ehem,nak start dari mane ek. emm,aku pegi ke SMSSI naik bus express. aku memang dah plan awal-awal ngan Dinkus. tiket pon dah beli siap-siap 3 hari sebelum tu.haaa,nampak kan semangat gila nak balik sekolah. rindu? yeke...haha,entah lahh.macam yang aku cite kat entri
ni..aku pon tak tau. =.=
tapi sadis nya,aku tak sempat nak join solat jumaat kat larkin tu coz dah ramai gila orang wehhh. penuh sampai ke eskalator. ni la padah nya datang last-last minute. then lepas orang dah abes solat jumaat..aku baru nak sibuk-sibuk solat zuhur. sempat lagi sebab tiket pukul 2.30pm. then lepas dah abes solat,jumpe dinkus and teman die pegi makan kejap. aku order sirap limau je sbb aku kan diet.haha,takde laa..aku dah makan awal-awal kat rumah sebelum bertolak ke larkin.
lepas dah makan, trus r direct nak naik bus. sekali boleh lak terserempak dengan Izzat Hamir ngan Sedut tengah lepak-lepak kat McD. pe lagi,join r sekaki an. diorang amek bus g kuantan but transit kat mersing dulu. tengah syok-syok borak,tak sedar la pulak dah pukul 2.25pm..pehh,pe lagi.kelam kabut r carik bus. then nasib bek jumpe gak. loser betul tiket tu, bole lak die salah tulis platform.
dalam bus tu ade laa jugak budak-budak Iskandar yang lain. mule nye aku x perasan sape-sape pon. Dinkus yang bagitau. pehh,ramai jugak laa.ade 4 or 5 org kott.semua perempuan. err,tak bertegur langsung.malu wehh.aku ni kan memang sejak azali lagi pemalu orang nya..semua orang tau.kan sehaaa ?
sampai Mersing dalam pukul 5.00pm.aku ngan dinkus g solat asar dulu sementara tunggu geng-geng lain dari kluang sampai.ade Chubby,Pakya,Zar dan Sol. lepas tu kitorang gathering kat bus stand mersing ramai-ramai and menapak ke KINI. shopping mall kami sewaktu zaman sekolah dulu.haha,wajib pergi beb. rupa nya aritu gak budak-budak perempuan SMSSI outing.
lame-lame kat KINI tu merupakan langkah bijak kitorang sebab bus last ke Kota Tinggi dah jalan so xde lagi bus yang bole bawak kitorang sampai betul-betul kat depan sekolah. and lagi dahsyat teksi semua dah penat hantar budak-budak perempuan yang outing tadi n mengada-ngada naik teksi. bajet dah senior la kate kan.pfttt.. tak pasal-pasal kitorang lak yang merempat kat bus stand Mersing tu. (nak salah kan org lain lak)
nasib baik la ade pak cik ni rajin sikit,maybe dah malas melayan kaki dam haji yang tengah fight kat situ. dpt 2 teksi,kitorang pon gerak r gi sekolah. tambang still lagi macam tu. tak berubah. RM2 seorang..so,total RM8 laa. yang x best cume tak boleh masuk sampai dalam. nak buat camne,dah peraturan sekolah camtu. terpaksa la ikut. jalan kaki sikit ape salah nye kan. pemalas
meriah gila tengok sekolah ni tyme petang-petang wehhh..ramai gila budak-budak beriadah. team hoki gurl lak ade latihan dengan Cikgu Shamsudin.. team kriket,rugby,bola...arghhh,banyak lahh. malas nak list semua :p LOL.terkejut gak tengok ade budak pakai jeans main bola. slow gila kan. sekali geng-geng aku jugak daaa~diorang dah sampai awal (naik keta memang r) . ade Azmeer,Apang,Keling,Aman ngan Neng. pehh,meriah gila mase tuu,dah macam reunion padahal baru bape ketul jek yang ade.
macam biase la,tahun-tahun lepas pon gini gak.kitorang ditempatkan kat bilik sakit a.k.a Sick Bay . not bad la bilik tu,same je macam dulu just lebih tersusun sikit daripada dulu..banyak katil tapi kipas ade 2 jek..peh,memang la tak macam sauna. nasib baik la sampai dah petang nak ke malam. takde la rase panas sangat kan.
makan? nie memang masalah..cikgu cakap,memang tak sediakan makanan tuk kitorang sebab tak sure jumlah yang datang. sikit ke ramai kan.. so,lepas tu ramai la yang decide makan kat luar. aku ngan geng-geng lain yang malas nak makan kat luar main redah je masuk DM (dewan makan) yang bernama Dewan Al-Maidah and makan. lagipun makcik tu bagi sebab ade lebih nasi ngan lauk. takde sape nak makan dah.
lepas maghrib ade sesi perkongsian dengan adik-adik junior. Saleem (yg aku bulat kat atas td) , Mursyiidah n Hasliza je yang terlibat time nihh..memang syiokk.aku pulak yang focus kat program ni.junior-junior lain lepak je siap bole bual-bual lagi. tapi 98% focus gila kat diorang coz cara diorang cakap memang masyukk n banyak input.caya lah !!
lepas isyak ade lagi sesi perkongsian dan nasihat untuk pelajar form5 sahaja. form lain kene pegi prep malam. no excuse.haha..time ni ramai gak yang berkongsi especially bdk-bdk yang dapat straight A..n part penutup la paling mantopp..Pakya memang basuh diorang habis-habisan.gila la wehhh...
then aku,Pakya,Sol,Tapai,Dinkus,Sedut,Chubby n sape lagi sorang ek? g keluar makan.cikgu Maon belanja.Cikgu Fazidah bawak Mursyi,Piqa ngn Nina kat tempat yang same gak.,kitorang combine 3 meja panjang. kenyang gila siot...thanks cikgu :)
aku nak pendekkan cerita..balik layan Pro Evolution Soccer dulu kat laptop chubby.and then bla bla bla trus tido.k,cukup.
esok nya hari Sabtu,MAK akan berlangsung..so,pagi-pagi lepas budak-budak pegi sekolah (yup,diorang kene g sekolah..cuti ganti) semua dok sibuk gosok kemeja. mandi siap-siap and dressing gempak-gempak. aku biase je.pakai kemeja ngn slec. no tie and kot;p simple sudehh
majlis ni oke r.bole tahan gempak. orang kuat ISKANDAR : Cikgu Idris, Cikgu Maon, Cikgu Sapiah semua ade beb.haaa~eksaited gila aku wehhh...n then ex-pngetua pertama iskandar dah jadi Pengarah Pelajaran Johor. die r yang rasmi kan. ucapan panjang gila but not bad laa coz banyak input kan.. persembahan nasyid pon ade kelainan beb. imej cool gila. haha~ then zapin combine laki pompoan. time aku semua sejeniss je. lepas tu acara penyampaian hadiah dan majlis bersurai...hadiah aku dapat biase-biase je. piala and sijil + duit sikit. paling gempak hadiah Mursyi ngan Pakya r.. pehh,jeless.hehe~
eh,lupa nak cerita aku jalan-jalan satu hostel. melawat semua dorm. tengok-tengok hiasan..dorm paling menarik perhatian aku adalah dorm Informatique 2 iaitu dorm aq dulu.haha...sebab ape? sebab ni haa..
lukisan ni aku yang lukis,tapi x de sape kaler.terbiar gitu je mcm projek terbuang yang dihina masyarakat (effect hiperbola)
tapi bila aku tengok aritu...
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V
diorang dah kaler n letak kat pintu loker public.pehh,terharu.
terasa dihargai..hahaha:D
then macam biasa laa,sape tak kenal azrijohan...sesi bergambar mesti wajib! haha,mane bole miss beb.
so,ni jea laa cerita aku..pendek jea.takde idea nak type panjang lebar..terima kasih semua kerana sudi baca entri ini ye
KEEP ON SMILING:)