Punca BE tak masuk ke blog ni

on Thursday, June 16, 2011



Assalamualaikum semua,dah bace balasan NUFFNANG atas tiket (soalan) yang aku hantar kat depa? soalan yang aku tanye ialah kenape aku tak menerima Buffered Earnings lagi selepas BE pertama dulu.

So,dengan balasan Nuffnang ni,aku beranggapan dah takde care lain dahh nak mendapat kan BE melainkan korang buat MACAM NI.

kalau dah buat semua steps tu,tapi tak dapat-dapat jugak....korang sabor jelahh. sampai turn kita nanti, insyallah dapat. jangan risau dan gundah gulana ya. haha,kalau tak sabar,sila la kahwin lain dengan Advertlets ke...ni bermadu ya,bukan curang. lain tu....

daripada korang dok tunggu BE yang entah bila akan menari-nari kat sidebar korang tu,ape salahnya korang join segmen: jom berkenalan sesama blogger . Ni segmen pertama yang aku buat. harap-harap ramai lah yang sudi join ye. 

KEEP ON SMILING:)
Tag :

update: alexa ranking june 2011

( tak sangke lak ENTRI NI, HOT kat INNIT sekarang. cube bace...)

Assalamualaikum,kali ni just nak buat short entri,insyallah...

sebelum aku proceed,korang boleh tengok entri aku pasal Alexa Ranking mase bulan APRIL dengan MEI. pastu baru lah korang boleh sambung baca update aku pasal ranking blog smile:) ni menurut perkiraan si alexa.com

kalau korang perasan,kat bahagian sidebar,aku ade letak kan info alexa pasal blog picisan aku ni. yang die tunjuk kat situ ialah ranking untuk website di seluruh dunia. maksud nya worldwide laa.. oke,harap maklum. ce tengok ranking setakat ni, 15 JUNE 2011...
Tag :

aishh,lagi sekali

on Wednesday, June 15, 2011

( nak tau aku guna laptop ape? pegi bace kat SINI )

Assalamualaikum semua. Hari ni memang hari yang gila bagi aku. serius gila. haa,bukan gila babi, tapi penat gila! sebab nye ialah arini kelas aku straight daripada pukul 9 pagi sampai pukul 3. kalau lecture hall dengan lab dekat takpe.. ni punye laa jauh. macam nak tercabut jek kaki panjang aku ni.


Then pukul 3 pulak tu pegi ke lecture hall balik semula, ade taklimat pasal PTPTpu.. macam-macam borang kene isi. abes pulak dalam pukul 5 gitu. nak balik hostel tapiiii hujan lebat.. -.- terpaksa lahh duduk situ lame lame. do nothing...ciss,buang mase betul. kalau bawak laptop bole le blogging kejap.

Then petang tadi lak, ade lak peristiwa yang agak hempeh jadik kat aku. aku rase ni macam sambungan cerita entri aku pasal terkunci bilik aritu laa..

Aku tak nak cerita panjang-panjang sebab aku tengah merana kesakitan ni. so,aku akan cuba menaip dengan laju dan seringkas yang mungkin. harap korang paham la ye...kalau tak paham, cuba bace balik entri NI. insyallah, korang akan paham

Gini cerita nya,petang tadi..same la macam aritu. dalam area pukul 6.30, aku baru lepas balik daripada bilik member aku. ade laa kene buat assignment ngn die sikit. then sampai bilik aku je, aku pon lincah-lincah laa kemas bilik sikit-sikit. pastu bersiap nak pegi mandi.

Segala nya aku buat dengan kadar kepantasan cahaya. ya,amat pantas mengalahkan EVO X beb. lepas bukak-bukak baju dan segala pakaian yang aku pakai,aku pon keluar laaa dari bilik untuk ke destinasi yang satu,toilet

Kali ni aku dah confident aku bawak kunci bilik aku,tak nak kes aritu jadik lagi. mase keluar pintu tu,aku tarik le pintu bilik aku. then time nak pakai selipar,aku letak tangan kat bingkai @ daun pintu..aku lupa yang aku dah tarik pintu tu laju-laju dengan velocity yang amat tinggi. pastu pastu.....






Tag :

4#Wordless Wednesday

Tag : , , , , ,

3#Wordless Wednesday

Tag : , , ,

cara #2 : menggunakan SEO

on Tuesday, June 14, 2011

assalamualaikum..peh tadi aku sentap baceblog NI.ape daaa ;p


hai korang semua,ape khabar? kali ni aku nak sambung bagi sikit ilmu dalam blogging. bagi yang dah lame mungkin tak berapa nak penting kot bagi korang. tapi bagi newbie-newbie, tips ni mungkin sangat penting bagi korang.
Tag : , ,

Ni game Plants VS Zombie ke?

Assalamualaikum,

korang pernah main game ni tak?


aku rase mesti ramai pernah main kan. game ni TOP kot. aku pon selalu main game ni time sekolah dulu. ketagih gila beb. bukak komputer je mesti nak main game Zombie ngn pokok-pokok ni.

Tapi sekarang ni aku jumpe game baru. Dengar cite game ni lebih kurang macam game Plants vs Zombie. tajuk game ni ialah SHOCKVILLE ! name pon cam best je kan. excited nak main nih.hehe
Tag :

cara #1 : ping blog di facebook


Assalamualaikum semua. korang ape khabar? aku sihat hari ni. banyak kelas kene pegi so entri ni simple-simple jek. Aku nak share kat korang semua tempat ping blog kat facebook.

ping blog? ape tu? emm,ping ni maksudnye korang letakkan link entri terbaru korang kat dalam facebook. sangat penting terutama bagi newbie macam aku nie ye.

Antara tempat ping yang selalu aku semakkan ialah:
  1. facebook.com/blogsmile
  2. aku seorang blogger
  3. kelab blogger
  4. santai blogger
  5. blogger tercinta
oke,5 je dulu aku letak. bukan kedekut ke ape. tapi nak suruh korang pegi try dulu. kalau berkesan boleh mintak lagi.

peringatan penting dari aku,korang mesti lah bersabar. jangan tamak haloba k. rajin-rajin laa singgah blog-blog lain yang ping dalam tu jugak. sekian

p/s: dah bace entri paling banyak komen dalam blog ni?
kalau belum, jom BACA

KEEP ON SMILING:)
Tag : , , , , ,

Kenapa BE bertukar kepada ME ?

on Monday, June 13, 2011

Assalamualaikum

Hari ni mesti budak-budak sekolah rasa "happy" gila kan sebab dapat pegi ke sekolah semula lepas 2 minggu bercuti. lagi-lagi budak sekolah berasrama,mesti dah lame menahan rindu nak basuh baju sendiri, lepas tu gosok baju smart2 dan kemas loker masing-masing kan?

oke,sebenarnya aku nak tanye kat korang semua something laa..aritu kan,1st time aku dapat BE(buffered earnings),macam yang aku stori kat entri NI.tapi arini aku tengok BE sulung aku tu dah bertukar pulak

Daripada gini:


Jadi camni pulak :


Pelik,pelik dan pelik. aku sebenarnya amat lah baru dalam nuffnang ni,sebab tu lah aku tak berape nak tahu sangat pasal BE lahh,ME lahh dan macam macam lagi.

kalau kat UTP ni,ade banyak 'e' jugak..contoh macam P.E (petroleum engineering),M.E (yg ni bukan metered earnings, tapi Mechanical Engineering),C.E (civil engineering) dan banyak lagi. lenguh tangan nak taip wehh..

Nak tanye soalan ni kat korang lah kan,lagi-lagi yang dah bertapak lame dalam dunia blog ni..BE ni memang lumrah die akan bertukar kepada ME atau cuma berlaku dalam sesetengah kes? haaa,kalau ye,kire kes aku ni kes special lahhh. ceh,perasan tak mengagak...

so,tu je..harap ade laa orang yang sudi menjawab segala persoalan aku ni ye.terima kasih daun keladi


KEEP ON SMILING:)

korang hebat main game?yeke,kalau ye..ce main game NI.aku cabar!
..............................................................................................
Tag : , , , , ,

aku blogger bertuah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tadi lepas balik daripada lecture chemistry,aku terus online bukak blog nak BW.then aku pon bace la entri PS pasal '10 blogger bertuah'

Pastu ternampak link blog aku dalam tu. pehh,terkejut gila...Penulis Senja pilih aku sebagai salah sorang daripada 10 blogger yang bertuah. 

Alhamdulillah, dan terima kasih juga aku ucapkan kepada PS sebab memberikan penghargaan ini kepada aku. kalau korang semua nak tahu,PS siap bagi puisi kat aku...jom baca dan hayati ye kawan2



sekian,terima kasih

KEEP ON SMILING:)

Tag : ,

a err ujk nemb kelt ni w squc apd zix mqqiooww vusx ller mbe apic

on Sunday, June 12, 2011

Tag : , , , , , , , , , , , , , , ,

ya,inilah keadaan sebenar sukan di Malaysia

Assalamualaikum semua. 

Selepas berakhirnya perlawanan yang sengit antara Kelantan dan Terengganu dalam final piala FA semalam,ramai jugak laa blogger yang bercerita pasal topik ni. Ada yang gembira sakan,ada juga yang meluah kan kekecewaaan atas kekalahan pasukan negeri nya. ade pulak cakap khairul fahmi hilang taring. entah laa,no komen.

yang paling tak bole blah bile ade penyokong dari negeri lain yang marah refferee macam nak berperang padahal bukan team negeri die yang main :p . ishh,biar lahh..malas nak komen. Nanti berpecah ikut negeri pulak,kesian le PM kite..penat die canang 1Malaysia sana sini..tup tup sebab bola semalam tu je bole menjejaskan kempen beliau tu.

Sebenarnya aku nak cerita pasal mentaliti rakyat Malaysia terhadap sukan. lebih-lebih lagi bola sepak ni. Aku pelik laa,kenape setiap kali ade nye perlawanan bola mesti korang semua nak bawak mercun sekali. ingat nak sambut hari raye aidilfitri pe? Jap,'korang' tu aku tujukan kepada si pembawa mercun ehh..heehe

Kenapa tidak kita berikan sokongan dengan cara yang betul. kalau tak puas hati dengan cara diorang main. korang pergi lahh jumpe coach team feveret korang pastu mintak die bagi korang main lakk...haa,baru puas hati kan. sendiri main baru dapat rase senang ke susah. takat komplen je,aku pon bolehh..

Contohilahh fans bola sepak kat Eropah nun. Perlawanan paling berprestij antara Manchester United dengan Barcelona tu mane laa ade orang nak baling mercun. Bukan takat mercun,nak tengok botol atas padang pon susah.. kecuali le botol-botol air pemain kedua-dua pasukan.

Aku tak tau le nak ulas macam mane sebenarnya.. Korang ade otak,so pikirlah sendiri ye. cehh,macam tiru tagline Nabilo pulak kan. Akhir kata, na na na na na Ganu kite~ Tahniah kepada pasukan Terengganu atas kemenangan semalam. Kelantan,jangan lahh nak frust menonggeng oke. takde rezeki tu,tempat kedua oke what? Kesian naa khairul fahmi tu,ce bace NI

ubah mentaliti,tingkatkan kualiti.
"majulah sukan untuk negara"

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

[HOT] Selena Gomez mengandungkan anak Justin Bieber?

on Saturday, June 11, 2011



Assalamualaikum aku ucapkan kepada para pembaca blog smile:) sama ada seorang blogger ataupun tidak. Semalam aku terbaca satu berita yang agak menarik iaitu mengenai "selena gomez hospitalized after tonight show appearance."

Laporan berita tu aku dah translate ke bahasa Melayu menggunakan google translate,khas untuk korang semua.ni dia :

"Selena Gomez dikejarkan ke hospital semalam selepas kemunculannya dalam rancangan The Tonight Show. Menurut sumber, Sel G merasa tidak sihat semasa rancangan itu. dia mengalami mual dan pening kepala yang teruk. Selena dibawa ke Hospital LA dan sedang melalui beberapa ujian. Punca masalah ini masih belum dapat dikenal pasti lagi."-sumber
Tag : , , , , , , , , , , , , , , ,

Soalan Trial SPM 2011

 
 KOLEKSI SOALAN TRIAL SPM 2011
soalan trial SPM 2011 mengikut negeri
Tag : , ,

Keputusan Juara Maharaja Lawak Astro musim pertama 2011

jom join segmen menarik:

juara maharaja lawak astro

Juara – Wang tunai RM300,000
Naib Juara – Wang tunai RM200,000
Tempat Ketiga – Wang tunai RM100,000

Tag : , , , , , , , , , , , , , , ,

tiada lagi tazkirah

on Friday, June 10, 2011


Assalamualaikum


....sebab aku rasa aku masih belum layak lagi untuk berhujah menggunakan hadis dan dalil-dalil. bimbang juga tersilap hadis.. Nauzubillah, tak sanggup nak menanggung dosa berkongsi sesuatu yang tidak betul. maaf kan lah jika aku pernah melakukan kesilapan seperti ini...tegur-tegur lah k. Selamat Beramal semua !

KEEP ON SMILING:)
Tag : , , , , , , , , , , , , , , , ,

My Acer

on Thursday, June 09, 2011

Assalamualaikum,hai korang..arini aku nak habaq kat hangpa semua..aku dah ade sebuah laptop jenama Acer. Thanks to my dad yang belikan lappy nih.. Insyallah, i'll take good care of it and use it wisely. So,check it out guys :


p/s: korang punye laptop jenama ape lak? cecite...

KEEP ON SMILING:)

Tag :

jom ramai-ramai serbu...

....blog yang awesome NI. kalau rase best,sila lah follow sekali k


KEEP ON SMILING:)
Tag :

khamis,nak buat ape ek?

ANY IDEA?
just drop your comments below da post okay


asyik makan aiskrim jekkk..bosan lahh
nasib baik ade OPERA MINI,boleh online through phone saja,for FREE

Tag :

2#Wordless Wednesday

on Wednesday, June 08, 2011


KEEP ON SMILING:)
Tag : , , , , , , , , , , , ,

#Wordless Wednesday


no words are allowed

Tag : , , , , , , ,

Page NajwaLatif's Haters kat Facebook ?

Assalamualaikum, actually,i have no comment on this topic but...
i really hope that this is not true. 



p/s: Kenapa kita mesti dengki dengan kejayaan orang lain?

KEEP ON SMILING:)
Tag : , , , , , ,

Akhirnya BE datang kepadaku

on Tuesday, June 07, 2011

( previous entry: pengalaman di UTP )

Assalamualaikum

hai hai,tadi aku online kejap. bukan nak update blog or facebooking but saje-saje lahh tengok account Nuffnang aku sebab dah lame tak tengok kan. yelahh,aku kan merajuk ngan nuffnang sebab duit aku tak gerak-gerak,RM0.00 jekk..

Tapi,bila aku bukak tadi..Alhamdulillah,aku tengok ade satu BE sesat dalam akaun aku. yeayyy! haha,nampak kan eksaited gila. yelahhh,ni first time aku dapat BE. selalu dok bace entri kat blog-blog lain jek. ade pulak blogger yang dapat 5,6 BE dalam seminggu. pehh,aku empat bulan baru nak muncul ni.


Aku tak paham pon macam mane BE ni dikira tapi aku rase lebih baik kot daripada kempen-kempen biasa yang ade dalam iklan nuffnang ni. Kalau tak kenape orang sibuk-sibuk nak kecoh bila dapat BE ni kan. Ade kes lain pulak,blogger curang dengan nuffnang sebab tak diberi BE (Buffered Earnings).

okay,aku tak nak komen ape-ape sebab aku pon tak pakar sangat dalam bab-bab ni.Kalau korang nak contoh blogger yang dapat earnings mencanak-canak dari Nuffnang,sila baca entri INI. Bagi aku,kalau ade rezeki dapat laaa..kalau tak pon tak pe. Ape la sangat taraf blog aku ni sampai orang nak hulur duit kat aku kan kan? oke,choww~(NANG)


KEEP ON SMILING:)
Tag :

freshy tuesday


Arini Hari Selasa. ya,semua orang tau kan..ape lah. Assalamualaikum semua. aku just nak habaq aku dah balek ke Perak atau lebih tepat aku sekarang berada di Universiti Teknologi Petronas. So,kene la menjalankan rutin sebagai seorang student yang nerd. tak dapek nak marathon ping blog kat group-group fb tuh. 

so,kalau mahukan sesuatu daripada blog smile:) ni,korang pi jea baca entri-entri aku yang sempat aku publish selama 2 hari aku berada di rumah tercinta k. ni haa list nya,5 je cukup kan :



p/s: "like" la page blogsmile kat facebook

Tag :

2 minggu di UTP

on Monday, June 06, 2011



assalamualaikum,nak stori pasal pengalaman aku kat UTP macam x syokk je kan. yelahh,baru 2 minggu..kalau 2 tahun tu lain la. dah banyak pengalaman. so,aku tepek je gambar-gambar dalam ni. korang tengok la sambil facebooking ngan membe-member tu.
Tag : , , , , , , , ,

derita adik Nurul Afiqah


assalamualaikum semua

hari ni aku,azrijohan nak kongsi sebuah cerita yang aku dapat dari SINI.

____________________________________________________

Adik Nurul Afiqah Bt. Mohd. Zahir (12 tahun) dilahirkan pada 3 April 1999, di Hospital Damai, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Semasa berumur 2 bulan dia disahkan mengidap penyakit hati kronik. Kehidupannya banyak dihabiskan di hospital sahaja.

Pada September, 2000 adik ini telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya untuk menjalani pembedahan hati. Pembedahan diketuai oleh Dato’ Dr. K.C.Tan dan berlangsung selama 12 jam dengan jayanya. Pada peringkat awal tiada berlaku apa-apa komplikasi. Kkeadaan adik Afiqah juga beransur pulih. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi menderma untuk Tabung Bantuan Perubatan Adik Nurul Afiqah yang dikawal selia oleh Amanah Raya.

Sekarang 2011 – 10 tahun berlalu. Masa begitu cepat sekali. Keadaan adik Afiqah amat kritikal sekarang. Baru-baru ini hatinya membengkak. Saluran darahnya pecah. Memerlukan darah baru daripada para penderma darah yang budiman. Terkilan rasanya sebab kesihatan aku tidak mengizinkan untuk membantu ketika itu. Aku baru pulih daripada demam denggi. Seminggu aku ditahan di Hospital Ampang Puteri. Seminggu lagi berehat di rumah. Aku sempat menziarahi Afiqah di wad SJMC.

Puan Azita (ibu Afiqah) menangis bila menceritakan keadaan anaknya. Aku hanya mampu menyuruh dia bersabar.

Tag :

entri popular INNIT !

Assalamualaikum dan selamat pagi:)

Semalam aku ade buat entri pasal 'earnings RM1000++ dengan blogging' dan aku ping entri tu dalam INNIT. Sebenarnya aku tak selalu pon ping entri kat INNIT sebab macam leceh sikit kan berbanding Geng Blogger.

Tanpa disangka-sangka,entri aku semalam tu menjadi top post kat dalam INNIT. wahhh ! first time sehhh entri aku mendapat tempat kat ruangan INNIT tu. alhamdulillah,terima kasih kepada rakan-rakan yang meng-nang entri aku tu. Siapa yang belum baca lagi boleh lah klik SINI

nampak tak?

so,tu saje coretan aku di pagi hari ni. sekian,terima kasih. bagi pengguna Celcom, jangan lepaskan tawaran INI k. aku carik contest untuk di join pulak.hehehe

( entri paling banyak komen : sketsa kehidupan )

Tag : , , , , , , , , , , , , , , , ,

earnings sebulan RM1,129.00 dengan blogging

on Sunday, June 05, 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. korang pe cer arini ek? dah reda lom dengan isu video klip panas tu? aku rase dah dekat seminggu cerita tu dok diulang-ulang dalam dashboard aku..

tapi sekarang ni aku bukan nak komen ape-ape pasal video tu. kali ni aku nak cerita pasal seorang blogger yang cukup famous amos dalam dunia blog ni. kalau aku sebut name, kompem korang kenal kan kan kan..oke,beliau ialah si kupu kupu kecik, yuyu zulaikha.

kalau korang nak tau, yuyu ni merupakan anak didik abang ben ashaari ataupun blogger-blogger pompoan dok panggil die Mr Muscle.haha.. Aku selalu gak bace dan komen-komen kat entri yuyu tapi sejak dah busy ngn dunia baru sebagai seorang mahasiswa, aku rase dah berminggu-minggu jugak laa aku x follow blog yuyu ni.

kalau dulu,name aku mesti ade dalam list 'jejari rajin komen' kat sidebar yuyu..tapi sekarang ni dah tak lagi sebab dah lame x jenguk kan.. so malam ni aku sediakan masa khas buat marathon kat blog yuyu ni. aku suka blog yuyu ni sebab die menulis ade feel..paham tak? sori laa kalau x paham ye,aku x pandai nak mengexplain lee..

cukup laa introduction,kang bebel panjang-panjang kang, nampak macam aku kipas yuyu pulak kan.. sebenarnya aku agak ternganga jugak la baca entri yuyu yang INI. gila la wehhh,banyak gila kot dapat RM1k dalam masa sebulan. tahniah lew kepada yuyu sebab hasil usaha nya selama ni membuahkan hasil yang lumayan.

sebenarnya,blog yuyu ni patut dijadikan contoh oleh blogger-blogger lain lagi-lagi yang berstatus "newbie". sebab nya macam-macam benda kita boleh belajar beb. contohnya,yuyu ni rajen gila menghapdate entri..sehari mesti ade 3 kot kalau tak silap. kalau korang follow blog die,dashboard korang tak kan sunyi le daripada entri si yuyun zulaikha ni.

lagi satu, entri-entri yuyu ni xde laa macam blogger lain yang kadang-kadang tu EMO dalam entri diorang. type ikut suka jaa,tak pikir hati dan perasaan readers. tak percaya,cuba lah follow blog yuyu ni dan bace entri-entri beliau.

okay,aku rase dah panjang sangat kot entri kali ni.haha~ cerita pasal yuyu pulak. sebenarnya banyak lagi blog-blog awesome yang menarik dan cool yang aku suka baca,bukan blog yuyu jek. yang buat aku tertarik nak cerita pasal yuyu adalah kerana earnings Nuffnang dia yang banyak gila tu. pehhhh..masyukk beb.

sekian terima kasih...

p/s: jangan berblog kerana duit ye..tak ke mana nanti

KEEP ON SMILING:)

Tag : ,

sedih dan sadis

on Friday, June 03, 2011

 assalamualaikum dan salam 1 Rejab

stats nuffnangstats

okeh,sila tengok stats di atas ni ye..for your information,ni adalah statistik pengunjung yang hadir ke blog smile:) sejak lima hari yang lalu.. memang saje amek 5 hari yang lepas sebab kalau amek full 2 minggu macam lebih tragis je..

haa,korang nampak kan.. ni la akibatnye jike kita tidak mengupdate entri dalam blog kita. ataupun cuma ade satu entri je dalam sehari...lain lah kalau followers blog kita dah beriban-riban macam yuyuzulaikha or mariaeleena. diorang kalau buat satu entri dalam sehari je pon sure pageviews above 100..

okeh,nak buat macam mane kan.. aku sekarang dah beralih arah untuk lebih fokus dalam pelajaran pulak. ya,aku akan cuba. penting gila kot.. ni lah pengorbanan nama nya.hehe~ blog x kan hilang ke mana kan...tapi ilmu tu, bukan nye senang nak kuasai. 
Tag : ,

Salam Rejab


assalamualaikum ana ucapkan kepada antum semua.. sebelum kita proceed, mari lah sama-sama mengucapkan selamat datang kepada bulan Rejab yang penuh barakah dan keistimewaan nya yang tersendiri.

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini ialah berpuasa, dan banyakkan solat sunat pada 3/4 malam. aku ingat lagi, mase zaman aku tingkatan 5 dulu..aku ngan kawan-kawan lain pakat-pakat nak puase full 3 bulan start Rejab sampai Ramadhan. alhamdulillah,kami semua diberi keizinan oleh Allah untuk melaksanakan amalan tersebut.
Tag : ,

Allah Perancang yang Terbaik

on Wednesday, June 01, 2011

God's plan is like a movie.
All the good and bad things
are arranged together
for the good ending

hye semua.assalamualaikum,korang ape khabar? emmm,aku rase macam dah lame sangat tak mengaktifkan diri dengan dunia blogging sekarang ni. kalau ade pon,cume join GA ngan entri auto-publish je.

okay,back to topic. sebenarnya aku sangat menghargai quote atas ni sebab "dia" datang di saat aku betul-betul memerlukan. dengar macam pelik kan...xpe,biar aku stori mori kat korang semua k.

Sebenarnya sejak seminggu dua yang lalu nie, aku kemurungan sikit. sebab ape? hmmm, aku rase tak perlu la aku nak cerita kan reasonnye secare detail but senang cerita sebab segala apa yang aku harapkan selama ni tak menjadi kenyataan. lebih kurang gitu laa sebabnye kot. paham kan?

then lepas tu,aku macam... entah laa.aku macam tak dapat menerima kenyataan dengan situasi yang berlaku. selalu sangat pikir pasal masalah ni sampai lah aku mencari siapa yang harus dipersalahkan. aku rasa macam dunia ni tidak adil.
Tag :

Champions League Final (UEFA) result between Manchester United and Barcelona

on Sunday, May 29, 2011


assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni akan berlangsung satu perlawanan yang amat amat di tunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di seluruh dunia. Keputusan perlawanan final Liga Juara-juara Eropah di antara Manchester United dan Barcelona akan diketahui tidak lama lagi.

Aku rase game ni mesti sengit gila wehhh. tapi macam tak berape syok kot sebab C.Ronaldo dah takde dalam team United lagi... walaubagaimanapun,aku still support Man Utd..JYEAHHHH!! Glory-glory Man Uniteddd !!
Tag : ,

akhirnya,penderitaan aku berakhir

on Saturday, May 28, 2011

assalamualaikum dan selamat pagi semua.

selamat hari sabtu. hari yang memberi sedikit ruang untuk aku bernafas sikit. hahaha,tapi xde laa rilex mane sebab kejap lagi aku kene pegi buat medical check up pulak. adoi,lemah betul le. bukan sebab aku kurang sihat tapi sebab kene bayar RM230,tu yang lemah tu....duit duit duit

okay,semalam aku tidur lambat. sebab ape? haaa,aku tengok sume video ML yang aq dah terMISS. alang-alang menyeluk pekasam,aku pon tengok la sekali video Maharaja Lawak yang da latest one. serius cakap kali pertama aku rasa puas hati tengok ML sebab Amir dah takde :)
Tag :

berhenti berblog?

on Tuesday, May 24, 2011

assalamualaikum semua.ape khabar korang? actually,aku tak tau nak cerita ape..nak stori pasal cerita aku kat UTP ni,macam xde mood la pulak.

takpe lahh,maybe time cuti semester nanti aq update la ape2 cerita and pengalaman aku kat sini. serius cakap,aku sekarang ni memang susah sikit nak online coz beberapa masalah macam kekangan masa dan broadband yang amat-amat lembab.

okay,tu jea. selamat tinggal semua

KEEP ON SMILING:)
Tag :

Pendaftaran UTP

on Thursday, May 19, 2011


assalamualaikum semua pembaca

selepas aku menjalani 3 peringkat yang mencabar iaitu:
  1. perjalanan ke Universiti Teknologi Petronas,Perak
  2. interview Educamp Quest
  3. pulang dengan 1000 harapan
akhirnya,aku telah terpilih untuk melaporkan diri di Universiti Teknologi Petronas selepas membuat semakan di : 


alhamdulillah,so pada hari ni...tertulis lah satu lagi lembaran baru dan juga sejarah hidup yang manis dalam diri ku  kerana aku,azrijohan akan bergelar pelajar Universiti Teknologi Petronas. aku harap aku akan memperoleh ilmu semaksimum yang mungkin di sini dan berjaya menjadi insan yang dihormati.

Doa daripada semua amat lah di harapkan. terima kasih semua. jangan marah jika blog smile:) ini bersawang ok

semoga azrijohan menjadi orang minyak yang berjaya kelak.amin

KEEP ON SMILING:)
Tag : ,

dilema?

on Wednesday, May 18, 2011


aku dalam dilema antara UiTM dan UTP......k,thank you

cuba dapatkan nasihat kat SINI


KEEP ON SMILING:)
Tag :

Review Blog #1

on Tuesday, May 17, 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. hari minggu yang lalu, Munir Mukhtar meminta aku review blog die.

aku act macam nak tolak,yelahhh aku sedar aku ni pon baru 3 bulan berblogging,so ilmu masih lagi cetek dan perlu lebih belajar lagi.

tapi seriously laa,aku tak sampai hati la pulak nak reject an. so,aku pon terus menerjah blog beliau dan melakukan beberapa analisa.

kire nye review aku pasal blog ni pon atas hati aku sendiri. ape yang aku suke dan ape yang aku tak suke.
Tag :
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog