Assalamualaikum dan selamat petang semua,
Nazmi Faiz dicaci maki selepas namanya makin popular dan dikenali ramai. Pemain Bola Sepak skuad Harimau Muda berusia 17 tahun ini mula mencuri tumpuan apabila membarisi pasukan yang menjuarai Sukan SEA 2011 beberapa minggu yang lalu dan terus menjadi bualan rakyat Malaysia kerana Gol terbaik dunia nya ketika menentang pasukan Bahrain.
Nazmi Faiz dicaci dan dimaki oleh seorang blogger di laman blog nya. Identiti blogger dan blognya dirahsiakan supaya tidak menimbulkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Apa yang aku nak tunjuk ialah printscreen artikel penulis blog tersebut mencaci dan memaki Nazmi Faiz dengan bahasa yang kasar dan tidak sopan.
Klik/Download untuk paparan yang lebih jelas
Nazmi Faiz dicaci maki, nampak sangat jelas disitu penulis memang ingin mengutuk Nazmi Faiz kaw-kaw punye. Jikalau ingin memberikan teguran dan pendapat, ianya perlulah diberikan secara lebih berhemah dan sopan. Berikan kritikan membina yang mampu memantapkan lagi prestasi pemain kita, dan bukannya melemahkan semangat mereka dengan kata-kata kesat.
sumber: fan page Nazmi Faiz
Apa pula pendapat korang?



24 comments
Post a Comment