 September ni kan?

Tapi sayangnya, tayangan filem Bini-Biniku Gangster akan ditangguhkan dan ditunda kepada tarikh yang lain dan setakat ni, masih belum diketahui bila.

SINOPSIS FILEM BINI BINIKU GANGSTER

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya.
Tag : , ,

15#Wordless Wednesday

facebook

Mahukan facebook yang lama?

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

Video Lagu Baru Selena Gomez - Middle of Nowhere


Jom layan Lagu Baru Selena Gomez nie, tajuk nya ialah Middle of Nowhere. Video lagu baru nie pon di upload dalam YouTube pada 19 September yang lalu. So masih belum terlambat kot nak share ngan korang



LIRIK LAGU MIDDLE OF NOWHERE - SELENA GOMEZ


You left me spinning like a disco
I'm trying but I don't know
If I can stand straight
You took me left when you knew I was right
Now I gotta fight just to make it through the day

I never knew what you were capable of
Baby, I would kept my heart
But I gave it all
Baby, I fell in love
Now I don't know where to start

Chorus:
It's so cold with nobody to hold me
You're so wrong for leaving when you told me
You would never leave me by myself
Out in the middle of nowhere
Now I'm lost
Trying to make it on my own
I thought I could never do this alone,
but now I'm walking by myself
Out in the middle of nowhere

You left me broken like a record
Baby, I'm,baby, I'm hurt and I don't want to play anymore
Missed every sign
Believed every lie
Whoa whoa, and I was waiting for more

I never knew what you were capable of
Baby, I would kept my heart
But I gave it all
Baby, I fell in love
Now I don't know where to start

Chorus:
It's so cold with nobody to hold me
You're so wrong for leaving when you told me
You would never leave me by myself
Out in the middle of nowhere
Now I'm lost
Trying to make it on my own
I thought I could never do this alone,
but now I'm walking by myself
Out in the middle of nowhere

You took my heart off my sleeve
But now I'm taking it back, back
Baby, here I come
You took advantage of me
I don't appreciate that, that
You son of a gun

It's so cold with nobody to hold me
You're so wrong for leaving when you told me
You would never leave me by myself
Out in the middle of nowhere

Chorus:
It's so cold with nobody to hold me
You're so wrong for leaving when you told me
You would never leave me by myself
Out in the middle of nowhere
Now I'm lost
Trying to make it on my own
I thought I could never do this alone,
but now I'm walking by myself
Out in the middle of nowhere



p/s: makin cun awek aku nie kan?

KEEP ON SMILING:)

lirik lagu selena gomez we own the night, selena gomez video we own the night, lagu baru we own the night, lirik we own the night, selena gomez and the scene we own the night, mv clip selena gomez
Tag : , , , ,

Wasiat Iblis dan syaitan

on Tuesday, September 20, 2011


gambar hiasan penyeri blog



A title from IBLIS


ADDRESS: HELLFIRE 
DATE: STARTING TODAY AND EVERYDAY 

DEAR BELIEVERS, 

I saw you yesterday as you began your daily chores. 
You woke up without a prayer. As a matter of fact, you didn't even bless your meals, or pray before going to bed last night. You are so unthankful, I like that about you. I cannot tell you how glad I am that you have not changed your way of living. Fool, you are mine.

Remember, you and I have been going steady for years, and I still don't love you yet. As a matter of fact, I hate you, because I hate what Allah made out of dirty clay and told us to bow it. How could I bow a dirty clay, when I am made from fire. 

I am more superior then you. 
I don’t make mistakes. 
Whatever I do, is right. I am only using you to prove Allah (God) is wrong."
He kicked me out of Jannah (Heaven), and I'm going to use you as long as possible to prove I am right and I am better then you fools, in every sense. My life (my last resting place) is Hell, but what ever time Allah (God) has granted me, I will do my best to take as many of you fools as possible with me, to Hell. 


You see, Fools, ALLAH LOVES YOU and HE has great plans in store for you. I know that I have no power on you if you haven’t yielded your life to me and don’t forget that I made a promise to Allah (God) that I'm going to make your life a living hell. That way we'll be together twice. This will really hurt Allah (God). 
Thanks to you.


I'm really showing Him who's better from us, and Allah (God) has made a mistake. With all of the good times we've had... We have been watching dirty movies, cursing people out, partying, going to discos, staying out late with friends, stealing, lying, being hypocritical, indulging in fornication, overeating, telling dirty jokes, gossiping, back stabbing people, disrespecting adults and those in leadership position, NO respect for the mosque, bad attitudes: 


SURELY you don't want to give all this up! Come on, Fools, let's burn together forever. I've got some really hot plans for us. 

This is just a letter of appreciation from me to you. 
I'd like to say "THANKS" for letting me use you for 
most of your foolish life. You are so gullible, I laugh at you. When you are tempted to sin, you give in 

HA HA HA, you make me sick. Sin is beginning to take its toll on your life. You look 20 years older, I need new blood. 
So go ahead and teach some children how to sin. All you have to do is smoke, drink alcohol, cheat, gamble, gossip, fornicate, and listen and dance to the top 10 jams. 

Do all this in the presence of children too, and they will do it too. Kids are like that. Your children will be with us in Hell too. That’s the best you and I can 
give to your children. Well, Fool, I have to let you go for now. I'll be back in a couple of seconds to tempt you again. 

If you don’t get smart, you wouldn’t run somewhere, 
confess your sins, live for Allah (God) with what 
little bit of life that you have left. It's not my nature to warn anyone, but to be your age and still sinning, it's becoming a bit ridiculous. Don't get me wrong, I still hate you ... and I wont go to Hell alone! 

Always waiting for you, 

Satan .. Devil .. Iblis 

P.S. -And if you really love me, you won't share this informations with anyone!


SUMBER




Tag : ,

Goodnight semua


KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog