Assalamualaikum dan salam sejahtera readers yang awesome.
Entri bertajuk ' Lu punya pasal,gua yang jadi bangkai ' ni merupakan entri penuh dengan mainan emosi. Hahaha...sedih, kecewa dan ada la sikit MARAH... nak panggil entri tiga rasa pon takde hal punye lahhh....
Sekian lama menghilang demi fokus kepada pelajaran, banyak benda yang aku miss. Contohnya aku tak update blog, tak melawat group-group blogger di facebook, kurang blogwalking, dan banyak lagi. Sedih kan baca? Hehehe.... Then bila dah abes je final exam aku semalam...aku pun terus la balas dendam online balik semua yang aku tertinggal.
Tengok tengok twitter aku dapat banyak gila mentions. Tu aku tak heran la sebab tu semua effect daripada triberr tu...walaupun kebanyakan nya daripada triberr,aku still baca satu per satu...mana lah tau ada orang yang betul-betul mentions aku dan bukan nya robot triberr tu...
Yeayyy...ada orang mentions! Sekali baca...peh sentap. Dia emo kat aku sebab tweet benda LUCAH...aku pun pelik laa...bila lak aku tweet lucah-lucah. Rupanya ada member triberr aku yang guna kan tajuk sampah untuk trafik blog diorang. Ah sial lahhh....lu punya pasal,gua yang jadi bangkai! Kau tahu tak? Kecewa gila wehh
Rileks...aku still cool. Sebab aku ingat tak ramai la yang buat camtu then bila aku jenguk-jenguk tribe Denaihati Network, aku terperasan post Ariff (ariff shah kot) kat situ...dia cakap ape? meh baca ni..
Ciss,nampak sangat la dah ramai gila yang buat skill kotor camni kan...kalau tak ramai pon,mesti dah banyak kali benda-benda camni jadi. Apa nak jadi la dengan blogger jenis camni. Macam parasit. Menumpang rumah orang, lepas tu pegi berak sepah-sepah..Puihhh ( jangan buat peribahasa untuk karangan okeh )
Aku tak kisah kalau kau nak buat tajuk gila gempak stimo kat blog kau tu (blogger yang terlibat sahaja) kau punya blog, kau punya suka la kan...kau juga yang tanggung sendiri tapi bila kau dah diterima untuk join triberr...please la sedar sikit tanggungjawab BARU kau tu. Tanggungjawab menjaga nama baik orang lain. Takkan la kau nak orang lain nampak pervert macam kau jugak wehhh..agak-agak lah kan
Ya,memang la nanti kau cakap tu cuma tajuk je....isi taklah lucah mane pon. tapi kau tak rasa ke nanti bila followers kepada member tribe kau tu baca tajuk tu nanti, secara automatik nya mereka melabel si polan tu sebagai gila seks. Yess,itu lah yang orang dok sebut-sebut First Impression..it's very very important okehh. Lebih teruk kalau followers tu pegi lak canang sekampung yang si polan tu tweet lucah-lucah...tak ke haru ke nanti jadinya? sadis gila wehhh...
So,aku harap member-member tribe aku iaitu tribe mega Denaihati Network dan juga tribe kecil Kelab Blogger dapat menjaga nama baik antara satu sama lain. Kalau nak jugak buat tajuk lucah, korang jangan lepaskan kat triberr...kalau tak member lain akan mendoakan keburukan kat kau. Kalau kau nak aku tak kisah. Sekian terima kasih...siapa nak join tribe aku boleh la hantar request ye. Aku terima semua orang, tiada pengecualian. KLIK SINI kalau nak join...
p/s: maaf atas bahasa kasar yang ada dalam entri ni..kasar ke?
KEEP ON SMILING:)









