1 hari 1 entri

Assalamualaikum pembuka bicara. Terpublish nya entri ini adalah hasil teknik auto publish yang sering aku praktikkan dalam berblogging. Kalau nak tahu dan belajar teknik ini,rajin kan lah jejari runcing kalian untuk membelek page TUTORIAL BLOG di bawah header blog hina ini.



Baik lah,entri ini bukan sebarang entri...entri diberi tajuk 1 Hari, 1 Entri mempunyai 1001 maksud dan makna tersirat yang dirungkaikan. Siapa yang akan menjelaskan isu ini? anda, anda dan anda semualah yang akan menghuraikan nya sendiri. Ya,mengikut idea dan buah fikiran masing masing untuk menafsirkan nya. Jika madu yang anda bayangkan,manis lah ia...begitu juga sebaliknya.

Pada hemat aku sebagai penulis dalam blog serba kekurangan ini, entri ini diletak tajuk 1 Hari 1 Entri adalah kerana aku merasakan sudah tiba masanya...ya,aku rasa inilah waktu yang tepat bagi aku meminimumkan aktiviti blogging ku seminimum yang boleh.

Usah ditanya kenapa dan mengapa, setiap yang berlaku ada sebab nya. Mustahil pokok bergoyang jika tiada angin yang meniup mesra dirinya. Takkan semut berkumpul jika tiada gula di situ.


Usah bimbang,sebab musabab keputusan ini dibuat akan aku perkhabarkan kepada kalian apabila tiba masa nya nanti. Sabarlah....insyallah akan aku nyatakan kenapa dan mengapa 1 Hari 1 Entri di buat. 

Kepada semua, maaf jika ayat di sini agak poyo ya. pffttttt~ok,bai

KEEP ON SMILING:)



Tutorial: Cara letak LIKE facebook fan page di blog

Assalamualaikum semua. Rasanya dah lama aku tak buat entri pasal tutorial kat dalam blog aku ni. So,arini nak share dengan semua tutorial baru iaitu cara letak badge facebook fan page di dalam blog.

Aku yakin ramai blogger yang ada facebook fan page kan,sebab aku pon ade...hehe,ni aku punya




Senang je nak letak page facebook ni dalam blog,nanti aku ajarkan macam mana. Apa yang penting sekarang ni tempat korang pilih untuk letak kan badge facebook fan page ni mesti lah kat tempat yang orang ramai boleh nampak.

Bila dah nampak,senang lah diorang nak klik like kalau diorang suke. Aku letak badge facebook ni kat atas banner blog aku kat bahagian sebelah kiri. Ce korang tengok, ada tak?


Oke,kalau nak buat jugak....first sekali korang mesti ada facebook fan page. Yup,ini wajib. kalau korang takde macam mane nak letak dalam blog kan. Lepas tu korang pergi kat http://blitzlocal.com/facebook_tools/

kat situ,korang akan nampak page macam ni...


Kat kotak kosong tu,masuk kan je ID fan page yang korang nak letak dalam blog. Macam mana nak dapat kan ID tu? haha,tak susah jugak...korang pergi kat page facebook tu,then klik EDIT PAGE pastu klik COPY LINK LOCATION macam ni, amek nombor sahaja oke,huruf semua tu tak payah


lepas tu klik je generate. tunggu code HTML keluar kejap. bila dah siap,korang boleh lah pilih sama ada nak jenis yang sebelah kiri,kanan ataupun kedua-dua nya sekali. copy code tu dan letak kan kat blog korang. Klik DESIGN > ADD A GADJET > HTML/Javascript pastu paste saja kat situ k. ni ramai dah tau kan...

Save dan lihat hasil nya. DAH SIAP! senang kan kan kan? cuba lah buat kat blog korang. kalau ada masalah atau sebarang pertanyaan,jangan segan silu nak tanya oke...kalau aku tau,aku jawab kan. Sekian,terima kasih. hepi blogging semua



KEEP ON SMILING:)

Safee Sali - Hero bola sepak negara!



Assalamualaikum semua. Lepas habis friendly match antara Malaysia dengan team Liverpool beberapa jam yang lalu..penyerang berbisa dan popular negara iaitu Safee Sali terus menjadi topik hangat di mana sahaja. Buktinya lepas je perlawanan tu, Safee Sali terus menjadi trending worldwide kat twitter. Kalah hashtag Liverpool.

So,kat sini aku ade bagi info serba sedikit pasal penyerang berbakat yang dikatakan pengganti Allahyarham Mokhtar Dahari yang aku dapat daripada laman web wikipedia. Jom baca biodata Safee Sali, hero Malaya! lagi sikit nak hatrik tadi kan.pehhh


Mohd Safee Mohd Sali (lahir pada 29 Januari1984) adalah seorang pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk pasukan Pelita JayaIndonesia, merupakan pemain bola sepak Malaysia yang pertama bermain di Liga Super Indonesia. Sebelum ini beliau pernah bermain untuk Melaka TMFC, Kuala Lumpur FA, Sarawak FA and Selangor FA.

Pada 27 April 2011, beliau memenangi Anugerah Atlit Lelaki Paling Digemari di dalam satu undian oleh Astro Arena, saluran sukan Malaysia yang pertama

Safee mula mewakili Malaysia Bawah-23 ketika peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2004. Beliau beraksi di semua perlawanan tetapi kebanyakannya adalah sebagai pemain ganti. Beliau kemudian dipilih untuk menyertai pasukan Malaysia Under-23 di Pra-Sukan Asia Tenggara 2005 di Thailand di bawah jurulatih Bertalan Bicskei.


Beliau hanya berupaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang Filipina Bawah-23. Sayangnya, beliau tidak menyertai skuad Sukan SEA 2005 yang menggondol pingat gangsa. Selepas Sukan SEa, Safee diberi peluang oleh jurulatih Norizan Bakaruntuk menyertai pasukan Bawah-23 untuk Sukan Asia 2006, tetapi beliau tidak berjaya lagi.

Setelah prestasi yang hambar dari pasukan Bawah 23 kebangsaan, Safee dipilih sebagai penyerang utama oleh jurulatih B. Sathianathan. Bersama dengan rakan seperjuangan, Mohd Aquan Adha Abdul Radzak, mereka berjaya menjuarai Pesta Bola Merdeka 2007 setelah mengalahkan Myanmar 3-1 dalam perlawanan akhir, di samping beliau sendiri menjadi penjaring terbanyak dengan 4 gol. Kemudian, beliau dipilih untuk mewakili negara di Sukan Asia Tenggara 2007. Safee mampu menjaringkan 2 gol dalam kejohanan ini tetapi pasukan Bawah 23 gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pada tahun 2008, Safee dipilih sebagai penyerang utama di Piala Intercontinental Malaysia 2008, di mana beliau berjaya menjaringkan ketiga-tiga gol untuk pasukan Malaysia yang kecundang 1-3 kepada Republik Ireland, menang 1-0 ke atas Iraq dan seri 1-1 dengan Nigeria. Perlawanan menentang Nigeria ini merupakan kali terakhir Safee beraksi dalam pasukan bawah 23 kebangsaan.


Setelah mempamerkan aksi cemerlang bersama Sarawak di Liga Perdana Malaysia, Safee berjaya menganggotai pasukan kebangsaan, lalu diberikan perlawanan senior pertama menentang New Zealand pada 19 Februari 2006. Kemudian, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan keduanya menentang New Zealand lagi.

Safee kemudiannya menganggotai pasukan bola sepak kebangsaan yang bersedia untuk Piala Asia AFC 2007. Beliau membuat penampilan pertamanya di Piala Asia pada perlawanan kumpulan ketiga menentang Iran yang mana Malaysia kalah 0-3.

Safee juga menyertai skuad Malaysia XI menentang Chelsea F.C. di Stadium Shah Alam pada 29 Julai 2008. Sungguhpun beliau mempamerkan aksi yang mengagumkan, namun pasukan Malaysia XI tumpas 0-2.[7] Walau apapun, jurulatih Chelsea, Luiz Felipe Scolari memuji kesungguhan Malaysia XI melawan pasukan anak latihnya.

Dalam Pesta Bola Merdeka 2008, Safee sekali lagi melakukan jaringan yang hebat dalam perlawanan menentang Nepal. Beliau menjadi penjaring tertinggi di kejohanan ini dengan 5 gol biarpun Malaysia kalah dalam sepakan penalti 6-5 menentang Vietnam di pusingan akhir.

Pada November 2010, Safee disertakan dalam pasukan negara oleh jurulatih, K. Rajagopal untuk Piala Suzuki AFF 2010. Safee menjaringkan dua gol ke aras Vietnam untuk menjamin kemenangan 2-0 di pusingan pertama separuh akhir. Safee sekali lagi menjaringkan dua gol dalam pusingan pertama akhir dalam kemenangan 3-0 ke atas Indonesia.

Dalam pusingan kedua akhir, Safee merembatkan satu lagi gol untuk menjadi penjaring terbesar kejohanan dengan jumlah 5 gol. Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat julung kali dalam sejarah.
hebat kan Safee Sali 
KEEP ON SMILING:)


















Liverpool (6) - (3) Malaysia


LUMBA DAN MENANG IPAD 2 DI SINI!


(LIVE) Liverpool VS Malaysia
boleh ditonton di link di bawah

----> Liverpool VS Malaysia Asia Tour <---
*kualiti bergantung kepada kelajuan internet*


p/s: lepas match ni, Safee Sali jadi trending worldwide kat twitter

VROOOMMMMM,LAJU NYA DIA MEMECUT

Enjoy ye semua
KEEP ON SMILING:)













Iklan Churp churp di bawah entri

Assalamualaikum semua, saje je update sikit...ringkas je. Sekadar entri percubaan. Nak tengok sama ada iklan churp-churp yang baru aku setting untuk berada bawah setiap entri aku lepas ni jadi ataupun tidak.

Kalau jadi,alhamdulillah...kalau tak,terpaksalah adjust balik coding iklan ni. Haishhh,payah jugak ek. Lagi satu,cuba korang tengok kat sebelah kiri. Aku dah letak kan banner rasmi untuk blog smile ni. hehehe,simple je...tak lawa pon. yang penting ikut saiz standard, 125x125 tak macam banner yang lame aritu.okbai

KEEP ON SMILING:)







tutorial meletakkan iklan nuffnang secara statik di blog




Adakah anda sudah mempunyai akaun Nuffnang.?.
Kalau ada, dimanakah anda letakkan iklan anda itu..(skyscraper)?

Memasang iklan secara statik adalah meletakkan iklan pada kedudukan yang tetap dalam sesebuah blog walaupun entri telah di'scroll' ke bawah


Anda scroll macam mana pun ianya tetap berada pada kedudukan itu. Kelebihan.? Nanti akan dicerita kat bawah, jom kita tengok cara yang yang perlu dilakukan untuk letak iklan nuffnang statik ini.


Owh, sebelum tu. Mungkin ada yang bertanya 'Letak iklan statik tidak menyalahi terma dan syarat Nuffang ke.?'

So ini jawapan dari nuffnang sendiri.
Yes, it is allowed for a blogger to place his ad unit static as shared by you. That position is no doubt desirable and advertisers would love to advertise on such placement.

However, bear in mind that the desirability for a Skyscraper ad unit is the same if it\'s placed;
- the top gadget of a sidebar
- visible upon loading of the page
- visible at all time (static ad)

As such, it doesn\'t really make a big difference, but nevertheless, advertisers will pay more attention to blogs which embed the ad units as a static ad.

Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations Executive

Nuffnang Sdn Bhd


Cara-cara untuk letakkan iklan statik adalah seperti berikut.

1. Login akaun Nuffnang untuk pastikan kod iklan Nuffnang untuk Skyscraper



2. Copy kod di bawah, kemudian letakkan di HTML/javascript dalam blog anda
( Dashboard > Layout > Page elements > Add a gadget > HTML/javascript )
Kalau masih tak faham rujuk sini.
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;'>Letak Kod Nuffnang Sini</div>


Penerangan :
i.) Nilai 5px boleh diubah. Nilai ini menentukan jarak dari bawah dan jarak dari kanan.
ii.) Masukkan kod iklan Nuffnang yang diambil dari step 1. (pastikan kod adalah untuk Skyscraper)


UPDATE: Jika anda hendak kod bersama tulisan kelip² "aik, takkan tengok je" kodnya adalah seperti dibawah.
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;'><blink>Ai, takkan tengok je.:)</blink>Letak Kod Nuffnang Sini</div>


3. Save, kemudian lihat kesannya dalam blog anda.:)

Bagaimana, senang bukan..:)

-----------------------------------------------------------

Kelebihan meletakkan iklan secara statik.

1. Kebarangkalian untuk pengunjung melihat iklan itu adalah sangat tinggi. Kerana ianya muncul sentiasa walaupun scroll ke bawah.

2. Kebarangkali untuk klik juga adalah tinggi.

3. Advertiser lebih berminat untuk beriklan di blog anda.

4. Berdasarkan kepada no1,2 dan 3, maka earning anda pun akan bertambah..:)

KREDIT: UNWANTED

Wayne Rooney melenting lepas tengok video kelakar ni

Manchester United:
Di sebuah padang bola, mungkin kat stadium Old Trafford kot...aku borak-borak dengan Wayne Rooney lepas habis berlatih sama-sama. Biasa la, bincang hal-hal lelaki. Budak pompoan jangan sibok-sibok nak tau jugak okehhh, pehlisss laa.

Lepas tu, ade membe aku bagi link video kat iPhone4 aku. Terus lah aku tengok sekali dengan Rooney,ingat die bagi cerita kartun Naruto ker hape....sekali video ni daaa, habis EMO tak tentu pasal laa si mamat botak nihhh....serius buruk muka dia time marah tak ingat dunia tu


SIAALLLLLL !! BAJU AKU TU WEHHHHH


p/s : jangan sesekali menunjukkan kebodohan diri sendiri, okbai


KEEP ON SMILING:)





UNIVERSITI TEKNOLOGI PETROLEUM

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETROLEUM


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kali ni aku nak cerita pasal isu paling HOT kat kampus aku 2,3 hari ni. 

Sebenarnya ni bukan lah isu baru bagi kami, para UTPian tapi sejak akhir-akhir ni menjadi semakin panas dan sensasi. Kalah cerita pasal perhimpunan BERSIH aritu. 

Isu yang aku nak cerita kat sini adalah tentang pertukaran nama Universiti Teknologi PETRONAS kepada nama Universiti Teknologi PETROLEUM. haa,nampak tak beza kat situ. Daripada nama PETRONAS nak ditukar menjadi PETROLEUM


Beberapa hari lalu aku pernah baca blog senior kat UTP ni pasal pertukaran nama ni kat entri ini. Kat situ die ada cerita pasal dialog antara pelajar dengan speaker dalam sebuah ceramah tentang perkara ni. Dan ade juga sebut pasal sebab musabab pertukaran nama kampus ni di buat kelak.


Sebab yang dinyatakan kat situ ialah jika menggunakan nama PETRONAS, orang ramai akan menyangka bahawa semua pelajar yang menuntut di sini merupakan pelajar pelajar tajaan biasiswa PETRONAS tetapi hakikatnya bukan begitu. 

So,dengan pertukaran nama ni diharap dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap pelajar dan UTP sendiri. tapi benarkah begitu? Sebab dalam kalangan pelajar,ramai yang cakap sebab nak ditukar nama ni adalah kerana PETRONAS sudah tidak mahu membiayai kos penyelenggaraan kampus ini.


Jujurnya,aku pon tak tahu reason yang sebenar-benarnya tapi kalau di ikut kan...betul lah apa yang speaker tu cakap pasal pelajar kat sini bukanlah semuanya ditaja oleh PETRONAS.

Mungkin dulu YA,semua pelajar di UTP ditaja sepenuhnya oleh PETRONAS..tapi sejak 2 atau 3 tahun lepas, PETRONAS telah menukar dasar penajaan mereka dan ini menyebabkan hanya segelintir sahaja pelajar UTP yang berada dibawah tajaan PETRONAS walaupun semua pelajar di sini mempunyai result SPM yang cemerlang dan layak menerima biasiswa tersebut.

Sekarang ni hanya waktu yang menentukan sama ada betul atau tidak berita tentang pertukaran nama kampus ni. Harap badan tertinggi Universiti dan PETRONAS dapat lah memikirkan semua aspek terutamanya penerimaan para pelajar sebelum mengambil keputusan ini. sekian, terima kasih

Insyallah,aku akan update lagi dari semasa ke semasa. kena kumpul maklumat banyak banyak dulu. hehehe, interview sikit kawan kawan,tanye pendapat diorang macam mana kan...so,tunggu ye.

Ape kate,kita tanya pendapat ADMIRAL HAFIZ pasal isu ni pulak...zaaaasssss!!

PEMINAT BERITA HARIAN?

update:
-respon Dr Faiz Khaleed-



KEEP ON SMILING:)





1#Spontaneous Thursday


gambar hiasan

HIDUP DUA KALI,DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

MATI PULA CUMA SEKALI,

JADIKAN MATI YANG SEKALI INI BUKANLAH KEMATIAN 

YANG SIA-SIA 


KEEP ON SMILING:)







Dapat duit apabila komen atau share video 1tube.my

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Ni ialah entri yang aku publish menggunakan teknik auto publish. kalau nak tau jugak macam mana cara nak buat auto publish ni, boleh lah belajar kat SINI






Ok,dalam entri kali ni aku nak bagitau kat korang semua cara terbaru nak tambahkan duit poket korang. Senang je. Dengan meng-komen atau share video 1tube.my ni,korang akan di bayar RM0.30 bagi setiap komen ataupun sharing yang dibuat. Mudah kan..



lagi senang kalau korang ni hantu facebook ataupun twitter. Dalam sehari je insyallah boleh kumpul RM6. Banyak kan...bukan nye korang kena membanting tulang pon. just klik klik klik je...dah dapat duit macam tu punye banyak.

kalau malas dapat sikit je macam aku ni

Tapi bukan semua video 1tube yang akan di bayar, so jangan buat silap pulak k. takpe2, sebagai panduan untuk korang semua..aku list kan video 1tube yang termasuk dalam campaign ni. ni dia:


Pastikan korang klik 'paid to share this campaign' . baru lah korang boleh dapat keuntungan dengan share video ni semua dengan kengkawan yang lain.

Bagi aku la kan, 1tube ni bijak betul lah kan...yela,sekarang ni kan ramai orang dah stick dengan youtube. so,bila ade 1tube ni...mane ade orang nak pandang.  Bila dia buat kempen bijak macam ni...dapat menarik ramai orang join 1tube. Bila dapat duit,semua orang nak kan...betul tak?

So,jangan lepaskan peluang keemasan ni. Share video sebanyak yang boleh dan cash out duit banyak banyak bila dah cukup banyak nanti oke.


KEEP ON SMILING:)

Copyright by Blog Azri| Thanks Forblogger and Templateism | Azri Network (IP0397606-A)