Lost World of Tambun, Perak

LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK
LOST WORLD OF TAMBUN, PINTU MASUK

TOLONG "LIKE" BUTTON NI:


TENTANG LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamualaikum dan semua. Semalam, 17 Dec (sabtu) aku dan geng-geng UTP yang lain pergi ke Taman Tema yang terkenal di Malaysia. Taman tema ala-ala Sunway Lagoon ni terletak di Bandar Sunway, Perak. Nama tempat tersebut ialah Lost World of Tambun.

Lost World of Tambun berkonsepkan tamadun yang telah hilang, melalui seni bina dan corak ukiran bangunan di sana aku rasa ianya berkait rapat dengan zaman pra-sejarah Kerajaan Mesir Purba dan Tamadun Mesopotamia. Kalau salah minta maap banyak-banyak ye.

Bergambar di pintu masuk utama Lost World of Tambun

Ini merupakan pengalaman pertama aku ke tempat ni, rasanya kalau aku tidak belajar di UTP maybe aku takkan jejakkan kaki ke tempat ni kot. Kalau ye pon, maybe selepas aku berumur 20 tahun dan ke atas.

Kitorang pergi menaiki 2 kereta, satu kereta ada 4 orang, semua lelaki... bahaya kot nak pergi taman tema air bawak perempuan kan? Hehehe... Kitorang bertolak ke Lost World of Tambun dalam pukul 11 pagi. Or maybe pukul 12 tengahari, aku pun tak berapa sure.


On the way, ada sedikit masalah dengan salah satu kereta. Entah kenapa, tiba-tiba ke kereta tu keluar asap dan berbau hangit. Kitorang berhenti di tepi jalan kat Batu Gajah dan meneruskan perjalanan selepas keadaan kereta sudah tidak mengeluarkan asap lagi.


Kitorang sampai di Lost World of Tambun dalam area pukul 2 lebih, dan settle kan bayar kat kaunter untuk mendapat kan wrist band yang sangat cantik dan stylo. Gelang tu nanti akan digunakan sebagai pas masuk dan tidak boleh dihilangkan, kalau tak kena denda RM50.


Semua benda yang ada kat dalam kawasan Lost World of Tambun, Perak ni memang mahal gila. Meh aku listkan senarai harga perkhidmatan dan harga barang-barang yang aku still ingat lagi:

  • tiket masuk: RM55 (RM10 dipulangkan jika keluar sebelum pukul 7)
  • seluar hawaii: RM31.90 (harga biasa RM5 pon boleh dapat)
  • loker simpan barang: RM10 each
  • gambar kenangan: RM25 (sekeping, tanpa frame)
  • gifts dan cenderahati: Harga starting from RM15
  • waffle dan pop corn: RM3 each
Ni je la senarai yang aku sempat tengok, sebabnya aku tak lalu nak usha harga barang-barang lain lepas tengok harga dia semua macam nak kikis duit aku je kan. Damn betul. So, kitorang pon main air dengan penuh perasaan gembira.

Part paling menarik ketika memasuki Kolam Air Panas (45 degree celcius) dan juga bermain gelongsor air. Fuuu, sangat best. Kitorang try juga main fun fair kat dalam tu tapi still tak mampu la nak challenge kedahsyatan game kat Time Square, KL tu.

Pukul 6, kitorang siap-siap nak balik. Dan masa ni lah kitorang ambik kesempatan bergambar sakan. Malangnya kitorang tak bawak DSLR, kalau tak memang dah dapat collect lebih daripada 500 keping gambar kot. Keh keh keh..


Then kitorang dinner kat McDonald Sunway City, Perak pastu singgah rumah Farid sekejap. Sampai kat UTP dalam pukul 10 lebih. Dah malam, semua orang dah penat but still boleh sambung online lagi. Gila kan? Heh..

Sekian saja cerita pengembaraan kami untuk kali ni. Insyallah akan ada lagi pengembaraan yang akan datang. Bye semua, have a bless and happy day

KEEP ON SMILING:)



SILA KONGSIKAN

Azri Johan

Masih lagi menuntut di salah sebuah universiti tempatan, beliau suka berkongsi maklumat melalui penulisan di blog dan media sosial berikut:
.
6 Feedback:

Post a Comment